Friday, February 28, 2020

INI SOALAN TERAKHIR, TERKINI..SIAPA YG PARTI AWAK CALONKAN PM8

PKR
DAP
BERSATU
UMNO
PAS
MCA
AMANAH
SARAWAK
SABAH
AZMIN mungkin
Hanya parti atau KUMPULAN yang ada MP di parlimen
Sokong tanpa syarat..
Sokong tidak semestinya bergabung..


Kita rakyat sudah ada jawapan

Muhyiddin perlu segera tarik dirill

Tabik pada Anwar


30 comments:

  1. sampai 3 ato 4 posting sehari...

    Bisnes dah tsk jalan ker?...

    Kluangman mcm orang yg adankepentingan dgn hawatan pm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brader. AKU tidor pun bisnes jalan..
      Celik Mata..semak akaun je awal subuh.

      Blog NI pun buat DUIT setiap Kali kunjungan..

      That's why dedak Tak perlu..

      Delete
  2. Bebaskan negara dari gerombolan kleptokrasi. Ayuh bersama Tun kibarkan panji2 hitam. Yang lain boleh kibarkan kain batik bini masing2. Kalau tak ada, spender koyak korang pun boleh.

    ReplyDelete
  3. Mula2 sokong muyiden calon pm8 kerana muyiden relaks dgn penyamun mudah dapat sokongan.....mukeriz pon relaks..

    Bila dengar muyidin ada sokongan besar dia kelam kabut...jumpa anwar....kali ke2..

    Terus bukak mulut tak pernah sain SD dan bukan pilihan MPT Bersatu...

    Sekarang umum dapat sokongan PH dan boleh tubuh kerajaan....

    Kenape letak jawatan?....suka?..

    Baru tau bukan mudah nak dapat
    jawatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas Tun letak jawatan..
      Tun DIKUNJUNGI
      Aku ulang DIKUNJUNGI
      DIKUNJUNGI
      DIKUNJUNGI
      DIKUNJUNGI
      DIKUNJUNGI

      Tun hanya mengadap Agung bila dijemput.

      Akai Mana?. kalau Ada?...pakai

      Delete
  4. Replies
    1. Ta Mim........Tun Mahathir.

      PERKEMBANGAN TERKINI…….!!

      Tun M is the most front runnner for PM post with 95 nominations (excluding Sabah & Sarawak). Sabah & Sarawak will confirm their nomination later today but it is undetstood they still maintained their stand preferring Tun M.

      Delete
    2. PERKEMBANGAN TERKINI…….!!

      DS Anwar Ibrahim tarik diri beri laluan untuk Tun M terus memimpin negara.

      KESIMPULANNYA....

      TUN M (TM) - Kerajaan Perpaduan yg Makmur & Saksama,

      atau

      TSMY - Rhetorik Daulah Terpendam-pendam palam padam.

      Delete
  5. Agong tak berminat parti calonkan siapa...Agong hanye berminat siapa dapat bilangan sokongan paling banyak dari mp dan melepasi majoriti mudah untuk diistiharkan pm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PROSES MP sokong siapa sudah selesai, Agung tidak berpuashati Dan mendapati tiada calon yang melepasi..

      Hari ini, PROSES jumpa Ketua parti..

      Next kemungkinan:
      Ada calon yg diangkat jadi PM?
      Persidangan khas Parlimen?

      Next kemungkinan
      PEMBUBARAN parlimen?

      Delete
  6. salam john doe. adakah setuju sbg calon PM pakatan harapan utk kali ke2 ini satu muslihat tun ? sis nur tk suka this move... am sick of with all these tentera ahzab. cannot brain y tun sanggup bersama mereka lg setelah tun sendiri menghempas kepala seko seko ke dinding. AM WAITING FOR tge darurat teory..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana muyiden main kotor

      Delete
    2. Salam sis Nur.

      Nope, sis dah salah faham keadaan hari ini. Mohon untuk saya jelaskan di dalam bahasa yang mudah.

      Tun dinamakan calon PM oleh PH tetapi Tun tidak akan tubuhkan kerajaan PH. Kerjaan PH telah pun runtuh apabila PPBM keluar PH dan Tun letakkan jawatan sebagai Pengerusi PH.

      Tun telah membuat kenyataan yang sangat jelas bahawa sekiranya diberi peluang untuk menjadi PM semula, dia akan melaksanakan idea 'kerajaan perpaduan' di mana dia tidak terikat dengan kehendak atau kuota mana-mana parti politik. Kenyataan Tun ini berbentuk tawaran kepada semua ahli parlimen yang berhak memilih PM termasuklah ahli-ahli parlimen daripada PH.

      Apabila PH mencalonkan Tun selepas Tun membuat tawaran tersebut, maka PH telah dianggap menerima tawaran ini. Tawaran yang diterima akan membentuk kontrak yang mengikat di antara pihak yang membuat tawaran dan pihak yang menerima tawaran itu.

