Sunday, February 23, 2020

KHABAR ANGIN : ANGIN AHMAR

Desas-desus pembentukan k'jaan baru tercetus: kemaskini 2.36 ptg Beberapa kem politik yang dijangka bermesyuarat hari ini menimbulkan spekulasi berlakunya pensejajaran semula kekuasaan negara.

https://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/langsung-gabungan-baru-dr-m-wakil-6.html

 sisipan: 
setapak KE muka thomas

10 comments:

  1. Saya pernah memberitahu bahawa kelak di hujung permainan hanya ada satu pasukan yang bakal mencheckmate kesemua pasukan yang lain dan muncul pemenang dan pasukan itu ialah pasukan Tun Mahathir yang diwakili oleh PPBM. Ramai yang memandang sinis perkara tersebut.

    Kini, lihat sahaja apa yang berlaku semasa Mesyuarat Majlis Presiden PH. Pak Sheikh yang dikatakan memiliki sokongan lebih ramai di kalangan ahli-ahli Majlis Presiden PH dari kalangan PKR, DAP dan AMANAH, tetapi kenapa mereka tak mampu pun buat Tun berundur? Tidakkah kelihatan 3 parti-parti lain di dalam PH sudah kena game semalam sehingga semuanya akur dengan Tun? Tidakkah kelihatan mereka semua telah terkena checkmate semalam? Bagaimanakah dengan jumlah yang kecil Tun boleh muncul sebagai pemenang?

    Jawapannya ialah kerana Tun sentiasa melakukan perkara yang betul di dalam setiap keadaan dan demikan dia bukan sahaja sentiasa mendahului dan tidak dapat ditewaskan, bahkan juga lawan-lawannya yang punya tengkorak di dalam almari takut untuk menentangnya kerana takut tengkorak2 itu terdedah satu persatu akibat menentang Tun.

    Tun tidak melakukan persediaan untuk menghadapi situasi getir hari ini sejak PH ditubuhkan tidak sampai 3 tahun yang lepas, tetapi sejak 30 tahun lepas semasa dia menjadi PM-4 dan Presiden UMNO, dia telah pun melakukan segala persediaan yang perlu untuk menghadapi situasi getir hari ini.

    Salah satu persediaan yang telah dilakukannya tanpa ia sendiri sedari ialah dengan membina Putrajaya. Dia telah membina Putrajaya dan menjadi ayahanda kepada Bandaraya ini, dan apabila berlaku perlawanan akhir perebutan kuasa di Putrajaya sudah tentulah Bandaraya ini akan menyebelahi ayahandanya, dan membantu ayahandanya untuk tetap muncul pemenang.

    Kutuk Tun atau sokong Tun, benci Tun atau sayang Tun, anda tidak boleh nafikan dia seorang strategist yang hebat dan apa sahaja yang telah, sedang dan akan dilakukannya, segala-galanya adalah demi bangsanya, agamanya dan negaranya.

    Akhir sekali mari kita renungi senikata lagu My Way dan kita akan dapat melihat betapa Tun benar-benar sedang melalui apa yang disebut di dalam lagu ini sebagai 'The Final Curtain,' dan dengan izin Allah apabila dia memasuki gelanggang perlawanan akhir, dia dan pasukannya yang akan muncul sebagai pemenang.

    Wallahu a'lam.

    ---------------------

    And now the end is near
    And so I face the final curtain
    My friend, I'll say it clear,
    I'll state my case of which I'm certain.

    I've lived a life that's full,
    I travelled each and every highway,
    And more, much more than this,
    I did it My Way.

    Regrets, I've had a few,
    But then again too few to mention
    I did what I had to do
    And saw it through without exemption
    I planned each charted course
    Each careful step along the byway
    And more, much more than this,
    I did it My Way.

    Yes there were times, I'm sure you knew
    When I bit off more than I could chew
    But through it all when there was doubt
    I ate it up and spit it out
    I faced it all and I stood tall
    And did it My Way.

