Tuesday, March 24, 2020

TAK PENTING SANGAT PENDEK ATAU PANJANG TEMPOH PM

Yang PENTING, kualiti dalam tempoh tersebut

Hari ini pun..
Ada yg masih harap Tun PM semula.
Ada yg kata Najib jadi PM pun ok..tapi itu semasa Muhyiddin belum jadi PM, sekarang NI najib hampir dilupakan..

Ada yg harap Zahid jadi PM?
Dari Zahid lebih baik Hadi kot?

Sekurang kurangnya Anwar PM Menanti terbaik..
Dan tidak boleh diketepikan PM suatu Hari nanti...
Atau Ada lebih baik dia gilap Nurul untuk PM Wanita Pertama.

Azmin boleh Menteri Kanan, boleh JUGA TPM tapi untuj PM. Labelnya sama Anwar.

Mukhriz Ada harapan tetapi mesti menang dulu Presiden BERSATU, walau POTENSI tipis tapi prinsip Dan bersihnya masih terbaik..
Hishamuddin, Kj Dan ramai lagi kini open for all...

Yang sedia Ada, Muhyiddin....
Future politik Malaysia....Kita Akan nikmati PM setengah penggal atau sepenggal..


12 comments:

  1. Dlm bnyk² tu, ada yg aku rasa nk tergelak sikit. Mujur tak terkucil. Najib hampir dilupakan? Bukan rakyat terbanyak je yg tidak melupakan najib. Hatta orang mcm kdpun tak boleh lupakan dia. Selang seminggu kurang², mesti sebut nama najib. Sebab apa tak tahulah, kot benci sgt kt dia. Why kd, why? Idea dia psl kewangan memang win. Apa yg kerajaan PN buat skrg bagi menangani akibat wabak C-19 adalah sebahagiannya idea najib. Nafikanlah, apa masalah kalau nak nafi walau tidak berpijak di bumi nyata. Tapi nampak tak hakikat? Berapa bnyk kau benci najib, berapa gantang kau nak kata aku telan dedak najib itu tak memberi kesanpun pada aku. Aku tak kenal directpun dgn najib tp sejak najib jd pm, berbagai nikmat Allah turunkan kpd rakyat melalui najib. Ekonomi teruk ke zaman najib? Bantuan kpd rakyat zero ke zaman najib? Dunia ikhtiraf ekonomi malaysia down gila ke zaman najib? Betul ke hutang negara mencecah 1 trilion zaman najib? Bandingkan pulak dgn zaman selepas najib. Still najib teruk hingga kd tak boleh lupakan dia? Doalah supaya najib cepat masuk penjara kd oii. Pada aku, jika najib salah guna kuasa, ada la balasannya nanti namun apa yg dia buat kpd rakyat semasa dia pm wajar dihargai.
    Tiba² aku rindu zaman pm 7 dimana menteri kewangannya guan eng yang pemurah.
    *nak kata aku merapu tak ikut tajuk? Ada jugak kaitannya, ye tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang cinta penyamun
      Teruskan

      Ada aku larang?

      Delete
    2. I agree with you.

      In above video, very clear. Karma. Ludah jilat

      Delete
    3. 1000 kali kita bencikan sesorg tu..maka 1000 kali jg kita ingt kt dia.tp kalau sekali kita doakan kebaikan pd org tu maka Allah dan para malaikat Alan mendoakan kebaikan pd kita..

      Delete
    4. Anon 358 tupasal aku selalu nasihat kau jangan dok kutuk Tun, now kau meroyan nak Kan dia jadi PM semula..

      Apo nak dikato

      Delete
  2. Jika melayu masih berbalah tentang titik bengik dunia, lantaklah. Takde daya upaya hendak menghalang.

    Benar sangat perangai manusia tidak reti bersyukur, kerana merasa diri masih boleh bercakap, nyawa masih ditubuh, tak pernah serik mencari perbalahan.. seolah merasa akan hidup 1000 tahun, xde takut pun dengan amaran Allah dan tanda²Nya.

    Jika demikian, Aku berserah jika Allah cabut 3/4 nyawa manusia di Malaysia khususnya supaya hanya tinggal 1/4 manusia di Malaysia yang hanya bercakap² tentang kebaikan sesama muslimnya dan menegak² & menjaga agamanya demi mencari Rahmat Allah sahaja.

