Monday, February 24, 2020

PM INTERIM

UMNO ditolak kerana PEMIMPINNYA masih tidak insaf dan mengekalkan penyamun² di dalam parti.

18 comments:

  1. Agong sudah terima perletakan jawatan Tun M dan mintak beliau jadi PM INTERIM sehingga sebuah kerajaan baru yg berjaya dapat sokingan mudah, dibentuk

    ReplyDelete
  2. Dr M, Muhyiddin beza pandangan mengenai gabungan baru?
    A Special Correspondent -February 24, 2020 8:00 PM


    Sumber berkata, Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin berbeza pandangan mengenai komposisi komponen gabungan baru politik.
    PETALING JAYA: Peletakan jawatan mengejut Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan juga pengerusi parti berpunca daripada perbezaan pandangan beliau dengan presiden PPBM Muhyiddin Yassin mengenai komposisi komponen gabungan politik baru, kata sumber kepada FMT.

    Beliau berkata, Muhyiddin menyokong pembentukan satu gabungan politik baru, yang dikenali dalam kalangan media sebagai “Pakatan Nasional”, untuk turut merangkumi Umno, PAS, MCA, MIC dan sebilangan ahli Parlimen PKR.

    “Tetapi Mahathir tak setuju. Itu sebabnya beliau letak jawatan PPBM.”

    Sumber berkata, pendirian Mahathir merupakan berita baik untuk DAP dan Amanah, yang dijangka menjadi tidak relevan sekiranya berlaku kemasukan “besar-besaran” ahli Parlimen Umno dan PAS.



    “Ini juga sebab kenapa DAP dan Amanah sokong Tun,” katanya.

    Dakwaan itu tampak selari dengan naratif setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengenai perkembangan yang berlaku di kediaman Mahathir pagi tadi.

    “Ekoran bantahan beliau terhadap percubaan jahat untuk mengetepikan dan menghakis mandat rakyat kepada PH, Dr Mahathir meletakan jawatan sebagai perdana menteri dan juga pengerusi PPBM.

    “Tun Dr Mahathir dengan jelas menyebut bahawa beliau tidak boleh bekerja dengan Umno setelah mereka bekerja keras untuk menolak parti itu dalam pilihan raya umum 2018.


    Peletakan jawatan Mahathir sebagai pengerusi PPBM berlaku hampir serentak dengan pengumuman Muhyuddin tentang penarikan diri parti ini daripada Pakatan Harapan, iaitu gabungan 4 parti yang menumpaskan Barisan Nasional (BN) 2 tahun lepas.

    Muhyiddin dan sebilangan pemimpin PPBM dan PKR, termasuk Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin hadir dalam satu perjumpaan ahli Parlimen daripada kedua-dua pihak malam tadi

    ReplyDelete
  3. Hasrat muyiden nak pegang pm terbantut dgn guna nama madey untuk tarik sokongan GPS dan warisan..

    ReplyDelete
  4. Sedih dan ralat, jika bencikan 2 3 ekor orang, janganlah cakap bencikan UMNO.

    Saya pernah pesan, TDM hanya ada 1 jalan untuk selamatkan agama dan bangsanya iaitu dengan merendahkan dirinya dan memaafkan salah silap 'anak²nya' sebab lain² jalan mati untuknya...

    Urusan salah @ tidak, biarlah mahkamah menentukan, kita sebagai keluarga yang besar seharusnya sentiasa berbaik sangka, mengekalkan silaturahim dan tetap mendoakan kebaikan untuk 'anak' kita walaupun air muka kita tercalar..

    Jika ingin mati dikutuk cerca cucu cicitnya (suatu masa) nanti kerana kedegilan kita memberi muka bangsa angkuh dan sombong dan membiarkan kerosakan terus bermaharajalela, apakan daya, jika TDM ingin memilih bangsa itu lebih baik sebagai saudara kandungnya berbanding dengan saudara seagamanya sendiri...

    Semoga TDM diberi kekuatan dan keinsafan dalam dirinya sendiri... Nobody perfect!




    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai....buat hutang berbillyon boleh dimaafkan dan biar saja dia terus mencuri sebab dia anak kita.....????
      Sorry....I cannot brain this. Patutlah anak awak manja sampai cacing naik ke mata. Ada dia bela awak di hari tua....????

      Delete
    2. Fahamilah doa yang kita aminkan setiap kali lepas solat..

      Berbuat jahat dan dihukum, itu bagian hidup anak kita dan dia telah mendapatkannya tetapi sebagai bapak, dia tetap anak di mata dan hati kita.

      Silaturahim tetap dijaga. Doa kebaikan kepada anak kita jangan putus.

      Syurga neraka bukan ditangan kita.

      Jika Allah berkehendak mematikan kita dengan Husnul Khatimah, walau sebesar gunung dosa kita di masa lalu, maka Allah hapuskan & limpahkan sebijik sawi nikmat rahmat dan redhaNya kpd kita, itulah pengakhiran terbaik untuk hidup kita...

      Jika demikian Allah besar kurnia Nya, siapa cik minah?




