Tuesday, March 31, 2020

MAHATHIR LETAK JAWATAN MUHYIDDIN TAWAR DIRI PM, MANA ADA PENGKHIANATAN??? RUPANYA MEMANG ADA..


https://kadirjasin.blogspot.com/2020/04/jangan-cuba-berselindung-di-sebalik.html

# catatan ini sangat PENTING bagaimana langkah Sheraton bermula dari SEBUAH gerakan penderhakaan terancang.

# mungkin tepat Dan sesuai pada Masa itu tetapi hilang sopan Dan susilanya.

# akhlak² liar ini tidak akan berhenti di sini sahaja..

39 comments:

  1. can you pls stop politicking....
    dan jgn jadi batu api....
    ini bukan masa nak berpolitik dan nak bergaduh...dan bersnagka buruk..
    Ingatlah bahawa kejatuhan kerajaan H adalah dengan kehendak Allah...
    Percaya kepada qada dan qadar...

    Kalau nk berpolitik tunggu pru 15 nanti..
    faham tak????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org2 alim slalu sebut yg baik dtg drp Allah yg buruk dtg drp kita. Allah beri manusia free will utk ikut suruhan atau kerjakan yg dilarang. Kita nie ikut ahlul sunnaj bukan fahaman qadariah.

      Delete
  2. Cerita dah diketahui umum...

    Kalo madey tak letak jawatan pm dan pengerusi Bersatu langkah sheraton tak kemana...

    Letak jawatan dan bawa Brsatu kluar hanyevm nak sekat anwar tapi diri sendiri yg tersekat...

    Akibat mungkir janji..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak jawatan pasei MT bersatu tikam tun umum keluar PH.tun org yg ada maruah diri.

      Delete
  3. Analogy saiyidina Ali dan Muawiyah...siapa saidina Ali dan siapa plak muawiyah?...

    Muawiyah menentang Ali kerana membela kematian saiyidina Uthman ...

    Antara Fashal dan sadiiq kerana ape?...kerana kedudukan kuasa dan wang...

    Nak berebut kuasa pon nak disamakan dgn pertelingkahan sahabat nabi...gila...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah tu,Saidina Ali dipilih oleh ummah ketika itu utk jadi khalifah,muawiyah ketika itu dilantik oleh uthman jadi gabenor syam.ketika uthman jadi khalifah,dia amalkan nepotisme,dilantiknya kesemua pentadbir dan jawatan drp bani umayyah. Muawiyah tidak setuju perlantikan Ali melalui undi rakyat dan mahu mengekalkan satus quo dan muawiyah yg mulakan perang dgn khalifah yg sah. Dlm ceta sheraton move tin ibarat saidina ali depa ibarat muawiyah, yg lnak mengekalkan kuasa kroni.

      Delete
  4. I trust Kadir as HE WAS IN THE MEETING. He had said it all. I do not have to say it again it was a pengkhianatan..... Do I need a fortune teller? No

    I rest my case...

    Thank you Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro,

      U rest your case of what and based on what?

      Based on a writing of someone who is seen so keen to see a sodomist taking over as PM-8? Yang kini dilihat semakin membenci TSMY kerana TSMY telah mengagalkan The Sodomist daripada menjadi PM-8?

      DAKJ = Shahbudin Husin = supporters of 'a sodomist as PM-8'. Shahbudin Husin secara terang-terangan dan DAKJ secara berselindung.

      With that, all of us the others, rest our case.

      Thank you Allah for revealing the true colour of those who redha a sodomist to be our PM but pretending macam tak ambil port.

      Without Langkah Sheraton pasti ramai yang tidak akan menyangka DAKJ menyokong DSAI sebagai PM berbanding TSMY.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. Kadir jasin jadi musuh baru jon dooo...

      Syukur tun telah disekat..

      Delete
    3. John Doe

      No one with rational thinking would accept an ex convict/ sodomist as PM8 and me included. I also believed Kadir, too.

      Why TDM did not pass the baton to Anwar when he could have done so but he chose to dilly dally with all sorts of excuses. TDM is not a moron person like some. Being an experienced statesman he had his own strategies. Just that someone was power crazy as Kadir had explicitly narrated.

      You and your views. Mine is mine. Allah has answered my prayers...no doubt about it. Information narrated by Kadir is proof of what I had been trying to impress on irrespective of whether you disagree or otherwise.

      My support for TDM never wilted away. I wish he would make a come back, not necessarily as PM but sufficient to prove he was right about certain leader(s) who were then power crazy and or their traitorous acts... wallahuaklam.

