Tuesday, May 12, 2020

PAS KEDAH MACAM TAK PANDANG MUHYIDDIN DI PUSAT

Seperti katanya sebelum ini, dipecat dan tumpas bukan tak besa...

Dan kalau aku duduk di tempat Mukhriz pun, tiada apa sangat nak dikesalkan dengan politik kotor dan politik takut..

Mukhriz tak ada rekod menyamun dan tebuk atap..Tak ada video blurr..
Yang ada pun masih, apa malu??

Fakta ini memang tidak mampu dijawab oleh Muhyiddin, UMNO dan PAS.

Jika Mukhriz berundur dari politik pun, ia lebih tepat.
Rugi kah dia?
Atau kita hilang satu lagi permata walaupun ia kurang berjasa tetapi kekal tinggi etika dan nilai.

Muhyiddin tidak akan terlepas dari sandiwara ini.

28 comments:

  1. Terus terang aku katakan....selepas baca blog Matdey kejap tadi...lagi aku rasa hilang hormat pada dia ni!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun tak baca blog, tp aku dah lana hilang hormat pada penebuk atap.

      Delete
  2. Dalam Politik itu ada pelajaran.

    Cuba kita perhatikan. Saat Anwar dan Mahathir berebut takhta PM. Tiba2 Allah berikan kedudukan itu kepada TSMY. Ketika Anwar dan Mahathir sibuk nak guling TSMY dengan usul tidak percaya kepada beliau. Tiba2 anak Mahathir yg terguling. Begitu lah Allah. UrusanNya Maha Hebat.

    Semuanya mengajar kita agar hidup ini hendaklah lurus. Jgn bengkang bengkok. Jaga Agama Allah, Allah pasti akan memberikan pertolonganNya. Jgn rakus, jgn gelojoh dan yg paling penting jgn khianati Allah, rasul dan agamaNya. Kalau suatu itu hak kita pasti Allah akan beri. Sekalipun seluruh manusia menghalangnya. Jika suatu itu bukan hak kita maka kita pasti tidak akan memperolehinya sekalipun seluruh manusia berpihak kepada kita. Ambillah pelajaran dari qadha dan qadar Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedudukan anak madey memang tidak kuat kerana majoriti kecil dan lawan tokey plak....

      Delete
  3. PKR akan saman 2 Adun Kedah RM10 juta kerana keluar parti
    Predeep Nambiar -May 12, 2020 5:29 PM
    644
    Shares
    facebook sharing buttontwitter sharing buttonwhatsapp sharing buttonsharethis sharing button

    Dua Adun Robert Ling Kui Ee (Sidam) dan Azman Nasarudin (Lunas) mengumumkan penarikan diri daripada PKR pada sidang media hari ini.
    ALOR SETAR: PKR Kedah berkata ia akan menyaman 2 Adun yang keluar parti RM10 juta setiap seorang kerana “mengkhianati” parti dan pengundi.

    Pengerusi PKR negeri Johari Abdul berkata Adun Sidam Robert Ling Kui Ee dan Adun Lunas Azman Nasarudin telah berikrar untuk tidak keluar parti sebelum pilihan raya dan sedar tentang implikasi undang-undang sekiranya berbuat demikian.

    ReplyDelete
  4. Saudarav KD...umur aku menghampiri 6 siri.....

    sejak kecil aku dah membeci Dapigs....Ayah aku pun hampir sebaya Matdey pun nasihatkan aku supaya berhati2 dengan Dapig ni...dan setahu aku Matdey sendiri pun pernah beritahu bahawa Dapigs ni rasis....sekarang apa dah jadi....

    kalau nak tahu Matdey ni dulu adalah Idola aku...tapi tidak lagi sekarang....kalau dia dah taka ada pun aku tak kesah dan terasa macam kehilanagn Tun Razak dulu...

