Monday, March 23, 2020

MAMPUKAH KERAJAAN BAYAR GAJI PENJAWAT AWAM JIKA LOCKDOWN BERTERUSAN..

# Apakah nanti pakat² minum air suam Dan ambik gaji dari DUIT sendiri (kwsp)???

Dalam keadaan biasa pun, Kelantan kekadang bermasalah bayar gaji kakitangan Negeri, minta tolong pusat.. Kalau berlaku lagi, bolehkah Pusat membantu..
DUIT royalti?
Jika  berlarutan, bagaimana dengan Kedah? Perlis?




BERINGAT-INGATLAH KITA SEMUA.......❗❗
(Diharap sudilah membaca sampai habis)

Saya melihat rata-rata rakyat Malaysia tidak begitu risau didalam mengurus kewangan.

Di musim perintah berkurung ini, sy melihat rata-rata berbelanja melebihi keperluan dari hari-hari biasa sepertinya dengan penuh yakin perintah berkurung ini akan berakhir pada 31 Mac ini.

Beringatlah tuan2..wabak ini bukan mudah untuk di tangani.USA  semalam telah umum mereka akan mengambil masa setahun untuk pulih.Lockdown maybe akan lebih sebulan.

Indonesia pun dah umum 3 bulan Lockdown.

Vaksin Covid akan dijangka setahun lagi akan dpt di cipta dan berfungsi sepenuhnya.

Kematian diseluruh dunia semakin meningkat.Jumlah pesakit baru meningkat setiap hari!

Sektor Ekonomi sedang terjejas teruk skrg ini tidak kira apa sektor.Jadi jika perkara ini berpanjangan selama setahun atau 2 tahun dan anda kehilangan pekerjaan, apakah anda mempunyai cukup simpanan untuk survive?

Sy 100% yakin kerajaan tidak mampu untuk memberi gaji penuh kepada penjawat awam.Malah sy tidak terkejut jika berlaku pengurangan penjawat awam.kerajaan juga sy yakin tidak mampu memberi bantuan sara hidup kepada semua rakyat Malaysia.Kerajaan terpaksa pentingkan ekonomi negara kita.

Negara kita ini bukanlah negara yg kaya yang mana pendapatan per kapita tahunannya adalah tinggi seperti USA mahupun Singapura.Memang tidak mampu untuk memberi bantuan sara hidup selama setahun kepada semua rakyat.

Dikala ramai orang bersiap sedia menghadapi gelombang wabak penyakit tetapi ramai orang lupa untuk bersiap sedia untuk menghadapi gelombang kegawatan ekonomi.

Rata2 pakar ekonomi dan negara2 besar dunia sedang bersiap sedia menghadapi gelombang kegawatan ekonomi dunia yang dijangka paling buruk didalam sejarah dunia(tak percaya boleh Google)

Jadi apa kata di musim perintah berkurung ini, panggillah semua ahli keluarga anda duduk berbincang langkah2 yang akan diambil untuk mengurangkan kos perbelanjaan keluarga anda.Anda kena lakukan perancangan dan WAJIB ada perancangan kewangan.

Posting saya ini bukanlah bertujuan utk menakut2kan anda semua.Hanya sekadar peringatan bersama termasuk diri sy sendiri.

Saya bukanlah pakar ekonomi tetapi hanya berkongsi pendapat shj.Kalau baik ikutlah..kalau tidak jadikanlah bacaan santai2.

TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI MEMBACA POSTING SAYA INI..Sekian...

Kredit Dr Arman Shah

7 comments:

  1. Gundah gulana..jangsn
    For muhyiddin is here
    Decision is right..kan?
    So nothing to fear

    ReplyDelete
  2. Be prepare, zombie di mana mana nanti... Berhati²lah. Saya sudah uar²kan di blog Kd sebelum² ini...

    Manusia bila lapar, tergilakan makanan, murung dan hanya ingat makan makan makan, nescaya berubah menjadi ganas.

    Kita yang tua dan dewasa sepatutnya sudah mulai rajin berpuasa, ada sebabnya nasihat saya.

    Utamakan anak² kecil kita, isteri kita, ibubapa kita yang tua dalam bab makan. Kita berlapar tidak apa.

    Dan ingat pesan saya sekali lagi, jika ada duit berkepuk-kepuk dalam bank, keluarkanlah sebab duit² anda akan terkunci satu masa nanti bila keadaan menjadi gawat dan darurat.

    Saya bimbangkan perang di mana uang² di bank menjadi sebagai dana untuk perbelanjaan perang dunia dan kita melongo tak dapat berbuat apa dengan simpanan kita. Pe tah lagi jika ada yang percaya, sijil² kertas berupa saham boleh membiakkan wang kita. Tak berguna kertas sijil itu sedikit masa lagi.

    Sungguhpun demikian, saya mendoakan perkara yang saya takutkan akan dilewatkan @ ditangguhkan ke satu masa lain iaitu bila manusia di Malaysia ini benar² menyahut seruan saya, telah berpuasa dan puasanya sudah sebati menjadi darah dagingnya. Ajaklah anak remaja² kita untuk menjiwai puasa. PUASA UNTUK MRNDEPANI CABARAN² HARI GELAP GELITA SELURUH DUNIA.

    Mudah²an kawan² sekalian turut sama berdoa, mana tahu ada antara doa kalian sangat mustajab di sisi Allah.

    Amin³..

    ReplyDelete
  3. Let the rakyat think if "PM who had decided correctly at that time" has made good decision..... wallahuaklam

    ReplyDelete
  4. Potong gaji elaun pm menteri dan mp dulu...gaji menteri dan timbalan menteri lebih 3 juta sebulan blm masuk elaun lagi....

    ReplyDelete
  5. Kalau barisan kerajaan skrg dgn pengalaman muhdin yg pernah mengangkat ekonomi negeri johor suatu ketika dulu...tiada masalah utk kakitangan awam.

    Lagipun pm7i memaklumkan wang negara lebih rm2trillion mampu digunakan dlm keadaan skrg.

    ReplyDelete
  6. Saudara-saudari yang saya kasihi
    Bersabarlah kita menempuh musibah
    Sambil memohon ke hadrat Ilahi
    Keadaan buruk akan berubah!

    Pada pemimpin mohon prihatin
    Rakyat miskin tolong perhati
    Duit seringit di dalam tin
    Tak cukup lagi nak beli roti!

    Pada rakyat mohonlah akur
    Segala perintah tolong laksana
    Yang dah pergi kita tafakur
    Duduk dirumah..jangan ke mana!

    kita bersama bantu yg patut
    Agar pulih negara tercinta
    Usaha kerajaan akan terbantut
    Jika rakyat tak ikut kata!

    Kita semua di dalam sukar
    Mari bersatu semangat tinggi
    Elak enau di dalam belukar
    Pentingkan diri, semuanya rugi!

    Jika benar kasih negara
    Sesama kita rapatkan saf
    senang tidak datang segera
    Musibah ini datangkan insaf!



    ReplyDelete
  7. Selagi negara ada hasil sendiri seperti sawit getah koko padi sayoran dan ternakan dan perikanan negara tak perlu bergantung dgn banyak dari negara lain....keadaan rakyat tak lah terok sangat..jangan terlalu bimbang....hanye perlu berjimat sikit..

    ReplyDelete