    I've loved,
    I've laughed and cried,
    I've had my fill, my share of losing
    And now as tears subside
    I find it all so amusing
    To think I did all that
    And may I say not in a shy way

    Oh no, oh no not me
    I did it My Way

    For what is a man, what has he got?
    If not himself, then he has naught.
    To say the things he truly feels;
    And not the words of one who kneels.
    The record shows
    I took the blows -
    And did it my way!

    ReplyDelete
  2. Sekarang ramai yg goyang pokok..

    ReplyDelete
  3. Bukan mudah..sbb masa nilah umno tunjuk kuasa..Tun Madey dah trapped...umno akan paksa Tun Madey bubar parlimen...

    ReplyDelete
  4. Adakah ini klimeks yang John Doe
    selalu cakap.....??????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mendebarkan? Sudah tentu. Tapi ia masih belum mencapai klimaksnya.

      Walaubagaimanapun ia memang sedang berjalan ke arah klimaks. Klimaksnya akan lebih mendebarkan daripada apa yang berlaku hari ini dan yang lemah semangat boleh tercabut jantungnya (metafora) apabila menyaksikan klimaks itu berlaku.

      Walaubagaimanapun yang cekal dan tabah akan tetap kekal bersama Tun, dan membina mercutanda bangsa Melayu yang berjaya. Bak rangkap terkahir puisi Tun 'Perjuangan Yang Belum Selesai':-

      Perjuangan kita belum selesai...
      Kerana hanya yang cekal dan tabah...
      Dapat membina mercutanda...
      Bangsanya yang berjaya.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  5. FMT lapor berita angin?.

    Movements at Istana Negara ahead of Dr M’s expected audience with king
    A Special Correspondent -February 23, 2020 7:01 PM
    1.3k
    Shares


    Vehicles seen entering Istana Negara in Kuala Lumpur in anticipation of Dr Mahathir Mohamad’s audience with the Agong.
    KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad is expected to arrive at Istana Negara this evening to seek an audience with the Yang di-Pertuan Agong to inform the king of a change in his ruling coalition.

    Dozens of vehicles escorted by police were seen entering the palace compound here at 5.30pm, as hordes of reporters gathered outside the main gate.

    Mahathir’s visit will be the second time he has gone to Istana Negara for the formation of a new federal government, after he famously waited for hours in May 2018 to be sworn-in as the country’s seventh prime minister.

    At press time, Mahathir has returned to his private residence in Seri Kembangan.

    ReplyDelete
  6. Menteri kemas meja, rancangan hadap Agong ketika Putrajaya dijangka ‘berubah’
    A Special Correspondent -February 23, 2020 3:14 PM
    111k
    Shares


    Pertemuan pemimpin politik di Petaling Jaya diperhati rapat oleh banyak pihak berikutan desas-desus penjajaran baru politik di Putrajaya.
    PETALING JAYA: Sesetengah menteri telah mengosongkan jadual minggu depan mereka, sementara yang lain mengemas meja di kementerian masing-masing susulan jangkaan akan berlakunya rombakan besar Kabinet sewaktu cakap-cakap mengenai penjajaran baru politik yang bakal menyaksikan kawan dan lawan membentuk gabungan pemerintah baru tersebar luas.

    Sumber yang berhubung dengan FMT mengenai perkembangan terbaru di Petaling Jaya, di mana pengerusi PPBM Dr Mahathir Mohamad dan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali menghadiri mesyuarat berasingan dengan pemimpin parti mereka, tidak menolak kemungkinan satu pengumuman penting akan dibuat lewat hari ini.

    Sumber lain memberitahu FMT bahawa terdapat rancangan oleh Mahathir untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan komposisi baru politik dalam kerajaan.

    FMT tidak dapat mengesahkan dakwaan tersebut, tetapi sedang menghubungi pihak istana mengenainya.