    Ingatlah ketika Baghdad di langgar tentera Monggol dengan kejahatan pedang yang ganas, dimana tika itu ulama²nya hanya sibuk membahas dan berbalah soal titik bengik fiqah, maka Allah hancurkan keagungan Islam pada zaman itu, kitab² ilmu dibakar sehangusnya oleh orang minggol.

    Kerana Allah hendak tunjukkan kepada kita (bagi yang mahu berfikir) bahawa jika ada orang mengaku ulama, ustaz, berbangga dengan gudang dan keagungan ilmu tapi tidak mengamalkan hidup selaras dengan ajaran ilmu, maka Allah jadikan kota bahgdad itu tidak mempunyai nilai apa² di sisi Allah lagi.

    Begitulah Allah akan menghapuskan suatu bangsa, tamadun dan negara bila Allah memberi arahan kepada bumi, langit, gunung, angin, api, wabak, haiwan untuk melaksanakan perintahNya.

    Innalillahiwainnalillahirajiun.

    ReplyDelete
  3. bg kau pun ok jadi pm...dah hensem pandai berblog pulak tu....kote mesti panjang 12 inci

    ReplyDelete
  4. Tahniah muyiden kerana lembab bertindak perintah kawalan pergerakan dilanjutkan lagi.

    Kalo muyiden kutip tabligh dlm masa seminggu diperingkat awal selepas tersebar perhimpunan jemaah tabligh dijangkiti covid ke hospital tak perlu perintah pergerakan pon....sehingga sekarang masih ada tabligh tak kehospital...polis disuruh kawalnpergerakan orang saja..

    ReplyDelete
  5. Melainkan negara berada di dalam perisytiharan darurat di mana YDPA menjadi individu terpenting, Perdana Menteri adalah kerusi yang paling penting untuk menentukan sesuatu negara dan rakyatnya berada di dalam keadaan baik atau sebaliknya. Baik PMnya baiklah negaranya, buruk PMnya buruklah negaranya.

    Daripada sudut pandangan hakikat dan sifat qudrah dan iradah Allah kesemua PM Malaysia telah menjadi PM di atas kehendak dan kuasa Allah.

    Kehendak Allah telah menentukan Anwar sebagai seorang yang telah sabit melalui proses undang-undang yang sah bahawa dia seorang pengamal liwat dan pernah menyalahgunakan kuasanya sebagai TPM untuk menutup amalan liwatnya tidak dapat menjadi PM walau apapun yang ia usahakan.

    Walaupun liwat adalah kejahatan yang lebih kecil daripada kleptokrasi, tetapi kehendak Allah telah menentukan Najib menjadi PM negara ini. Walaubagaimanapun berbeza dengan Anwar, kejahatan kleptokrasi Najib hanya muncul selepas dia menjadi PM. Pada hari Najib naik menjadi PM, ia kelihatan betul pada masa itu. Sebaik kejahatan kleptokrasinya terbongkar, dia tersungkur.

    Di atas alasan yang sama mengapa Anwar takkan menjadi PM, Zahid yang telah pun bergelar OKT juga takkan dapat menjadi PM.

    Kehendak Allah juga menentukan sebelum Najib, Pak Lah terlebih dahulu telah menjadi PM supaya rantaian di antara Tun dan Najib terputus oleh Pak Lah. Ia menyelamatkan Tun daripada segala fitnah dan tohmah yang dilemparkan terhadapnya oleh Najib.

    Kehendak Allah juga telah menentukan TSMY naik menjadi PM-8, dan mematikan sama sekali langkah The Final Twist Anwar, si peliwat yang telah sabit untuk menjadi PM-8.

    Kehendak Allah juga menentukan Tun Mahathir menjadi PM 2 kali selepas menjadi PM 2 dekad sebelum itu. Lebih istimewa lagi naik atau jatuhnya kesemua PM Malaysia selain dirinya sendiri mempunyai kaitan langsung dengan apa yang ia lakukan.

    Terkini TSMY tidaklah menjadi PM-8 melainkan selepas Tun meletakkan jawatannya sebagai PM-7 melalui pakatan PH dan menolak untuk menjadi PM melalui PN.

    Semasa Tun PM-7, saudara KD pernah membangkitkan juga isu siapa PM selepas Tun, dan saya telah memberikan dua calon iaitu TSMY dan Mukhriz.

