Saturday, April 4, 2020

SURAT HADI AWANG VERSION OF YANG LEBIH IKHLAS

https://www.malaysia-today.net/2020/04/04/hadi-awang-tok-guru-celaka-kata-ahli-lembaga-pengarah-yadim/
Kenapa perlu ragu..

Response yg membuktikan surat Hadi sangat betul pada kebimbangannya..


15 comments:

  1. Surat Presiden Pas kepada gerakan Islam: Halang Anwar yang disokong Freemason menyebabkan mahacai otai reformasi Anwar panas bontot.

    Maka terkejut beruk lah puak reformasi/ lgbt/ syiah/pluralist agama di Malaysia dengan surat Tuan Guru Hj Hadi duta bertaraf menteri di Timur Tengah. Rakyat boleh search Laman Blog Reformasi dan Blog Shahbudin barua yahudi Brother kita ini..!!

    Jelas peranan Tn Haji Hadi lebih berbisa dan bijak dari Almarhum Tuan Guru Nik Aziz yang mesra DAP, Pluralist/Lgbt dalam PKR dan pro syiah dari PAN.

    Syabas dan terima kasih Tuan Guru Hj Hadi Awang...!!

    Setelah Pakatan Harapan berjaya mengubah kerajaan dengan kemenangan mereka dalam pilihanraya, berlaku usaha dalaman untuk mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri oleh DAP, PKR dan AMANAH bagi mengetepikan Tun Mahathir, dengan sokongan Amerika Syarikat, Eropah, Singapura, Zionis dan juga Freemason.

    Para intelektual, birokrat, anggota tentera dan polis yang beragama Islam berasa bimbang selepas kemasukan Ahli-ahli Parlimen Non-Muslim dan Muslim Liberal ke dalam Kerajaan yang baharu yang mencuba untuk melemahkan kedudukan Islam, orang Islam dan kaum Bumiputera, dengan cubaan meminda Perlembagaan, mengubah sistem Pembelajaran dan Pengajaran, Media Massa dan sebagainya dalam politik dan ekonomi yang mana telah mengejutkan orang Islam dan mereka melihat bahayanya situasi mereka.

    Maka, PAS telah mengambil langkah politik bekerjasama (Taawun) secara jalan damai. PAS telah memilih hubungan dengan Tun Mahathir memandangkan sikap nasionalisya dan semangatnya mempertahankan Islam. Walaupun diragui anak Tun yang menerajui COMANGO,SIS dan LGBT. PAS menolak kerjasama dengan kumpulan Anwar Ibrahim kerana tidak yakin dengan karakter peribadi dan akhlaknya serta pendirian politik pragmatiknya yang berbahaya.

    Bersama Anwar Ibrahim adalah AMANAH yang bersifat Islam liberal, pluralisma dan mesra syiah dengan bersandarkan pada sokongan dan pendirian kedutaan-kedutaan Barat yang menyokongnya dari segi strategi, media dan kewangan. Kami turut menolak campur tangan asing baik secara total

    Atas rasa bertanggungjawab untuk mengumpulkan pertubuhan- pertubuhan Melayu dengan kerjasama persatuan-persatuan pelajar, para profesor, ahli-ahli akademik dan tokoh-tokoh pemikir, bagi menganjurkan Kongres Maruah Melayu sebagai platform untuk mengkaji kedudukan semasa masyarakat Melayu muslim.

    Kemudian berlaku Gerakan balas daripada Pakatan Harapan dengan menyokong Tun Mahathir hanya untuk menunjuk-nunjuk sebagai satu bentuk tipu daya daripada kumpulan Anwar Ibrahim, AMANAH, dan DAP.

    Mereka telah pergi bertemu Mahathir pada waktu pagi sambil menangis seperti menangisnya adik beradik Yusuf AS setelah mereka menghumban Yusuf AS ke dalam telaga, untuk menyerahkan kepada Mahathir cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan

    Jelaslah peranan dan kebijaksanaam YDP Agong setelah melakukan dan melaksanakan setiap proses melalui demokrasi dan mengikut perlembagaan. Maka telah gagal gerakan balas diketuai Anwar PKR, Khalid Samad Mujahit AMANAH, Lim Kit Siang DAPtersebut meskipun dengan campurtangan daripada duta-duta Barat dan para penasihat Freemason dan Zionis.

    Saya ulang..!!

    Peranan Tn Haji Hadi lebih berbisa dan bijak dari Almarhum Tuan Guru Nik Aziz yang mesra DAP, Pluralist/Lgbt dalam PKR dan pro syiah dari PAN.

