Thursday, March 26, 2020

MUHYIDDIN SUDAH ADA SENJATA BERDEPAN MAHATHIR..

Dalam sebok covid19, Muhyiddin pecat Marzuki.
Itu satu kekuatan.

Antara lainnya.
Muhyiddin memang jarang serang peribadi sesiapa jua. Pendekatan teamnya yang langsung tidak kritik Tun sangat bijak.
Less peluru untuk Tun balas...

Muhyiddin PM peranan siapa? Dan siapa tonggak di belakangnya now?

Banyak lagi, lain kali kita kupas...

.........


SUASANA WAD COVID-19 SEAKAN SUASANA DALAM MASJID GARA2 ORANG TABLIGH*

Perkongsian dari Petugas Kesihatan Wad Covid-19

Tak sempat nk cite pengalaman semalam.. sebab terlalu penat.. balik terus je tido.. wad kami semalam dah penuh.. bila masuk dlm wad tu mcm masuk dlm masjid.. kebanyakan smua berjubah.. ada yg berkopiah.. beserban.. semua tersenyum je.. xde muka yg berkerut.. marah.. semua cakap lembut2.. mcm mana x tersentuh hati ni.. tgn masing2 ada tasbih.. ada yg solat sunat.. ada yg berzikir.. ada yg mengaji Al Quran.. sgt2 rasa simpati..

Pelawatpun x dibenarkan masuk.. makan jelaa mana yg ade di hospital.. wadpun baru je buka.. banyak yg kurang tp mereka x marah.. cakappun baik2.. siap tanya lagi.. ada ape lagi nurse yg kami boleh tolong?

Kadang2 hati ni terfikir kenapa Tuhan x gantikan mereka dgn manusia yg jahat2 kat muka bumi ni.. yg kaki minum.. gantikan mereka dgn yg kaki judi.. yg songsang.. kaki club.. dgn xxxxxxxxxxxxxxxxxx.. Tapi nk buat mcm mana, Allah swt lagi Mengetahui. Org2 yg beragama yg beriman selalu diuji. Ini pengalaman saya, walaupn jaga 30 orang pesakit.. Ye letih memang letih.. Tapi rasa simpati dan kesian tu lebih tinggi. Memang terkesan di hati. Ya Allah.. Janganlah di ambil nyawa mereka semua.. sbb mreka sgt sgt BAIK.. 😢

Doakn smoga mereka semua dipanjangkan umur.. Dan dipermudahkan segala urusan.. 

Sedih.. Sayu sampai menitik air mata.. Tahu x dlm wad Covid tu smuanya org yg ilmu Agamanya tinggi.. mereka mengaji.. solat berjemaah.. bertasbih.. azan. Merdunya suara.. lunaknyee.. smpai tersentuh hati ni. Bertongkat seperti tok guru nik aziz.. ade yg sebaya ayah kita.. datuk kita.. sedih sgt.. kalaulah hilang org yg beragama.. apa yg jd kt dunia ni.. mreka langsung x myusahkan.. smuanya sgt2 baik.. sudah2lah kecam golongan tabligh.. 😭

~  Sekian coretan seorang petugas kesihatan yg menjaga wad pesakit covid-19

#SebarkanKebaikan
#AbuKhaleef


Klik: Jika poket bocor, Nak cari siapa?

30 comments:

  1. Rupa²nya TSMY terpaksa bawa bersatu keluar dari ph keranan peranan dap yg terlalu menekan dan terlalu rasis sama ada di dlm kabinet atau di luar. Tekanan dap kpd Islam dan melayu menyebabkan TSMY terpaksa buat tindakan yang merobohkan ph. Kata beliau, bukan tak sayang tun, bukan tak hormat tun. Tapi demi agama Ialam dan bangsa melayu, tindakan ini perlu dibuat. Jadi dlm pro dan kontra, jika ini adalah yg terbaik utk Islam dan melayu maka rakyat wajib sokong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika madey tak letak jawatan muyidin tidak boleh bawa Bersatu kluar...madey ato muyiden yg Berkuasa bawak Bersatu kluar?..

      Delete
    2. Padan muka dap. Kih kih kih

      Delete
  2. Never discount the old wily fox..

    Today its me, tomorrow you...

    ReplyDelete
  3. Setiap sesuatu yang berlaku atas dunia ini adalah dengan izin dari Allah SWT.

    Dan setiap sesuatu yang Allah SWT izinkan, pasti ada masej yang tersirat di sebalik kejadian yang tersurat.

    Pernah tak kita fikir kenapa Allah hantar virus Covid-19 kepada kita semua?

    Walhal kita rasa kita tak ada buat apa-apa dosa pun.

    Kita tak nampak selagi mana Allah SWT tak tegur.

    Lalu teguran Allah SWT membuat kita berfikir, lalu nampaklah di mana kesilapan manusia yang menyebabkan kemurkaan dan teguran dari Allah SWT satu persatu :

    ReplyDelete
  4. Tular di dalam Youtube, Imam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menangis bila mengimami jemaah yang hampir kosong di belakang.

    Hampir tidak pernah berlaku di abad 21 nie.

