Thursday, May 28, 2020

NAK PERTAHAN NAK BEREBUT JAWATAN PM INI UNTUK APA YE?

Orang kita masih dlm "honey moon" mood dan mood festival. Masih seronok cuti lama.

Kita tengok lepas 6 bulan ni, macamana keadaan yang dibuang kerja, yang freelance..great depression diseluruh dunia akan sampai awal tahun depan. 

Sektor pelancungan dah mula terkesan, airlines rugi USD500 billion di seluruh dunia, hotel dah mula tutup, Air BNB pun dah mula di lelong, Lepas 6 bulan, kereta, rumah, akan mula dilelong.  *Ramai yang akan muflis.

Sektor perumahan, "sejuk" sangat skrg. Kereta motor sales jatuh teruk dalam 2 bulan lepas.

SME banyak yang tak boleh nak sambung meniaga. Restoren income separuh atau kurang separuh.

Di China, kilang dah dibuka, order tak ada, di US 32 juta hilang pekerjaan.

Hutang isi rumah orang Malaysia, tinggi dan simpanan rendah.

Orang Malaysia masih dalam mood happy.. lagi lama PKP ,lagi ramai akan dibuang kerja. Kerajaan nak buat apa? Kalau SME memang dah tak berupaya sambung meniaga.

Genting Berhad pun dah mula buang pekerja, (konglomerat besar tu) di panggil MSS, bukan sektor perhotelan dan gaming sahaja, sektor hartanah pun di buang (MSS)

Jadi, berjimat cermat lah...jangan kerap sangat serbu IKEA, Poh Kong, AEON bila bantuan RM1600 di beri...belanja utk keperluan asas dulu.

Reality great depression  ini akan menjurus kepada jenayah, merompak, pecah rumah ,ragut dan lain lain.

Brace for it...bukan sekadar penyakit Covid-19, the aftermath is far greater than we think.

15 comments:

  1. depa kata ni semua akibat daripada sumpah laknat najib.. habih 1 dunia kena..

    ReplyDelete
  2. Jadi tak payah ada pm laa..

    KD ko terlalu bimbang dgn kesan ekonomi kerana covid....covid sudah beransur kurang....sekolah akan buka julai...

    Mukeriiz sudah di buang...intrstate yg tak lojik kerana inter district di benarkan akan dibenarkan....

    Kegiatan ekonomi beransur pulih mulai ogos...

    Lihat Taiwan yg lebih dekat dgn china langsong tidak terkesan.....Thai dan vietnam sudah steady...singapore terkesan oleh jangkitan covid di kalangan pekerja asing...1 juta rakyat amerika dijangkiti covid tidak langsung susutkan ekonomi amerika kerana rakyat ada 200 juta....covid di eropah sudah mulai pulih...

    Roland gaross diparis akan diteruskan julai...

    End of the year everything will be back to normal...

    Jgn pening2 susahkan otak..

    ReplyDelete
  3. Laporan: Syarikat Israel bantu Najib intip pembangkang pada 2018
    Diterbitkan 12 minit lepas
    Dikemaskini 7 minit lepas


    A
    +
    A
    -
    Dokumen-dokumen mahkamah di Israel mendedahkan syarikat siber Senpai Technologies menandatangani perjanjian bernilai AS$1.5 juta untuk membekalkan kemudahan intipan kepada polis Cawangan Khas (SB) Malaysia.

    Ia dikatakan bagi membantu perdana menteri ketika itu Najib Abdul Razak memantau pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-14.

    Laman berita teknologi Israel CTech melaporkan, kerajaan Malaysia menantangani perjanjian itu bagi mendapatkan sistem untuk mengumpulkan maklumat dan menganalisis dana kegiatan orang awam.