      Sekiranya Tun dipilih menjadi PM-8, kesemua ahli parlimen yang ada termasuklah ahli-ahli parlimen daripada PH sendiri adalah terikat dengan kontrak bahawa kerajaan yang bakal Tun tubuhkan bukan lagi kerajaan PH tetapi adalah kerajaan Ta-Mim.

      Di dalam permainan catur, Tun tidak pernah bermain dengan mengundurkan buah catur ke belakang sebaliknya sentiasa membawa permainan ke hadapan. Apabila Tun membuat gerakan mengundur sekalipun ia hanyalah satu gerakan baru sebagai gerak balas kepada pihak lawan dan seperti biasa dia sentiasa mendahului.

      Semakin jelas perkongsian saya bahawa kesemua mereka yang masih bercita-cita hendak menjatuhkan Tun daripada kekuasaannya di Putrajaya akan terkena checkmate serentak.

      Jalannya telah pun kelihatan. Apabila Tun menjadi PM-8 dan menubuhkan kerajaan Ta-Mim, sesiapa yang masih mahu menjatuhkan Tun sebagai PM akan dikira melanggar kontrak sah kerajaan Ta-Mim sendiri, dan kerajaan ini hanya mempunyai satu kontrak dengan kesemua ahli parlimen iaitulah untuk Tun kekal sebagai PM sehingga habis penggal PRU14. Seluruh parlimen telah dikunci mati oleh Tun sehingga habis penggal PRU14.

      Cuba jatuhkan kerajaan Ta-Mim yang sah? Nescaya kerajaan PH2 (Panji Hitam) pula yang akan mengambil alih di dalam keadaan Tun kekal PM.

      Subhanallah. Maha hebat perancangan Allah untuk memenangkan hamba-hambanNya yang berada di atas jalan yang benar.

      Mereka membuat tipudaya sedang Allah juga membuat perancangan. Pada akhirnya kelihatan segala tipudaya mereka itu adalah sebahagian daripada perancangan Allah sendiri untuk memenangkan golongan yang benar.

      Kelak, apabila golongan yang benar itu diberikan kemenangan mutlak, tiada sesiapa di kalangan yang tewas itu akan mampu beralasan.

      #jalanterusbersamaTun
      #TunMahathirMyPrimeMinister

      Wallahu a'lam.

      Delete
    3. Nujum sesat pendusta suka komen panjang2 tpi kebebenarannya habuk pon tarak.

      Delete
  7. Kerajaan tongang langgang..
    Ke MN tongang lang..ke ph pun tongang langang...rakyat pun sudah pening..dalam sehari boleh pusing bulatan 2-3 kali..apa nk jadi negara ku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak yop kaviwa penyamun gagal sekali masuk pintu belakang...

      Delete
  8. jon doe skang nuar ni dalam pasukan menang ke kalah ? :3

    ReplyDelete
  9. Kepada semua pembenci Tun yang suka menjual nama Raja-raja Melayu untuk memperlekehkan Tun sudah tiba masa untuk kalian memakan kasut sendiri.

    Dulu kalian berkata Tun takut sekiranya Agong datang dari Pahang sebab Pahang adalah negeri Jibun dan Jibun adalah pembesar Istana Negeri Pahang.

    Hari ini ketika Agong dari Pahang, sekampung lagi dengan Jibun, nama Jibun langsung tak muncul dalam list Agong untuk menjadi PM walaupun Jibun bergelar 'bossku'.

    Masih lagi mahu menjual nama mana-mana Raja untuk memperlekehkan Tun? Kelantan, Johor dan Selangor? Rentikanlah. Ia hanya menjatuhkan prestij raja berkenaan sahaja sedang Tun kekal menang.

    Ramai-ramai raja yang naik takhta menjadi Agung hanya seorang sahaja yang turun takhta sebelum habis tempoh bertakhta. Agung yang sama yang tidak memberikan kerusi kepada Tun semasa majlis pertabalannya.

    Ramai-ramai Raja Melayu yang menjadi Agung, hanya seorang sahaja yang telah mengheret seluruh Majlis Raja-raja bertembung dengan Tun dua kali, dan di dalam kedua-dua kali itu Tun muncul sebagai pemenang dan perlembagaan berkenaan kuasa veto Agung dan kekebalan raja-raja dipinda.

    Ramai-ramai Raja Melayu yang masih belum merasa menjadi Agung hanya seorang sahaja yang Tun pulangkan balik darjah kebesaran dari negerinya sedang Tun kekal bergelar 'Tun' dan tidak dapat ditarik balik oleh mana-mana raja yang menjadi Agung, sedang negeri-negeri lain pula mengekalkan DK (Darjah Kerabat) yang Raja-raja mereka anugerahkan kepada Tun walaupun Tun tidak berdarah raja dan malah dihina sebagai berketurunan Kerala dan Kutty.