    Kalau kita tenguk live di Masjidil Haram melalui Youtube, air mata kita akan bergenang melihat betapa bilangan orang yang melakukan tawaf mengelilingi Kaabah boleh dikira dengan jari.

    Apa yang telah membuatkan Allah SWT murka?



    Kita dikejutkan dengan kebiadapan beberapa orang pondan dari Malaysia mengelilingi Kaabah dengan berpakaian perempuan.

    Tidak cukup dengan itu, pondan-pondan tersebut bersolat jemaah pula bersama-sama dengan jemaah wanita.

    Lebih biadab lagi, pondan-pondan tersebut pergi pula ke Masjid Nabawi dan menziarah makam Rasulullah SAW.

    Tanpa rasa bersalah, malah dengan bangganya pula, mereka sempat pula rakam dan sebarkan ke seluruh dunia.



    Apakah mereka fikir dengan berbuat begitu maka dunia akan mengiktiraf perbuatan laknat mereka yang mengubah ciptaan Allah SWT?

    Siapakah yang mereka sedang cuba hendak tipu?

    Adakah mereka cuba menipu Allah SWT, di tempat yang paling mulia di atas mukabumi ini!!!

    Kenapa mutawif yang membawa kumpulan pondan tersebut boleh membenarkan perkara itu berlaku?

    Dan tindakan pondan-pondan tersebut mendapat restu dari Kerajaan Pakatan Harapan yang terdahulu!!!

    Tiada tindakan ke atas tindakan biadab yang terlampau itu, cuma diberi nasihat!!!

    Jadi hari ini Allah SWT bersihkan segala kotoran perbuatan jijik tu dengan virus halus.

    Kemungkinan Allah SWT tidak izinkan ibadah haji dilakukan pada tahun ini!!!

    Hari ini Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kosong.

    Allahurabbi.

    Bukalah kitab sirah, bacalah kisah Kaum Nabi Lut AS (Allah SWT terbalikkan bumi hilang terus dari mukabumi di sebabkan kemurkaanNya pada budaya seks songsang ini).

    Kita bernasib baik kerana kalau Rasulullah SAW tidak memohon supaya Allah SWT menangguhkan azabNya pada umat baginda di akhir zaman, mungkin azab yang menimpa Bani Saddum sudah menimpa dunia ini.

    Allah SWT baru hantar virus sikit, kita sudah tidak boleh buat apa-apa, apa lagi kalau Allah SWT terbalikkan bumi.

    ReplyDelete
  5. Terang lagi bersuluh berdakwah dgn akhlak dan budi yg baik serta tutur kata yg lunak jauh lebih berkesan daripada dakwah org politik siap dgn maki hamun apanama binatang x keluar hingga berkembur air liur, akhirnya agama makin dihina bukan di sanjung.

    ReplyDelete
  6. China



    Umat Islam Uyghur di China dibunuh dengan kejam sekali.

    Dibunuh tanpa belas kasihan.

    Tidak dibenarkan pakai tudung apatah lagi niqab.

    Bunuh hidupan liar dan eksotik dengan kejam dan dibuat makanan yang konon-kononnya herba.

    Hari ini Allah SWT hendak tunjuk dengan bala tentera virus yang kecil ini.

    Ribuan rakyat China mati tanpa ada ubat dengan hanya sekelip mata.

    Terlalu bangga dengan kekuatan yang tak ada boleh lawan, sehingga terus menzalimi Islam dan haiwan-haiwan disana.

    Akhirnya tinggal 'ghost town'.

    Itali



    Festival gay, homoseksual secara besar-besaran dilakukan di Itali.

    Seks sama sejenis dilakukan secara terbuka malah berbangga dapat buat seks sejenis.

    Allahurabbi.

    Hari ini Allah SWT tunjuk, Itali negara kedua rakyatnya pupus dari dunia selepas China disebabkan kejahilan dan kebodohan sendiri.

    Iran



    Pembunuhan orang Islam Sunni beramai-ramai dilakukan oleh puak Syiah.

    Bangga dengan ajaran sesat yang dibawa sehingga memonopoli Iran.

    Hari ini, Allah SWT bersihkan negara yang ketiga paling banyak pupus rakyatnya.

    Disebabkan kejahilan dan keterlaluan terhadap Islam di sana.

    ReplyDelete
  7. Kenapa Malaysia terkena tempias juga?

    Apa yang tidak ada di Malaysia hari ini?

    Pondan-pondan yang mencemarkan tanah haram Mekah dan Madinah berasal dari Malaysia.

    Fahaman Syiah berleluasa di Malaysia malah ada bekas menteri dahulu yang sudah dikenal pasti sebagai pengikut Syiah.

    Allah SWT hendak tegur bahawa makin hari, makin banyak golongan LGBT berleluasa di Malaysia.

    Allah SWT hendak tegur, kalau sebelum ini kita malas untuk mengimarahkan masjid, maka umat Islam di Malaysia hari ini sudah tidak dapat masuk ke dalam rumahNya.

    Sebab sebelum ini kita terlalu mengejar dunia sehingga kita lupa betapa banyaknya masjid di Malaysia.

