Friday, April 10, 2020

APAHAL PULA NAK PECAT? KALAU PANDANGANNYA TIDAK TEPAT, CUKUPLAH MENAFIKAN..KENAPA BERPOLITIK...


http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/veteran-umno-gesa-hospital-kpj-pecat-dr.html

11 comments:

  1. Covit19 Kamu bukan penjenayah. Kamu langsung tak bersalah - Najib

    Kamu akan dilayan baik.

    Diberi saringan percuma oleh KKM jika memenuhi syarat.

    Diberi rawatan rapi percuma yang sepatutnya, warded jika perlu. (makan 6 kali sehari.. mcm duduk asrama..!!)

    Diberi tempat khusus untuk menginap dan makanan percuma selama 14 hari jika diperlukan untuk kuarantin diri. (WiFi percuma beb..!!)

    Dan jika kamu menjalankan kuarantin diri dengan baik kamu telah menjalankan tanggungjawab kamu untuk melawan wabak Covid.

    Kamu antara mereka yang akan menyelamatkan negara.

    Berhubunglah dengan KKM melalui hotline mereka dengan segera jika risau kamu ada kemungkinan telah dijangkit Covid.

    Duduk dan tunggu di rumah untuk KKM datang.

    Berilah kerjasama penuh kepada mereka.

    Mereka akan layan kamu dengan sebaik-baiknya.

    -Malaysia Gazzette-

    Hotline Covid KKM:
    03-8881 0200
    03-8881 0600
    03-8881 0700

    “Setakat Cakap Kencang Tidak Boleh Menyumbang, Elok Kau Diam Gampang..!!”

    #kitajagakita

    Sumber : Najib Razak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik KP KKM ada otak..
      Kalau harap orang politik..minum air suam je lah.

      Dan jangan pula Ada ambil kesempatan shopping, travel by jet mewah, main gold Dan menyamun di musim covid19.

      Delete
  2. Doktor Musa ni tengok MSNBC, BBC, ABC, CNA aje kot. Ke dia tengok berita minggu lepas ?
    Ataupun dia ni memang kaki kondem ? Biasa la doktor-doktor hospital mahal ni.

    ReplyDelete
  3. orang bodoh saja tak bolih terima pandangan atau pendapat.

    ReplyDelete
  4. Otak umno blum berubah. Ingat dh kalah sekali tau muhasabah diri.

    ReplyDelete
  5. Dengan izin tuan blog,

    Salam sejahtera dan salam PKP 4 minggu. Hehehe.

    Saya menulis sekadar memberi penekanan semula kepada semua pembenci, peminat dan pemerhati, dan juga sbg respon kepada para pembenci yang membenci perkongsian saya bahawa Tun Mahathir adalah Pemuda Tamim @ Pembawa Panji Hitam. Mudah2an disiarkan.

    Tiada apa yang berubah pada perkara pokok yang telah saya kongsikan sejak lebih 2 tahun yang lampau iaitulah :-

    1. Tun Mahathir adalah Pemuda Tamim @ Pembawa Panji Hitam; si ketua pasukan yang tidak pernah ditewaskan.

    2. PPBM adalah Kaum Yang Didatangkan; iaitulah Pasukan Yang Tidak Pernah Ditewaskan.

    3. PPBM adalah pasukannya yang bakal muncul sbg pemenang mutlak di hujung permainan, dan mereka akan menang di bawah pimpinan Tun Mahathir.

    4. Pasukan Panji Hitam itu ialah Tun Mahathir dengan 313 pendokongnya dari kalangan Bani Tamim iaitulah bangsa Melayu. Mereka ini adalah orang-orang yang ikhlas dan benar dengan sebahagian besar daripada mereka adalah ahli PPBM. Pasukan ini akan muncul di hujung zaman fitnah ketika huru hara zaman fitnah itu telah mencapai klimaksnya.

    5. Petanda zaman fitnah telah mencapai klimaksnya ada dua; satu berlaku di bumi Mekkah dan satu lagi berlaku di bumi Malaysia. Di Mekkah ialah kebuntuan monarki slps kematian raja mereka yang meyaksikan perebutan takhta 3 orang putera di mana tiada di antara mereka yang berhasil memperolehi takhta, dan di Malaysia ia adalah kebuntuan demokrasi yang menyaksikan YDPA terpaksa mengisytiharkan darurat sbg jalan keluar.

    Selepas 2 tahun perkongsian tersebut, mari kita lihat fakta2 yg sedang berlaku pd hari ini:-

    1. Di dalam tempoh semenjak PRU14, PPBM benar-benar tidak pernah ditewaskan. Jemaah ini menjadi peneraju pakatan PH yang membentuk kerajaan selepas PRU14 dan kemudian sekali lagi menjadi peneraju pakatan PN yang membentuk kerajaan selepas PH tumbang. Di dalam apa-apa keadaan pun jemaah ini berada di dalam kumpulan yang menang.