    Ketika Almarhum Sultan Iskandar menjadi Agung, Tun yang ketika itu masih bergelar Dato Seri telah bertembung dengan Tun Salleh Abbas dan Tun muncul pemenang. Sekiranya Tun telah tewas kepada Tun Salleh, nescaya jawatan YDP Agung sebagai Ketua Negara tidak lagi akan dihormati dan dipandang hanya setaraf dengan raja-raja kecil lain di negeri masing-masing.

    Samasa dan selepas Almarhum Sultan Iskandar, sehinggalah Agung kita pada hari ini kesemua negeri beraja telah merasai menduduki takhta sebagai YDP Agung dengan segala prestijnya. Sekiranya Tun telah tewas kepada Tun Salleh Abbas kesemua mereka tidak akan merasai prestij menjadi Agung sebagaimana yang telah mereka rasai dan sebagaimana pada hari ini ketika Pahang mendudukinya, kita semua sedang melihat betapa ketika kebuntuan politik sedang berlaku, seluruh rakyat meletakkan harapan kepada Agung untuk membuat keputusan yang betul demi negara dan bukan demi nafsu sesetengah ahli politik.

    Masih lagi mahu memperlekehkan Tun dengan menjual nama mana-mana Raja? Rentikanlah kerana Tun tidak akan tewas sebaliknya prestij Raja-raja berkenaan yang semakin berkurangan setiap kali ada di antara mereka yang bertembung dengan Tun.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  10. Kenape mesti gesa yiden tarik diri?..dia sudah melangkah kedepan..dan ada penyokong..

    Lawan lah dalam gelanggang istana negara...sama2 ada penyokong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Tak tarik diri, besok usual tidak percaya Presiden atau usual pecat Presiden..
      Join semula umno?

      Parok

      Delete
  11. Cuba KD senaraikan mp bukan Islam dan mp Islam dalam pakatan harapan 2 jika ada majoriti?
    Adakah TDM dah buat matematik ke tak @ sebab apa sangat dia nk jadi PM 8?
    Nak tunjuk ego dia? @ nak selamatkan Islam dan Melayu? Jika ya, apa plan dia in case dia nazak sehari dua ni?
    TDM dah ukur apa untungnya bagi nyawa kat dap?
    Sepertinya TDM ni berpatah arang berkerat rotan. Negara terjual kat dap pun dia tak kisah. Nak jadi mandaliar ke?

    ReplyDelete
  12. Perang dalaman...madey ditawarkan kembali pengerusi Bersatu secara lisan atau berdokumen?....madey setuju terima tawaran....adakah berdokumen rasmi dan Bersatu sudah sahkan?

    Mahathir, Muhyiddin kini 'berperang' dalam Bersatu
    12:15 tengahari (Dikemaskini 1:34 tengahari)
    Berita
    A A
    Isu pelantikan perdana menteri baru menunjukkan putaran baru apabila calon yang dicadangkan Bersatu, Muhyiddin Yassin, menyanggah Dr Mahathir Mohamad.

    Dalam kenyataan ringkas dikeluarkan selepas beliau dan rombongannya keluar dari Istana Negara sebentar tadi, Muhyddin berkata, Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi Bersatu pada 24 Feb lalu.

    Justeru, kata bekas timbalan presiden Umno yang kemudian menubuhkan Bersatu itu, jawatan tersebut kini dipangku beliau.

    "Menurut Fasal 16.9 Perlembagaan Bersatu, jika pengerusi berhenti atau diberhentikan, maka presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan untuk memilih pengerusi baru," katanya.

    Kenyataan itu dilihat bercanggah dengan ketetapan dibuat Bersatu sebelum ini yang mengumumkan Mahathir bersetuju untuk dilantik semula sebagai pengerusi parti terbabit.

    Ia dibuat beberapa jam selepas Mahathir mengumumkan beliau mendapat sokongan ahli parlimen mencukup untuk dicalonkan sebagai perdana menteri kepada Agong pagi tadi.

    Bekas menteri dalam negeri dalam kerajaan PH itu menjelaskan Bersatu belum mengadakan pemilihan untuk menentukan siapa menduduki jawatan pengerusi.

    "Justeru saya selaku presiden memangku jawatan pengerusi Bersatu sehingga pemilihan diadakan kelak," katanya.

    Bagaimanapun menyusul selepas kenyataan tersebut, Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya, mengesahkan bahawa Mahathir adalah pengerusi sebenar parti berkenaan

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah.....

    Tan Sri Muhyiddin Yasssin PM ke 8...

    Bukan Matdey dan Nuar....

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  14. Tahniah muyiden...kluangman boleh tutup kedai..

    ReplyDelete
  15. Masih nak langgar titah tuanku YDPA? Makin gila la pemuka² polotaik gila kuasa ni. Tuanku dh berkenan melantik TS Muhyiddin Yassin sebagai PM ke 8. Apa nak sailang² lagi? Nak lihat kuasa Agong dalam perlembagaan? Cubalah sanggah titah baginda. Tak pasal² parlimen bubar dan PRU15 terpaksa dipanggil. Tamak setamak-tamaknya.

    ReplyDelete