    ReplyDelete
  5. Yang lebih menarik di dalam episod ini ialah :-

    1. Terbongkarnya surat ketua PKR negeri kepada Sultan Kedah pada bulan Mac yang lalu yang mencalonkan ADUN Jeneri daripada PAS sebagai MB Kedah bagi menggantikan DS Mukhriz. Ketika DS Mukhriz mahu membawa PPBM kembali kepada PH, ia adalah PH sendiri yang mahu menjatuhkannya di Kedah. Jo Abdul seperti yang diketahui semua adalah pro DSAI dan banyak menghentam Tun M ketika Tun menjadi PM kerajaan PH.

    2. DS Mukhriz tidak dijatuhkan oleh mana-mana ADUN daripada PPBM, tetapi oleh ADUN PKR pro Azmin. Ketika Presiden PPBM yang membawa kumpulannya berpaling tadah daripada PH dilihat tidak mahu mengganggu kedudukan Timbalan Presiden PPBM di Kedah walaupun berkemampuan untuk berbuat demikian, parti yang disokong oleh Timbalan Presiden ini yang awal lagi telah mahu menjatuhkannya.

    Kepada sahabat2 pendokong PPBM semuanya, sedarlah bahawa lawan sebenar PPBM adalah kesemua parti politik lain selain PPBM, baik di dalam PN mahupun di dalam PH. Lawan PPBM bukan sesama PPBM sendiri. Walaupun ada yang memilih PH dan ada yang memilih PN, kesemua pilihan itu dibuat demi survival PPBM sendiri.

    Seperti yang saya katakan, di dalam permanian catur ini, untuk PPBM muncul sebagai pemenang muktamad di hujung permainan, tiada individu selain Tun M dan tiada jawatan selain PM yang tidak boleh dikorbankan.

    Timbalan Presiden PPBM telah pun tumbang sbg teraju negeri Kedah. Presiden PPBM pula sedang berada di teraju kerajaan persekutuan yang sama rapuhnya dengan kerajaan MB Kedah ini, dan dia juga mempunyai risiko untuk tumbang sebagaimana timbalannya di dalam PPBM telah tumbang.

    Yang tidak boleh ditumbangkan ialah Pengerusi PPBM sendiri. Bagaimana untuk menjatuhkannya pada ketika dia tidak pun memegang apa-apa jawatan yang membolehkannya dijatuhkan? Dia bukan Ketua Kerajaan PN dan bukan juga Ketua Pembangkang PH. Dia hanyalah seorang negarawan yang duduk di kerusi bebas di dalam parlimen.

    Kadang-kadang seseorang itu memegang rekod tidak pernah tewas di dalam apa-apa pertempuran bukanlah kerana dia sentiasa kuat dan demikian dia tidak dapat ditewaskan, tetapi kerana dia tidak ditakdirkan untuk berada di dalam mana-mana medan pertempuran yang dia tidak mampu menang. Di dalam ilmu peperangan, ini bukan tindakan penakut, sebaliknya adalah strategi pertempuran.

    Siapa kata tindakannya meletakkan jawatan sbg PM-7 adalah salah? Ia telah menyelamatkannya daripada berada di dalam kedudukan 'boleh dijatuhkan'. Sekiranya dia telah dijatuhkan sbg PM-7 dan bukan berundur secara sukarela, maka hilanglah rekodnya sebagai Ketua Pasukan Yang Tidak Pernah Tewas.
    Walau apapun keadaannya, rekodnya memang menunjukkan yang dia benar-benar ketua pasukan yang tidak pernah tewas.

    In shaa Allah, apabila dia yang turun ke medan pertempuran terakhir, dia dan pasukannya yang akan muncul pemenang.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. En. John doe, saya tak sokong Tun Mahadir berterusan berjuang dalam politik kotor ini. He is already 94 going on to 95. Let him die peacefully. Percayalah, dia takkan dilupakan. Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama dan jasa.

      Biarkan orang-orang gila kuasa dan duit ini berjuang utk mengekalkan nyawa masing-masing.

