Saturday, May 2, 2020

KUAT BENAR MENGHASUT

CUBAAN BIADAB UNTUK MENGGANGGU TITAH YANG DI-PERTUAN AGONG: APAKAH MELAYU ISLAM TIDAK LAGI KISAH BILA RAJA-RAJA DIHINA?: Kamarul Yusoff Maklumat yang berwibawa telah diperolehi mengenai perancangan pihak tertentu untuk mengganggu titah perasmian Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14, oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada 18 Mei. Tujuan gangguan

Sekali lagi Islam dan Melayu cuba diperalatkan untuk tangani isu.

Parlimen dan Raja Perlembagaan sudah cukup kebal untuk mempertahan dan dipertahan.

Jika ada cubaan disebaliknya khususnya di parlimen biarlah ia ditangani secara perundangan dan bijaksana oleh ahli parlimen sendiri dan bukan secara hasut bodoh.

Hasutan akan memberi bayangan Perlembagaan begitu mudah diceroboh Dan salahguna.

11 comments:

  1. Terkini bila para pemimpin PH seperti Khalid Samad pada 5 Mac, Datuk Seri Saifuddin Nasution pada 7 Mac dan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada 12 Mac terang-terang mempersoalkan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong, tiada sebarang laporan dan siasatan pun dibuat.

    itu suma badut2 diatas tu, ini sapa dalang tuan badut itu...!?

    1. Najib kot... mmm tak mungkin

    2. Tun Mahathir.. boleh jadi

    3. Pa Chu Cheng FB...bole jadi gak ni

    4. DAP - Haah ni betul butul tuan badut No. 2 dan No. 3


    kikikikiki...

    ReplyDelete
  2. Kamaruk yusoff ni spy ker boleh mudah dapat maklumat?...dia reka persepsi sendiri..

    ReplyDelete
  3. Sudah-sudah lah tu Lid, MOVE ON. Tidak bergerak sebutir pasir pun melainkan dengan qudrah dan iradah Allah, inikan pula pertukaran kerajaan. Berimanlah kepada qada dan qadar dan peruntukan ayat 26 surah ali-imran.

    Berikut saya petik tulisan terkini Tun Abdul Hamid Omar:-

    "Perkara 40 (2), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan “Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut iaitu: Melantik seorang Perdana Menteri.”

    Perlembagaan tidak menetapkan bagaimana baginda hendak melaksanakan budi bicara itu. Tetapi, adalah patut baginda melantik seorang ahli Parlimen yang mengikut hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Parlimen. Jika tidak, undi tidak percaya mungkin akan dibuat dan jika berjaya, Perdana Menteri itu hendaklah meletak jawatan dan masalah berulang semula."

    Pada bab pendapat Tun Hamid Omar tentang politik saya tolak kesemuanya tetapi bab peruntukan perlembagaan, suka atau tidak kita kena menerimanya. Bukan semata-mata kerana Tun Hamid adalah bekas Ketua Hakim Negara tetapi kerana apa yang dia sebutkan tentang peruntukan perlembagaan itulah yang benar-benar termaktub.

    Dari sudut undang-undang kadang-kadang legitimasi daripada sesuatu pelakuan atau keputusan sesuatu pihak boleh diperolehi melalui consent atau acknowldegment atau waiver daripada pihak lawannya. Ketiga-tiganya adalah bentuk pengiktirafan bersifat post-event, dan ketiga-tiganya adalah sah.

    Apabila DSAI mengistiharkan dirinya sebagai ketua baru PH menggantikan Tun M dan disokong oleh pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan PAN maka dia telah memiliki legitimasi sbg Ketua Pembangkang di parlimen. Apabila dia sbg ketua pembangkang de facto menemui TSMY sbg PM-8, maka berdasarkan prinsip-prinsip consent atau acknowldegment atau waiver dia dikira telah mengakui TSMY sebagai PM-8 yang sah (legitimate). Sbg Ketua Pembangkang di parlimen, pelakuan ini akan dikira sbg pengiktirafan pembangkang bahawa TSMY adalah PM-8 yang sah.

