Saturday, February 29, 2020

MUHYIDDIN PM8


https://youtu.be/jEXD7SSIXQA

38 comments:

  1. Ok, berita mengatakan TSMY dipilih menjadi PM-8, bergabung dengan UmNO dan PAS yang telah ditolak oleh rakyat di dalam PRU14.

    Kesian TSMY. Dia terbabas di saat akhir, tewas kepada godaan kedudukan sebagai PM, dan mahu bersekongkol bersama-sama jemaah penyamun dan penunggang agama demi menduduki kerusi PM.

    Kita sama-sama tunggu dan lihat apa yang akan berlaku besok.

    Keadaan semakin panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ucapan setinggi-tinggi takziah daripada saya buat Tan Sri Muhyiddin Yassin.

      Jemaah yang sama yang buang Tan Seri dahulu kerana Tan Seri tidak mahu bersubahat dengan ketua jemaah mereka yang menyamun, kini berjaya membuatkan Tan Seri pula bersekongkol dengan gerombolan mereka sebagai pertukaran sokongan untuk menduduki kerusi Perdana Menteri.

      Benarlah kata-kata hikmah bahawa 'bagi sesetengah orang, setiap jiwa ada harganya, sekiranya kena dengan harga, maka jiwa itu boleh sahaja dibeli'.

      Innalillahi wainna ilaihi raji'un, menyesal kemudian tiada gunanya.

      Delete
    2. Hahahaha...jalan terus jon...taqdir menentukan panji hitam dikibar oleh lain...pemoda Bani Tamim pon orang lain...

      Tun dikalahkan oleh anak didiknye sendiri...

      Adakah tun akan kluar dari Bersatu?

      Delete
    3. Allah sebaik² perancang...
      Berlapang dadalah.
      Seperti yang saya katakan dengan saudara dulu, pelantikan TDM PM 7 adalah pembuka jalan atau peristiwa penting lain .
      Semoga episod ini menginsafkan kita kerana saya dapat membaca ada peristiwa lebih besar selepas ini.
      Semoga anak cucu kita terselamat dan alhamdulillah, TDM juga terselamat dengan fitnah besar akhir zaman.
      Saya rasa saudara lebih memahami ucapan saya.
      Wallahuaklam...

      Delete
    4. Betul ke pemuda bani tamim tu madey? Elok je muhyidin naik jd pm ke 8? Tersasar la pulak

      Delete
    5. Sdr Kerengge.

      Terima kasih di atas komen balas. Saya tidak bersedih apa-apa dengan pemilihan TSMY sbg PM-8. Sekalipun saya ahli PPBM tetapi saya tidak mencari makan melalui jalan politik.

      Sebaliknya saya merasa tersangat kasihan kepada TSMY kerana dia terbabas pada saat akhir. Dia telah menjadikan dirinya sebagai pembuka pintu malapetaka apabila menjadi punca UmNO kembali memegang kuasa pusat dan PAS berpeluang memegang kuasa di pusat. Saya malah telah mengucapkan innalillahi wainna ilaihi raji'un kepadanya kerana pilihan yang salah ini.

      Jawapan selebihnya akan dapat dilihat tidak lama sahaja lagi. Apapun dengan pemilihan ini, gelaran 'PM-8' kepada Pak Sheikh hampir boleh dipadamkan. The Final Twist tidak menjadi lagi dan sekiranya TSMY benar-benar melepasi angkat sumpah jawatan PM besok, Pak Sheikh kena lupakan terus gelaran PM-9. Pak Sheikh dah terkena checkmate lagi.

      Berbalik kepada TSMY, saya kekal mengatakan dia telah terbabas. Walaubagaimanapun saya percaya segala ini berlaku untuk membuka jalan kepada Tun M untuk menyelesaikan perjuangannya yang belum selesai.

      Tun telah menjadi PM 2 dekad, PM 2 abad, dan PM 2 pasukan. Adakah pemilihan TSMY sebagai PM-8 akan membuka jalan untuk Tun bergelar PM Interim 2 kali sebelum dia benar-benar menjadi PM 2 zaman? Masa akan memberikan jawapannya.

      Seperti yang telah saya tegaskan, saya tiada keraguan bahawa Tun M adalah orangnya.

      Ucapan setinggi-tinggi takziah sekali lagi buat TSMY. Innalillahi wainna ilaihi raji'un.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    6. Maaf saudara John Doe...Saya rasa firasat anda ttg Tun selama ini telah tersasar...mereka merancang tapi Allah pun merancang..perancangan Allah lebih baik...hnya Allah pemilik kerajaan..

      Delete
    7. Sdr Qastan.

      Zaman fitnah masih berlangsung. Tunggu apabila ia benar-benar tamat dan pada masa itu segala persoalan telah pun berjawab.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  2. Dah rasmi ke ni bro. Ko asal blh jer post berita. Istana dh kluar kn statement kaa

    ReplyDelete
  3. Tahniah muyiden...kluangman boleh tutup kedai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur Alhamdulillah…..

      Yang paling penting,

      1) ‘Rear’ Admiral Al Jub
      2) Pahlawan Bogus Dayus Tunduk Telunjuk Bini,

      tidak jadi PM memimpin negara.

