Sunday, April 5, 2020

TERIMA KASIH TUN, JASA DAN BUDIMU YG TIDAK TERMAMPU KAMI BALAS..


10 comments:

  1. Kepada anon yang telah beberapa kali bertanya mengapa saya tidak membuka blog sendiri dan menumpang di blog KD, ada satu lagi jawapan tambahan kepada jawapan-jawapan yang sedia ada iaitulah entry-entry sdr KD somehow selalu kena dengan apa yang terlintas di fikiran saya, dan demikian blog ini mempunyai flow yang sama dengan lintasan fikiran saya, dan demikian saya merasa selesa di sini.

    Tajuk entry sdr KD ringkas sekali dan hanya disokong oleh satu video yang menceritakan tentang jasa ibu bapa, tetapi ia benar-benar selari dengan lintasan fikiran saya sejak beberapa hari lepas.

    Beberapa hari lepas saya menulis di blog ini bahawa saya melihat Tun Mahathir seperti ayah saya sendiri. Ia adalah hakikat dan bukan sesuatu yang sengaja dibuat-buat atau sengaja digembar-gemburkan di blog ini untuk menunjukkan saya seorang yang dekat dengan Tun.

    Tiada guna saya nak menunjukkan konon saya seorang yang dekat dengan Tun sebagaimana begitu banyak oportunis yang membuat pengakuan sedemikian di dalam blog mahupun FB masing-masing. Lagipun seperti yang telah diberitahu ayahanda Tun Mahathir sendiri tidak kenal identiti sebenar siapa yang memakai nama John Doe ini di luar alam maya, maka saya tidak ada apa-apa yang mahu dijadikan bahan menunjuk-nunjuk konon saya seorang yang dekat dengan Tun.

    Walaupun demikian Tun Mahathir memang dekat di hati saya sebagaimana seorang ayah dekat di hati anaknya.

    Sekiranya kita benar-benar menghormati seseorang itu dan benar-benar melihatnya sebagai ayah, apakah satu perkara yang akan menjadi bukti kuat untuk menunjukkan perkara itu? Jawapannya ada pada komen-komen saya di alam maya.

    Apabila dihitung masa, saya kira sudah 6 tahun saya muncul di alam maya, dan sudah lebih dua tahun saya berkongsi penemuan saya bahawa Tun Mahathir adalah sebenar-benarnya Pemuda Tamim yang dikhabarkan.

    Sepanjang tempoh dua tahun itu bagi sesiapa yang selalu membaca tulisan saya, anda mungkin akan terperasan satu perkara iaitulah saya hampir tidak pernah merujuk Tun Mahathir sebagai seorang individu semata-mata di atas namanya. Saya pasti akan meletakkan 'Tun' di depan namanya dan tidak terus menyebut namanya tanpa gelaran Tun. Adakalanya saya akan menambah sebagai 'Ayahanda Tun Mahathir' atau sekiranya mahu diringkaskan, maka saya akan merujuknya sebagai 'Tun' sahaja.

    Sebelum 2 tahun itu mungkin saya pernah terlepas melakukannya tetapi sejak saya menemui jawapan bahawa dialah Pemuda Tamim yang dikhabarkan saya telah mendisiplinkan diri saya utk tidak merujuknya berdasarkan namanya semata-mata sbg tanda hormat.

    Pengecualiannya hanyalah apabila saya tidak merujuk kepada dirinya sebagai individu tetapi merujuk kepada namanya sebagai bahan perbincangan. Contohnya apabila saya menulis 'disebabkan namanya MAHAThir, maka tiada orang yang menerima cercaan lebih besar dan lebih hebat daripadanya, contohnya 'Mahazalim, Mahafiraun, Mahakutty' dan sebagainya, atau 'Dia memang tidak dapat dibandingkan dengan mana-mana pemimpin dunia yang lain dan ia benar-benar seperti namanya MAHAthir kerana kalimah MAHA itu sendiri membawa maksud 'tiada perbandingan'. Di dalam ayat-ayat tersebut topiknya bukan batang tubuh Tun sendiri tetapi adalah namanya 'MAHAthir'.

    Di sanalah letaknya jawapannya iaitulah seseorang yang benar-benar melihat kepada seorang individu lain sebagai ayahnya tidak akan tergamak untuk memanggil atau menyebut nama individu itu kecuali dengan merujuknya sebagai 'ayah', 'abah' dan seumpamanya.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. (Sambungan)

      Di dalam dunia sebenar perkara itu memang berlaku dan isteri saya dapat mengesannya, dan malahan isteri saya juga turut mengikut jejak langkah saya, iaitulah apabila kami berbual dengan sesiapa pun tentang Tun Mahathir, kami tidak pernah merujuknya sebagai 'Mahathir' semata-mata seperti kebanyakan orang sekeliling kami melainkan kami pasti akan menyebutnya sebagai 'Tun Mahathir'. Isteri saya, seperti juga saya tidak tergamak untuk menyebut nama Tun tanpa gelarannya sebagaimana kami tidak pernah merujuk ibu dan bapa kami masing-masing melalui nama mereka.

      Ia amat berlainan dengan adik-beradik kami yang lain yang dengan selesanya boleh menyebut nama Tun seolah-olah Tun itu kawan-kawan sebaya mereka yang boleh dipanggil berdasarkan nama sahaja.