      Saya percaya, satu hari nanti, selepas penyamun dan penunggang agama berselisih ganti, akan muncul seorang pemimpin jujur sprti Bambang dan pak Joko di Indonesia untuk mengembalikan perjuangan di landasan yg betul.

      Meanwhile bertabah sahajalah.

      Mereka yg berkuasa skrg takkan kekal. Hidup ibarat roda. Hari ini naik, esok akan turun.

      Masa masih lama lagi. Pendemic COVID19, belum berakhir. Selagi tak jumpa ubat utk menghalang jangkitan, selagi itulah dunia masih dalam bahaya.

      Kesan COVID19 ini pun belum dirasai. Dijangkakan zaman meleset akan tiba, lebih buruk dpd tahun 1929.

      Delete
    2. Pelik kata x pernah tewas..dlm politik bukan mcm main tenis kira point..melibat kan pasukan(parti)kalau u menang pun kt parlimen tp byk kerusi parti u kalah.u pun kira kalah..ni nk kira menang utk kategori apa dol.kena adil lh.ikut lh sistem..

      Delete
    3. Bersatu dah nak hancur jon...

      Delete
    4. Harimau mati meninggalkan belang, penipu mati meninggalkan taik.

      Delete
    5. Sdri Cik Minah.

      Setuju kata2 sis bahawa politik ini adalah kotor. Hari ini ia lebih kotor daripada setahun yang lepas, dan Tun sebagai seorang pemain tidak dapat tidak terpaksa bergelumang di dalam kotoran itu. Sebab itu agaknya di dalam lirik lagu My Way ada bait yang berbunyi "I did what I had to do and saw it through without exemption".

      Mengapa saya menyokong Tun kembali menjadi PM? Kerana dia adalah figura tunggal yang dapat menyatukan kembali pendokong-pendokong PPBM yang telah berpecah dua.

      Presiden dengan PN yang di dalamnya ada kleptokrat dan penunggang agama, walaupun memiliki sokongan majoriti pendokong-pendokong PPBM, tetapi masih ada minoriti yang signifikan yang tidak menyokong persekutuan ini.

      Timbalan Presiden pula mahu membawa PPBM kembali kepada PH yang di dalamnya ada chauvinis dan liberalis politik, walaupun sokongan kepadanya adalah daripada golongan minoriti pendokong-pendokong PPBM, tetapi jumlahnya adalah signifikan untuk menyebabkan perpecahan.

      Hanya Tun M sahaja pemimpin besar PPBM yang selamat daripada kedua-dua PH dan PN.

      Sebagaimana PH, PN juga adalah jalan mati. Apabila PN runtuh, hanya ada satu figura sahaja yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak iaitulah Tun, dan disebabkan itulah saya menyokong Tun kembali menjadi PM apabila PN runtuh.

      Tun tepaksa bergelumang dengan kotoran? Bagaimana kalau pada masa itu ia bukan lagi kotoran seperti pada hari ini? Lagipun bukankah Tun sendiri telah berkata bahawa walaupun telah banyak pingat yang telah diperolehi nya, hanya ada satu sahaja yang didambakannya iaitulah 'KSM'.

      Delete
    6. Tak habis2 berkhayal.

      Delete
  6. Semoga tahun 2020 adalah tahun penamat legasi yg menguasai politik, ekonomi, kuasa yg carcamarba di negara tercinta ini.
    Kronisme dan nepotisme wajib dihapuskan sempena wawasan 2020.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ktonisme dan nepotisme sajakah yg kamu anggap bahaya....??

      Macam mana KORAPSI, PENCURIAN, PENIPUAN duit rakyat dan salahguna kuasa untuk mengisi tembolok dan melindungi kroni dan kaum keluarga....????

      Delete
  7. PHD4PIG KOKOK BERDERAI TAPI EKOR PENUH TAHI……BUKAN TAKUT TAPI BENCI DAPIG……60 TAHUN BERI PELUANG BERUBAH TAPI RUPANYA YAKJUJ MAKJUJ TETAP TABIAT BURUK YANG SAMA…….