    Sekiranya TSMY dijatuhkan dan seorang yang lain naik menjadi PM, orang itu tidak lagi akan bergelar PM-8, sebaliknya akan bergelar PM-9. Bagi permainan untuk menjadi PM-8 ia telah dikira game over, DSAI telah tewas dan TSMY telah menang. Period.

    Kalau tak berpuas hati dengan kedudukan TSMY sbg PM-8 yang sah, maka adakanlah undi tidak percaya di parlimen. Peruntukan perlembagaan membenarkannya.

    Malaysia adalah sebuah negara yang unik yang menggabungkan kedua-dua demokrasi dan monarki serentak. Disebabkan penggabungan ini, kedua-dua sistem ini tidak bersifat mutlak di negara ini.

    Malaysia bukanlah sebuah negara monarki mutlak seperti Brunei dan Arab Saudi, dan bukan juga demokrasi mutlak seperti Indonesia dan USA.

    Keadaan inilah yang telah, sedang dan akan terus menyelamatkan Malaysia daripada jatuh ke dalam situasi anarki apabila proses demokrasi menjadi kabur dan malahan buntu.

    Ia satu kebaikan buat negara. Bayangkan sekiranya negara demokrasi mutlak seperti Indonesia kematian Presiden dan Naib Presiden serentak, mereka tidak akan memiliki 'caretaker goverment' sementara Presiden baru dipilih melalui proses demokrasi. Ia bakal menjadi malapetaka buat negara.

    Sama halnya dengan negara yang menggupakai sistem monarki mutlak. Apabila matinya seorang raja dan berlakunya perebutan takhta di antara waris-waris yang berhak, dan tiada sesiapa yang berhasil mendapatkan takhta, maka malapetaka akan menimpa negara itu.

    Apabila sesebuah negara kehilangan pemerintah yang efektif walaupun hanya bertaraf interim atau caretaker sekalipun, sama ada melalui proses demokrasi mahupun monarki, maka negara itu akan jatuh ke dalam situasi anarki.

    Demokrasi dan monarki, di dalam segala kelemahan dan kekurangan masing-masing adalah jauh lebih baik daripada anarki, kerana anarki benar-benar bermaksud malapetaka.

    (bersambung)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun Hamid sahkan tun mahathir perdana menteri pertama ceroboh kehakiman malaysia...

      Delete
  4. (Sambungan)

    Sekiranya tidak berpuas hati dengan TSMY sbg PM-8, maka jatuhkanlah dia melalui proses parlimen. Tiada sesiapa yang dapat menghalang walaupun YDPA sendiri. Mempersoalkan perkara yang telah game over tidak akan membawa apa-apa hasil.

    Tapi ambillah peringatan bahawa sekiranya dan apabila TSMY jatuh, tidak akan ada sesiapa pun di antara ahli parlimen yang berpengaruh di dalam kumpulan masing-masing yang akan mampu memperolehi majoriti lagi untuk dipilih menjadi PM berdasarkan proses demokrasi dan parlimen. Kebuntuan demokrasi benar-benar akan berlaku. Negara hanya akan mempunyai satu jalan keluar daripada kebuntuan iaitulah dengan bertukar menjadi monarki mutlak.

    Perlembagaan sendiri menetapkan bahawa apabila darurat diisytiharkan, segala proses demokrasi dan kuasa parlimen akan digantung dan negara akan bertukar sistemnya daripada raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen kepada monarki mutlak. Ia adalah sebahagian daripada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

    YDPA hanya perlu mengisytiharkan darurat dan game over bagi semua pemain demokrasi.

    Apabila pemain-pemain demokrasi sendiri yang membawa permainan ke arah monarki mutlak, maka sekiranya anda masih gagal memperolehi apa-apa yang anda idam-idamkan sepanjang bermain, maka jangalah pula anda membenci pula monarki mutlak tersebut kerana andalah yang membawa keadaan itu ke atas diri dan negara anda sendiri.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muyiden sendiri lengah2 kan sidang parlimen seblm covid.....bila setuju bersidang 18 mei untuk sehari sahaja...jon doo banyak loyar burok..

      Delete
    2. Demokrasi adalah untuk mendapat mandat rakyat untuk tubuhkan kerajaan dari parti yg dapat sokongan majoriti.....bukan pilih wakil rakyat untuk tentukan kerajaan...