      Delete
    4. Dear bro Rahman2,

      "You and your views. Mine is mine", but why is it when I don't share your view than I am not allowed to counter them? Is that intellectual? And why is it when I counter your views with points and not by sarcasm or labels, then suddenly the discussion is not intellectual? Pls explain.

      You are free to call me 'attention seeker', but when I counter your view with points, than suddenly 'you and your views, and mine is mine'. And be sincere please, the label 'fortune teller' was directed to me right? So why is it 'you and your views, and mine is mine' when I answered the innuendo call to reply?

      And I believe everyone can see that before the different of opinions between us, you always call out 3 names to reply to your comments; KD, John Doe and Othman Ahmad, and when I really reply to your comments with points that doesn't suit your view than suddenly its 'you and your views, and mine is mine'.

      When you are unable to counter other people's view which doesn't suit yours, than all the labeling direct and inuendo comes out, but when bro KD made the remarks 'stupid', than he is not intelligent enough to engage in an intellectual discourse, unlike the late Almarhum Din Turtle.

      You asked him 3 questions and he didn't answer, he is not intelligent enough. I asked you exactly the same 3 questions, than the discussion is not intellectual. Can you please explain the ratio behind this double standard?

      Well, you said 'No one with rational thinking would accept an ex convict/ sodomist as PM8 and me included. I also believed Kadir, too'. Then, you please explain to me and the others intelligently, what was Kadir doing as a panelist in the discussion on the book 'Anwar PM-8'? You can't use Langkah Sheraton as an excuse as this event took place more than 100 days before Langkah Sheraton. Pls explain.

      See, you have admitted that you are hoping Tun to come back so that Tun can prove to the world that you were right when you said that TSMY is a traitor, but I am hoping Tun to come back because I see he is the only person who has the ability to re-unite both groups in PPBM.

      Without even realizing it, you have admitted that your intention is just simply wrong. You are hoping for something bad just to prove that you are right, just for the sake for you to have the last smile and say 'I told you so', while I am hoping for something good so that the difference of opinions between both groups wouldn't escalate.

      May I humbly say that your intention is not right, sir. U are in the wrong and that's why you can't tolerate difference of opinions.

      Thats exactly why you think that you are free to call me names, but bro KD doesnt have the same freedom to call you names.

      I am sorry if I hurt you by being sincere, but for someone who has admitted that there is no wrong for him to repeatedly calling TSMY a traitor, you should be able to tolerate my view herein, eventhough you are unhappy with it, something that I am sure bro KD is able to.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    5. Sorry. If you fhink you are right, please do so.

      Yeah, One day soneone has the last smile....wallahuaklam

      Delete
    6. Now its proven beyond reasonable doubt that you do not have answers to my questions.

      Delete
    7. Malaysian version of Nostradamus...period

      Delete
  5. Kadir Jasin? Di FBnya seseorang telah bertanya; 'habis takkan kita mahukan Anwar menjadi PM?' dan dia telah menjawab; 'ini bukan tentang Mahathir atau Anwar, ini tentang Mahathir telah berjanji kepada Anwar'. Jawapannya mengesahkan lagi bahawa dia memang mahukan di dalam hatinya untuk Anwar menjadi PM menggantikan Tun, dan dia membenci Langkah Sheraton kerana langkah itu telah menggagalkan Anwar daripada menjadi PM. Alasan kebenciannya kepada Langkah Sheraton sama dengan blogger Shahbudin. Bg mereka berdua, ia bukan tentang Tun tidak lagi menjadi PM, tetapi tentang Anwar telah gagal menjadi PM.

    Sesiapa yang mengikuti tulisan DAKJ di blog mahupun FB, akan memperolehi kesimpulan ini. Kadir Jasin adalah sama fikrahnya dengan Shahbudin Husin yang mahukan Anwar menjadi PM-8. Tidak hairanlah Shahbudin Husin telah menjemputnya menjadi panel di dalam diskusi bukunya 'Anwar PM-8'. Shahbudin Husin mengetahui dengan benar Kadir Jasin berkongsi fikrahnya. Diskusi ini berlaku sejak sebelum Langkah Sheraton lagi, dan label 'pengkhianat' Kadir Jasin hanyalah alasan, sama seperti Shahbudin Husin.

    Saya telah membaca tulisan penuh Faishal dan bersetuju dengannya. Malah sebelum Faishal menyebutnya, saya telah menyebutnya terlebih dahulu di blog ini. Mungkinkah Faishal juga adalah pengunjung blog ini?