    Sejujurnya, ramai rakyat Malaysia meremehkan Solat Jumaat tanpa rasa bersalah.

    Malah ada yang jadikan Solat Jumaat sebagai gurauan, maksima boleh tinggalkan Solat Jumaat ialah dua kali, jangan sampai tiga kali!!!

    Kini Allah SWT tarik kembali peluang mendapatkan pahala umrah tiap-tiap minggi kepada semua umat Islam di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah tarik peluang umrah untuk rakyat malaysia saja?....seluruh dunia daa..mekah sudah ditutup....

      Adakah pondan malaysia saje ke mekah?

      Delete
    2. Pondan boleh je ke Mekah, apa masalahnya? Yg jadi masalah ialah pondan² tu menyamar menjadi perempuan. Itu yg jd masalah. Habis tercemar semua. Kemana pondan² tu semua? Buat mcm takde apa² berlaku akibat galagat mereka.

      Delete
    3. Anon 9:03 PM,

      bawa mengucap dan beristghfar berbanyak.
      Kamu lebih hebat dari Allah nampaknya berdasar tulisan kamu.
      Kamu tahu apa yang Allah nak lakukan...

      Semoga Allah ampunkan dosa kita semua

      Delete
  8. Lawan Pas tak dosa, yang dosanya lawan Islam.. Pas bukan agama !!!

    Tahun 1998 datang menziarahi Yaman oleh Tghh… Masa tu saya dan anak-anaknya ada di sana…

    Saya dan kawan rapat saya bawa Tghh bertemu dengan muraqib Ikhwan Muslimin yaman yg bernama Syeikh Yasin Abdul Aziz di rumahnya….

    Masa tu saudara Anwar Ibrahim baru dua tiga hari sahaja rasanya di pecat oleh Tun Mahathir Mohamad…..

    Syeikh bertubi tubi tanya pasal Anwar dan keadaan Anwar…..
    Kerana Anwar baru di pecat dan isunya tengah panas ketik ketik lah….
    Tghh pun jawablah soalan soalan syeikh yasin Abdul aziz tu….

    Syeikh Yasin dan Ikhwan Muslimin mmg boleh terima fikrah islam saudara Anwar…
    Kerana Anwar ni mcm fikrah islam wasatiah mcm Erdogan jugak….

    Dah syeikh yusuf al-qaradawi pun ada hubungan baik dengan Anwar dan syeikh al-ghunusi Tunisia pun baik dengan Anwar….
    Saya tak tahu kahle masa tu bab bab gitu…..

    Syeikh mungkin tak tahu kami bertiga ni mmg tak suka dan anti lg ke Anwar ibrahim masa tu…..

    Kesnya apabila Anwar masuk umno awal tahun 80an dulu lah….

    Kami faham saudara anwar dah jadi sekular, lawan islam, musuh islam, masuk tong tahit dll….

    Saya khususnya tak reti kaedah Nabi yusuf As masuk kerajaan bukan islam di mesir di zaman itu….

    Tak faham lg kaedah islam jugak baiki dari dalam kerajaan klu ada ruang…….

    Seolah-olah saya tahu satu kaedah je masa itu… Kaedah lawan….

    *Sedang islam itu luas dan cara politik byk……. Barang ijtihad semasa….. *

    Masa tu Allahyarham ustaz Fadzil Noor masih baik dengan Anwar secara senyap senyap… Mungkin ustaz fadzil Noor dah terbuka lama dah fikrah

    *Masa tu saya tengah fanatik taasub kepartian yg sangat tebal….Masa aku pas je islam… Orang lain kawan kawan aku pun gitu jugak…. *
    Tak yah nak tipu lah hhhhhh….

    Pada tahun 1998 tu baru saya mula baca buku-buku ulama dunia…..

    Seperti buku-buku syeikh yusuf al-qaradawi hfz…
    Buku-buku imam hasan al-banna rh….
    Seperti buku-buku syeikh Abdul karim zaidan rh..
    Seperti buku-buku syeikh Mustafa masyhur muraqib ikhwanul Muslimin…
    Buku-buku syeikh Abdul Majid zandani….
    Buku-buku syeikh Sa’id Ramadhan syria…

    Cuma mengenali tokoh-tokoh terkenal dan fikrah mereka…
    Mereka seperti syeikh al bani…
    Seperti syeikh usaimin rh dll….
    Usaha memahami apa itu salaf dan khalaf…
    Apa itu asya’irah dan maturidiyyah…..
    Cuba mengenali fikrah ikhwanul Muslimin….
    Fikrah tabligh,abim, irc dll……

    *Akhirnya tahun 2000 aku pun faham islam adalah islam…. Fikrah islam mesti luas…. Orang orang umno bukan musuh islam… *

    *Mereka saudara saudara kita…. Begitu jugalah jama’ah tabligh,abim, irc dll…… Masa sebelum tu aku baloh dengan mereka… *

    Klu buat baik pun dlm hati tetap kata, mereka salah dan tak berapa islam… Mereka wajib masuk pas… Bukan barang lah bab hukum masuk pas ni…..