    2. Walaupun tidak lagi menjadi PM, Tun M kekal sbg ketua pasukan yang tidak pernah ditewaskan. Dia meletakkan jawatan sbg PM-7 sama seperti dia telah meletakkan jawatan sbg PM-4, dan bukannya ditewaskan oleh sesiapa. Di dalam PPBM dia juga menang kerusi Pengerusi PPBM tanpa dicabar dan kekal tidak ditewaskan. Jgn lupa PM-8 sendiri adalah seorang Pro-Tun.

    3. Walaupun PPBM hari ini terbahagi kepada dua kumpulan; satu kumpulan yang bersetuju dengan tindakan TSMY berpaling tadah daripada PH dan satu lagi yang tidak bersetuju dengannya, kedua-dua kumpulan tetap meletakkan Tun Mahathir sebagai pemimpin terulung PPBM. Tiada keraguan pada perkara ini.

    4. Huru hara zaman fitnah itu benar-benar sedang berlaku. Selain peperangan dan bencana alam, huru-hara ini telah dicetuskan oleh wabak Covid-19.

    5. Keadaan politik di Arab Saudi benar-benar sedang menuju ke arah kebuntuan monarki. Putera MBS telah menggunakan kuasanya sbg pemangku Raja (Raja skrg ialah Raja Salman, bapa MBS) untuk menahan sepupu2nya dan bapa saudaranya Putera Ahmad sbg persediaan untuk dia menaiki takhta tanpa dicabar sekiranya bapanya Raja Salman meninggal dunia.

    6. Keadaan politik di Malaysia benar-benar sedang menuju ke arah kebuntuan demokrasi. Akan dibincangkan lebih terperinci pada bhgn analisa.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
  6. (Sambungan)

    Analisa situasi semasa di Arab Saudi.

    7. Walaupun telah menahan kesemua waris yang berhak menaiki takhta kerajaan Arab Saudi sekiranya Raja Salman meninggal dunia
    keadaan tidak semudah itu buat MBS untuk naik takhta kerana:-

    7.1. Sebaik bapanya Raja Salman meninggal dunia, MBS akan hilang kuasanya sbg pemangku raja di negara monarki mutlak ini, dan segala perintah yang dikeluarkannya semasa menjadi pemangku raja dikira batal.

    7.2. Berdasarkan dikri Raja Abdul Aziz As-Saud iaitu raja pertama Arab Saudi, semua anak lelakinya mesti menjadi raja dan demikian selagi Putera Ahmad masih hidup, MBS tidak boleh menaiki takhta, tetapi MBS sendiri diketahui tidak akan mengalah dan beralah.

    7.3 Sekiranya Putera Ahmad telah meninggal dunia sekalipun sama ada sebelum atau selepas ia menjadi raja, dan sekiranya MBS sendiri pun mati dahulu sebelum bapanya, faktanya ialah berpuluh-puluh cucu Raja Abdul Aziz yang lain akan mempunyai hak yg sama rata utk menaiki takhta dan ini benar-benar sedang membuka pintu kepada kebuntuan monarki.

    Analisa keadaan politik di Malaysia yg menujukan negara ini benar-benar sedang menuju ke arah kebuntuan demokrasi.

    8. Fakta dan analisa:-

    8.1. Kerajaan PN yang diketuai oleh TSMY mempunyai 4 blok besar iaitu blok UmNO, blok PAS, blok PKR yg berpaling tadah dan blok PPBM, dan ia adalah sgt rapuh. Memadai suku daripada mana-mana satu blok ini menarik sokongan kepadanya, kerajaan PN pimpinan TSMY akan jatuh. TSMY bukan Pemuda Tamim dan dia boleh ditewaskan dan dijatuhkan.

    8.2. Kerajaan PN mempunyai masa yang suntuk untuk berkuasa kerana perlembagaan negara menetapkan sekiranya parlimen tidak bersidang selama 6 bulan, maka ia secara automatik akan dikira terbubar. Apabila parlimen terbubar, kedudukan PM-8 juga secara automatik akan terbubar.

    8.3. Sekiranya parlimen benar-benar bersidang, TSMY menghadapi risiko tinggi utk dikalahkan oleh undi tidak percaya. Jgn lupa speaker parlimen adalah bekas seorang hakim yg bebas parti politik dan timbalannya pula adalah drpd DAP-PH. TSMY kini bukan sahaja dimusuhi oleh kumpulan PH yang memiliki 106/222 kerusi parlimen, tetapi juga sebahagian ahli parlimen UmNO sendiri yang tidak berpuas hati kerana tidak mendapat apa yang mereka hajatkan melalui kerajaan TSMY. Memadai 3 orang menarik sokongan kepadanya, TSMY akan jatuh.

