Monday, February 24, 2020

MUHYIDDIN@ANWAR

Jika Tun masih mahu meneruskan perletakan jawatan nya.

14 comments:

  1. 'Kingmaker' Sabah, Sarawak kemuka syarat pada PH - Sumber
    5:10 petang (Dikemaskini 5:10 petang)
    Berita

    A A
    Sejumlah 56 anggota parlimen dari Sabah dan Sarawak bersedia untuk memainkan peranan penentu 'king maker' dalam keadaan kerajaan Pakatan Harapan runtuh.

    Sumber PH mendakwa kehadiran PAS dalam gabungan baru politik yang digerakkan bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali mungkin menjadi penghalang.

    Menurut sumber lagi, kedua-dua kumpulan MP itu telah menyatakan syarat kerjasama mereka dalam gabungan baru politik itu.

    "Shafie Apdal tidak mahu Bersatu terlibat di Sabah yang merupakan tawaran yang lebih mudah untuk dicapai bersama Anwar.

    "Apa yang lebih sukar untuk dirundingkan ialah Gabungan Parti Sarawak mahu kerusi timbalan perdana menteri dan lebih banyak hak di bawah perjanjian MA63.

    "Mereka juga akan menggesa diwujudkan keadaan pembangkang sifar di Sarawak," kata sumber itu

    ReplyDelete
  2. Tun letak jawatan pm dan pengerusi Bersatu kerana tak mahu dikaitkan dgn puak perasuah...

    Muyiden yg bawak kluar Bersatu dari
    PH..

    Adakah muyiden dapat restu tun ato muyiden bersekongkol dgn azmin untuk tubuh kerajaan baru dan mahu pegang jawatan pm?...

    ReplyDelete
  3. Tun lebih rela letak semua jawatan daripada terpaksa bersekongkol dengan PEROMPAK, PENYAMUN dan PENIPU NEGARA the likrs of Tengku fraud, Zahid komidi and of cos, NAJIB.

    Biarlah Muhyiddin dab Azmin tanggung semua dosa itu konon berjuang untuk agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  4. Tun pm atas kapisiti personal kerana Bersatu sudah keluar PH dan tun tiada jawatan dlm Bersatu.. .

    Tun tidak ikut Bersatu dan azmin bersekongkol dgn puak perasuah...tu pasal tun letak jawatan pm....bukan kerana nak dilantik semula pm pintu belakang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm² la ko. Meroyan pulak jondo nnt sbb tanpa tun jd pm, camane nk kibar bendera hitam?

      Delete
    2. Tun udah hilang 313 army pengibar panji...tinggal jon do sorang saja...

      Delete
  5. TERKINI
    TERKINI......Dari Blog Laman Reformasi

    Alhamdulillah. Tun Mahathir baru saja selesai mengadap YDPA dan akan keluar bila-bila masa dari sekarang. Demi kestabilan politik Tun Mahathir dinasihatkan agar menarik balik surat perletakan jawatan tersebut dan kekal menjadi PM buat kerajaan Pakatan Harapan. Manakala sah lagi sahih kesemua MP dari GPS dan WARISAN menyokong kerajaan PH.

    Jadi menteri semburit dan kesemua MP BERSATU yg telah keluar dari PH akan diganti dgn menteri yg baru. Suatu penyusunan kabinet baru akan dibuat secepat yg mungkin. Berakhirlah episod tegang politik tanah air Malaysia.

    haahhh tepokkkk - yg ni aku tambah kikikik

    ReplyDelete
  6. Perkara ini tak mungkin berlaku kalau anwar dan konco2nya tak ikut telunjuk dapigs. Gelojoh sangat nak jadi pm ke8.

    Mahdey bukannya bodoh mcm nuar, gone eng atau mat sabun tu. Dia dah masak sangat dgn politik tanahair sejak kalah dgn pas suatu ketika dulu.
    Percaturan proksi utamanya si azmin dan hisamuddin dah lama bergerak memyelinap ke kumpulan lawan.
    Anwar dan dapigs dah lama hidu tapi masih percaya dan yakin mahdey tak akan khianat dgn sehebat itu.

    Skrg mahdey tgh tggu kedudukan sebulat suara krn parti2 yg menyokongnya perlu syarat2 bertulis sblm menyertai pakatan apa ntah. Dgn syarat2 bertulis tak spt syarat lisan jadi pm 2 tahun yg menjerat leher sendiri. Itulah silap anwar dan dapigs tak buat perjanjian bertulis. Desak sangat mahdey akhirnya anwar mgkin kempunan.

    Tak payahlah nak salahkan sesiapa krn semua drama ini dah bermula sejak awal ph jadi kerajaan lagi. Isyarat2 mahdey dah jelas tapi mgkin parti bunga minoriti korang buat bodoh jer.
    Jadi tak perlu salahkan pihak lawan. Lagipun prestasi menteri2 ph majoritinya bodoh dan bangang. Yg jaga kewangan...bukan makin kurang hutang tapi makin meningkat. Hampir setiap bulan meminjam dan terbaru utk bulan feb pinjam lagi rm22billion. Data dan fakta dpd bnm boleh digoogle. Nak dipecat oleh mahdey tapi itulah jwtn yg telah lama dilobi oleh dapigs.
    Belum lagi bab perpaduan dan isu2 agama yg tidak dijaga dgn baik. Aset dan harta rakyat yg dilelong sewenang2nya tanpa diketahui sesetengah pembeli individu. Yg ada kes jenayah dilepaskan termasuk rasuah terowong gone eng.