      Delete
  5. http://kedahlaniie.blogspot.com/2020/04/umno-cuci-tangan-dari-langkah-sheraton.html?m=1

    ReplyDelete
  6. KALAU ASYIK BERCAKARAN BEGINI, BUAT APA DUDUK SERUMAH LAGI?
    May 2020Politik

    Hubungan Bersatu dengan UMNO di Johor kini bolehlah diibaratkan seperti suami isteri atau rakan kongsi perniagaan yang asyik bergaduh saja kerjanya setiap hari.

    Setiap hari, kedua-dua mereka sibuk berbalas-balas kenyataan menyalahkan satu sama lain.

    Mereka pula bukannya bergaduh di dalam rumah atau di bilik mesyuarat, tetapi secara terbuka sehingga suara bertengkar didengari oleh semua jiran dan kawan-kawan.

    Namun demikian, dalam salah- menyalah dan tuding-menuding itu, kedua-dua mereka masih lagi sanggup tinggal serumah atau dalam satu pejabat yang sama.

    Aneh bukan?

    Ketika bersama PH dahulu, Bersatu di Johor adalah parti yang gah, megah dan bermaruah kerana kerusi ketua kerajaan negeri adalah miliknya.

    Dengan memiliki kerusi Menteri Besar itu, Bersatu boleh memberi serta mengagih-agihkan jawatan kepada pemimpin-pemimpin dalam PH dan juga mereka daripada parti itu.

    Tetapi, kerana Muhyiddin Yassin cuba melakukan “barter trade” dengan UMNO bagi memudahkannya mendapat sokongan untuk menjadi Perdana Menteri, Bersatu Johor diarahkan keluar dan seterusnya bergabung dengan UMNO bagi membentuk kerajaan baru.

    Susulannya, jawatan Menteri Besar dilepaskan untuk diberi kepada UMNO yang kalah dalam PRU14 lalu

    ReplyDelete
  7. Seribu kali kucuba menghindari

    Seribu kali kucuba untuk kembali padamu

    Namun langkahku menjadi kian pasti

    Melihat bayangmu dalam gerak yang kaku.

    Seribu kali kumenatap gambarmu

    Seribu kali kumenyebut namamu

    Hasrat padamu kian mendesak kalbu

    Namun selalu, ku merasa tak mampu.

    Ke mana, harus ku melangkah?

    Jejakmu terlalu besar untukku

    Ke mana, harus ku menjangkau?

    Egomu terlalu sulit untukku.

    Terangilah Tun, beri ku suluhan mu itu

    Agar ku tak jatuh dalam kegelapan

    Berikanku Tun, pedoman mu itu

    Agar ku tak sesat, dalam kekalutan.

    Ku sedari, diantara kita telah tiada

    Rasa saling seia sekata

    Hari ini, atau esok, lusa

    Kita kan berpisah untuk selama-lamanya

    Harapan untuk kembali.

    Tak kan semua hilang

    Bagai mimpi-mimpi

    Seperti yang selalu kau bilang

    Usah kau sesali.

    Biar mereka yang hilang

    Sepantas mereka datang

    Tun yang maha tahu

    Kita tak bisa lagi Bersatu.

    Karya:

    Rosli Khan

    ReplyDelete
  8. Aku heran ada org kt sini(aku maksudkan JD),penuh yakin dgn imannya kpd imam mahdi,313 pelbagai lg. Lu rasa jalan menuju imam mahdi penuh dgn pengkhianatan???? Lu pkir kem yiddin selari dgn jalan imam mahdi??? Pengkhianatan adalah bertentangan/opposite kpd jalan imam mahdi, mcm rasulullah saw imam mahdi tu akan penuhi dunia dgn keadilan, Engkau diberi pilihan,satu jalan yg penuh dgn pengkhianatan,satu jalan lg golongan yg dikhianat. Engkau rasa jalan imam mahdi kt mana???

    Wei JD tlg la rentikan le lu nk kait2 k yiddin dgn ima mahdi lu tu,imam zaman bukan ruang lu suka2 nak associatekan dgn pengkhianat.

    LET CALL A SPADE, A SPADE.

    ReplyDelete