    ReplyDelete
  4. Nak katakan tua bangai ini macam Hang Tuah, tidak. Macam Hang Jebat pun tidak. Ini besar musibat hawau perosak bangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang merosak ada lah yg kaki lompat masuk celah atap dan pintu belakang.. Kalau tak mula tak berlaku.. Nak berkerjasama dgn penyamun harta negara buat apa.. Tak malu la.. Malu org melayu ja.. Terpaksa si tua ini selamat kan negara dari penyamun lepas bebas sambung menyamun sekarang pun dah nampak dok agih harta melalui jawatan.. Malu la kerana di pebodo oleh pengkianat.

      Delete
  5. Hidup ini kalau tamak kan kuasa akan dibalas juga.. kehidupan tak lama..buat lah amalan untuk bekalan akhirat, bukan bekalan untuk orang yang hidup ..yang faham..tu faham la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham.. Kau ckp pasal geng tebuk atap kan?

      Delete
  6. Kebanyakan org melayu ni ckp gajah harimau sekalipun dorang tak ambil peduli.
    Tengok la dorang boleh sabar lg ke tak bila slps 6 bln semua jenis hutang bank kena byr blk. Kerja makin kurang, saving makin pupus tp perut kena diisi juga.

    ReplyDelete
  7. Kesimpulan; huru-hara zaman fitnah sudah mula berlaku.

    Semakin hari dunia akan semakin huru-hara sehinggalah zaman fitnah itu ditinggalkan.

    Apabila zaman fitnah ditinggalkan, umat Mim dan seluruh manusia akan melangkah ke fasa ke-5 mereka atau fasa terakhir bagi umat Nabi Muhammad saw iaitulah zaman Khilafah Manhaj Nubuwwah.

    Perubahan zaman akan memenangkan kebenaran,
    melenyapkan kebathilan, menerangkan kebingungan, menamatkan peperangan, menenangkan semua amukan bumi daripada bencana alam dan menghentikan penularan wabak yang mengancam makhluk bernama Mim.

    Apakah cut off date zaman fitnah telah melalui proses untuk ditinggalkan? Iaitulah kemunculan panji-panji hitam di sebuah negeri kaum Muslimin di ufuk Timur bermula daripada sebuah bandaraya di negeri tersebut.

    In shaa Allah, negeri itu adalah Malaysia dan bandaraya itu adalah Putrajaya.

    Que sera sera, dengan izin Allah, ia akan berlaku.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  8. Salahkan Mahathir dia yang pilih nak letak jawatan bukan kami.

    Kami sangat terkejut keputusan itu tanpa dibawa berbincang.

    “Selepas menyertai Bersatu, perbincangan berlaku dari semasa ke semasa.

    Dr Mahathir minta arahkan parti bukan hanya perkukuhkan kedudukan, tapi juga mengurangkan keyakinan rakyat terhadap DAP. Dalam erti kata lain sabotaj Pakatan Harapan.

    “Ketika itu, parti buat kerja atas arahan Perdana Menteri ketika itu, dan apa yang patut dilakukan, contohnya Kongres Maruah Melayu dilakukan secara besar-besaran dan mungkin tidak dapat parti lakukan jika tiada arahan Perdana Menteri (ketika itu),” kata seorang pemimpin Bersatu.

    Menurutnya, berlaku perbincangan untuk membawa Bersatu keluar daripada PH.

    “Dalam beberapa perbincangan, termasuk antara dia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) dan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad bersama Dr Mahathir di rumahnya, mencari jalan macam mana Bersatu keluar daripada PH.

    “Ini permintaan (Dr Mahathir). Kita kata, buat bersama-sama dan yang lainnya sudah menjadi sejarah apabila Dr Mahathir sendiri letak jawatan sebagai Perdana Menteri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Bersatu, di Petaling Jaya, hari ini.

    Katanya, semua pihak termasuk Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu terkejut dengan peletakan jawatan Dr Mahathir kerana ia dilakukan tanpa sebarang perbincangan.