      SELISIH Malaikat 44……!!

      Delete
  4. Muhyiddin menjadi PM antara kebaikan ialah jauh dari gangguan Anwar Dan DAP.

    Ujian bust Muhyiddin ialah akhlak Dan AMANAH
    InsyaAllah Kita sama² doakan yg terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gangguanye dan tekananye datang dari umno

      Delete
    2. InshaAllah..mudah2an tsmy dapat memacu malaysia kearah kegemilangan..Aaminn

      Delete
  5. Dah pasti kalau tak betul sila saman Astro Awani

    ReplyDelete
  6. Belum sain belum boleh panggil anakanda, kata Abdul Wahub. Jadi, aku tunggu sampai yidin angkat sumpah bersama perikatunnya bagi membentuk KERAjaan pintu blkg yg tak sampai sepenggal.

    Muahahaha.....

    ReplyDelete
  7. Lepas ni rapatkan barisan semula. Bermaafan ye..
    Yang sudah, sudah ler...
    Dpd bertuhankan tokong DAP lebih baik kita sesama agama dan bangsa muhasabah balik dari peristiwa ini supaya kita betulkan mana yang patut.
    Bahaya mempertaruhkan TDM untuk menjadi PM 8 sebab kita tak jelas biji butir perjanjian TDM dengan DAP, amanah yang muka Islam tapi penjilat DAP dan PKR parti blue dan plural.
    Saya rasa itu yg jadi pertimbangan KBDYMM
    Amin Ya Rabbal Alamin.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.
    Terselamat TDM daripada dicatat sebagai raja mandaliar moden.
    Semoga TDM tenang dan jalani kehidupan biasa dengan penuh kesyukuran daripada terus terjebak dengan fitnah dunia akhir zaman....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam masih berlaga, dan kesemua ayam masih bernafas, dan zaman fitnah masih belum berakhir.

      Dengan izin Allah, Tun akan kembali membetulkan keadaan.

      Delete
  9. Biasa la..org melayu..PHD dia tinggi..tk boleh bawok bincang..

    ReplyDelete
  10. john doe tun dh berjasa pada bani mim.. dia telah lumpuhkan PH dan menyekat kemaraan anwar.. jd galang gantI sbg BAKAL PM keoada PH.. MGKIN JUGA sekat lobi melobi oleh anwar.. Allahuaklam. dan.. tun m is still my hero. husnu dzon lah melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis Nur,

      Itu adalah plus point. Saya setuju bahawa pemilihan TSMY sbg PM-8 telah meruntuhkan sama sekali kegilaan Pak Sheikh mahu bergelar PM-8. Dia patut melupakan terus kegilaannya mahu menjadi PM. No more bakal PM-9 untuknya.

      Pemilihan ini juga telah membenarkan dua perkara yang telah berulangkali saya katakan iaitulah :-

      1. Pak Sheikh takkan dapat menjadi PM walau apapun yang dia usahakan.

      2. PM berikutnya selepas Tun M sudah semestinya daripada PPBM.

      Walaubagaimanapun naiknya TSMY secara en blok melalui sokongan jemaah UmNO dan PAS telah membuka 2 pintu malapetaka yang lain ke atas bangsa ini, iaitulah :-

      1. UmNO bakal kembali memegang kuasa pusat. Mereka telah melakukan khianat yang besar semasa berkuasa dahulu dan kini mereka mahu dikembalikan ke persada kuasa dan berpeluang melakukan lagi pengkhianatan yang sama. Sekiranya ini benar-benar berlaku, ia bakal menjadi satu malapetaka bagi bangsa Mim. Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Mohon dijauhkan Allah, Aamiin.

      2. PAS, parti penunggang agama yang menyebabkan Ibrahim Libya dan pengikutnya membunuh tanpa hak anggota keselamatan kini berpeluang memegang kuasa di pusat. Apabila PAS memegang kuasa di pusat maka peristiwa Memali akan bertukar sifat daripada pemberontakan tanpa hak golongan rakyat ke atas pemerintah dengan menganiaya anggota keselamatan, menjadi satu penganiayaan golongan pemerintah ke atas anggota keselamatan negaranya sendiri. Sekiranya ini benar-benar berlaku, ia bakal menjadi satu malapetaka bagi bangsa Mim. Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Mohon dijauhkan Allah, Aamiin.

      Walau apapun yang berlaku besok, sama ada TSMY sah mengangkat sumpah sebagai PM-8 atau sebaliknya, dengan izin Allah saya berkeyakinan bahawasanya kedua-dua malapetaka di atas tidak akan sempat berlaku ke atas bangsa Mim. Mudah-mudahan, aamiin.

      Orang-orang lain boleh berkata apa sahaja. Pendirian saya kekal, iaitu untuk jalan terus bersama Tun walaupun selepas TSMY mengangkat sumpah jawatan sbg PM-8 besok.

      Sebaik TSMY mengangkat sumpah jawatan sebagai PM besok, maka saya berlepas diri daripada sebarang taat setia daripada saya sbg ahli PPBM kepadanya sebagai Presiden PPBM, dan hanya akan menerimanya sebagai PM yang menjadi PM melalui jalan khianat.

