Tuesday, May 5, 2020

MUHYIDDIN DI AJAK MASUK KANDANG HARIMAU??

Sertai Umno Muhyiddin boleh kekal jadi PM, kata Tajuddin: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mempelawa Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyertai Umno dengan masih boleh kekal sebagai Perdana Menteri. Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, Umno dan Bersatu tidak perlu lagi bersaing sesama sendiri pada pilihan raya umum (PRU) akan datang melalui pendekatan tersebut. Beliau turut mempersoalkan kewujudan Bersatu yang [...]

21 comments:

  1. Anwar meletakkan dua syarat penting sekiranya Bersatu ingin kembali ke pangkuan PH,

    Yang pertama, keputusan Bersatu mestilah keputusan sebulat suara dari satu parti iaitu Bersatu.

    Agak agak ucapan boboi tu Anwar terima lah kannn dan Bang Non dari awal lagi dah bagi signal no more lidah bercabang kali ini... makin terdesak atok kali ini... ilmu kelentong penipu fitnah lidah bercabang dah abis suma dah digunakan atok.. kikikiki

    Ertinya, tiada kelompok Tun M mahu bersama PH, manakala kelompok Muhyidin masih setia dengan pengkhianatan. Makna kata Bang Non mahu satu suara ajer suara atok atau suara jidin...

    makin berserabut atok makin kelu lidah bercabang nak main game... kikikiki

    Keputusan mestilah dari Bersatu bukannya kelompok.

    Bang Non siang2 lagi dah cakap nak suara atok atau jidin.. ilmu fitnah lidah bercabang dah abis dikeluarkan... kikikikiki..

    Yang Kedua, Bersatu mesti terima prinsip dan dasar perjuangan PH terutamanya di dalam merealisasikan reform dan menentang rasuah di dalam negara ini. Selain itu, Bersatu diingatkan agar tidak lagi mengulangi kesilapan besar yang telah mereka lakukan sehingga tumbangnya sebuah kerajaan mandat rakyat....

    Bang Non bagi paku buah palo dia sekali gus...kikiki.

    Susah atok nak main game lepas ni selepas tertebuk muko sendri..

    Harap Straits Times Singapork , WSJ, DOJ Media Soros mulakan fitnah lepas tu disambut hiruk pikuk media tempatan rakyat dah tahu style fitnah atok...

    Atok makin kelemasan kali ini... hujung nyawa anakcucu makin kepanasan.. padan muko kau..!! kikiki

    Takkan Bang Non nak kena game tertebuk atap sampai 3 kali melampau lah tuu..tak tau lah klu bang non jenis bengap ssgt ... kikikikiki

    ReplyDelete
  2. Perodi ucapan 'Langkah Boboi' Bersatu tiada pilihan lain lagi.

    Saya terpanggil untuk mengajukan beberapa soalan kepada kepimpinan Umno. Sikap pemimpin Umno terhadap Bersatu yang tidak menggambarkan kesepakatan yang telah menyebabkan kejatuhan Kerajaan PH dan penubuhan kerajaan baru yang digelar PN. Kerajaan tebuk bumbung dan tebuk muka sendiri yang diwar-warkan kini.

    Soalan ini juga saya tujukan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, sekaligus memberikan peluang kepada Tan Sri untuk menjelaskan kenapa janji beliau kepada Bersatu tidak menjadi kenyataan.

    Bersatu dah berpecah dua itu ayahnda saya kata. Saya mohon dan merayu kembali pada rakan dalam PH yg tertebuk muka dapat berlapang dada dan menerima kami semola.

    Pada hemat saya, Bersatu hanya ada satu pilihan sahaja iaitu kembali bersama PH. Kembali kita repair semola bumbung yang langkah ayahnda saya tertebuk mukanya dolu.

    Pengalaman tidak sampai dua bulan di bawah kerajaan Perikatan Nasional yang tidak wujud itu sangat pahit bagi Bersatu hingga ke akar umbi.

    Kepahitan tertebuk bumbung dan muka sendri memang menyakitkan hati ayahnda saya dan tok wan saya. Kepahitan tertebuk muka ini sangat menyakitkan diri saya juga hingga sampai ubun ubun kepala saya...!!

    Ahli Majlis dan MPKK yang dianggotai Bersatu telah digugurkan di beberapa negeri kecuali Kedah. Sejarah pemimpin pemimpin besar Kedah dari dolu dolu lagi memamg macam itu. Pulau-pulau strategik seperti Pulau Pinang dan Singapura pernah pemimpin tertinggi negeri ini kasi sedekah pada orang lain asal dapat jadi pemimpin tertinggi. 22 bulan dalam PH Jambatan Bengkok lansung tidak dimanfaatkan untuk dibina semola. Jambatan bengkok hanya gula gula penyedap hati orang Melayu saja selama ini.