    Alhamdulillah makin hari maki aku faham….
    Akhirnya dlm tahu 2005 gitu aku di tuduh umno…. ..
    Aku di tuduh lawan pas… Lawan Tghh….

    Masa tu aku jawab kadar untuk orang kampung…
    Nak wi mudah faham lah….

    *Aku kata lawan Tghh bab pandangan politik atau feqah tak dosa.. Dia bukan Nabi…. Lawan Nabi baru dosa…Lawan pas tak dosa… Yg Dosanya lawan islam… Pas bukan agama…. *

    Ukhuwwah islamiyyah adalah wajib dengan Tghh dan dengan siapa pun…. Hanya berbeza pandangan….
    Alhamdulillah selesai masalah….

    Moga-moga Allah swt maaf kita semua dan sayang kita semua….

    Amin Amin Amin…

    Ust Zuliadin Abdullah
    Mantan Imam 2 Masjid Rusila

    ReplyDelete
  9. Tindakan kumpulan awal tabligh pegi buat saringan di hospital amat dihargai..

    Malangye masih ada yg blm ke hospital...

    kerajaan lembab tidakn berusaha mengutip tabligh ke hospitai pada peringkat awal...malah masih ada 5% yg blm ke hospital dibiarkan....kontak makin meluas tak terkawal....ada kg diJohor sudah di lockdown....

    ReplyDelete
  10. Muyidin sudah berpatah arang takkan bagi peluang lagi kpd madey...pluang madey makin nipis..

    ReplyDelete
  11. Tidak ada didunia ini yang terjadi secara kebetulan... semua ada tujuan dan hikmah disebalik setiap sesuatu... kira-kira apa hikmah dibalik corona virus ini???..*

    *1. Corona menutup bar, club malam, rumah perlacuran, kasino dan tempat-tempat orang biasa bermaksiat.*

    *2. Corona menurunkan bunga (riba) bank yang mencekik leher.*

    *3. Membawa keluarga bersama kembali dalam rumah dan melakukan aktiviti rumah bersama.*

    *4. Menghentikan orang menyeksa dan memakan haiwan yang terlarang.*

    *5. Wang dan harta kekayaan tidak memberi makna jika tiada nikmat kebesasan*

    *6. Negara-negara arab telah melarang shisha.*

    *7. Corona melemahkan para diktator dunia yang selama ini sombong luar biasa.*

    *8. Corona menundukkan kesombongan negara yang mengangap dirinya paling hebat dan tidak boleh dikalahkan*

    *9. Manusia banyak berdoa dan berharap pada Allah dan tidak semata-mata mengandaikan pada sains dan teknologi.*

    *10. Memaksa pemimpin negara memerhatikan kebajikan rakyatnya.*

    *11. Memperlihatkan betapa bergunanya wudhu paling tidak lima kali dalam sehari.*

    *12. Mengajarkan manusia bagaimana bersin, menguap dan batuk seperti yang diajarkan oleh nabi sallallahu alaihi wa sallam kita lebih dari 1400 tahun yang lalu.*

    *13. Corona virus sekarang membuat kita tinggal di rumah dan hidup sederhana.*

    *14. Corona mengajarkan bagaimana satu saja tentera Allah subhanahu wa ta ala, iaitu virus kecil yang berukuran 150 nano boleh mengalahkan 7 bilion manusia yang hidup dibumi yang luasnya ratusan juta hektar.*

    *15. Memberi kesempatan kita untuk melihat bahwa mati itu nyata dan dekat dengan kita.*

    *16. Mengajar kita tidak mudah bersentuhan dengan yang bukan muhrim.*

    *17. Mengajar kita tidak berlebih lebihan dan makan sembarangan diluar.*

    *18. Menyedarkan kita pada kenyataan hidup dan memberi kita kesempatan untuk meminta pengampunan dan bantuan nya.*

    *19. Semua yang kita miliki adalah milik Allah subhanahu wa ta 'ala dan Allah subhanahu wa ta ala boleh ambil bila-bila masa saja.*

    *20. Dan banyak lagi hikmah...*
    *Percayalah, Allah subhanahu wa ta' ala menurunkan sesuatu dengan hikmah... ada pengajaran besar dalam hal ini bagi mereka yang bijak dan arif untuk melihat... aamiin aamiin aamiin ya rabbul a'laamin.*
    ��:

    Corona lebih power dari Pas yg niaga ugama untuk politik..

    ReplyDelete
  12. Semalam 235 kes....60 ajer yg berkaitan dengan perhimpunan tabligh..
    Yg 175 kes masih dalam sisatan...
    Hari2 kes yg bukan berkaitan dengan perhimpunan tabligh ditulis sebagai masih dalam siasatan...Tapi hingga sekarang, tak diberi tahu apa hasil siasatan...
    Macam mana rakyat nak tahu...bila rakyat tahu sekurang kurangnya rakyat boleh mengelakkan tempat tertentu atau boleh membantu kerajaan mencari contact2 yg terlibat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksalah tulis 'Masih dalam siasatan' sebab mereka itu tidak mahu berterus terang. Ramai yg ada contact dgn Tabligh berahsia, tak mahu terus terang. Mungkin nak melindungi mereka tapi tak sedar perbuatannya, menyusahkan orang. Kalau berterus terang, kan senang. Tapi, inilah perangai MELAYU susah nak faham dan tak boleh diajar.