    Syabas dan terima kasih Tuan Guru Hj Hadi Awang...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak2 DSAI akan berdiam diri ke, tanpa mengambil tindakkan pada eddy wang kamu tuh? Dapat gaji dan elaun untuk bayar saman sama loyer aja le!!

      Delete
  2. Assalam kd. Saja tanya, knp ada iklan mempromosi kitab injil dlm bhgn bawah blog kau ni? Samada kau perasan ke tidak aku tak pasti. Baik kau check. Berat nanang dah ni kd.

    ReplyDelete
  3. Jalan Iman ni apa kd? Jangan main ambik je iklan asal ada masyuk!

    ReplyDelete
  4. Arwah Mak aku ajar, hormat org tua, guru Dan Terutama, hormat alim ulamak... Itu aje yg Dia selalu ulang. Walaupun dia dgn Arwah bapak aku BN pekat. Belum pernah Aku Dengar Dia cakap yg tak Elok tentang Arwah Nik Aziz. Cuma sekali Aku Dengar, Dia kata, nik Aziz takde masaalah, Tapi org keliling dia Yg mcm problem skit, pandangan Yg sama Aku terhadap anwar ibrahim. Ade jugak aku baca Yg dialih bahasa, Pasal mcm selalu aku cakap, Aku Pandai repair lori, Tapi tak Tau bahasa Arab. Bila Aku baca plak huraian org tentang Surat tu. Aku pun teringat tentang Pesanan Rasullulah. Ni aku baca dlm google je. Tak silap aku, Aku takut dgn ulama diakhir zaman, juga hujah zakir naik, iman taK Ada diserban,jubah, Malah janggut. Tapi hati. Allah beri akal utk fikir ape saja Yg dtg pada kita. Aku jugak Ada baca Yg hadi tengking org Yg berhujah dgn Dia tanpa membalas hujah balik. Cuma mampu berkata, ana Tau, Anta tak Tau... Bukan ke menuduh org tanpa bukti tu fitnah. Jgn kerana benci, ape Yg org Kata, Jadi betul Dan tak bleh disangkal lagi. Aku tak Suka zakir naik campur urusan politik negara Aku, Aku pun tak Suka dgn parti ustaz ismail kamus. Tapi tu Bukan alasan utk aku tolak ajaran Dan hujah merrka.

    ReplyDelete
  5. Nak wat camne,ahli ppbm takde telor, hadi awang kutuk tun org tua diperkuda dap takdr sape bangkit bela tun. Aku hilang respek kt ahli ppbm

    ReplyDelete
    Replies
    1. John doe berulang kali kata dia adalah sebahagian dari 313 tentera badar, knpa dia tak berada dibarisan hadapan mempertahankan Tun semasa Tun dikutuk dan diperkuda? Nampak sngt John doe kaki kelentong pendusta, jenis ckp tak serupa bikin...kikiki

      Delete
    2. Ye ke yeop mereka tak berani? Seingat anda lah kan, berapa kali Hj hadi bertemu Tun di Pjaya sewaktu Tun menjadi PM kali kedua?
      Adakah pertemuan kosong atau saja suka2? Juga adakah anda ada dlm pertemuan itu?
      Saya tak sokong sapa2, saya tetap berpendirian yg benar tetap benar dan salah tetap salah.
      Dan saya tak pernah hilang hormat pada sapa2, memandangkan saya tak menyaksi banyak perkara dlm pentadbiran negara, cuma desas desus.....

      Delete
  6. Lone Ranger, u are not alone. Sayalah Tonto mu.....hehehe.

    For your info, saya bukan penyokong Pak Sheikh dan bukan ahli PKR mcm kamu. I am just Tonto, penyokong kebenaran dan Keadilan.

    Setuju, tak semestinya cakap Haji Hadi tu betul dan perlu dipercayai. Dia Ularmak politikus dah tentu nak menjustify tindakan Mahyidin. Lagipun, dia dah dilantik jadi DUTA TIMUR TENGAH. Kenalah buat kerja skt, nak tunjuk kewujudan dia sbgai Duta tu, sgt penting. Sedangkan, dia sokong pencuri dan penyamun bahkan menerima habuan 90 juta. Boleh ke aku lupakan ini....???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm 90 juta tu, duit abah kamu berapa nilainya? Ke hanya pandai fitnah je. Menarik sungguh, bagi 90 juta supaya boleh berentap dlm pru14 yg lepas. Anda percaya anda bodoh!