    Faishal tidak menyamakan dirinya dengan mana-mana sahabat Nabi baik ia adalah Saiyidina Ali mahupun Muawiyah. Sebaliknya Faishal telah memberi contoh bahawa perbezaan pendapat di antara dua kumpulan di dalam PPBM hari ini tidak menjadikan salah satunya sebagai golongan yang bathil, kerana kedua-duanya adalah benar, ibarat perbezaan pendapat di antara Saiyidina Ali dan Muawiyah.

    Faishal tidak menghukum khawarij sekumpulan yang menuduh sekumpulan lain sebagai pengkhianat, sebaliknya dia telah mengibaratkannya golongan yang melabel satu golongan lain sebagai pengkhianat sebagaimana pelakuan Khawarij, dan ibarat ini bukan tanpa sebarang alasan. Ia ada sandarannya.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadir Jasin bukan munapik....terlepas dari disoal di akhirat..jon doo bersedialah dgn jawapan seblm jatuh dlm gaung panas ..

      Delete
    2. Maaf pembetulan. Di FB DAKJ begini bunyi perbualannya :-

      A : Jelaslah di sini team sehaluan dengan kamu nak Anwar sebagai PM.

      DAKJ : Ini bukan isu Anwar atau Tuan (Tun). Kita bercakap tentang prinsip dan janji.

      Kesimpulan : DAKJ memang meredhai seorang peliwat menjadi PM selepas Tun. Dia
      telah menjadikan 'prinsip' dan 'janji' sebagai alasan untuk keredhaan itu.

      Sekiranya anda menyokong DAKJ menghentam TSMY ia bermaksud anda memang menyokong peliwat naik menjadi PM selepas Tun.

      Delete
    3. Faysal buta sejarah. Naratif guna ceta perang siffin,guna agama utk menghalalkan cara. Mainstream aswj mengatakan dlm ceta saidina ali dan miuawiyah takde sape salah tp itu jwpn shortcut ustaz bila tanya psl siffin.walhal kita ada guideline yakni al quran utk tentukan sape salah. Jelas haram dan salah memerangi pemimpin/raja/kerajaan apatah lg memerangi khulafa ar rasyidin. Jelas group muhyiddin adalah pengkhianat

      Delete
  6. (Sambungan)

    Golongan PPBM yang melabel orang-orang PPBM yang berpaling tadah daripada PH tidak mengkafirkan mereka, maka ia adalah salah untuk mengatakan Faishal telah menghukum sebagaimana hukum ke atas Khawarij, dan Faishal tidaklah menjadikan takfir sebagai sandaran tulisannya. Maka apa yang telah dijadikannya sandaran? Fahaminya dengan betul.

    Kembali kepada i'llah atau keyword atau ratio setiap perkara yang dijadikan precedent. Semua golongan ekstremis di dalam agama memiliki satu sifat yang sama. Apakah ia?

    Jawapannya ia adalah 'ghuluw'. Ghuluw adalah perbuatan berlebih-lebihan di dalam mempertahankan pendapat mereka sampai ke peringkat menghukum orang-orang yang tidak sependapat dengan mereka sebagai kafir, bidaah dan seumpamanya.

    Wahhabi bersifat ghuluw. Syiah juga bersifat ghuluw. Dan daripada sejarah pertembungan Sayidina Ali dan Muawiyah, fahaman Khawarij juga telah benar-benar muncul di kalangan orang-orang yang memang bersifat 'guluw'.

    Faishal telah mengatakannya dan dia telah dituduh menunggang agama,e kerana dia berhasrat mahu mencabar SS.

    Berlainan dengan John Doe, saya tidak mempunyai cita-cita politik dan tidak mencalonkan diri untuk apa-apa jawatan di dalam PPBM, dan tiada matlamat untuk menunggang apa-apa pun untuk memperolehi apa-apa jawatan dan dengan rendah diri saya juga ingin berkata bahawasanya orang-orang yang melabelkan TSMY sebagai pengkhianat kerana telah menyelamatkan negara ini daripada berPMkan seorang peliwat adalah orang-orang yang ghuluw sama seperti Khawarij telah berlaku ghuluw di dalam sejarah pertembungan Saiyidina Ali vs Saiyidina Muawiyah.

    Mereka tidak mengkafirkan TSMY tetapi mereka telah menuduhnya pengkhianat, dan tuduhan ini adalah satu perbuatan ghuluw. Isu takfir tidak timbul sama sekali.

    Sekiranya DSMM telah mencabar TSMY sebagai Presiden dan ia adalah demokrasi bagi orang-orang yang tidak bersetuju dengan Langkah Sheraton, maka Faishal yang mahu mencabar SS, ia juga adalah demokrasi bagi orang-orang yang bersetuju dengan Langkah Sheraton. Mengapa double standard?

