Monday, February 24, 2020

KITA BELUM DENGAR DARI MULUT TUN

Jangan cepat percaya dari dap anwar mat sabu.

Di majlis presiden, mereka yg tekan Tun dan now pun  mereka bersebok siapa ganti PM interim.

matsabu tak heran jika bersatu keluar PH.
Secara jantan Muhyiddin sudah tunjukan.

http://bankami.blogspot.com/2020/02/agong-perkenan-batak-pelantikan-menteri.html#.XlPptJPL1WA.whatsapp

Kerajaan baru perlu ditubuhkan tanpa anwar dan dap..

Harap Tun pertimbang bekerjasama dengan umno mudarat kecil  dari bersama mudarat musuh besar anwardapmatsabu


Mukhriz bersama Muhyiddin

17 comments:

  1. KD kali ni aku setuju sama lu....diorang semua tu nak lepaskan tempolok masing2 je....depan kata lain...belakang kata lain...nak2 nye si Abam tu!!!

    ReplyDelete
  2. Orang tua ni licik..silap2 dia akan dilantik pm 8 plak…

    KAta anwar Madey letak jawatan kerana tak setuju tubuh kerajaan pintu belakang bersama perasuah yg di tentang olehnye dlm pru14…madey dan muyiden dikatakan tidak sependapat…

    Adakah dalam tempoh 1 ato 2 hari diatur rancangan untuk penubuhan kerajaan pakatan pintu belakang?…dan madey hanye tahu last minit semasa mesyuarat di ibu pejabat Bersatu yg mana pas umno warisan GPS dan kelompok azmin turut bermesyuarat…desas desus pakatan pintu belakang sudah didengar berminggu2 seblm itu…

    Satu keadaan yg sukar diterima akal.

    Episod kedua madey turut lepas jawatan Pengerusi Bersatu dgn alasan yg sama…ada desas desus yg kata madey letak jawatan kerana ada mp2 Bersatu tidak setuju dgn cadangan bergabong dgn musuh kerana kedudukan mereka dlm pru akan datang tergugat…kalo dlm PH kedudukan mereka selamat..

    Muyiden umum Bersatu keluar PH…dikatakan semua mp Bersatu setuju dgn sign SD…berani ker muyiden buat keputusan tanpa rujuk madey boss besar Bersatu?….mukriz pon setuju dan sign SD?…

    Nampak mcm ada sandiwara…

    Mengikut cerita versi Papa Gomo plak pakatan pintu belakang gagal kerana telah dipintas oleh anwar yg mengadap agong terlebih dulu…..

    Cerita dlm gelap yg diluar semua tak tahu..nampak madey bersih…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde istilah kerajaan pintu belakang gagal konon2 sbb anwar hadap agong dulu.

      Anwar xde locus standi utk hadap agong dlm posisi tun masih pm.
      Anwar dgn puak2 dia masih terpinga2 dgn serangan mengejut tun smp tumbang kerajaan ph. Kalau masih terpinga2 masakan ada akal nk proses apa sbnrnya strategi tun.

      Paling cerdik dap boleh buat skrg adlh terus menyokong tun sbg pm so konon2 ada 2 group yg menyokong tun. Satu dari pas umno satu lg dari dap pan.

      Kalau tun terus nk buang dap adlh dgn menubuhkan satu parti koalisi mcm bn. So tgk lah nk ke dap masuk register sbg parti komponen dlm parti baru berkoalisi dgn pas & umno.

      Either way dap akan loose jgk.
      Bkn org xtau dap punya game blakang tabir. Anwar xkn terkinja2 jdk pm kalau dap xsupport.
      Skrg baru nk sedar terhegeh2 nk sokong tun.

      Worst case senario racial riot, masuk under emergency. Tun akan tapau puak2 ni mcm operasi lalang.

      Lepas ni otai2 reformasi akan start plan demo anwar pulak pusing dunia cari simpati luar.

      Dh tau formula puak2 ni.

      Delete
    2. Kalo tak gagal kenape tak ada kerajaan baru?....tun hanye dilantik oleh agong sebagai pm interim...bukan pm dari sebuah kerajaan baru...

      Delete
  3. Biasanye tun mengambil masa beberapa hari nak bukak mulut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembentukan kabinet baru akan lebih mencermin situasi sebenar.

      Menteri Kewangan mesti dikembalikan kepada status quo layak.

      Delete
  4. Abg mat bukan ke dah kluor kenyataan rasmi,bukan dia yg ckp mcm tu.

    ReplyDelete
  5. Rakyat pilih PH pru lepas...nak switch kerajaan kena serah balik kpd rakyat buat pilihan semula...memilih kerajaan hak rakyat bukan hak bapak mp2..

    Zahid dah cakap PH akan kucar kacir...tak lama akan berpecah...

    Pru Bersatu boleh join pakatan baru....jangan takut kalah dgn ambik jalan pintas.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nope..
      Hak membentuk kerajaan mmg ditangan mp. Bkn ditangan rakyat mahupun bapak2 mp.

      Hak rakyat hanya membuang undi memilih mp dan dun.