    Cukup-cukuplah dengan menang sorak kampung tergadai. Sudah sudah lah dan hentikan lah kerja tebuk menebuk sesama sendri ini.

    Kami tidak mahu lagi Bersatu diperkudakan dan diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak.

    Tiada siapa yang rela perkotak katik kan kita dalam Bersatu, kami dan rakan dlm PH yang terebuk muka satu sama lain. Mohon dimaafin ayahnda saya kerana tertebuk mukanya sindri terutama janji pada PKR @ Anwar Ibrahim PM ke 8 tidak tertunai.

    Saya sangat yakin bahawa krisis politik, krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang sedang melanda negara ketika ini akan dapat ditangani dengan lebih baik oleh sebuah kerajaan perpaduan yang pernah dicadangkan ayahnda saya.

    Jika ahli-ahli Yang Berhormat dari Bersatu bersetuju dengan kenyataan saya ini, sila mengorak langkah dan kembali ke pangkal jalan.

    Dalam erti kata lain, kita dlm Bersatu repair bumbung yang kita tebuk suatu masa dolu.

    Itulah sebaik-baik tindakan yang boleh Yang Berhormat-Yang Berhormat lakukan untuk mengembalikan maruah dan menjamin kelangsungan Bersatu. Saya doakan Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada anda semua.

    Demi langkah boboi, dengan ini semoga kita repair kembali bumbung yang kita tebuk dolu demi perpaduan dalam Pakatan Harapan.

    Boboi
    Menteri Besar Kedah
    Timbalan Presiden Bersatu.

    Note : Mampukah rakan rakan dlm PH yang lain kembali dengan langkah boboi. sama sama lah kita nanti episoda akan datang

    ReplyDelete
  3. Giler nak jadi PM Anwar Sanggup terima semula BERSATU dengan mengulas ucapan Mukhriz

    Tak nampak jalan untuk jadi PM. Kalau PRU 15 entah hidup, entah mati. Entah PKR masih tu dah berkubur kerana perpecahan teruk dalaman, Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) bersikap terbuka jika Bersatu berhasrat untuk menyertai gabungan itu semula.

    Bagaimanapun, Anwar mengingatkan Bersatu perlu patuh kepada agenda perubahan termasuk reformasi yang dipelopori PH dan merima keputusan pelan pengantian PM.

    “Itu keputusan yang harus dibuat Bersatu. Ada dua Bersatu sekarang, keputusan harus dibuat sebagai satu parti dan PH mengambil sikap terbuka.

    "Tapi harus patuh kepada agenda perubahan termasuk reformasi yang dipelopori dalam PH, termasuk sistem menolak sistem korup dan kita tidak mahu mengulangi kesilapan-kesilapan yang lalu,” katanya dalam siaran langsung di Facebooknya hari ini.

    Anwar berkata demikian mengulas kenyataan Boboi kelmarin yang menggesa Bersatu untuk bersama Pakatan Harapan sekali lagi.

    Lantak kau lah Bang Non, untung batu timbul untung sabut tenggelam. Otai otai reformasi li fikir lah sindri..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah fikir... Sepatutnya anwar tebuk atap, baru dpt jd PM.

      Delete
  4. Sudah jelas dari cakap pemimpin umno PN setakat pru15 sahaja...pru 15 Bersatu kena tanding sendirian jika mahu kekal ketuai PN...muyiden tiada peluang lagi kekal pm...

    Nak join semula PH masih terbuka tapi Bersatu bukan ketua lagi...

    Ape pilihan yg ada untuk muyidin kekal PM?..tanding sendirian untuk rebut undi melayu dan tanpa sahabat dari kaum lain tidak mungkin membantu muyiden...

    Muyidin dan gerombolan sudah boleh rancang untuk pencen...tiada sinar didepan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum cuba, belum tahu.
      Jangan terlalu yakin.
      Bukan semula MELAYU bodoh nak menerima erompakmlanun dari Bugis dan Jawa berkuasa semula. Maknanya, Melayu sudah betpecah TIGA - MELAYU umno/Pas, Nelayu Pkr dan Melayu Bersatu.
      Orang NELAYU ada TIGA pilihan pru15 nanti.

      Delete
  5. Tajudin ada kuasa ker untuk tentukan siapa yg patut jadi pm?...cakap orang politik bukan boleh pakai sangat...muyidin masuk balik umno dilantik presiden akan pecah belahkan umno....melainkan zahid dan MT umno setuju serah kpd muyidin...

    Tapi tak mungkin...

    ReplyDelete
  6. MUHYIDDIN DIMALUKAN SEMBILAN NEGERI, AZMIN ‘LAZY MINISTER’ PATUT DILUCUT SEBAGAI MENTERI KANAN

    Keengganan sembilan negeri mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB yang diumumkan Muhyiddin Yassin benar-benar suatu keadaan yang memalukan kerajaan pusat.