      Innalillahi wainna ilaihi raji'un buat TSMY.
      Innalillahi wainna ilaihi raji'un buat TSMY.
      Innalillahi wainna ilaihi raji'un buat TSMY.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  11. Pru 15 3 tahun lagi...berebut plak jawatan pm dan kerusi dgn umno..

    ReplyDelete
  12. Politik melayu takkan aman berpanjangan...aman untuk sementara saja.

    ReplyDelete
  13. Senyum le org tu... Laki bini urut dada, lega Aku...

    ReplyDelete
  14. Apa Langkah TSMY. Tukar speaker atau biarkan. Kalu gagal automatic menunjukkan dia kalah undi percaya. Langkah terbaik biarkan dulu smpai semuanya tenang. Paling kurang lepas satu RRU diluluskan

    ReplyDelete
  15. Majoriti Muhyiddin bakal diuji di parlimen
    6:18 petang (Dikemaskini 6:26 petang)
    Zikri Kamarulzaman | Berita

    A A
    Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dijangka mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan esok selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa pelantikan itu.

    Bagaimanapun, jumlah sebenar sokongan Muhyiddin dalam Dewan Rakyat masih menjadi persoalan dan boleh dicabar oleh ahli parlimen pada sidang parlimen seterusnya, iaitu pada 9 Mac ini.

    Bekas speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia sebelum ini berkata Peraturan Mesyuarat tidak menggariskan bagaimana usul tidak percaya dapat dilakukan dan dilaksanakan.

    Bagaimanapun, keyakinan terhadap perdana menteri boleh diuji dengan meluluskan usul atau rang undang-undang.

    ReplyDelete
  16. Dari Blog Laman Reformasi - Mohon. Jon Doe, Budak Suman pergi ke Yayasan Al Bukhary dengar khabar panji panji dah siap nak kibar

    sudah sudah la dah kalah buat cara kalah...!!

    ni puak pundek tak sedar diri sedang menghasut...!!

    Salam perjuangan teman-taman semua,

    Kita sebenarnya mempunyai bilangan ahli parlimen yang mencukupi iaitu 117. Ke semua ahli parlimen sedang menandatangani Akuan Bersumpah di Yayasan Al-Bukhary.

    Sidang media akan diadakan pada jam 8 malam ini.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  17. It is proven there is honour amongst tbieves.

    GPS knows this better and they supported the tbieves

    ReplyDelete
  18. Walau apa bakal terjadi
    Tun Mahathir tetap di hati
    Pengorbanannya kekal abadi
    Akan dikenang sampai ke mati!

    Dalam masa Roket berkuasa
    Pelbagai kerenah Sepet dah buat
    Melanggar Tun terkenalah bisa
    Baru tahu siapa yang kuat!

    Dua alam menjilat jari
    Dulu dia yg selalu gesa
    Tun keluar membawa diri
    Habis terus semua binasa!

    Tun dah tunjuk kepada bangsa
    Balik bersatu jadi dominan
    Hanya tak suka Melayu pemangsa
    klepto jangan diberi peranan!

    Kerana kuasa dan jugak jawatan
    Pesan ayah anak tak ikut
    Takut nanti mendapat bentan
    Musuh tak hormat, kawan tak takut!

    Kerana Tun Roket pun lentur
    Patut Melayu hargai bapak
    Hajat bapak menolak klepto
    Anak tak ikut,jawatan nampak!

    Walau siapa jadi Perdana
    Sejarah tetap akan buktikan
    Tun Mahathir paling bermakna
    Makin berbisa jika ditekan!

    Walau apa yg terjadi
    Tun berkorban Perdana Menteri
    Jasa Tun kekal abadi
    PM lagi suatu hari?





    ReplyDelete
  19. 1. jika tun tk join PH..kuasa melayu akn terus terkubur krn melayu menolak najib secara besar besaran..kerajaan melayu mmg pasti runtuh
    2. setelah dlm PH., tun sendiri jatuh kan PH
    3. disaat PH nk bangun semula, tun jd galang ganti /benteng agar agong memilih TSMY..dn tdk memilih Anwar.
    4. tun boleh tersenyum.. jasanya Allah yg tahu walau bangsanya tdk mendendangkn nya

    jasa jasa tun pada kita.

    coretan dari hati nurani
    nur
    petang sabtu 29 feb 2020

    ReplyDelete
  20. Tak mungkin semua 36 mp Bersatu sokong muyideen...mukeriz dan saddiq dan beberapa mp takkan tak sokong madey.
    Kemelut blm berakhir..

    Seorang mp serawak isthar masuk PR fan mp Star di sabah istihar sokong madey

    Kedudukan muyideen tergugat diparlimen....blm boleh legaa..

    ReplyDelete
  21. Muhyidin, Azmin, Zahid, Hadi dah lama buat plan Block Anwar jadi PM guna nama Mahathir. Jika ada masalah dgn PM7, mereka ada plan B. SU politik Mahathir adalah spy mereka. Pergerakan sangat tersusun.

    ReplyDelete