      Sila faham betul2 perlembagaan negara sebelum buat komen level otai reformasi

      Delete
  6. Tahniah sdr KD kerana dapat memahami konsep mudharat atau kejahatan yang lebih kecil, dan sebab itulah Tun telah melakukan segala yang ia lakukan walaupun ia nampak buruk kerana alternatif yang ada kepada keburukan itu adalah keburukan yang lebih besar.

    Walaubagaimanapun pada isu adakah UmNO kejahatan yang lebih kecil berbanding DAP, pendapat saya adalah berlainan dengan sdr KD, kerana perkara tu tidak lagi menjadi isu kepada Tun.

    Sama ada UmNO atau DAP, Tun tiada ikatan rasmi dengan keduanya.
    Dengan terbubarnya kerajaan PH, maka putuslah ikatan Tun dengan DAP. Dengan gagalnya kerajaan Perikatan Nasional maka tiada sebarang tali rasmi yang menghubungkan Tun dengan UmNO dan PAS. Dengan berdirinya Tun sebagai PM interim tanpa ikatan kepartian, maka kerajaan yang bakal Tun bina dengan mandat daripada YDPA secara de facto dan de jure adalah kerajaan Ta-Mim, Ta untuk Tun dan Mim untuk Mahathir. Sesiapa sahaja yang Tun pilih sebagai ahli kabinetnya akan berdiri di atas kapasiti peribadinya dan bukan parti yang diwakilinya.

    Sdr Qastan Zarian pernah bertanya apa jadi kalau Tun bekerjasama dengan UmNO dan jawapan saya ialah saya lihat kerjasama itu mungkin akan berlaku tetapi bukan dalam bentuk rasmi dan bersekutu seperti PH ataupun BN. Kini dengan Tun sebagai PM interim tanpa apa-apa ikatan politik kepartian keadaan itu telah benar-benar wujud.

    Apapun saya menjangkakan kerajaan Ta-Mim akan lebih inklusif. Sebagai general perang yang hebat, Tun tidak akan mencantas mana-mana tenteranya, sebaliknya akan menggunakan kelebihan yang ada pada tentera itu untuk memenangkan dirinya kerana hanya dengan Tun kekal menang, bangsa Mim akan selamat daripada kebinasaan, in shaa Allah.

    Saya selalu berkata bahawa sesiapa yang tidak mahu Peliwat menjadi PM dan di dalam masa yang sama tidak mahu UmNO kembali berkuasa hanya perlu berjalan terus bersama Tun kerana jalan akan terbuka untuk kedua-duanya tidak berlaku.

    Dengan Tun sebagai PM interim di bawah kerajaan Ta-Mim, maka cita-cita Tun untuk melihat penyatuan bangsa Melayu kini kelihatan semakin menjadi realiti.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  7. Itu semua poyo..dh tk boleh kayuh kedepan..sorong kebelakang ada lah lebih baik dan selamat..dap dan anwar tkder marah2.sementara sempat..boleh kayuh balik kedepan diam2...kira serampang dua mata la..

    ReplyDelete
  8. aku rasa rakyat malaysia memang tak layak dapat Tun ,...dua dua pihak dulu pernah kecam n hina dia,..Tun tetap bekerja dan berkorban untuk rakyat..agong dulu yg resign pun buat Tun tunggu berjam jam diistana...yg konon berdarah raja di johor anak beranak pon penuh dengki dgn Tun,..patut Tun kat singapo pimpin melayu singapo plak...

    ReplyDelete
  9. Tindakan Tun bakal mengujudkan PM perlu disokong PALING majoriti oleh Dewan Rakyat Tanpa Kira jumlah kerusi Dan APA partinya.

    Ia JUGA bermakna akan ditolak Dewan bila tidak berfungsi atau salahguna kuasa.

    ReplyDelete
  10. Hehe... Saya relak je.

    Saya percaya, TDM dah ada senarai regu dia. Ini semua wayang. Tapi respeklah master politik sorang ni... hehe... Tapi dah lama saya dapat membacanya...

    Jika kena regunya, molek organisasi kabinetnya dan TDM diangkat PM ke 8, Malaysia akan gemilang semula.

    Dia telah melepasi tahap ke 7 iaitu tahap diuji kekentalan mental dan daya pertahanan serta dgn kepandaian tipu muslihat dia, maka jika ditakdirkan dia diangkat PM ke 8,saya dapat membaca peta Malaysia akan terlakar sampai ke bumi mana..
    Dasat!

    Saya percaya, selepasnya ada seseorang akan diberi jalan oleh dia untuk menjaga legasi dia...

    Tapi jika sebaliknya TDM tersalah catur regunya.... dot dot dot.... lah.

    Anda boleh pikir sendiri.. Orang melayu akan bergolok dan berparang (bergaduh tak habis²) & sanggup menjual maruahnya kepada tokong asalkan merasa berada di puncak kuasa...

    Jika demikian hendaknya, bersedialah kita melawan dengan darah kita untuk jihad demi agama kita....
    Dasat jika ini yang berlaku!

    ReplyDelete
  11. Kena lantik pm ke8 dulu.. baru lantik kabinet..baru boleh jalankan pentadbiran.

    ReplyDelete