    ReplyDelete
  7. LANGSUNG | Malaysiakini membawakan liputan langsung berkenaan perkembangan susulan pertemuan kumpulan-kumpulan politik yang bermula pagi ini.

    7.31 petang: Istana Negara - Sejumlah 28 kenderaan dilihat meninggalkan Istana Negara. Kesemuanya dilihat bergerak dalam beberapa kumpulan.

    Kumpulan pertama dilihat keluar kira-kira pada pukul 7.25 petang, manakala kumpulan terakhir, setakat ini, kira-kira pada pukul 7.35 petang.

    Masih ada beberapa kenderaan dilihat di perkarangan istana.

    Ke mana arah sokongan Warisan, GPS?

    7.30 petang: Jika perubahan kerajaan berlaku malam ini, antara faktor yang memungkinkannya ialah sokongan daripada Warisan dan GPS.

    Terdahulu ada laporan bertentangan berkenaan siapa yang mempunyai sokongan majoriti di Parlimen.

    Bagaimanapun, sumber dalaman PKR membayangkan Anwar mengharapkan GPS dan Warisan untuk menyokongnya, dan bukan Mahathir.

    "Terutama GPS. Mereka ada ada pilihan raya negeri tahun ini dan ada kelebihan, maka mengapa mereka akan sertai Mahathir?" kata sumber itu.


    Mahathir juga mencetuskan rasa tidak puas hati di Sabah apabila membuka cawangan Bersatu di sana, walaupun dibantah ketua menteri dan presiden Warisan, Shafie Apdal.

    Tidak jelas apa yang menyebabkan mereka menyokong Mahathir.

    GPS memegang 18 kerusi Parlimen, manakala Warisan sembilan.

    Tanpa mereka, gabungan Bersatu, Umno PAS, dan 10 anggota parlimen PKR hanya memiliki 92 kerusi, kurang 20 kerusi untuk majoriti mudah dan membentuk kerajaan.

    Annuar Musa dan Takiyuddin Hassan tiba

    7.25 petang: Hotel Sheraton, Petaling Jaya - Kedua-dua setiausaha agung Umno dan PAS baru sahaja tiba.

    Annuar Musa dan Takiyuddin Hassan dilihat masuk ke sebuah bilik di mana semua VIP berkumpul, diiringi Exco Melaka dari Bersatu, Rafiq Naizamohideen.

    Ketika ditanya mengapa beliau berada di sini, Annuar berkata beliau datang untuk berjumpa "kawan-kawan MP

    ReplyDelete
  8. Ramai2 geng pintu belakang ke istana negara lawat agong gering ker?..

    KD selalu tertinggal kereta lembu..

    ReplyDelete
  9. Renungkan secara khusus pada rangkap lagu MY WAY yang berikut dan anda akan memahami betapa Tun sedang meletakkan dirinya sebagai pertaruhan demi kebaikan kepada agamanya, bangsanya dan negaranya.

    Dia hanya perlu mengangkat bendera putih dan berdiam diri di atas sejadah seperti yang dimomokkan sesetengah pembencinya tetapi sekiranya dia berbuat demikian, maka yang akan ketewasan ialah bangsanya, agamanya dan negaranya.

    Walau apapun percaturan yang dia sedang buat, dia tidak akan tewas kerana tewasnya Tun Mim bererti malapetaka kepada bangsa Mim, agama Mim, negara Mim dan bahkan buat makhluk bernama Mim.

    Dia tidak akan mengangkat bendera putih sebaliknya mengibarkan panji-panji kemenangannya yang berwarna hitam, in shaa Allah.

    #jalanterusbersamaTun

    Wallahu a'lam.

    ---------------------

    Regrets, I've had a few,
    But then again too few to mention
    I DID WHAT I HAD TO DO
    And saw it through without exemption
    I planned each charted course
    Each careful step along the byway
    And more, much more than this,
    I did it My Way.

    ReplyDelete