    Sebagaimana saya telah menyokong TSMY mempertahankan jawatan Presiden daripada dicabar DSMM, sebegitulah saya menyokong Faishal mahu mencabar SS. Di dalam masa yang sama saya tetap melihat kedua-dua DSMM dan SS sebagai rakan-rakan yang telah sama-sama berjuang dengan TSMY menjatuhkan kerajaan kleptokrat. Hanya sahaja sokongan saya tidak kepada mereka kerana saya melihat Langkah Sheraton sbg tindakan yang betul pada masa itu.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  7. Ada yg amat berterima kasih pm7 tumbangkan kerajaan pm7.
    Ada yg kecewa sangat.

    Syukur tiada demo besar2an utk menyatakan rasa kecewa spt gadis keropok o ring dalam keadaan wabak tgh mengganas nie.

    Kasihan dan simpati kpd bakal pm5/6/7/8 krn masih gagal menjawat jwtn pm.
    Berusaha lagi dan taburkan banyak lagi janji2 yg kaw2 utk pru yg akan dtg.
    Mungkin dengan janji2 yg lebih cantik anda akan berpeluang.
    Berusaha lebih gigih lagi dan jangan putus asa.

    ReplyDelete

  8. Sdr KD,

    Saya pernah menyebut perkara ini di dalam komen saya di blog DAKJ. Kebiasaan DAKJ dia akan memberi ulasan balas kepada orang-orang yang memberi komen kepada entrynya.

    Walaubagaimanapun di dalam komen saya yang berikut dia tidak membalas apa-apa. Pada masa itu saya melihat dia mungkin merasakan perkara itu tidak ada apa-apa yang perlu dijawab.

    Walaubagaimanapun, selepas beberapa lama, saya telah dapat menangkap bahawa DAKJ sebenarnya tidak bersetuju dengan saya bukan kerana dia berlainan pendapat tentang Langkah Sheraton tetapi kerana dia memang mahukan seorang peliwat menjadi PM dan dia tidak gembira dan malahan membenci TSMY dan Langkah Sheraton kerana ia benar-benar telah menggagalkan usaha seorang peliwat untuk menjadi PM-8.

    DAKJ membenci TSMY dan Langkah Sheraton bukan kerana ia telah menurunkan Tun daripada kerusi PM, tetapi kerana ia telah mengagalkan The Final Twist DSAI untuk menjadi PM-8.

    Berikut ialah komen saya di blognya tidak lama dahulu :-

    (Bersambung)

    ---------

    ReplyDelete
  9. (Sambungan)

    John Doe6:56 PM
    Salam Pak Kadir yang dihormati.

    Saya seorang Pro-Tun sama dengan TSMY dan Pak Kadir sendiri yang sentiasa menyokong Tun di dalam segala hal dan di dalam setiap keputusan mahupun pertempuran yang ia ketuai.

    Walaubagaimanapun di dalam hal ini saya berpendapat kedua-dua pihak di dalam PPBM baik pihak yang menyokong Tun kekal sebagai PM ataupun yang bersetuju TSMY mengambil alih kedua-duanya memiliki hujah yang sama kuat. Maka sokongan saya kepada kedua-dua kumpulan ini dan tidak akan menentang jauh sekali untuk mengecam mana-mana kumpulan yang satu lagi.

    Kesemua ahli-ahli parlimen PH yang berpaling tadah tempohari baik daripada PKR mahupun PPBM mempunyai satu kehendak yang sama iaitu tidak mahu melihat sebuah kerajaan yang di dalamnya ada PKR+DAP+PAN yang diketuai oleh seorang bekas banduan pesalah liwat yang diampunkan. Sedang kesemua mereka tiada masalah dan malahan menyokong penuh kepimpinan Tun sebagai PM di dalam kerajaan yang sama, mereka melihat ada keperluan untuk selamatkan negara daripada berPMkan seorang bekas banduan pesalah liwat yang diampunkan yang di belakangnya ada PKR+DAP+PAN disebabkan masa yang semakin suntuk.

    Penyokong dan pendokong Tun dan PPBM hanya mempunyai dua pilihan yang jelas. Tidak ada jalan tengah di antara keduanya. Dua pilihan itu ialah:-

    1. Terus kekalkan kerajaan PH dengan risiko bekas banduan pesalah liwat yang diampunkan benar-benar mengambil alih tampuk kerajaan apabila tiba masanya Tun perlu berundur seperti yang Tun sendiri akui.

