Sunday, February 23, 2020

RAJA BERPELEMBAGAAN


8 comments:

  1. Meraikan kejayaan setelah lama menapikan..

    KEMASKINI: Hadi, pemimpin Umno, PAS, PPBM hadir ‘makan malam’ kumpulan Azmin di PJ
    Nur Hasliza Mohd Salleh dan Adam Abu Bakar -February 23, 2020 8:32 PM
    1.4k
    Shares


    Presiden PAS Abdul Hadi Awang hadir bersama-sama pemimpin Umno dan PAS di hotel Sheraton, Petaling Jaya malam ini.
    PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Umno dan PAS dilihat di Hotel Sheraton, yang pada pagi tadi menjadi tempat mesyuarat pemimpin PKR yang menyokong timbalan presiden parti itu Mohamed Azmin Ali.

    Perkembangan ini dipercayai susulan spekulasi mengenai penyusunan baru politik yang akan menamatkan komposisi semasa parti komponen Pakatan Harapan (PH).

    FMT dimaklumkan oleh sumber PKR, kehadiran pemimpin Umno dan PAS dipercayai bagi memenuhi undangan majlis makan malam bersama pemimpin PKR yang menyokong Azmin.

    Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob ketika ditanya sekadar berseloroh dengan pemberita.



    “Eh, ada dinner (makan malam) ke? Oh, dinner rupanya,” katanya.

    Antara pemimpin Umno yang kelihatan adalah Presiden Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung Annuar Musa, Ismail, dan Bendahari Tengku Adnan Tengku Mansor.

    Di pihak PAS adalah Presiden Abdul Hadi Awang, Timbaalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan, dan Ketua Dewan Ulama, Mohd Zawawi Salleh.

    Di pihak PKR adalah Azmin, Naib Presiden Zuraida Kamaruddin dan Tian Chua, dan Ahli Parlimen Kamarudin Jaffar.

    Pimpinan Umno dan PAS tiba berasingan sejak 7.20 petang tadi.

    Sementara itu pimpinan PPBM turut menyertai majlis makan malam ini, iaitu Presiden Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Marzuki Yahya, Ketua Pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dan ahli majlis pimpinan tertinggi, Redzuan Md Yusoff.

    Turut kelihatan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, dan Ahli Parlimen Mustapa Mohamed.

    Mahathir dilaporkan pulang ke kediamannya di Seri Kembangan selepas mesyuarat dengan ahli parti. Beliau dijangka menyertai makan malam di Sheraton Petaling Jaya, tetapi sumber di Pejabat Perdana Menteri berkata beliau tidak akan berada di situ

    ReplyDelete
  2. Kesian benar macai²najib yg beri Komen, kecewakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madey tak pergi dinner azmin di sheraton yg dihadiri oleh Hadi muhyiden dan zahid...

      Esok masuk ofis ...tak berani jumpa mentri DAP Amanah dan PKR..

      Madey terus balik rumah dari istana negara....tido awal...

      Esok anwar ngadap Agong..

      Delete
  3. Dah 10.14pm...takda apa-apa announcement. Tun Mahadir dah balik rumah dia at 6.00pm. Tada kabar angin atau kabar tsunami , dia mengadap Agong. Yg gelojoh pegi mengadap Agong, cuma Wak Jahid. Dah tak sabar-sabar nak kembali berkuasa. Tun M relaks je walupun penyebar kabat angin kata, dia dah tersepit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik minah cuba tengok tv kegemaran kau la.. TV3 suku dan RTM

      Delete
  4. ‘Hari ini suatu pengkhianatan, perubahan dalam masa terdekat’
    10:03 malam (Dikemaskini 10:41 malam)
    Berita

    A A
    Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan perkembangan politik tanah air hari ini sebagai satu “pengkhianatan”.

    “Dan kita juga dikejutkan hari ini dengan perkembangan yang bagi kita satu juga pengkhianatan kerana sudah janji dan sebagainya, maka menyebabkan ada perubahan.

    “Dan saya jangka akan berlaku dalam masa terdekat, mungkin esok,” kata Anwar kepada penyokongnya di rumahnya di Kuala Lumpur.

    Anwar berkata, walaupun tidak ada pengumuman malam ini, daripada maklumat yang beliau terima memang ada usaha sedemikian

    ReplyDelete
  5. Eleh mengata dulang, paku serpih. Tangan bertepok perlu dua belah, lah Sdr.Anwat. U start it first. Hari-hari dok desak Tun letak jawatan. If i am in Tun M's shoes, aku pun jadi menyampah. Aku akan jadi degil. Biar berputih tulang, jangan terputih mata.

    ReplyDelete