      On different note, ada juga dikalangan yg ingkar ni, bodoh sombong walupun berpelajaran tinggi. Contoh: doktor pakar yg berjogging di Peneng.

      Abang seorang rakan saya yg baru balik dari, Texas on 24th March. Degil Nauzubillah. Enggan pakai masak dan sarong tangan. Tak mahu mengasigkan diri dan keluar rumah untuk jumpa kaean-kawan!!!
      Harap dia ni antara yg ditangkap polis.

      Delete
    2. Tak susah nak paham pon...kontak tabligh terdiri dari isteri dan anak branak kawan2 dan jiran tabligh...dari mereka merebak lebih luas....

      Begitu jugak dgn yg balik oversea...

      Kakitangan kesihatan yg positif covid dijangkiti semasa hadir majlis kenduri yg turut di hadiri tabligh..

      Kalau muyidin bertindak pantas diperingkat awal dgn guna polis kutip semua tabligh keadaan tidak seteruk sekarang...dah lebih 3 minggu masih ada tabligh blm ke hospital....


      Delete
  13. Dengan izin tuan blog,

    RE : TABLIGH ; JEMAAH YANG BAKAL TEWAS (siri 1/3)
    --------------------

    Salam Jumaat tuan blog dan para sahabat. Saya merujuk petikan berikut di dalam coretan di atas; "Kadang2 hati ni terfikir kenapa Tuhan x gantikan mereka dgn manusia yg jahat2 kat muka bumi ni.. yg kaki minum.. gantikan mereka dgn yg kaki judi.. yg songsang.. kaki club.. dgn xxx. Tapi nk buat mcm mana, Allah swt lagi Mengetahui." Saya terpanggil untuk berkongsi pandangan saya bg menjawab persoalan yang dilontarkan.

    Saya pernah berkata bahawa apabila panji-panji hitam telah berkibar, kesemua jemaah dan fahaman yang bathil di kalangan Bani Tamim akan lenyap, dan ia akan diikuti di seluruh negeri kaum Muslimin, daripada tempat ia mula dikibarkan, iaitu di sebuah bandaraya Islam di ufuk Timur sehinggalah ia dikibarkan di Ilya iaitu Baitulmaqdis, dan di dalam proses tersebut, panji-panji mereka akan turut menewaskan Semenanjung Tanah Arab dan juga Parsi.

    Yang di atas itu adalah nubuwwahnya dan kesimpulan yang saya perolehi ialah:-

    1. Bani Tamim itu ialah bangsa Melayu di Malaysia. Semua jemaah bathil di kalangan bangsa Melayu yang menjadi sumber perpecahan akan lenyap kecuali satu, iaitu PPBM. UmNO, PAS, PAN dan PKR akan tewas semuanya dan lenyap selepas panji-panji hitam berkibar.

    2. Panji hitam dikibarkan di Baitulmaqdis bermaksud, negara Israel juga akan ditewaskan dan lenyap.

    3. Tewasnya Semenanjung Tanah Arab dan Parsi pula bermaksud akan tewas dan lenyapnya dua fahaman yang diwakili oleh dua lokasi ini iaitulah Wahhabi dan Syiah.

    4. Identiti Pembawa Panji Hitam @ Pemuda Tamim yang sebenar akan terbongkar dan dia adalah Tun Mahathir, dan Bandaraya yang bakal menjadi tempat bermulanya kemunculan panji-panji hitam ialah Putrajaya yang dibina oleh Tun Mahathir.

    Di dalam keadaan hari ini, izinkan saya berkata bahawa ada satu lagi jemaah yang juga satu fahaman yang saya lihat bakal lenyap selepas panji-panji hitam itu telah berkibar dan ia adalah jemaah tabligh, dan saya akan kongsikan sebab-sebabnya di sini.

    Tabligh adalah satu jemaah yang diasaskan di Asia Selatan. Ia mempunyai matlamat untuk mengajak umat menghayati sunnah-sunnah Rasulullah saw daripada sudut ibadat ritual. Sekiranya dibaca buku-buku agama yang oleh Maulana-maulana tabligh, mereka hanya memberikan tumpuan kepada isu-isu seperti solat jemaah, iktikaf, mengaji AlQuran, zikir amalan dan seumpamanya.

    Ajaran tabligh memiliki satu kelemahan, iaitulah ia tidak bersifat syumul dan hanya menumpukan kepada ritual dan pembersihan jiwa. Fiqh kenegaraan atau fiqh pemerintahan adalah asing bagi mereka. Walaubagaimanapun ketidaksyumulan mereka tidaklah sehingga menjadikan mereka satu jemaah yang bathil di kalangan umat. Maulana2 mereka tidak menipu pengikut dan menunggang agama untuk mencari habuan duniawi.

    Di tempat kediaman lama saya, saya berkawan baik dengan ahli-ahli jemaah tabligh ini, dan kerap mengikuti akitiviti mereka di masjid seperti usrah, membaca kitab, bermuhasabah selepas solat Isyak bersama-sama dan seumpamanya.