    2. Bersekutu dengan UmNO dan PAS tetapi dengan kuasa PM kekal di tangan PPBM, dan demikian apabila pemilihan jemaah menteri dibuat, golongan penyamun dan penunggang agama boleh diketepikan daripada senarai.

    Golongan yang mengikut TSMY berpaling tadah adalah orang-orang yang berpendapat pilihan kedua itu lebih selamat dan lebih rendah risikonya ke atas keselamatan bangsa dan negara daripada kebinasaan.

    Mereka tidak membelakangkan Tun. Malahan dengan jelas mereka mahukan Tun yang mengetuai mereka, tetapi Tun telah menolak dengan alasan 'jangan paksa saya langgar janji saya kepada Anwar' yang secara mafhum berbaliknyas bermaksud 'mereka yang lain tiada sebarang janji peribadi kepada Anwar'

    Mereka semua ini adalah juga Pro-Tun sama seperti Pak Kadir sendiri dan merekalah yang telah mempertahankan Tun apabila Tun dibelasah oleh sekumpulan yang lain di dalam PH yang mahukan Anwar segera mengambil alih.

    Malah pengakuan Tun dan Pak Kadir sendiris bahawa Tun telah mengungkapkan permintaan supaya jangan memaksa ia melanggar janjinya kepada Anwar. Ia adalah satu pengakuan bahawa Tun mengakui tangannya terikat dengan janji peribadi dan demikian dia tidak boleh melakukan apa-apa lagi di dalam upayanya untukw menghalang seorang pesalah liwat memegang tampuk pentadbiran kerajaan. Dia hanya mampu 'berserah' mengikut arus, dan TSMY telah membawa arus itu jauh daripada risiko negara berPMkan seorang bekas banduan pesalah liwat yang diampunkan.

    Di dalam hal ini saya melihat kedua-dua kumpulan yang bebeza pendapat di dalam PPBM ini mempunyai hujah yang seimbang, dan kedua-duanya adalah benar.

    Apakah persamaan kedua-dua kumpulan ini? Kedua-duanya memandang Tun sebagai ayah mereka dan negarawan ulung yang tiada tandingan.

    Bezanya kumpulan pertama mengambil arahan Tun secara literal 'jangan paksa saya langgar janji saya' sebagai arahan seorang bapa yang tidak boleh dilanggar sedang kumpulan kedua melihatnya sebagai alasan si bapa bahawasanya dia tidak boleh melakukannya sendiri kerana terikat kepada janji tetapi tiada halangan untuk anak-anaknya melakukannya kerana mereka tidak terikat dengan janji tersebut.

    Bukankah mereka ini yang melihat sendiri bagaimana ahli-ahli Majlis Presiden PH yang lain berlaku biadab dengan Tun dan menerima cabaran mereka supaya PPBM benar-benar keluar PH dan demikan mengakibatkan kerajaan PH tumbang?

    Setakat hari ini saya kekal menyokong 3M yang kesemua mereka telah menjalankan tugas mereka yang sepatutnya berdasarkan ruang lingkup kemampuan dan keterbatasan masing-masing.

    WA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulisan ada gaya....
      Isi pun boleh tahan
      Panjang pun berjela
      Kenapa tompang blog org?
      Buat blog sendiri dgn isi2 dan tajuk yg bernas....
      Kan lebih bagus!
      Nnt jgn claim saya tak payung!

      Delete
    2. Muyudin bukan lagi pro tun....musuh daa....peruntukan parlimen langkawi sudah di batalkan.m

      Delete
    3. Sdr anon 6:16, terima kasih di atas sokongan dan pertanyaan.

      Saya menumpang blog sdr KD kerana tiada sesiapa yang mampu menjadi Superman walaupun Tun Mahathir sendiri.

      Segagah-gagah Superman, dia tidak boleh berada di dua tempat serentak. Sehebat-hebat Tun Mahathir dia telah mencapai apa yang dia telah capai secara berkumpulan dan bukan berseorangan, (dan TSMY adalah termasuk di dalam kumpulannya).

      Sehebat-hebat seorang manusia, dia tidak boleh mencapai apa-apapun sekiranya dia berseorangan bak lirik lagu 'One Moment In Time'; 'I'm only one, but not alone'.

      Sejarah telah membuktikan Raja Thalut telah menang pertempuran terpenting baginda bersama-sama 313 pengikut daripada Bani Israel.

      Sejarah juga telah membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw telah memenangi pertempuran terpenting baginda (perang Badar) bersama-sama 313 pengikut baginda daripada Bani Ismael.