    8.4. Apabila TSMY dijatuhkan, tiada sesiapa di kalangan ahli parlimen yang kelihatan mampu mendapatkan sokongan majoriti utk menjadi PM menggantikan TSMY. Tidak Anwar Ibrahim, tidak sesiapa drpd PN, dan malahan Tun sendiri tidak lagi akan mampu memperolehi majoriti. Kebuntuan politik pasti berlaku. Tun akan muncul pemenang sekali lagi hanya sahaja kali ini kemenangannya bukan melalui proses demokrasi tetapi proses monarki yang masih selari dgn keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

    6.5. PRU semula tidak mungkin diadakan di dalam keadaan wabak Covid-19 ini. Ia bukan satu pilihan pun. Maka apabila berlakunya kebuntuan demokrasi di dalam keadaan ancaman wabak yang menular satu-satunya jalan keluar ialah perisytiharan darurat oleh YDPA dan pemilihan PM berdasarkan kuasa mutlak YDPA untuk melantik PM apabila darurat diisytiharkan. Ia bukan fakta kosong kerana perlembagaan negara membenarkannya dan precedent juga ada.

    Kesimpulan.

    Sejak 2 tahun yang lepas saya telah memberitahu bahawa Malaysia akan menyaksikan satu lagi perisytiharan darurat oleh YDPA dan ada yang berkata tiada sebab utk perisytiharan darurat, dan saya telah menjawab bhw sebab itu akan kelihatan ketika masanya telah sampai. Kini sebab-sebab utk perisytiharan darurat semakin kelihatan. Malah keadaan PKP kita hari ini pun secara de facto sudah pun mirip darurat.

    Apa yang saya telah kongsikan sejak 2 tahun dahulu kelihatan semakin dekat untuk benar-benar terjadi.

    Mahu memperolok-olokkan perkongsian percuma saya ini? Silakan, asal kelak jangan cakap tiada sesiapa yang telah memberikan nasihat dan peringatan tentangnya.

    Tidak perlu percaya apa-apa, memadailah untuk bersaksi bahawa John Doe telah mengatakannya.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas perkongsian saudara. Pada pandangan saya tiada yang salahnya analisa dan perkongsian saudara diatas kajian dan pendapat saudara. Terdapat banyak tafsiran2 daripada cerdik pandai agama berkenaan situasi akhir zaman ini tetapi tafsiran saudara agak 'rapat' dengan realiti kehidupan berbanding dengan tafsiran2 lain yang agak kabur. Kabur tidak bererti salah tetapi barangkali disiplin ilmunya yang sebegitu.

      Namun demikian kepada yang sering memperolokkan dan memandang enteng kajin sebegini sebenarnya telah terlepas tujuan Yang Maha Esa memberikan kita petanda-petanda ini iaitu bahawa dunia semakin hampir ke penghujungnya. Tanda-tandanya telah jelas, bukan untuk diobses, tetapi untuk bersedia kerana ianya adalah satu 'milestone', bukan untuk meraih apa2 keuntungan apatah lagi keuntungan dunia melalui politik dan dendam yang tidak habis.

      Apabila kita memandu pulang ke kampung dengan menggunakan lebuhraya, papan tanda akan memberitahu kita bahawa kita semakin hampir ke destinasi. Terima atau tidak, papan tanda itu cuma satu milestone bagi kemudahan kita.

      Sekurang-kurangnya apabila kita telah mengenali dan mengetahui tanda-tandanya, bolehlah bermuhasabah diri dan bersedia, dan bersyukur bahawa kita dapat melihat dan mempercayai tandanya. Sekiranya tidak mahu menerima dan melihat tanda-tanda, dan lebih sibuk untuk mencari habuan politik dunia, amatlah sayang sekali.

      Tuhan sahaja maha mengetahui.

      Terima kasih.

      Delete
    2. Nujum pekak sesat mengarut memang suka buat komen berulang ulang dan panjang berjela jela. Tetapi satu pun tak jadi. Perangai sebijik mcm raja bomoh penipu...Kihkihkih

      Delete
    3. Sdr anon 8:46,

      Terima kasih kembali di atas respon yang baik.


      Anon 10:06

      Silakan terus membenci dan memperolok-olokkan.Tidak semua orang-orang yang berada di jalan yang salah itu akan diselamatkan daripada kegelapan. Sebahagian kecil daripada mereka akan mengalami ketewasan mutlak untuk dijadikan pengajaran bagi sebahagian besar yang lain dan manusia akan berkata; Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Sesungguhnya Allah tidak menganiayai manusia sedikitpun tetapi manusialah yang telah menganiaya diri mereka sendiri".

      Hanya apabila para pendusta ini ditewaskan barulah kebaikan-kebaikan berikut akan berlaku:-

      Dari kegelapan kepada cahaya,
      Dari kejahatan kepada kebaikan,
      Dari penindasan kepada pembelaan,
      Dari pecah belah kepada ukhuwah,
      Di waktu itu kezaliman kan musnah,
      Ahli agama berjawatan rasmi,
      Perosak agama di atas nama agama,
      Mereka akan sedar diri,
      Atau menerima hukuman Ilahi,
      Kerana kesalahan mereka.

      Di waktu itu..
      Dunia ini..
      Segalanya..
      Akan berubah...

      Silakan terus membenci dan memperolok-olokkan, asal kelak jangan cakap tiada sesiapa yang telah memberikan nasihat dan peringatan tentangnya.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    4. Nujum ajaran sesat berada dlm kegelapan. Pendusta memang selayaknya diperolok olokkan,
      Kegelapan utk pendusta Itu pasti.

      Delete