Monday, May 11, 2020

MUKHRIZ TIMBALAN PERDANA MENTERI / SELESAI MASALAH MUHYIDDIN

Cadangan sahaja.

Kehebatan Mukhriz sebagai pemimpin pusat memang belum ketara tetapi bukan tidak ada.

Anwar sendiri boleh ambil peluang tawarkan Mukhriz sebagai TPM bagi tambah kekuatan dan jalinan untuk prose's undi tidak  percaya Muhyiddin di parlimen dan PRU15.



# bila aku bagi tajuk advance, komenlah secara advance..
Jangan nak kopi teh komen berkarat basi longkang...boringlah.

30 comments:

  1. Tak mungkin tun madey setuju kalo muhyidin tawarkan TPM kepada Mukeriz sebagai jalan meleraikan persengketaan ...

    Tun sudah berkerat rotan dan berpatah arang nak tampal lobang atap yg ditebuk muyidin bersama penyamun dan pengkhianat...

    Mukeriz masih berpeluang jadi TPM jika bersama anwar dan PH...

    ReplyDelete
  2. Apa pon langkah yg dibuat oleh muyidin Tun takkan terima...rasa marah tun kpd muyidin tak dapat dikawal lagi...

    Bagi tun muyidin berundur ato diundurkan kerana Muyidin tiada harapan untuk kekal PM selepas Pru15....Bersatu akan ditenggelamkan oleh uak penyamun umno dan pas...

    Untuk survival Bersatu Tun mahu Bersatu kembali kpd PH kerana Mukeriz berpeluang besar memegang jawatan TPM..

    Sudah nampak sekarang Tun madey tidak berminat lagi dgn jawatan PM..

    Survival Bersatu dan mukeriz agenda utama Tun sekarang...

    ReplyDelete
  3. Kalo Bersatu pro tun kembali kpd PH suara melayu masih kuat dlm PH...

    Tun tidak yakin penyamun umno dan peniaga ugama Pas dapat membela melayu dan islam seterusnye memajukan negara...mereka lebjih pentingkan perut dan tembolok...

    ReplyDelete
  4. cepat buat undi tak caye ...

    ReplyDelete
  5. MANA DAP?

    Pertama, baharu sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan, nampaknya tidak sabar-sabar pemimpin Pakatan Harapan (PH) mahu merebut kuasa. Malah mereka tidak menyoroknya. Mereka mahu memberitahu bahawa untuk kesekian kalinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan bergandingan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menumbangkan kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Hairannya, kali ini tiada pula pemimpin DAP di dalam gambar. Amanah pun entah ke mana. Bagi penganalisis politik, ia jelas menunjukkan `perang seterusnya’ ialah memenangi undi orang Melayu yang disedari PH tidak akan berjaya, jika mereka memaparkan wajah DAP.

    Menurut penganalisis lagi, semasa pentadbiran PH selama 22 bulan, DAP telah berjaya menjarak-jurangkan orang Melayu daripada terus menyokong PH dengan segala keputusan dan perbuatan.

    Persoalannya, apakah `sudah terlambat’ atau `masih sempat’ untuk Mahathir dan Anwar menyakinkan rakyat bahawa mereka berdua adalah sebaik-baik gandingan untuk menyingkirkan Muhyiddin sekarang ini?

    Sejak itu, Mahathir terus-menerus enggan mengesahkan bila hendak melepaskan jawatan seperti dijanjikan, menyebabkan Anwar semakin membara, konco-konconya di dalam PH sama membara. Itu rakyat tahu. Pada zaman digital ini, benda-benda tak puas hati mana boleh disorok.

    Atok rakyat bukan bodoh atok. Hari pertama tertebuk muka sendiri, atok mula pertikai jumlah undi yang Muhyuddin dapat, sekarang atok kata mungkin sekarang jumlah undi akan berubah sebab ada pemimpin atok yg kononya disogok dengan jawatan. Atok jangan jadi bodoh masa atok jadi PM berapa ramai pemimpin UMNO diugut dan disogok dengan jawatan untuk tinggalkan UMNO. Sekarang pemimpin yg diugut dan disogok belah atok atau Mahyuddin..!?