      Kesimpulannya, kita perlu berpasukan sekiranya mahu muncul sebagai golongan yang menang.

      Ada kebarangkalian sekiranya saya berniat hendak menandingi sdr KD dengan membuka blog sendiri akhirnya saya akan keseorangan dan tidak dapat menyampaikan apa yang telah saya dapat melalui blog ini. Kecualilah sekiranya sdr KD tidak lagi mahu menerima saya sebagai tetamu lagi (mudah2an ia takkan berlaku).

      Saya juga masih menumpang blog sdr KD kerana dia masih menerima saya sebagai tetamunya dan saya melihat dia masih menghormati orang-orang yang tidak sependapat dengannya, termasuklah saya. Dia pernah melabel saya pentaksub Tun tetapi saya tidak pula mengambil hati dengannya. Dia juga pernah beberapa kali tidak siarkan tulisan saya dan saya juga tidak mengambil hati dengannya.

      Saya berharap sdr KD akan terus menerima saya sebagai tetamunya di sini, dan saya tidak akan berpura-pura mahu tinggalkan blog ini kerana berbeza pendapat dengan tuan blog tetapi tetap muncul pada entry-entry yang berikutnya.

      Saya pernah mengucapkan sayonara kepada blogger 'Cahaya Al-Majid' dan terus tidak muncul lagi di sana. Alasannya, ialah kerana selepas beberapa kali jawab menjawab segala pertuduhannya ke atas Tun dan kemudian saya kaitkan dengan dirinya sendiri, dan dia gagal menjawab balas, dia telah memadam semua komen saya, dan saya mengucapkan sayonara kepadanya. Saya tidak mengacah-acah seperti budak-budak tetapi telah benar-benar meninggalkan blog tersebut selepas mengatakannya.

      Apapun saya berharap sdr KD akan terus menerima saya sebagai tetamu dan berterima kasih kepadanya kerana sentiasa memberi ruang kepada saya untuk berkongsi pandangan saya termasuk dan terutamanya penemuan saya bahawa Tun Mahathir adalah Pemuda Tamim yang dikhabarkan.

      Terima kasih sdr KD dan anon 6:16.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  10. kesian blog dan posting Kadir jasin dah tak ada pengunjung dan tak ada yg nak beri ulasan/komen...
    Itulah akibat...tulisan yang penuh dengan ketidakpuasan hati, marah, dendam dan menipu serta memfitnah.
    Allah maha kaya dan maha adil..
    Yg batil pasti tumbang....

    Kalau kau bukan jenis penakut, dah tentu kau siar semua komen..
    Tak guna nak pilih2 ikit selera...
    Tak ada apa yg perlu ditakutkan...
    Kita org dewasa yg sekadar memeberi pendapat masing2...

    ReplyDelete
  11. Di Johor NGO tak dibenarkan membantu masarakat ketika ini. Tapi UMNO boleh. Era double standard berulang kembali.

    ReplyDelete
  12. BSP
    Stupid Dan hipokrik
    Kau cakap stop politik tunggu PRU15

    Dan kau PUNYA fahaman qada Dan qadar tu, tolong repair. Teruk benar..

    YG kau masuk blog politik, yang kau baca Bab politik, lebih bangang kau Komen pula?
    APA Jenis kau NI..

    Blogging..Komen hanyalah sebahagian..blogging Tak terhenti walaupun Tanpa pengomen.

    Page viewers aku setiap Hari range 9-11 ribu..tq
    1-20 shj YG Komen, tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. BSP bangang kerana umno tiada kuasa dlm kerajaan..

      Delete
  13. Apakah menggagalkan Anwar sebagai PM sesuatu yang halal dilakukan dengan menyokong langkah Sheraton yang memberi tekanan kepada Mahathir?

    Kalaupun Tun tidak letak jawatan, kerajaan PH akan terbubar dengan sendiri apabila Sheraton mempunyai jumlah MP yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baru..

    Tun minta sedikit masa? Kenapa tidak boleh?
    Kerana Tun bersekongkol mahu Anwar PM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr KD,

      Di situlah yang dikatakan perbezaan pendapat. Kedua-dua pendapat ada alasannya melainkan pendapat bahawa Anwar mesti jadi PM-8 maka untuk orang sebegini saya tidak berminat untuk berhujah apa-apa, lagipun The Final Twist untuknya menjadi PM-8 telahpun gagal, tiada keperluan untuk berhujah dengan mereka lagi.