    Ia memberi gambaran kedudukan Muhyiddin langsung tidak dihormati oleh kerajaan negeri-negeri terbabit iaitu .

    Yang peliknya, bukan saja kerajaan negeri PH yang menolak PKPB itu, malah juga termasuk kerajaan negeri PN sendiri.

    Di mana salahnya semua ini?

    Sebagaimana yang telah disebut oleh beberapa pemimpin UMNO, pihak yang salah sehingga Muhyiddin dimalukan ini adalah kerana gagalnya Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali dalam menyelaras hubungan antara negeri dan pusat sebelum atau sebaik PKPB itu dilaksanakan.

    Jika semua ketua kerajaan negeri diajak berbincang dan dipanggil bermesyuarat untuk diminta pandangan mereka berkaitan PKPB, soal ketidakpatuhan ini pasti tidak berlaku.

    Sebenarnya tindakan tidak mengajak kerajaan negeri berbincang ini bukanlah kali pertama dilakukan oleh PN.

    Ketika awal PKP dikuatkuasakan dahulu, semua negeri-negeri pembangkang tidak dijemput bermesyuarat, sebaliknya hanya kerajaan negeri PN saja yang dijemput.

    Berikutan kecaman pelbagai pihak ketika itu, KSN kemudian telah merelakan dirinya sebagai “kambing hitam” dengan mengakui ia sebagai kecuaiannya serta turut memohon maaf.

    ReplyDelete
  7. Bila muyiden balik kpd umno katak2 puru umno dlm Bersatu akan dapat masalah...Azmin dan gengnye jugak akan kehilangan tempat bergantung...

    Tawaran Tajudin hanye untuk lemahkan dan pecah belahkan Bersatu seblm pru15.....

    Analisis Mukeriz patut di pikirkan oleh ahli2 Bersatu seblm dilemahkan oleh umno..

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya, Mahyidin kena pilih antara masuk kandang harimau atau terus berenang dlm lubuk buaya. Dua-dua berisko tinggi.

    Apa pun, baik harimau atau buaya, dua-dua perlukan Mahyidin utk terus hidup sebab dua-dua perlukan the right numbers.

    Jadi, baik harimau atau buaya, dua-dua tidak layak utk beri syarat kat Mahyidin.

    Kalau Mahyidin bijak, dia yg patut beri syarat kat dua-dua binatang buas ni, tidak boleh ngam dia, if you need me to get the right numbers just follow my way macam yg Tun M buat.

    Dgn cara ini, Mahyidin will be able to keep them to toe the line. Jangan biar mereka tentukan syarat. You should be the one, to put the condition. You got nothing to loose but much to gain. Just make them follow your way.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, tapi malangnya macai kecewa macam kau pulak yg tak pasal2 masok kandang babi atau terus berenang kedalam lubuk taik.

      Delete
    2. Masa dpn Bersatu dah habis. Khalas.

      Delete
  9. Inshaa Allah....tunggu masa aje

    ReplyDelete
  10. elok la tu.kaki pintu belakang pi mana pon org cap mcm tu gak.setuju.

    ReplyDelete
  11. Apo yang ko MEROYAN kan ni KD.....

    ReplyDelete
  12. Bersatu skg mana ada standing dah, abih le bersatu tahan 5tahun je parti.sendiri jahanamkan diri sndri.

    ReplyDelete
  13. Aku tak tgk lagi admin post kes kontrak KKM. Luorg melayu xnak bising ke,company yg dpt kontrak tu company 100% cina,not even nonexec BD nya bumiputra,langsung x ikut syarat perolehan kontrak, company plak bisnes real estate developer takde track record,takde kepakaran hatta daftar kod bidang MOF pun takde. Mana kerajaan melayu islam, dah xde sgt company bumiputra yg layak? Kalu xde pun masih ada company GLC yg bule buat,natang apa nie kerajaan melayu islam PN??? Nir la pepatah org tua kata, menang bersorak kampung tergadai,hangpa menang bersorak sakan dgn umno pas tokey cina gak yg dpt projek.pokaimak betoi

    ReplyDelete
  14. Satu lagi bukti jelas UmNO masih tidak, dan sesekali tidak akan dapat menerima kenyataan bahawa kerusi PM sudah terlepas daripada genggaman mereka dan kenyataan bahawa di dalam perlumbaan dengan PPBM untuk menjadi wadah utama bangsa Melayu, PPBM sedang mendahului walaupun UmNO jauh lebih besar daripada PPBM.

    Mereka mahu TSMY menyertai UmNO sebagai jalan mudah untuk mereka kembali menduduki kerusi PM. TSMY sendiri tiada sebarang nilai bagi mereka. Mereka pernah mencampaknya keluar daripada UmNO pada zaman Najib, dan mereka tidak akan berfikir dua kali untuk melakukannya sekali lagi sekiranya dan selepas mereka telah berjaya memperolehi apa yang mereka dambakan.