    Atok dah nyanyok, balik lah dari meratib berzikir 'asyik kena tikam belakang' elok bulan puasa ni atok meratib zikir 'subahanallah' banyak banyak.

    Netizen sekarang dapat maklumat celah jari ajer bukan 22 tahun dulu suma berita darang dari celah kroni atok...

    Sudah sudah la atok... mungkin ini ramadhan atok yang terakhir.. sudah sudah lah tu..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Dah sailang kuasa melalui atap, tuduh org pulak berebut kuasa. Kegilaan babi apakah ini?

      Delete
  6. Bukan komennya yg basi dan bau longkang tu kd. Idea ko tu berbau longkang. Apa isunya sampai nak letak Mukhriz jadi TPM? Supaya Tun berhenti menyerang kerajaan PN? Tidakkah itu menampakkan bahawa selama ini Tun berjuang dalam politik semata-mata untuk legasinya, bukan kerana rakyat? Aduiii... Makin rosak nama Tun kalau macam ni. Tuan penasihat 25% boleh kena pecat ni...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah Tun tegur orang itu orang ini kerajaan itu dan ini kerana faktor Mukhriz?

      Adoiii.. slow betul kau ni.

      Delete
    2. Pehhh! Bauuuuu.... Bila kau komen aje, dah mula bau longkang.

      Delete
  7. Mukhriz masih relevan ketika bapanya masih sihat. Jika berlaku sebaliknya, mukhriz tiada apa2 kekuatan.
    Kalau nak gunakan pengaruh mukhriz krn bapanya tidak mencerminkan sokongan jujur di depan rakyat.
    Biarlah dia belajar erti kehidupan politik tanpa pengaruh bapanya.
    Jika ada rezeki, berpeluang.
    Jika tiada rezeki, terkuburlah spt mana2 pemimpin yg lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapak kau kuat apa pulak? Tanya jer.

      Delete
  8. Ada cerita baru...

    Malaysia adalah negara majmuk yang memerlukan gabungan pemerintahan yang memerlukan sokongan semua kaum. Sudah ada kedengaran, pemimpin Perikatan Nasional dari kumpulan Azmin akan menubuhkan sebuah parti baru yang sama macam PKR.
    Tujuannya adalah untuk menarik kembali sokongan pengundi bukan Melayu kepada kerajaan Perikatan Nasional. Mereka juga tidak boleh mengharapkan MCA dan MIC juga untuk menarik sokongan pengundi bukan Melayu.
    Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks yang berkata 'BermanaMY [TERKINI] Azmin mendakwa desakan Anwar dan pimpinan PH untuk mengadakan persidangan khas parlimen mungkin untuk mengusulkan undi tidak percaya pada PN. "Jika ini berlaku, ini pengkhianatan mandat rakyat yang terbesar dalam sejarah. la sukar untuk dimaafkan" - Azmin BERMANA'
    PPBM, BN, Pas dan Kumpulan Azmin yang memerintah bersama dalam kerajaan Perikatan Nasional sedang menghadapi suasana yang saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Masing-masing mempunyai agenda sendiri untuk dibawa dalam pemerintahan. Keadaan ini sebenarnya bukan sahaja tidak baik untuk sebuah pemerintahan malah, tidak baik untuk masa depan sesebuah parti

    ReplyDelete
  9. Mukeriz sudah sediakan plan untuk majukan Kedah sejak masih dlm BN lagi...berwawasan...

    Jika Mukeriz bersama pasukan yg betul dia boleh mentadbir dgn baik...

    Masa yg sesuai bagi Tun serahkan laluan kpd mukeriz..Tun hanye berperanan memberi nasihat dan peringatan...

    Gandingan Anwar dgn Mukeriz amat sesuai bagi malaysia negara majmuk...

    2 figura ni tiada rekod menyamun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gandingan Anwar dgn Mukeriz amat sesuai bagi malaysia negara majmuk...

      2 figura ni tiada rekod menyamun... bukti menyamun pun tah tak tau mana lgi..

      kikikiki... ilang akal punya statement... tak menyamun bailout dan menyamun chinadoll tu kira halal lah teww...


      kiikjkjkj..

      Delete
    2. Mongolia kau tak nak sebut sekali ke, 4.50?