      Pertama ; Tun meminta sedikit masa, tetapi Tun juga telah berkata 'jangan paksa saya langgar prinsip saya' dan 'jangan paksa saya langgar janji saya kepada Anwar'. Ia bermaksud walau berapa banyak pun masa yang diberikan, tangan Tun memang telah terikat dengan janji peribadi dan prinsip peribadi yang diwar-warkannya. Ia juga bermaksud di dalam mesyuarat itu Tun juga telah bersetuju dengan hujahan TSMY bahawa demi agama dan bangsa kita tak boleh benarkan sebuah kerajaan DAP+PKR+PAN yang terajunya adalah DS Anwar, tetapi Tun sendiri tiada daya untuk menghalangnya kerana ada janji dan prinsip peribadi.

      Kedua, ketika Langkah Sheraton berlaku, tempoh sebenar dan selamat Tun sbg PM-7 tinggal kurang daripada 100 hari, iaitu sebelum Tun menggenapkan tempoh 2 tahunnya sbg PM-7 seperti yang pernah Tun sendiri akui secara lisan bahawa dia memang telah bersetuju dengan Anwar yang dia hanya akan menjadi PM selama 2 tahun. 100 hari adalah tempoh yang sangat kritikal, tambahan pula Langkah Sheraton berlaku serta-merta selepas mesyuarat Majlis Presiden PH yang kita semua tahu telah menjadi medan Tun dibelasah. Ia adalah 'Pembuka Pintu' dan sebagaimana 'provocation', 'constructive dismissal' dan 'specific performance', ketiadaan sifat 'prompt' di dalam bertindak balas boleh menggagalkan sesuatu tuntutan dan pembelaan, dan Langkah Sheraton bagi saya memang telah berlaku 'on time'. Itu belum dikira wabak Covid-19 lagi.

      Kini, saya sentiasa menonton Tun dan ucapan-ucapannya di FB selepas ia tidak lagi menjadi PM-7 dan saya melihat dia benar-benar di dalam keadaan amat tenang berbanding ketika dia di hujung-hujung tempohnya sebagai PM-7 yang hampir setiap hari dibelasah oleh penyokong-penyokong DS Anwar yang mahukannya segera turun.

      Saya melihat Tun sebagai ayahanda saya sendiri, dan kini saya sendiri merasa amat lega melihat dia tidak lagi terpaksa menahan diri daripada belasahan demi belasahan sebahagian rakyat negara ini sendiri termasuk dari kalangan anak bangsa Melayu sendri semata-mata kerana mereka mahukan kerusinya itu untuk pemimpin yang mereka dokong. Mereka inilah sebenarnya yang gila kuasa dan bukan TSMY yang hanya menerima tawaran itu selepas Tun bertegas menolaknya demi prinsip dan janji peribadi.

      Untuk itu saya berterima kasih kepada abang sulung saya TSMY yang telah mengambil langkah menyelamatkan ayahanda kami daripada terus dibelasah. Walaupun dia tidak mengambil arahan ayahanda kami secara literal, tetapi dia telah mengambilnya secara mafhum mukhlafah.

      Kini, saya melihat abang sulung saya telah mengambil sedikit ilmu daripada ayahanda kami, iaitu untuk tidak memperdulikan mulut-mulut orang-orang yang jahat, dan orang-orang yang berdengki mahupun mulut-mulut orang-orang yang bingung dan tidak mampu memahami dan menilai keadaan, sedang mereka menyangka mereka memahaminya.

      Tidak semua yang dilakukan oleh TSMY sebagai PM-8 mahupun sebagai Presiden PPBM yang saya sokong, tetapi langkah Sheraton itu sendiri memang saya sokong kerana ia bukan sahaja telah menyelamatkan negara ini daripada berPMkan seorang peliwat bahkan juga ia telah menyelamatkan ayahanda saya, Tun Mahathir daripada terus dibelasah, diperlakukan dengan kurang ajar, dan difitnah dengan fitnah-fitnah yang luar biasa jahat walaupun dia telah melakukan apa yang betul di dalam setiap keadaan dan begitu banyak kali menyelamatkan anak-anaknya daripada malapetaka, ketika sebahagian besar daripada mereka tidak dapat memahaminya.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  14. Muyiden akan kembali kpd umno sebagai presiden dgn kompromi dgn mat hassan sebagai timbalan untuk survival politik...

    Petualang2 umno telah disisihkan...muyiden tidak boleh bergantung dgn Bersatu yg amat kecil ...

