Sunday, March 15, 2020

MASJID DAN SURAU DITUTUP MENDAHULUI YANG LAIN TIDAK BERAPA TEPAT



Saranan merekay kurang sihat berkuarantin di rumah lebih wajar..

Begitu JUGA dengan lain² aktiviti seperti pasaraya, pasar malam, kenduri kendara,lawatan ke hospital, tutup pusat perlancongan, percutian dan peranginan wajar dihalang dan dibatalkan.

Tutup pintu masuk dan airport daripada lawatan tidak perlu.
Tiada penerbangan masuk dari negara yang teruk Corona seperti Korea, china,  eropah dan jepun serta sewaktunya..

Kecuali solat Jumaat bagi sesetengah tempat sangat wajar tetapi solat jemaah lain bagi yang sihat kenapa perlu dihalang.

Perintah berkurung pada waktu tertentu JUGA wajar tetapi jangan dilaksanakan secara menyeluruh kerana ia akan menimbulkann suasana panik, KENAIKAN harga barang keperluan dan gangguan kepada aktiviti perlu.

Lanjutan cuti sekolah dan pusat pengajian tinggi, batal perlawanan dan pertandingan sukan langkah terbaik.

15 comments:

  1. PH tumbang corona virus merebak makin serius...PN kelihatan tidak mampu mengekang virus yg dah bertukar nama...

    Menteri kesihatan PN jenabbuktikan setanding dgn menteri PH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju - YB Yeoh Bee Yin dan YB Dr Dzulkefly Ahmad telah berprestasi cemerlang di kementerian masing.

      Saya berdo'a dan percaya pengganti mereka boleh juga berbuat yg sama.

      Delete
  2. "Kecuali solat Jumaat bagi sesetengah tempat sangat wajar tetapi solat jemaah lain bagi yang sihat kenapa perlu dihalang." Sebab pembawa nampak sihat tapi boleh sebarkan virus kepada orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada istilah pembawa coronavirus nampak sihat..

      YG kena jangkitan Corona AKAN demam batuk selsema bersin..mereka ini yg perlu kuarantin atau tidak KE masjid..

      Mereka YG Ada ciri²ini JUGA walau belum disah kena jangkitan wajar tidak KE masjid juga

      Delete
    2. Ulama terkenal Qaradawi gesa masjid seluruh dunia batal solat Jumaat.
      FMT Reporters -March 15, 2020 9:50 AM

      Yusuf al-Qaradawi membuat gesaan menggantung semua solat berjemaah menerusi Kesatuan Ulama Antarabangsa yang diketuainya.

      PETALING JAYA:
      Ulama tersohor Yusuf al-Qaradawi menggesa masjid di seluruh dunia menggantung semua solat berjemaah, termasuk solat Jumaat mingguan bagi mengekang penularan Covid-19.

      Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar melaporkan gesaan itu dibuat menerusi Kesatuan Ulama Antarabangsa (IUMS) yang diketuai Qaradawi.

      Pendirian IUMS, yang menghimpunkan puluhan ribu ulama dari seluruh dunia, menyusul tindakan beberapa negara membatalkan perhimpunan keagamaan.

      Perlis membatalkan solat Jumaat di seluruh negeri itu 2 hari lalu, manakala pihak berkuasa Singapura menghentikan semua aktiviti masjid selama 2 minggu untuk kerja pembersihan dan pembasmian kuman.


      Bagaimanapun, Putrajaya mengeluarkan garis panduan kepada umat Islam untuk ke masjid, termasuk menasihatkan mereka berwuduk di rumah.

      Semalam, sejumlah pesakit baru Covid-19 dikesan ada kaitan dengan ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling pada akhir bulan lalu yang dihadiri 10,000 jemaah.

      Pihak berkuasa merayu peserta perhimpunan itu menjalani saringan kesihatan di klinik berhampiran.
      -----------------------------------------------------------

      Apa komentar anda, sdra KD....??

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali.

      Kalau benar kita sudah sampai peringkat darurat maka sekolah dan universiti yang patut ditutup dahulu dan bukan Masjid. Masjid mesti dilatakkan di senarai paling bawah untuk ditutup.

      Banyak lagi tempat lain yang lebih tinggi risiko penularan virus tidak ditutup tetapi masjid yang hanya 5 kali sehari dan setengah jam setiap kali sudah mahu ditutup.

      Penularan virus ini berlaku melalui sentuhan dan bukan melalui udara, maka banyak langkah mitigasi yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko sebaran dan jangkitan. Jangan terlalu takut sehingga mahu mengambil tindakan terlalu drastik mahu menutup masjid apatah lagi sekiranya ditutup semuanya sekaligus.

      Misalnya keluarkan perintah jemaah dilarang bersalam selepas solat kerana bersalam itu bukan pun rukun, fardu atau wajib. Atau keluarkan perintah orang-orang yang berumur 60 tahun ke atas dilarang bersolat Jumaat, tetapi solat Jumaat itu kekal diadakan. Banyak lagi yang boleh difikirkan dan dijadikan ikhtiar sebelum membuat keputusan untuk menutup masjid.

      Kita kini menghadapi dua golongan ekstrem. Satu golongan yang ekstrem terlalu takutkan virus ini sehingga mahu terus menutup masjid. Satu golongan lagi ekstrem dengan sikap 'tidak apa'. Walaupun menyedari mereka telah berada di klaster penyebaran di sebuah Masjid di negeri Selangor, mereka merasa tak perlu berbuat apa-apa, tidak perlu hadir untuk saringan dan memadai untuk bertawakkal.