      Delete
  10. Tun tetap memilih PH kerana PN hanye sementara....sementara pru15 saja...umno dan pas akan tinggalkan Bersatu terkontang kanteng membawa haluan sendiri...umno tidak mahu terus berada dibawah telunjuk Bersatu..

    Masa depan Mukeriz gelap jika Bersatu bersama PN...laluan untuk mukeriz mesti di sediakan dari sekarang...

    Bermula sebagai TPM bersama dgn anwar adalah pilihan terbaik..

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. Rasanya aku Tak menilai mukhriz atas dasar Tun.. nothing to do dengan Tun..

    Mukhriz bukan pemimpin politik yg hebat tetapi...low profile Dan bukan penyamun.
    Muhyiddin pun tidak hebat tetapi akhirnya jadi PM dan popular pd rakyat kini.

    Cadangan Mukhriz jadi TPM bagi tujuan menyatukan BERSATU bukan untuk kepentingan Tun...

    Muhyiddin Mukhriz bersatu hati - is akan jadi lebih hebat dari pengaruh Tun - umno Tak berani lagi keras kepala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun perlu diiring persaraannya secara dirai, dihargai Dan dihormati.

      Terpulang kepada akal budi pemimpin sekarang.

      Kalau mereka masih tidak faham dan tidak hormati, tentulah mereka yg lebih sedikit jasa dari Tun akan jadi pemimpin yang lebih mudah dilupakan.

      Delete
    2. Setuju sdr KD,

      Perbezaan pendapat di antara 3M yang ada ini adalah disebabkan ketiga-tiganya telah menjadikan survival PPBM sbg matlamat utama. Hanya sahaja ketiga-tiga mereka mempunyai pendapat yang berlainan.

      M2 berpendapat kekal di PN adalah yang terbaik buat PPBM.

      M3 berpendapat kembali kepada PH adalah yang terbaik buat PPBM.

      M1 walaupun telah dapat melihat yang kedua-duanya PH dan PN bukan pilihan yang baik, tetapi tetap mengatakan bahawa survival PPBM adalah amat penting kepada bangsa M dan negara M.

      Di dalam melaksanakan apa yang mereka fikir adalah yang terbaik untuk PPBM, ketiga-tiga M ini telah menjadi bahan cercaan, bukan setakat daripada luar, bahkan di dalam PPBM sendiri sudah ramai yang mencerca mereka.

      PH telah terbukti sbg jalan mati, dan PN pula tidak lama lagi akan turut dibuktikan sebagai jalan mati juga, tetapi bagi PPBM In shaa Allah, ia akan diberi jalan keluar, bebas daripada kedua-dua PH dan PN tetapi kekal menerajui kerajaan.


      Wallahu a'lam.

      Delete
  13. bro dalam politik jgn nk cuba2 korbankan rakyat dgn cadangan anda tu....hancur negara...you punya cadangan tak releven

    ReplyDelete
  14. Satu tamparan hebat untok Mukhriz yang angkuh sebagai MB.

    ReplyDelete
  15. saya bukan islam tapi sokong pas pentabir kedah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk kedah pakai ketayap lebai k. Don't play2. Hahaha

      Delete
  16. 'Mereka Harapkan UMNO Hancur, Tapi Itu Tidak Berlaku'

    ReplyDelete
  17. Saya tak tahu kenapa tapi sebenarnya rakyat jelata atau marhaen bencikan Tun Mahathir sekarang. Rata-rata komen netizen di media sosial menyuruh dan meminta Tun M. bersara. Mungkin kerana prestasi BURUK Tun M dan barisan kabinet pentadbiran kerajaan yang dipilih oleh Tun M selepas berjaya mengalahkan BN dan menumbangkan Najib.

    Sekarang rakyat melihat visi yang berbeza dari TSMY. Tan Sri Muhyiddin bergerak senada dengan suara dan rintihan rakyat walaupun masih dalam peringkat beransur-ansur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hissshh. Meloya tekak dengar nama pak din penipu. Kikikk

      Delete
  18. Muhyiddin kini lebih sah PM, Mukhriz pula menangis tumbang di Kedah..

    ReplyDelete
  19. Allah mengurniakan kuasa kpd siapa saja Dia kehendaki, dan menarik balik kuasa daripada siapa saja yg Dia kehendaki .

    ReplyDelete