    Malah, ketika Yang di-Pertuan Agong perlu memilih Perdana Menteri baharu Februari lalu, Hamzah mendakwa beliau dan pimpinan Bersatu lain bekerja keras memastikan Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri apabila namanya antara yang dicalonkan kepada Istana Negara.

    “Namun, sejarah membuktikan Dr Mahathir tidak mendapat sokongan. Bukan saya yang memecahbelahkan parti, tapi beliau yang letak jawatan dan tak dapat sokongan.

    Kenapa sekarang nak ambil semula jawatan Perdana Menteri...!?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Main cakap macam duduk sembang tepi jln boleh la.. Tunjuk bukti ada minit mesyuarat kemukakan.. Jgn putar belit nak tipu org.. Siapa yg tak kenal dgn perangai bekas x2 umno ni

      Delete
  9. Kamarulazman berkata keputusan menggugurkan keahlian Mahathir dan anaknya, Mukhriz, serta Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Maszlee Malik, dan Amiruddin Hamzah itu “tepat” dan sepatutnya sudah lama dibuat walaupun rakyat menganggap Mahathir seorang ikon.

    Malah, Kamarulazman berkata ia tidak perlu dipersoal.

    “Mereka tidak mahu akur dengan kepentingan parti dan mempunyai agenda yang semua sedia maklum,” katanya.

    Beliau mendakwa tindak-tanduk Mahathir mendorongnya meninggalkan parti yang ditubuhkan bersama 6 pemimpin lain itu.

    “Kini jelas apa yang saya katakan dulu menjadi kenyataan. Mahathir dan Mukhriz bukanlah ‘team players’. Mereka lebih bersifat individualistik dan tidak menghiraukan pandangan ramai dalam parti,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun satu dakyah tampa bukti tunjuk bukti yg ada arahan dari Tun M utk keluar PH.. Sebenarnya si bekas UMNO yg cakap la jenis opportunis.. Malu la melayu.

      Delete
  10. Satu dunia dah kelam kabut
    Akibat covid yg menyerang
    Nafas terhenti,fikiran serabut
    Manusia tunduk,sudah tak garang..

    Serabut lagi di dalam hati
    Bila bangsa suka kelahi
    Jawatan hanya nak penuh peti
    Buat perkara dimurka Ilahi!

    Melayu penuh adab dan sopan
    Agama Islam jadi pedoman
    Jika berjaya muncul ke depan
    Jadi contoh lawan dan teman!

    Rasuah, khianat tak ciri Islam
    Jadi pemimpin rasuah ditolak
    Jika disorok, sengaja tenggelam
    Lambat laun orang pun jelak!

    Melayu kuat jika berilmu
    Tidak takut dengan cabaran
    Yang pendatang orang bertamu
    Melayu takut..ini yang hairan!

    Sedangkan Portugis Melayu amokkan
    Inggeris gagal Melayu bersatu
    Melayu bukan untuk di tekan
    Seberkas lidi kekuatanya jitu!

    Hanya bila niat dah lain
    Jawatan hanya nak cari harta
    Biar carik dah rabak kain
    Bangsa,agama lain cerita!

    Bila bangsa lain ke depan
    Guna topeng bangsa,agama
    Tak ingat budaya, lupa bersopan
    Jika jatuh kena terima!

    Melayu yg benar sayangkan bangsa
    Ilmu pengetahuan diutamakan
    Membaca,menulis perkara biasa
    Islam teraniaya dianggap rakan!

    Melayu yg benar sayangkan bangsa
    Bawa negara ke persada dunia
    Dengan rasuah tidak selesa
    Walau dinista atau dianiaya!









    Yang burok mahu sorokkan
    Agama, bangsa diletak depan
    Yang menegur wajib ditekan
    Berkerat rotan berpatah papan!

    Anak bangsa ramai terpinggir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak yah la merepek panjang sebenarnya siapa yg mula isu ini siapa yg merampas kuasa secara pintu belakang.. Kalau tak lompat tak jadi.. Fikir la malu melayu ja

      Delete