    TSMY telah pun mendapat peluang itu, dan kini tinggal Mukhriz untuk dilihat. Saya kira kedua-dua nama yang saya berikan boleh benar-benar menjadi PM selepas Tun sekiranya berlaku satu perkara lagi iaitulah Tun kembali menjadi PM sekali lagi.

    Rasanya kita semua sedar bahawa kedudukan TSMY sebagai PM tidak boleh bertahan lama. Sebaik sahaja parlimen berpeluang bersidang, dia akan jatuh melalui undi tidak percaya. Sekiranya parlimen tidak bersidang selama 6 bulan, ia akan dikira luput secara automatik dan dia akan kehilangan kerusinya secara automatik. Sekiranya YDPA mengisytiharkan darurat dia juga akan kehilangan kerusinya secara automatik. Kesimpulannya walau di dalam keadaan mana pun, TSMY takkan mampu bertahan sehingga habis penggal.

    Walau apapun selagi TSMY masih PM, kita patut bersyukur kerana dia bukan Najib atau Zahid atau Anwar atau Hadi Awang atau Mat Sabu, dan kita masih terpelihara daripada malapetaka sekiranya salah seorang di antara mereka ini yang menjadi PM.

    My take, apabila TSMY jatuh, Tun akan naik menjadi PM semula, dan selepasnya Mukhriz. Cuma Mukhriz tidak akan menjadi PM melainkan selepas Tun telah meninggal dunia, kerana pada kali ketiga Tun menjadi PM, dia akan meninggal dunia di atas kerusi PM sebagaimana firasat seorang Imam Masjid Nabawi dahulunya semasa Tun menjadi PM-4.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang dijauhkan Allah TDM dilantik PM kali ke tiga semata ² tuan hendak membenarkan takwil tersebut.

      Jika berjaya sekalipun dengan sokongan DAP, pan Dan PKR serta parti warisan serta mp bebas, adakah tuan terbayangkan apa akan jadi sebaik TDM meninggal dunia tika DAP, pan Dan PKR memegang tampuk kuasa?

      Let say, 3 bulan pegang pm, dia meninggal, adakah tuan dapat membaca sesuatu perkara penting akan terjadi?

      Saya tidak berharap perkara penting itu terjadi kerana sifat kebanyakan manusia di Malaysia yang sangat lemah jiwa dan imannya saat ini. Mereka menjadi hamba duit. Sangat lemah!

      Sebenarnya takdir tsmy jadik PM ke 8 adalah kehendak Allah kerana perancanganNya yang lebih baik.

      Covid19 adalah ujian buat tsmy sebagai PM dan juga hikmah terbaik tersembunyi untuknya.

      Sekurang-kurangnya suhu politik sejuk sedikit dan tsmy boleh membuat yang terbaik supaya mendapat pengiktirafan dpd TDM dengan kebolehan nya dan rakyat khususnya nanti.

      Semoga TDM berlapang dada dan larilah dari bisikan² iblis (DAP, pan yg sedang membujuknya dengan kata² manis yg palsu) kerana mereka DAP mempunyai perancangan besar dan mereka sangat berharap ianya akan terjadi walaupun terpaksa melutut dengan TDM sekejap.


      Delete
    2. Saya hanya 'membenarkan' takwil imam itu terjadi dengan hanya satu syarat TDM kena patuhi

      "BERSIHKAN HATI DARI JIWA MEMBARA DENDAM DAN BUANGLAH SIFAT SOMBONG DENGAN ILMU DAN UMURNYA"

      Bentuklah satu team yang berteraskan Islam kerana itulah jalan lurus untuk dia ikuti sebab saya berharap perkara penting dan besar akan terjadi melalui percantuman kesatuan ini nanti BUKAN DENGAN PERCANTUMAN KESATUAN DENGAN MAJUSI,NASRANI DAN ISLAM MUNAFIKUN.

      SAMADA TDM INGIN MATI DENGAN CARA DIHORMATI ATAU MATI DENGAN GELARAN PENGKHIANAT KEPADA AGAMANYA DAN PEMEGANG AMANAH TANAH MELAYU INI

      Delete
  6. Dalam keadaan sekarang ni banyak banyaklah kita bertaubat, kita muhasabahlah diri kita sendiri.

    ReplyDelete