    Kadang-kadang apabila ada jemaah tabligh yang datang dari negara-negara Arab, mereka akan mencari saya untuk bersama-sama di dalam aktiviti mereka disebabkan kemampuan saya yang tidak seberapa untuk berkomunikasi di dalam Bahasa Arab.

    Walaubagaimanapun ada satu aktiviti jemaah ini yang tidak pernah saya ikuti, walau bagaimanapun mereka cuba mengajak saya, iaitulah 'keluar' kee medan dakwah, meninggalkan rumah dan keluarga untuk tempoh-tempoh tertentu untuk mengajak umat menghayati sunnah-sunnah baginda. Selepas banyak kali mencuba dan sentiasa gagal, mereka akhirnya berhenti mengajak saya untuk 'keluar', dan terus menerima saya di dalam aktiviti-aktiviti mereka di masjid dan surau-surau sekitar taman perumahan saya.

    Setiap kali diajak, saya selalu menolak dengan baik dan hanya memberikan alasan bahawa pekerjaan dan urusan keluarga tidak mengizinkan tanpa pernah berhujah apa-apa dengan mereka, kerana saya tidak melihat sebarang keperluan untuk berbuat demikan.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
  14. RE : TABLIGH; JEMAAH YANG BAKAL TEWAS (siri 2/3)

    -------------------

    Alasan sebenarnya ialah saya tidak menemui apa-apa riwayat yang menceritakan baginda Rasulullah saw ada meninggalkan keluarga ataupun pemerintahan untuk suatu tempoh semata-mata untuk menumpukan kepada ibadat ritual. Pun begitu baginda adalah ahli ibadat ritual yang kehebatan ibadatnya tidak dapat ditandingi oleh sesiapapun sehinggalah dunia kiamat. Maka saya melihat aktiviti 'keluar' ini tidak selari dengan sunnah baginda.

    Saya telah mula berkongsi di alam maya penemuan saya bahawa Tun M adalah Pemuda Tamim @ Pembawa Panji Hitam yang dikhabarkan sejak lebih 2 tahun yang lalu iaitu ia menubuhkan PH dan gabungan ini telah menamakannya sbg calon Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya menumbangkan BN.

    Ketika saya memperolehi jawapan bahawa Tun M adalah orangnya, saya telah mencari-cari di internet pendapat orang lain tentang siapakah individu yang pada pandangan mereka adalah PT@ PPH yang dikhabarkan. Saya membuat carian di dalam Bhs Melayu, Inggeris dan Arab.

    Saya telah terjumpa satu tulisan di dalam Bhs Inggeris bahawa calon 'The Carrier of The Black Banners From The East' adalah Maulana terbesar tabligh dan Pasukan Panji Hitam itu ialah jemaah tabligh. Dua alasan telah diberikan iaitu:-

    1. Jemaah tabligh adalah penghidup sunnah-sunnah Rasulullah saw di akhir zaman.

    2. Maulana jemaah tabligh mempunyai pengikut yang sangat ramai. Dengan hanya satu seruan, puluhan ribu pengikutnya akan menyahut seruannya.

    Saya melihat tulisan tersebut sebagai satu kekeliruan dan menyalahi nubuwwah iaitu:-

    1. Jemaah tabligh langsung tidak terlibat dan malah menjauhi sunnah terbesar yang ditinggalkan oleh baginda SAW iaitulah sunnah pemerintahan.

    2. Pasukan Panji Hitam tidak dikhabarkan sebagai memiliki ahli yang ramai walaupun mereka sentiasa menang. Apabila Pembawa Panji Hitam membuat seruannya yang terakhir, yang akan menyahut seruan itu hanyalah 313 jiwa. Termasuk si PPH sendiri, jumlah mereka hanyalah 314 jiwa dan kemenangan mereka bukan disebabkan jumlah mereka yang ramai tetapi disebabkan mereka adalah 'thaifah mansuroh' yang bermaksud 'pasukan yang diberikan pertolongan' (untuk muncul pemenang).

    Sebelum merebaknya wabak Covid-19 ini, salah faham jemaah tabligh kepada keutamaan tidak membawa apa-apa mudarat, tetapi apabila wabak ini meletus salah faham mereka memang telah membawa mudharat kepada masyarakat. Berikut ialah beberapa keterangan yang menyokong pernyataan ini:--

    1. Ketika wabak ini telah bermula dan diketahui berisko besar untuk merebak di tempat berkumpulnya ramai manusia, mereka telah mengadakan ijtimak di Seri Petaling yang mengumpulkan ribuan manusia dan membuka pintu kemudharatan.

    2. Apabila telah disahkan ijtimak mereka di Malaysia telah menjadi klaster penyebaran, mereka tetap mahu teruskan ijtimak mereka di Indonesia. Ada pemimpin mereka di sana yang membuat kenyataan 'mereka lebih takutkan Allah daripada virus ini' dan kenyataan ini telah disambut dengan sorakan sokongan daripada pengikut yang bingung. Ijtimak itu akhirnya dibatalkan bukan secara sukarela tetapi di atas kuasa pemerintah Indonesia.