    ReplyDelete
  15. Plan mahdey dgn konco2nya setelah ditekan utk lepaskan jwtn spt dijanjikan memang dah lama dirancang dan hampir berjaya.
    Dgn bubar kerajaan dan dia nampak demand utk dia jadi pm8 tinggi dgn kerajaan perpaduan krn sokongan semua mp ketika itu. Jika terjadi senang dia buat keja spt pm4. Dia nak control semua.
    Tapi perancangan dia gagal bila umno/pas tak setuju idea terbarunya.


    Dlm keadaan tersebut blok berpecah 3..blok mahdey, blok umno/pas dan blok ph dpd 100% yg mula2 sokong mahdey.
    Bila berlaku begini blok ph rasa berpeluang besar tapi belum cukup majoriti. Blok mahdey memang tersungkur.

    Maka dpd melihat anwar naik baik mrk bergabung dgn umno/pas utk menggagal impian anwar. Umno tak kesah mana2 krn mrk pon pernah bertanya anwar jika sanggup bergabung dgn mrk tapi anwar kata tak ingin ikut perasuah. Habis mahdey tak pernah rasuah?
    Umno/pas nak muhdin naik dan bukan mahdey dan mahdey terpaksa ikut krn takut dianggap pengkhianat wlpun sah pengkhianat krn mengumum muhdin calon pm8 dan bukan anwar.
    Maka sesiapa yg ikut mahdey mgkin krn respek atau takut turut setuju sokong muhdin dan majoriti mrk sah besar.

    Yg kata mahdey nak masuk ph balik sama ada benar atau sandiwara itu adalah satu kemungkinan.
    Semua org tahu mahdey nie sukar diramal dan bijak memainkan isu dan persepsi. Sama ada muhdin itu pengkhianat hanya mahdey jer yg tahu wlpun dia yg maklumkan menyokong muhdin sebagai pm8 dan bukannya anwar.

    Kalau dia benar2 nak bagi anwar...jumlah ph tanpa bersatu disokong oleh parti2 yg respek atau takut dgn mahdey dpd sabah/swk dan parti2 kecil serta serpihan bersatu dah mampu meletakkan anwar pm8.

    Apa2 pon dlm situasi semasa skrg anwar memang dah ditolak majoriti melayu dan sebilangan besar pengundi bukan melayu ph sendiri. Populariti anwar dah menurun mendadak.

    ReplyDelete
  16. Tak pasal2 aku kena kutuk bangang la.....hehehe..
    Biasalah....ada org dah marah..
    Sembang macam2 pasal Tun la...pasal Anwar la...
    Sebenarnya mereka yg sembang2 ni lah yg lagi bangang...

    Anwar dah out sbb bekas banduan dan peliwat...hanya org bodoh sahaja yg akan sokong dia..
    Tun M - umur dah lanjut...nak pertahanlan dia untuk apa?? kemana negara dia nak bawak??
    22 bulan dah cukup untuk dia menghancurkan negara ini...

    Kedua-dua ni adalah perosak negara..
    Negara have to move ON..
    Kita perlukan pemimpin yg berpandangan jauh...dan kerajaan yg benar2 kuat.

    PKR harus dibubar...ahli samada masuk UMNO atau PAS atau MIC atau MCA
    PBBM juga perlu dibubar...ahli boleh masuk semula UMNO
    PAN (Amanah) perlu dibubar..ahli masuk semula PAS

    Kekuatan org melayu akan bertambah kuat (UMNO & PAS)...muafakat Nasional.
    BN 2.0 akan dibentuk - BN (Umno, MCA, MIC, parti sekutu sabah/sarawak) + Muafakat Nasional

    Pembangkang biarkan DAP sorang2....ahli DAP akan ramai keluar parti dan menyertai MIC dan MCA..

    Masa tu BN 2.0 akan jadi kuat seperti dulu dan dapat memberikan tumpuan kepada pembangunan dan kebajikan rakyat dengan lebih baik dan cekap...Tak ada lagi politiking macam sekarang...

    Inilah yg diidamkan oleh Rakyat.....Faham tak???

    harap KD siarkan....aku tak guna bahasa kesat...cuam mengikut apa yg diguna oleh KD..
    Kena jujur dan berani...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus..jangan seru stop politik tapi masih masuk blog politik
      Kikikiki

      Covid19 JUGA berpolitik..Muhyiddin tidak menghentikan segala strategi POLITIKNYA ketika covid19 terus memberi ancaman..

      Orang politik merasakan covid19 sekadar sementara, 3-6 bulan Dan mereka tetap memasang ANGAN²

      Kita, stay at home..

      Delete
  17. https://m.malaysiakini.com/columns/518012

    Baik punya sound wan faysal dan seaangkatan dgnnya.termasuk john doe.

    ReplyDelete