    Semuanya buat mahdey pening kepala. Dah didesak lepaskan jwtn. Skrg dia dah lepaskan jwtn...terhegeh2 pulak korang merayu. BANGANG!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Engko bongok..anwar tak pernah tekan madey...azmin dilihat sebagai balaci yg nak jatuhkan anwar...
      .

      Delete
    2. Sapa yg Sokong Nuar tu lagi BONGOK!!!

      Delete
  7. Dr M, Muhyiddin beza pandangan mengenai gabungan baru?
    A Special Correspondent -February 24, 2020 8:00 PM


    Sumber berkata, Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin berbeza pandangan mengenai komposisi komponen gabungan baru politik.
    PETALING JAYA: Peletakan jawatan mengejut Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan juga pengerusi parti berpunca daripada perbezaan pandangan beliau dengan presiden PPBM Muhyiddin Yassin mengenai komposisi komponen gabungan politik baru, kata sumber kepada FMT.

    Beliau berkata, Muhyiddin menyokong pembentukan satu gabungan politik baru, yang dikenali dalam kalangan media sebagai “Pakatan Nasional”, untuk turut merangkumi Umno, PAS, MCA, MIC dan sebilangan ahli Parlimen PKR.

    “Tetapi Mahathir tak setuju. Itu sebabnya beliau letak jawatan PPBM.”

    Sumber berkata, pendirian Mahathir merupakan berita baik untuk DAP dan Amanah, yang dijangka menjadi tidak relevan sekiranya berlaku kemasukan “besar-besaran” ahli Parlimen Umno dan PAS.



    “Ini juga sebab kenapa DAP dan Amanah sokong Tun,” katanya.

    Dakwaan itu tampak selari dengan naratif setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengenai perkembangan yang berlaku di kediaman Mahathir pagi tadi.

    “Ekoran bantahan beliau terhadap percubaan jahat untuk mengetepikan dan menghakis mandat rakyat kepada PH, Dr Mahathir meletakan jawatan sebagai perdana menteri dan juga pengerusi PPBM.

    “Tun Dr Mahathir dengan jelas menyebut bahawa beliau tidak boleh bekerja dengan Umno setelah mereka bekerja keras untuk menolak parti itu dalam pilihan raya umum 2018.


    Peletakan jawatan Mahathir sebagai pengerusi PPBM berlaku hampir serentak dengan pengumuman Muhyuddin tentang penarikan diri parti ini daripada Pakatan Harapan, iaitu gabungan 4 parti yang menumpaskan Barisan Nasional (BN) 2 tahun lepas.

    Muhyiddin dan sebilangan pemimpin PPBM dan PKR, termasuk Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin hadir dalam satu perjumpaan ahli Parlimen daripada kedua-dua pihak malam tadi

    ReplyDelete
  8. Azmin dan konconye termasuk muyiden tempah maut...

    ReplyDelete
  9. ?SEBAB MAHATHIR LETAK JAWATAN SEBAGAI PENGERUSI BERSATU

    Oleh: ISHAM JALIL

    Tun Mahathir baru meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu.

    Diberitakan terdapat konflik dan ketidaksetujuan dalaman dalam Bersatu yang menyebabkan Mahathir meletakkan jawatan.

    Ada kumpulan dalam Bersatu yang tidak bersetuju untuk bergabung dengan UMNO dan PAS dalam kerajaan pintu belakang yang baru.

    Salah satu sebab adalah kerana daripada 12 kerusi Parlimen Bersatu yang dimenangi pada PRU-14 yang lepas, lebih separuh daripadanya kalah beribu-ribu undi jika dibandingkan dengan gabungan undi UMNO dan PAS.

    Oleh itu besar kemungkinan mereka (Ahli-ahli Parlimen Bersatu ini) akan terpaksa melepaskan kerusi-kerusi ini kepada UMNO atau PAS yang mempunyai sokongan akar umbi yang lebih kuat jika mereka bergabung dengan UMNO dan PAS.

    Tambahan lagi, 14 bekas Ahli Parlimen UMNO yang melompat ke Bersatu selepas PRU-14 kini tidak lagi mempunyai jawatan parti di bahagian sama ada dalam UMNO mahupun Bersatu.

    Oleh itu besar kemungkinan mereka juga tentunya perlu menyerahkan kerusi mereka kepada orang lain di dalam UMNO, PAS atau Bersatu yang lebih senior atau berjawatan parti berbanding mereka.

    Mereka hanya memikirkan kepentingan kedudukan mereka.

    Mahathir pun sama.

    ISHAM JALIL
    24 Februari 2020

    https://www.facebook.com/220524935369705/posts/661525521269642/?d=n

    ReplyDelete
  10. Dah tau pbbm berbalah..korom tk cukup..50-50..dalam umno pun mungkin ada yg turun tangan..
    Gabungan sabah sarawak pun tunggu dan lihat..yg mana menguntungkan..adalah lebih baik mencari jalan yg selamat..sebelum di tempeleng oleh anwar...apa2 pun..jika condong ke ph..àkan pasti mendapat sokongan penuh utk menyambung jadi PM sehingga selesai Apex..dapat la otoman ber PM kan peliwat..ki ki ki..
    Jika condong ke pbbm..jiddin jadi PM..pun selamat juga atok...nuar tk boleh marah dia..alasan.bukan dia yg tk nak bagi nuar jadi PM..ahli2 yg belot..saya apanama terpaksa letak jawatan biar diorg yg undi dari jiddin yg kompom menang ko nuar tk dapat jadi PM..cantik jew susunan nyew

    ReplyDelete