    Macai PH memang bodoh, cari dan jajah kononnya salah PN, diri sendiri terbuka nampak punggung dia orang tak sedar……..

    Perintah mahkamah langsung tidak dihirau. Ini contoh “rule of law” kerajaan PH.

    Pada tahun 2017, seorang jurutera yang bekerja di syarikat GCU Consultants direman oleh SPRM kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan RM1.5 bilion daripada dana projek pembangunan luar bandar di Sabah.

    Seleweng RM1.5 bilion: Ahli Warisan ditahan SPRM
    https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/10/19/seleweng-rm1-5-bilion-ahli-warisan-ditahan-sprm/

    Selepas PRU14, jurutera ini yang juga setiausaha bahagian Parti Warisan terus dilantik oleh kerajaan PH Sabah sebagai ketua Jabatan Air Sabah, iaitu jabatan utama yang disiasat oleh SPRM dalam kes penyelewengan RM1.5 bilion tersebut.

    Alasan yang diberi oleh kerajaan Sabah kenapa dia dilantik dari luar untuk menjadi ketua Jabatan Air Sabah ialah “dia adalah jurutera air, orang Sabah dan pilihan betul.”
    https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/12/amarjit-ialah-jurutera-air-orang-sabah-dan-pilihan-betul/

    Pada bulan Oktober 2019, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengisytiharkan pelantikan jurutera itu adalah tidak sah dan melanggar undang-undang.

    Pelantikan Amarjit sebagai Pengarah Jabatan Air Sabah tidak sah
    https://www.sinarharian.com.my/article/51294/EDISI/Sabah-Sarawak/Pelantikan-Amarjit-sebagai-Pengarah-Jabatan-Air-Sabah-tidak-sah

    Namun, Ketua Menteri Sabah serta EXCO air Sabah mengarahkan jurutera itu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah dan terus menjawat sebagai ketua Jabatan Air Sabah.

    Tujuh bulan sejak Mahkamah putuskan jawatan dia haram, dia masih menjawat.

    Hanya selepas Gagalkrasi PH tumbang, baru kerajaan PH Sabah mahu pertimbangkan untuk hentikan dia:

    11 Mei 2020: “Ahli politik Warisan ketuai Jabatan Air Sabah jangka ditamatkan kontrak”
    https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/11/ahli-politik-warisan-ketuai-jabatan-air-sabah-jangka-ditamatkan-kontrak/

    Oleh kerana perlantikan dia telah disahkan adalah haram, maka sebarang keputusan yang dia buat di Jabatan itu pada masa ini boleh juga diisytiharkan sebagai keputusan haram dan Jabatan Air Sabah boleh disaman.

    Jelas sekali bahawa PH terang-terang melanggar keputusan Mahkamah dalam isu ini.

    Tetapi Jabatan Peguam Negara dan Menteri Undang-undang PH tidak tuduh pemimpin-pemimpin PH itu menghina Mahkamah pula.

    NGO-NGO pro-PH yang kononnya anti-rasuah dan mengamalkan “Rule of Law” turut membisu dan buat-buat tak nampak..

    MR : Kalau tak bodoh takkan penyokong PH memang jelas betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajuk cerita pasal Mukhris, hang melalut pi Sabah. Sebenarnya siapa yg bodoh ni? Hang la kan? Dahlah tak jawab soalan, hang pi kalih tiang. Bingai...

      Delete
  8. Saya setuju 200% DS Mukhriz berundur saja dari politik yang sangat kotor ini.Serah sahajalah kepada Mahyuddin yang nampaknya terlalu ghairah nak berkuasa tuu...