    3. Selepas disahkan ijtimak mereka di Seri Petaling telah menjadi klaster penyebaran, mereka telah diminta tampil untuk saringan. Malangnya, ramai yang telah mendiamkan diri sehingga perlu dicari oleh anggota keselamatan dan kesihatan, dan menyusahkan lagi anggota-anggota keselamatan dan kesihatan yang telah pun sedia terbeban akibat wabak ini.

    4. Ada di antara mereka yang selepas menjalani saringan dan diarahkan supaya mengkuarantin diriy sendiri, kekal hadir solat jemaah di masjid di dalam tempoh PKP walaupun PKP telahd menyenaraikan masjid sebagai tempat larangan untuk berkumpul sepanjang tempoh PKP. Ketika anggota keselamatan dan kesihatan mencarinya untuk dibawa menerima rawatan, mereka menjumpainya bersolat jemaah di masjid. Bayangkan apa perasaan imam dan bilal masjid yang telah bersolat jemaah bersamanya ketika itu.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
  15. RE : TABLIGH; JEMAAH YANG BAKAL TEWAS (siri 3/3)
    ------------------

    Kesemua di atas menunjukkan bahawa ahli-ahli jemaah tabligh telah gagal memahami keutamaan dan kegagalan ni telah membawa mudharat kepada masyarakat. Ini adalah fakta walaupun ramai yang tidak mahu mengatakannya disebabkan segan silu kepada 'kopiah, janggut, celak dan tasbih' ahli-ahli jemaah tabligh.

    Bagaimana jika anda disahkan positif virus ini melalui jangkitan daripada seorang jemaah tabligh yang dengan sengaja telah melanggar mana-mana arahan kuarantin atau PKP ini? Adakah anda akan kekal segan silu kepada janggut dan tasbih golongan tabligh?

    Fahamilah bahawa Covid-19 bukanlah isu hidup atau mati seseorang individu semata-mata. Ia adalah isu tentang seseorang atau sesuatu jemaah itu menjadi punca kemudharatan kepada masyarakat.

    Asal kejadian jemaah tabligh adalah murni walaupun ia tidak syumul, tetapi sebaik jemaah ini bertukar ciri daripada pengajak ke arah kebaikan kepada pembawa kemudharatan, walaupun tanpa sebarang niat yang tidak baik, mereka akan hilang nilai pada hari jemaah mereka itu diasaskan dan demikian mereka juga akan hilang sebab untuk mereka terus kekal wujud di tengah-tengah umat.

    Maka isu yang terakhir ialah bagaimana mereka akan ditewaskan?

    Tidak seperti parti-parti politik yang lain yang merupakan saingan kepada PPBM, jemaah tabligh langsung tidak terlibat dengan politik dan demikian tidak akan bertempur dengan PPBM di mana-mana medan pun. Jadi, bagaimana pula mereka boleh ditewaskan?

    Jawapannya ialah mereka akan ditewaskan apabila mereka diperlihatkan seorang lelaki yang selama ini pada penilaian mereka adalah terlalu keduniaan dan amat jauh daripada ibadah-ibadah ritual dan bukan pun ahli jemaah mereka, dialah sebenarnya Pemuda Tamim @ Pembawa Panji Hitam yang dikhabarkan, dan bukan maulana mereka yang menjauhkan diri daripada pemerintahan.

    Pada hari itu mereka akan sedar bahawa orang-orang yang benar-benar telah menjaga agama ini Islam daripada kebinasaan bukanlah orang-orang yang mengasingkan diri selama 40 hari untuk menumpukan kepada ibadah ritual, tetapi mereka yang benar-benar terjun ke dalam bidang pemerintahan dan disebabkan mereka adalah orang-orang yang baik, kebaikan mereka telah menyelamatkan negara mereka daripada kebinasaan sekiranya kuasa pemerintahan itu jatuh ke tangan orang-orang yang jahat.

    Mereka akan ditewaskan pada hari mereka melihat sendiri seorang yang ditohmah sebagai 'sudah tua renta pun masih jauh daripada sejadah dan masih gila mahu menghambat pangkat duniawi' sebenarnya telah menghambat pangkat itu di usia rentanya bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk agamanya, bangsanya dan negaranya.

    Pada hari mereka melihat bahawa jemaah yang sebenar-benarnya dan hakikatnya adalah 'thaifah mansurah' bukanlah orang-orang yang kekal dengan tasbih di tangan tetapi jemaah yang melibatkan diri di dalam pemerintahan dan menyelamatkan negara mereka daripada malapetaka sekiranya pemerintahan itu jatuh kepada golongan yang salah.

    Pada hari itulah jemaah mereka akan ditewaskan dan pengikut-pengikut mereka akan berbondong-bondong mengikut jemaah yang telah dibuktikan sebagai berada di atas jalan yang benar.

    Jemaah itu tidak lain adalah PPBM. Dengan wujudnya PPBM, telah dua kali negara ini terselamat daripada kebinasaan.