    Tertubuhnya kerajaan PN di atas pilihan YDPA dan diendorskan oleh Majlis Raja-raja yang bermesyuarat sebelum YDPA membuat keputusan, dengan lebih daripada 80% ahli kabinetnya adalah berbangsa Melayu, dengan Menteri Kewangannya berbangsa Melayu dan malahan bebas politik, dengan Menteri Agamanya yang juga bebas politik dan malahan adalah seorang mufti WP yang telah diendorskan oleh bukan seorang tetapi beberapa YDPA, dengan Peguam Negara adalah berbangsa Melayu dan KP SPRM juga bebas politik, pergerakan UmNO benar-benar telah dikunci rapat oleh TSMY dan PPBM.

    Sekiranya mereka menjatuhkan TSMY, maka mereka akan kehilangan alasan 'agama, bangsa, negara dan raja' yang menjadi slogan mereka selama 22 bulan PH mentadbir negara. Mereka akan memberikan bukti tanpa keraguan munasabah bahawa mereka bukan lagi wadah perjuangan bangsa Melayu sebaliknya adalah sebuah jemaah politik yang rakus kepada kuasa kerana mahu memperolehi habuan peribadi daripada kekuasaan tersebut dan menyalahgunakan kuasa lagi untuk menutup kesalahan tersebut. Bukti ini boleh dan pasti akan digunakan ke atas mereka pada hari berlakunya pertempuran The Grand Finale, dan mereka akan benar-benar kehilangan alasan pada hari tersebut.

    Kepada TSMY; jalan terus di atas kebenaran dan jangan takut dihumban keluar daripada kerusi PM oleh UmNO. Ingatlah bahawa ada individu yang telah berusaha puluhan tahun untuk menjadi PM tetapi tetap gagal, dan Tan Seri pula dapat menjadi PM di dalam keadaan 'bidan terjun', dan Tun dan PPBMlah yang telah membuka jalan untuk Tan Seri menjadi PM-8.

    Kekal hormati Tun sbg Pengerusi parti dan negarawan ulung, dan kekalkan aspirasi PPBM untuk BERSATU, BERAMANAH dan BERMARUAH. Jangan tunduk kepada apa-apa ugutan yang tidak patut daripada UmNO untuk menjatuhkan Tan Seri, kerana mereka tidak akan berhenti.

    Bak kata seorang sahabat alam maya saya yang tidak lagi muncul di blog ini tetapi masih aktif memberikan pandangan di FB, Dato Abdul Rahman Mohd Noor Pekan (rahman jpc), legasi Tan Seri sbg PM-8 akan dikenang sekiranya Tan Seri melakukan perkara yang betul selama Tan Seri menduduki kerusi PM, walaupun untuk tempoh yang sangat singkat.

    PPBM kekal mendahului UmNO, dan sekiranya pemimpin-pemimpin utama PPBM bermain dengan baik, PPBM boleh mencheckmate kesemua pasukan-pasukan lain di perlawanan akhir kelak dan muncul pemenang mutlak menewaskan kesemua pasukan lain termasuklah UmNO.

    Dengan Tun selaku Pengerusi PPBM duduk di parlimen sbg pembangkang bebas yang tidak terikat dengan PH mahupun PN, dan TSMY pula selaku Presiden yang mengetuai pakatan PN, PPBM benar-benar sedang berada di kedudukan terbaik untuk mencheckmate habis kesemua pasukan yang lain termasuklah UmNO pada perlawanan akhir kelak.

    Hanya menunggu UmNO tersilap langkah sahaja untuk membolehkan mereka terkena checkmate muktamad. Apabila mereka menjatuhkan TSMY maka itulah langkah mereka yang akan membuka jalan kepada ketewasan mutlak mereka di tangan PPBM.

    Demi alif ba ta, PPBM tidak boleh tewas di tangan UmNO, bahkan PPBMlah yang mesti menang bukan sahaja ke atas UmNO, bahkan ke atas kesemua pasukan-pasukan bangsa Mim yang lain supaya bangsa ini akan dapat merasai perpaduan hakiki apabila seluruh anak bangsa bernaung di bawah satu panji dan satu panji sahaja. In shaa Allah ia adalah panji-panji PPBM.

    Que sera sera.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  15. Muhyiddin asks for it.

    ReplyDelete
  16. Peingatan untuk saya dan kita SEMUA.

    Dunia ini hanya pinjaman sementara waktu sahaja ibaratkan secelup jari dalam air dilautan.

    Sesungguhnya Akhirat adalah alam yg akan kekal selama2 nya.

    Beruntunglah pada sesiapa yang selalu mengingatkan KEMATIAN yg pasti....

    Subhanallah!!!

    ReplyDelete