    ReplyDelete
  9. Sebenarnya banyak hikmah sepanjang pemerintahan kerajaan PN tebuk atap.. aku cukup gembira apa yang selama ini sukar kita jawab keatas fitnah fitnah mereka..terutama menyentuh soal sentimen kaum dan Agama.. akhirnya Allah memberikan jawapan dari tindakan mereka sendiri.. itu sebabnya mereka perlu dikekalkan sehingga Pembentangan belanjawan 2021..
    Bayangkan dalam bula Ramadhan ini saja.. Banyak isu, yang dulunya menjadi mainan fitnah kelompok Asahbiyah akhirnya terjawab dengan sendirinya.. Isu Kilang Arak..Isu Mabuk.. Isu penaman Buluh sehinggalah kegagalan mereka memerintah terutama Menteri yang jadi bahan troll dari rakyat boleh lihat hanya tidak sampai 2 Bulan mereka memerintah..
    Mana kita sangka, dalam tempoh PKP..dalam pada Kilang arak , Kedai Arak, kelab malam dan pusat hiburan ditutup.. Allah taqdirkan berlakunya kemalangan melibatkan kematian Anggota Polis akibat pemabuk.. dan akhirnya Allah zahirkan bagaimana mereka bermudah mudah memperolokkan dalil dalil Agama bagi mempertahankan tindakan Kerajaan mereka..
    Itu belum lagi menyentuh kerakusan mereka mencatur Politik dengan meletakkan ahli parlimen dalam GLC, perlantikan Politik termasuk jawatan Duta khas bertaraf Menteri.. dan kita akan menantikan Allah menurunkan jawapan atas fitnah mereka terutama isu Adib, Isu Jawi, Isu Sekolah Vernakular ,isu tabung Haji dan terutamanya perlaksanaan Hudud..
    Lebih aku bersyukur.. dari rampasan kuasa ini Allah menzahirkan wajah wajah jahat dari kalangan Ulama’ yang menjadi tulang belakang kepada Kerajaan tebuk atap ini..terutama kelompok anak buah Zakir Naik dan Pengkagum Mufti Utara…
    Jadi perjalanan kita masih jauh.. Tugas PH memperkukuhkan Pakatan Harapan… Menyingkirkan segala Pengkhianat ini…Dan jangan risau..pada pandangan aku, PH cukup kukuh dengan memiliki 92 Kerusi Parlimen.. dan pada bila bila masa Kerajaan PH mampu menumbangkan Kerajaan PN di Parlimen..
    Apalagi kita akan berhadapan dengan kemelesetan Ekonomi…Sekarang ini masih ramai yang tidak nampak dan tidak rasa..samalah seperti pengumuman Muhyidin tentang bantuan Cik Kiah dan Pak mat tempe dulu.. Rakyat ni belum kena.. Belum rasa.. Depa tak peduli apa pun…
    Esok bila ramai yang dibuang kerja.. Ekonomi teruk.. hasil negeri dan negara berkurangan.. kita akan menyaksikan Kerajaan Muhyidin akan lebih terdesak berbanding Najib.. dan dah terbuktipun hari ini…agaknya bagaimana bula Oktober atau November nanti mereka nak bawa usul untuk kembalikan GST ?
    Percayalah.. Ekonomi negara kita takkan menyebelahi mereka..faktor Ekonomi inilah yang akan jatuhkan mereka dengan sendirinya.. walaupun Menteri Kayangan CIMB begitu yakin dengan hasil negara yang tidak akan terjejas.. hakikatnya dalam titah Ucapan Sultan Nazrin hari ini mengambarkan..Kita akan berhadapan dengan situasi yang amat sukar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukarnya ialah berubah. Berubah menyokong parti rasis yg amat merugikan Islam dan melayu kepada satu gabungan baru yg lebih baik. Tiada baiknya dap kepada bumiputerapun. Lihat agihan peruntukan sekolah dlm bajet 2019 dan 2020. Sekolah vernakular dpt lebih. Itu satu contoh. Kecuali awak adalah cina atau india maka awak kena teruskan survival utk kaum awak yang rasis itu.

      Delete
    2. bagi la idea yg bernas bro? Bagi statement aje tak selesaikan masalah.