      Semoga Menteri Agama yang baru ini tidak memgambil mudah perkara ini sebagaimana Mufti Perlis yang terus membatalkan solat Jumaat pada ketika keadaan negerinya masih pun belum boleh dikatakan darurat.

      Sedih melihat keadaan bangsa dan saudara seagama kita yang semakin kusut dan semakin bingung di dalam banyak perkara.

      Harap-harap Mufti /Menteri/ Raja tidak mengarahkan masjid ditutup dan solat Jumaat dibatalkan tanpa sebarang kewajaran dan menyebabkan arahan itu diingkari oleh jemaah yang telah pun membiasakan diri ke masjid. Sekiranya arahan /perintah sedemikian diberikan dan ia diingkari, maka tidak dapat tidak kita akan melihat rasa hormat kepada institusi-institusi penting bangsa Melayu dan agama Islam ini akan semakin berkurangan.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  4. Saya pernah diberitahu untuk check kita ada simptom c-19 ialah dgn ujian sendiri. Tarik nafas dalam² dan tahan selama 10 saat. Jika kita ada rasa nak terbatuk, maka simptom tu ada pada kita. So, kuarantin diri sendiri. Tak perlu dedahkan diri kpd orang ramai. Kenduri kendara, pergi mall, pasar malam, meeting, mass lecture, melancong dan lain². Jangan susahkan orang lain kerana kedegilan kita.

    ReplyDelete
  5. 7 individu didakwa guna IC palsu dalam pemilihan cawangan Bersatu
    Bernama

    15 Mar 2020, 11:44 pm
    Dikemaskini 17 jam lepas
    -
    Jawatankuasa Pemilihan Bersatu Selangor membuat laporan polis selepas mendapati tujuh individu menggunakan kad pengenalan palsu dalam pengundian pemilihan Bersatu cawangan Pandamaran, dekat Klang, hari ini.

    Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata laporan polis berkenaan dibuat oleh wakil jawatankuasa berkenaan.

    ReplyDelete
  6. Wahai Kluangman,

    Macam inilah. Nak bagi paham.

    Sekarang ini hanya satu sahaja yang boleh dilakukan.

    Kerajaan kena pastikan yang masuk hospital tidak menaik serentak sehingga jumlahnya tak boleh ditampung oleh hospital.

    Inilah yang dilakukan oleh semua negara sekarang ini, South Korea, UK, US dan lain-lain.

    Corona Virus lebih berisiko tinggi untuk orang yang berumur 60 ke atas.

    Kebanyakkan yang terlibat akan memerlukan Oksigen melalui ventilator yang mana bilangan terhad.

    MAlaysia tak berkemampuan seperti di negara China untuk membina hospital baru dalam masa 10 hari.

    "Flatten the curve" ini yang dilakukan oleh negara barat untuk mengurangkan jumlah sebaran wabak serentak dan "stretch" jumlahnya untuk jangka masa yang lebih panjang

    Perlu diingatkan, Corona virus sudah sampai di Malaysia dan virus ini sama yang sudah menjadi di Wuhan China.

    Corana Virus akan berjangkit tak kira, orang itu penyokong BN atau DAP atau PAS atau PKR atau Parti Bunga.

    Kalau orang penyokong kuat BN, hari-hari pakai baju BN, siang dan malam dan tidur pakai baju BN pun tak terkecuali.

    Orang penyokong kuat DAP atau yang disebut askar kacang merah pun boleh terkena.

    Orang yang pakai serban dalam masjid pun tak terkecuali apatah lagi penyokong Kleptokrasi.

    Dalam masa terdekat, naratif politik akan tenggelam dan saya tak boleh bayangkan macamana keadaan yang akan berlaku kerana tak pernah negara kita alami semacam ini.

    Pendekata, sekarang ini yang boleh dilakukan adalah untuk kurangkan sebaran wabak ini seberapa yang boleh, tempat yang banyak orang berkumpul, stadium, masjid, dan lain-lain supaya hospital dapat tampung mereka yang mendapat penyakit pneumonia akibat corona virus yang memerlukan bantuan oksigen

    Itu sahaja, harap paham. Kalau tak paham lagi, tak tahulah.

    Lepas itu kita berdoa supaya Tuhan selamatkan kita. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau YG Tak faham..

      Aku kata mendahulukan penutupan mesjid drpd yg lain kurang tepat..

      Kau fahamkan semulalah..MALAS aku nak ulas panjang, buang Masa.

      Delete
  7. Itu le pasei nya kome tak study camne outbreak covid jd kt iran.mula kt masjid/pusat pengajian kt qum. Nabi dah bgtau ketika wabak melanda duduk rumah,itu satu jihad.kalu kuarantin diri smpai meninggal kira syahid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita study Kat Malaysia..
      Realiti di Malaysia.

      Solat jumaat kalau di pendekan, Tak sampai 25 minit

      Solat jemaah lain within 10 minit

      YG sunat buat Kat rumah

      Delete
  8. Jika PH masih lagi kerajaan Dan masjid di arah tutup, APA pembangkang akan kata?

    Mahathir takut DAP
    Mujahid di arah DAP
    PH menggugat Melayu Dan Islam
    BERSATU diam..

    Now masih sebok dengan harta rampasan..Tak berbunyi, senyap sunyi..

    ReplyDelete