      Delete
  5. CUKUP JUMLAH PH KEKAL

    Menyokong Tun M kekal Perdana Menteri dalam Pakatan Harapan

    BERSATU Tun M : 6
    Amanah : 11
    DAP : 42
    PKR DSAI : 39
    WARISAN : 9
    GPS : 19
    UPKO : 1
    STAR : 1
    PBRS : 1
    PBS : 1

    Jumlah 130

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada PH lagi Ngok!

      Delete
    2. Bangang Betul Kau ni

      PH masih ujud walau tanpa BERSATU

      Yang tiada adalah kerajaan PH

      Tun PM kerajaan Malaysia direct di bawah Agong

      Bukankah itu lebih hebat dan jangan siapa cuba mempersenda

      Delete
    3. PH masih adalah, Ngang.

      Dah dapat cukup korum pun, Ngang. Esok mereka akan jumpa Agong, tubuh kerajaan baru. Tak tahulah samada Tun masih nak jadi PM ke tak.

      Delete
    4. Kau masih xfaham permainan politik licik tun m lg..

      Hahaha...

      Tun m dan muhyidin tu satu kepala terbukti dari zaman muhyidin vs dollah badawi lg. Sanggup hilang kerusi tpm zaman najib.

      Cerita kira2 kerusi ni dh berlaku sejak mlm pengumuman keputusan pru14 lg yg dilakukan najib dgn anwar.

      Kau xrasa malu ke pm yg dh begitu senior dlm politik msia saban hari disuruh letak jawatan?

      Kalau yg suruh level anwar aku terima lagi. Ni cicak kobeng joe bedul dgn dollah sani. Smp konon2 otai reformasi jalanan pun turut serta langsung xde hormat kpd pm.

      Kalau xkerana org tua tu boleh tumbang ke najib?

      Anwar dgn bdk2 dia mmg biadab xde akhlak.

      Pemilihan parti xpernah miss dgn cerita baling kerusi bergaduh. Dari zaman pembangkang smp jadi kerajaan.

      Delete
    5. Dap ada udang di sebalik mi...jangan percaya sama ini parti...

      Delete
    6. Ingatkan sepenggal....tapi belum sempat 1/2 penggal dah kena pesta ponggal....hikhikhik!!!

      Delete
    7. KEPADA PARTI KUNYIT TAK PAYAHLAH MENGADA2…..PH DAH BERKUBUR…..KORANG PERINTAH NEGARA PUN DUK SIBUK POLITICKING GAYA
      PEMBANGKANG…… ELOKLAH TERUS JADI PEMBANGKANG…

      Delete
  6. PM interim? Itu hanya nama sahaja, hakikatnya Tun adalah PM secara de jure mahupun de facto, dan memiliki segala kuasa seorang Perdana Menteri.

    Macam puak-puak reforbasi dalam PH yang kata Tun PM sementara PH dan Pak Sheikh PM sebenar PH. Itu adalah kenyataan beremosi dan berilusi dan tidak berfakta dan tidak berkebenaran. Hakikatnya ialah Tun adalah PM di bawah PH sedang Pak Sheikh pula hanya PM wannabe.

    Itu sehingga kelmarin semasa Tun masih bergelar PM kerajaan PH. Bermula perlantikan Tun sebagai 'PM interim', keadaan adalah berlainan. Dengan bergelar PM interim bukan daripada PH, kabinet atau kerajaan yang bakal ditubuhkan Tun bukan lagi kerajaan Pakatan Harapan (PH), sebaliknya adalah kerajaan Ta-Mim (Ta untuk Tun Mim untuk Mahathir).

    Tun masih PM kan? Bang Non masih belum PM kan? Hahaha... Meroyanlah kalian semua yang membenci perkongsian John Doe bahawa Tun Mahathir adalah Pemuda Tamim dan dia akan menang mutlak di klimaks, malahan mempersenda John Doe apabila Tun meletak jawatan kini bolehlah menjilat balik persendaan-persendaan tersebut dan bersedia untuk terkencing di dalam seluar melihat Tun Mahathir dibuktikan sebagai Pemuda Tamim.

    Hehehe.. Nampaknya peluang untuk melihat 313 anak-anak Bani Ta-Mim menyahut seruan si Putra Bani Ta-Mim dan peluang untuk melihat kemunculan 314 anggota Pasukan Panji Hitam di Perang Besar Akhir Zaman dan pasukan ini menang mutlak di dalam pertempuran tersebut bukan sahaja masih terbuka, bahkan masanya semakin hampir

    Que sera sera; Tun Mahathir adalah Pemuda Tamim dan dengan izin Allah, masa akan membuktikannya.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  7. siapa lh gerangan di sebalik nama samaran john doe ni ya. sy ikuti saudara sejak dulu dn sentiasa memerhati segala yg saudara nukilkn memjadi realiti..sekalung doa utk saudara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just fancy that…..

      PM1 – Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj
      PM2 – Tun Abdul Razak Hussein
      PM3 – Tun Hussein Onn
      PM4 – Tun Mahathir Mohammed
      PM5 – Tun Abdullah Badawi
      PM6 – Tundun Najib Rosmah
      PM7 – Tun Mahathir Mohammed
      PM8 – Tun Mahathir Mohammed
      PM9 – ?????????

      Delete