      Delete
  10. Saya setuju dgn Anon 2:57.
    Setakat ini ada hampir 7 ratus ribu penganggor. Dgn masalah ekonomi kesan dpd COVID19, dijangkakan tambah sejuta lagi penganggor.

    Semua hotel sudah mula buang pekerja. Ada yang terus tutup kedai. Harga minyak jatuh ke paras paling rendah. Di mana kerajaan nak cekau duit untuk ditabur kpd rakyat yg kesempitan, sedangkan sumber utama pendapatan negara minyak dan pelancongan hilang???

    Mungkin juga GST akan diperkenalkan balik. Sudahlah menganggor, ditambah harga barang asas sprti beras,tepong, bawang, susu dan gula naik meledak akibat kekurangan bekalan kerana semua negara pengeluar makanan ini menghadapi COVID, barulah semua akan rasa keperitannya.

    Mujur Tun tidak lagi jadi PM. Allah menyayangi dia, melepaskan dia dpd beban ini. Orang boleh hina dan kutuk-kutuk dia, but he is no longer responsible for their economuc problem.

    Cuma satu sahaja saya harapkan, kerajaan PN beri dividen ASB tinggi untuk tunjuk kemampuan dia urus ekonomi. Hehehe....

    Sesudah dapat dividen itu, saya akan keluarkan semua simpanan saya di PNB. Tinggalkan sikit sahaja di Tabung Haji kerana saya tak mahu beratur panjang mcm penduduk Greece utk mengeluarkan wang.

    ReplyDelete
  11. Banyak komen2 yang menyatakan kita akan menghadapi situasi yang amat sukar terutama sektor ekonomi.
    Sebenarnya siapa sahaja yang menjadi PM Malaysia termasuklah kalau Tun M kembali semula sebagai PM pun beliau akan menghadapi situasi ini.
    Kalau Anwar jadi PM pun, beliau akan menghadapi situasi ini.
    Satu dunia menghadapi situasi ini.

    Jadinya Tun M dan Anwar patut bersyukur sangat2 kerana tidak jadi PM dalam situasi wabak covid19 ini. Kalau nak membantu, tak perlu lah asyik menghentam kerajaan. Kalau kamu sebagai PM pun, kamu akan di hentam juga.
    President negara mana, PM negara mana di dunia ini yang tidak di hentam oleh rakyat nya dalam menangani isu wabak covid 19. Semuanya di hentam.


    ReplyDelete
  12. post terbaru blog chedet mmg power.respect Tun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko seorang sja yg respect.

      Delete
    2. Eheh.. Respect gak kt penyamun n pengkhianat gila kuasa. Dgn air liur je blh rampas kuasa. Xyah undi2. Tebuk atap jolok tingkap. Dussss, jd la no 1.yg no 1 dl makin femes kt fesbuk. Ooppss.. Femes satu dunia wooo.last2 kena terajang 9 Mei. Hahahaha. Mantapppp

      Delete
  13. 'Diapit 6 exco Umno, MB Bersatu kini tempang'
    Diterbitkan 29 minit lepas
    Dikemaskini 13 minit lepas


    Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu kini telah menjadi “menteri besar tempang” susulan Umno yang berjaya menguasai majlis mesyuarat kerajaan negeri Perak dengan enam daripada 10 jawatan exco.

    Malah, kata Ketua Pembangkang DUN Perak, Dr Aziz Bari, dengan kedudukan itu, Umno boleh menolak sebarang keputusan yang dibuat oleh menteri besar.

    “Mulai 12 Mei, majlis mesyuarat kerajaan negeri Perak mempunyai 10 orang ahli exco, iaitu enam orang dari Umno, dua dari Bersatu dan dua lagi dari PAS.

    “Dengan kata lain, parti Umno kini menjadi dominasi dan boleh membuat ketetapan menolak sebarang keputusan menteri besar yang kini jelas menjadi minoriti

    ReplyDelete