      Di dalam kehidupan sebenar juga, saya telah memberitahu anak saya yang masih kecil bahawa semasa saya membesar saya memiliki dua orang bapa yang sentiasa menjaga saya. Yang pertama ialah tokwannya sendiri (tok wan ialah datuk bagi orang Penang), dan yang kedua ialah Tun Mahathir. Hampir setiap kali dia melihat Tun Mahathir di TV dia akan bertanya 'kenapa Tun Mahathir yang jaga abah masa abah kecik' dan saya akan menjawab 'kerana semasa abah membesar, Tun Mahathir adalah Perdana Menteri dan sebagai Perdana Menteri dia telah menjaga semua orang sebagaimana seorang abah menjaga semua anak-anaknya'.

      Tun adalah PM saya semasa saya di tadika KEMAS dan saya masih ingat potretnya yang tergantung di dewan tadika saya.

      Tun adalah PM saya pada hari pertama saya masuk ke darjah satu dan saya masih ingat beberapa orang rakan-rakan saya termasuk saya sendiri yang gemar melukis gambar Tun pada masa-masa lapang kami.

      Tun adalah PM saya pada hari pertama saya memasuki sekolah menengah, hari pertama saya memasuki universiti, hari pertama saya memasuki alam pekerjaan.

      Walaupun saya tidak pernah mencari makan melalui politik, saya tetap mengatakan bahawa segala apa yang saya miliki pada hari ini, walaupun tidak seberapa, sebahagian besarnya adalah hasil jasa-jasa Tun sebagai PM-4 sebagaimana jasa-jasa ibu bapa saya yang membesarkan saya sehingga saya boleh berdikari pada hari ini.

      Syukur juga kerana ayah saya juga seorang peminat dan penyokong Tun, dan dengannyalah saya berpeluang membaca beberapa buku tulisan Tun ketika masih di sekolah rendah, dan buku terbaik tulisan Tun yang pernah saya baca iaitulah 'Menghadapi Cabaran'.

      Menghadapi Cabaran adalah buku terbaik Tun, lebih baik daripada Dilema Melayu dan Doktor Umum walaupun yang dua itu lebih diketahui dan disedari kewujudannya oleh kebanyakan orang berbanding Menghadapi Cabaran yang kelihatan tenggelam, mungkin kerana pada masa buku ini ditulis, Tun belum lagi 'siapa-siapa' di tengah masyarakat.

      Selepas lebih 30 tahun saya membaca buku itu barulah saya dapat memahami bahawasanya buku itu bukan satu kebetulan pada ketika ianya ditulis melainkan ia memang telah ditakdirkan untuk ditulis oleh Tun sebagaimana dia telah ditakdirkan untuk menghadapi begitu banyak cabaran sepanjang perjalanan hidupnya selepas buku itu ditulis olehnya.

      Sama halnya dengan sajaknya 'Perjuangan Yang Belum Selesai'. Dengan izin Allah, dia benar-benar akan menyelesaikan Perjuangannya Yang Belum Selesai ketika dia masih bernafas. Dia telah kembali sebagai PM-7 selepas belasan tahun dia telah bersara sebagai PM-4 kerana alif ba ta telah memanggilnya. In shaa Allah dia akan kembali lagi apabila alif ba ta kembali memanggilnya.

      Hari ini TSMY adalah Perdana Menteri dan saya patuh kepadanya sebagai seorang PM, apatah lagi dia adalah anak didik Tun yang paling tinggi hierarkinya. Itupun saya tidak melihatnya sebagai seorang ayah, sebagaimana saya benar-benar melihat Tun sebagai seorang ayah.

      Melalui blog ini dan entry ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan TERIMA KASIH AYAHANDA TUN MAHATHIR.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. Im with u bro jd...
      Sayang TUN dari dulu kini dan selamanya.

      Delete
  3. Harimau mati tinggalkan belang.
    Tedung pula tinggalkan bisa,
    Najib mati tinggalkan hutang.
    Mahathir pula banyak jasanya.

    Sheikh Al Jub pula kempunan - PM Menanti yg terus menanti tak mungkin kunjung tiba.

    ReplyDelete
  4. Tapi ada orang boleh 'kepala bapak'kan dia.

    ReplyDelete
  5. 'Jom le terima kasih kat Tun', ajak si KD
    Malangnya..tak ada sorang pun yg sudi
    Mana pergi Wak Suman bapok tua kedi
    Dia le yg sepatutnya tampil jadi kemudi

    Kah. kaahh kaahh kaahhh kaahh kaahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi KD, mana Wak Suman tak kelihatan
      Apa mangkuk tu ada masalah kesihatan
      Ntah2 dia kena Covid19 punya jangkitan
      Atau..udah kena hantar ke Tg Rambutan

      Kah. kaahh kaahh kaaahhh kaahh kaahh

      Delete
    2. 1. Apa lagi yg kau merepek meraban nih…?? Mana buktinya konon kau dah 3X berada di Dtrn Merdeka tuu, Kejora – mana buktinya, mana..mana..mana, haaaaaaaaa……??

      2. Bertahun’tahun angCOW berhati busuk menyumpah-seranah aku dan Tun M sampai ke tahap mampos dan masuk wad tapi sikitpun tak jadi kudis. Malah kami terus sihat bugar menjelajah ke sana sini. Ajaibnya, di usia mencecah 95 tahun, Tun M tetap berwajah seri, tampan, anggun, kharasmatik & jadi buruan wartawan2 walau bukan lagi PM. Hingga saat ini, saban hari wajahnya muncul di stesyen2 tv memberi pandangan nasihat perihal isu semasa, khususya masalah Covid 19.

      3. AngCOW, Najib & Anwar aku yakin sedang menderita keaiban serta kesipuan tak terbandingkan dek pendurhakaan & kebiadapan terhadap Ayahanda Tokoh Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad.

      Delete
  6. Anak² yg biadab dan lupa jasa memang biasaanya lingkup..
    Anak anjing dan anak babi pun tahu hormat dan hargai jasa.

    ReplyDelete