      Delete
  7. Kesimpulan penting daripada tulisan ini :-

    1. Mendokong perlembagaan negara ini tidak menjadikan mana-mana Muslim di negara ini sebagai kafir.

    2. Amanat takfir yang dibuat oleh Hadi Awang pada 7 April 1981 adalah bathil.

    3. Anwar Ibrahim tidak diterima oleh majoriti orang Melayu-Muslim untuk menjadi PM Malaysia, sehingga 2 parti Melayu terbesar iaitu UmNO dan PAS sanggup memilih TSMY daripada PPBM walaupun PPBM adalah parti yang terkecil dan termuda di kalangan semua parti-parti politik Melayu yang lain. Asalkan bukan Anwar Ibrahim.

    4. Semasa gabungan PH menjadi kerajaan, PPBM adalah yang terbaik untuk mengetuainya dan Pengerusinya diterima oleh PH untuk mengetuai pakatan itu sebagai PM.

    5. Selepas PH tumbang dan pentadbiran negara diambil alih oleh PN, di dalam gabungan PN, PPBM juga adalah yang terbaik untuk mengetuai pakatan itu, dan Presidennya yang dipilih untuk mengetuai pakatan itu sebagai PM.

    Kandungan surat ini telah mengikat PAS dan Hadi Awang untuk terus kekal berPMkan TSMY daripada PPBM. Sepertimana UmNO, PAS telah diikat oleh PPBM melalui TSMY dan PN dan walau apapun yang dilakukan oleh TSMY yang tidak menggembirakan PAS sebagai sebuah parti politik, surat ini telah menghilangkan apa-apa alasan politikal untuk mereka menjatuhkan TSMY. Apabila mereka menjatuhkannya semata-mata di atas alasan politik, jemaah mereka akan kehilangan alasan untuk terus kekal wujud di atas nama agama dan bangsa yang menjadi slogan mereka selama ini.

    Kesemuanya membawa kepada rumusan dan kesimpulan yang sangat penting iaitu; selepas UmNO telah tumbang, di dalam apa-apa keadaan sekalipun, PPBM adalah yang terbaik untuk mengetuai pentadbiran negara.

    Dengan surat ini, ia juga membawa kepada satu pengakuan bahawa sekiranya orang-orang Melayu benar-benar mahu menjaga kepentingan dan hak mereka yang termaktub di dalam perlembagaan, mereka tidak mempunyai pilihan melainkan untuk benar-benar bersatu.

    Apa yang sedang berlaku ini juga mengesahkan kebenaran bahawa sekiranya orang-orang Melayu benar-benar mahu bersatu mereka tidak boleh memiliki banyak jemaah dan panji-panji yang berlainan yang menaungi sebahagian daripada mereka tetapi tidak sebahagian yang lain. Mereka mestilah bersatu di dalam satu jemaah dan satu panji sahaja.

    Surat ini mengesahkan bahawa apabila telah tiba masanya untuk orang-orang Melayu bersatu di bawah satu panji, tiada jemaah lain yang lebih sesuai untuk menjadi jemaah tunggal bangsa Melayu selain PPBM.

    Selepas PM-7 dan PM-8 daripada PPBM, kesemua PM yang seterusnya juga in shaa Allah adalah daripada PPBM.

    PPBM adalah 'Kaum Yang Didatangkan'. Dengan izin Allah, apabila tempoh permainan itu telah tamat, jemaah inilah yang bakal muncul sebagai 'Golongan Yang Menang'.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jon doe taubat la wahai jon doe...

      bole terpesong akidah dengan nubbuwah palsu dan daif ni.. jangan berlebian dng nubbuwah daif nih... panji dah ke laut cukup cukup lah tu

      Delete
  8. Umno yg dutubuhkan oleh freemason,termasuklah pas pun. Org tua nie bila nak mampuihnya. Org agama buat fitnah,tun difitnahnya. Mana org ppbm, xkan org ppbm diam.bukan ke dulu tun pm malaysia dan masih lg pengerusi ppbm?bukan ke skg pas dgn ppbm dah jadi sekutu,apsal hadi awang biadap sgt fitnah tun yg mwrupakan pengerusi parti sekutu pas?

    ReplyDelete
  9. Perlantikan TGHA menakibatkan pemimpin pH semakin sentap menggelebah dan kecewa terutamanya anwar, mat sabu, lid dan gone end...Kah kah kah

    ReplyDelete