    Kali pertama diselamatkan daripada malapetaka berPMkan Presiden UmNO yang khianat dan memerintah secara kleptokrasi apabila Pengerusi jemaah ini menjadi PM-7, dan kali kedua jemaah ini telah menyelamatkan negara daripada malapetaka berPMkan seorang peliwat apabila Presidennya pula yang naik menjadi PM-8 dan mematikan sama sekali 'The Final Twist' si peliwat itu untuk menjadi PM-8.

    Akhir kalam, terima kasih tuan blog kerana memberi ruang. Bagi mereka yang membenci tulisan ini atau yang menuduh saya sebagai seorang 'attention seeker' disebabkan perkongsian ini, keduanya tidak mengapa kerana satu hari kelak kita sama-sama akan berdiri di hadapan Hakim Yang Maha Adil dan Dialah yang akan memutuskan di antara kita.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam tuan..saya rasa dalam keadaan sekarang tidak perlu merujuk kepada kumpulan kumpulan tertentu dalam keadaan negara yang genting..alangkah baiknya kita bersatu hati,bermunajat kepada yang maha esa supaya tentera kecil Allah ini “menyelesaikan tugasnya”..Tuan klaim jemaah tabligh sebagai taksub mengaku pembawa panji hitam,saya lihat tiada bezanya dengan saudara bila membuat klaim tertentu..maaf terkasar bahasa.Wassalam

      Delete
    2. Terima kasih Saudara John doe di atas pencershan ini. Saya setuju dengan pencerahan anda berkaitan golongan Tabligh ini. Saya akan viralkan pa dangan tuan. Terima kasih.

      Delete
    3. Biar yg maha menghakimi..kita tkyah sibok2..begitu begini...

      Delete
  16. Jangkitan covid19 bukan saja social interaction i.e sentuhan, bersalam atau kenduri dll. Eg. Spreader itu sentuh railing, pintu atau trolley cart. Virus itu dah melekat berjam2 atau berhari2. Sesiapa sentuh benda2 itu akan membawa virus. Chain reaction. Sebab itu topeng tak perlu sangat. Wipe, senitizer atau glove lebih penting. Kita munkin tak berdepan dgn spreader tapi tersentuh dgn apa yg spreader sentuh. So quarantin atau amalan kebersihan akan hentikan chain reaction itu.

    ReplyDelete
  17. Bro John Doe, jangan susah
    'attention seeker' is not you
    Terima kasih membawa kisah
    Patut diamati kaum Melayu..

    Manusia pelbagai dicipta Allah
    Ilmu bermanfaat harus didengar
    Jangan ada rasa bersalah
    Memang ada hingar dan bingar!

    Kepada siapa yg tidak setuju
    Boleh terus selidik sendiri
    Daripada almari dipenuhi baju
    Jadikan tempat buku berdiri!

    Terima kasih atas perkongsian
    Kebenaran itu pasti timbul
    Yang menghina usah dilayan
    Doa yg baik Allah kan makbul!

    Jika bangsa mengikut saja
    Membuat sesuatu tanpa ilmu
    Hidup selesa leka bermanja
    Orang pandang bertambah jemu!

    Walau apapun Mahathir dikata
    Allah beri dua kali naik
    Nama terkenal, jasa merata
    Yang menghina ada kah baik?



    ReplyDelete
  18. Apa kata john doe buat blog sendiri.... Tak payah tumpang2. Rasanya lagi bagus kot. Tun pun ada che det!

    ReplyDelete
  19. Dr Sofiyan,

    Wa'alaikumussalam. Terima kasih di atas respon dan pandangan sdr.

    Seperti yang saya tulis di pangkalnya, saya hanya berkongsi apa yang kelihatan pada pandangan saya. Terpulang kepada sesiapa utk tidak bersetuju. Tiada paksaan.

    Musibah datang supaya kita merenung kembali sesuatu hikmahnya, dan saya percaya saya telah mendapat jawapannya dan demikian saya kongsikan di sini mudah2an bermanfaat bagi yang mahu mengambil ibrah.

    In shaa Allah, wabak Covid-19 ini juga akan benar-benar lenyap apabila zaman ini berubah dan daripada pandangan saya, zaman akan berubah pada tahun 2020 ini, tahun wawasan Tun M, tahun di mana pertengahan Ramadhannya benar-benar jatuh pada hari Jumaat.

    Wallahu a'lam


    Sis Che Minah.

    Sama2 dan silakan.


    Pak Yop,

    Ya benar, Allah yang akan menghakimi, tapi kita manusia diberikan akal untuk menilai.


    Bro Fan Tun,

    Terima kasih di atas sokongan sdr. All for one and one for all (moto 3+1=4 The Tree Musketeers, in shaa Allah adalah moto yang sama oleh 314 pasukan kebenaran akhir zaman), wallahu a'lam.

    Salam perjuangan.


    Anon 6:08

    Setakat hari ini, saya berpandangan biarlah saya menumpang blog sdr KD selagi sdr KD menerima saya sbg tetamunya.

    Saya masih tertunggu dan tertanya-tanya sama ada 'soihah' akan benar-benar berlaku pada 15 Ramadhan tahun ini. Kalau ia benar-benar berlaku mungkin saya akan menulis khusus tentang 'The Great Battle of End of Times'.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete