Wednesday, May 20, 2020

PADU - MUHYIDDIN WARNING PENYAMUN PELAHAB PENYENDAL


https://malaysiagazette.com/2020/05/19/tiada-ada-maaf-bagimu-kata-muhyiddin/

Ungkapan padu ini sangat lumrah..
Buat halwa telinga.

Kita tidak perlu tunggu lama samada bikin serupa cakap atau cakap tak serupa bikin..

Politik kotor sedang dipercaturan..

8 comments:

  1. BERITA
    Muhyiddin akan berdepan 'masalah yang sangat besar', kata Dr M
    Diterbitkan 6 jam lepas
    Dikemaskini 5 jam lepas

    Pengerusi Bersatu Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan berdepan "masalah yang sangat besar".

    Jelas Mahathir, ini kerana, beliau akan berusaha untuk membuktikan "ketidaksahihan" kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin sebagai perdana menteri

    Berdasarkan susunan 222 kerusi di Dewan Rakyat pada sidang berkenaan, 114 menyokong Muhyiddin, iaitu hanya dua kerusi majoriti.

    Sementara itu, laporan Reuters turut memetik Mahathir sebagai berkata bahawa pembangkang akan menolak sebarang rang undang-undang yang dibawa pentadbiran Muhyiddin di parlimen sekiranya undi tidak percaya tidak dibentangkan.

    "Jika semua yang dibawanya ke parlimen ditolak, bagaimana dia mahu teruskan (sebagai perdana menteri)," kata Mahathir.

    ReplyDelete
  2. Saya takkan berhenti cuba jatuhkan Muhyiddin, kata Dr M
    Reuters -May 20, 2020 11:41 PM
    4.5k
    Shares
    facebook sharing buttontwitter sharing buttonwhatsapp sharing buttonsharethis sharing button

    Dr Mahathir Mohamad berkata, kelebihan 2 kerusi yang diraih kerajaan PN ialah majoriti paling kecil yang pernah diperolehi mana-mana kerajaan di Malaysia.
    KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad berikrar tidak akan berhenti daripada usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kerana berang dengan penggantinya memberi peluang kepada parti dicemari rasuah yang ditolak pengundi dalam pilihan raya umum 2 tahun lalu, kembali berkuasa.

    Rabu lalu, bekas perdana menteri itu mempersoalkan kesahihan pakatan Muhyiddin yang berusia 2 bulan setengah dengan Umno.

    “Salah untuk membuat penyusunan pintu belakang ini. Kami mahu memberi rakyat kerajaan sah yang mereka pilih. Itu matlamat kami,” katanya kepada Reuters dalam wawancara melalui sidang video.

    Muhyiddin yang merupakan sebahagian daripada kerajaan Mahathir, tanpa disangka dilantik sebagai perdana menteri pada 1 Mac lalu selepas mendapat sokongan Umno untuk meraih majoriti di Dewan Rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muhyidin bubarkan ajelah Parlimen jika dah macam ni.

      Delete
  3. Muyidin ada majoriti.tipis..mp2 PN tak boleh ponteng sidang Dewan...kalo ponteng ada usul yg tak boleh lulus...pening muyidin..

    Yg kuat ponteng lobai Hadi..

    ReplyDelete
  4. Kita Melayu bangsa beradat
    Ikut aturan berpandu agama
    Jika pemimpin rasuah padat
    Dalam gaung terjun bersama..

    Lebih lagi jika berkuasa
    Ayat Quran main di bibir
    Anggap rasuah perkara biasa
    Yang kalah sama mentadbir!

    "Tidak apa jika khianat
    Asal kita sesama bangsa"
    Masa mengundi rakyat dah penat
    Yang tewas pulak, menang gangsa!

    Jangan pulak tuding ke lain
    Konon demi bangsa agama
    Islam mulia..jangan permain
    Bangsa,agama hanyalah gema!

    Jika benar sayangkan bangsa
    Rasuah, songlap usah terima
    Tunggang agama itu berdosa
    Depan Allah jawab bersama!

    Hanya kerana ikut prinsip
    Negarawan ulung terus dinista
    'Pembela bangsa' keris tersisip
    Marah benar terjolok mata!

    Kini perang sudah dicetus
    Pahlawan Tua mahu dilawan
    Pelbagai helah, cara diputus
    Musuh sudah menjadi kawan..

    Kebenaran tetap kan muncul jua
    Siapa sebenar pejuang bangsa
    Yang dihormati seluruh benua
    Dengan rasuah tak pernah selesa!







    ReplyDelete
  5. Siapa sepatutnya gugur keahlian parti, tim Tun M atau Tim Muhyidin.. Geng mana yang menyokong pembangkang dulu(umno-BN/pas).

    ReplyDelete
  6. Skandal adham baba 30juta pun tak jadi apa,pokaimak tu siap bule gertak saman tukang whistle blower,setakat sembang kemaih tipu mkcik kiah bule la.tahun 98 cuk kiah dah bwk rombongan g sukan komanwel yiddin oi,lu pkir org msia bodo2 mcm budak2 armada ke,lu pkir kami nie bodoh thap standard wan saiful,wan faysal??? Budak nangoi mcm tu hang bule la tipu.

    ReplyDelete
  7. Salam

    "BERITA
    Muhyiddin akan berdepan 'masalah yang sangat besar', kata Dr M
    Diterbitkan 6 jam lepas
    Dikemaskini 5 jam lepas

    Pengerusi Bersatu Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan berdepan "masalah yang sangat besar".

    Jelas Mahathir, ini kerana, beliau akan berusaha untuk membuktikan "ketidaksahihan" kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin sebagai perdana menteri"
    _______________
    2.Berita tersebut kebarangkaliannya benar sangat besar iaitu hampir 100%.

    3.Khabar ada mengatakan bahawa ia adalah berkenaan kes AIH. Rujuk semula pautan berikut:-

    http://neilkeenan.com/neil-keenan-update-what-goes-up-must-come-down/

    http://neilkeenan.com/neil-keenan-update-they-are-all-watching-you-malaysia

    http://neilkeenan.com/neil-keenan-update-malaysian-dead-man-walking-caper-part-2

    4. Kes ini khabarnya telah dipersetujui untuk diselesaikan secepat mungkin. Persetujuan ini telah diikat rapi tidak boleh dirungkai lagi oleh mana-mana pihak. Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh PM7 dan ICJ mewskili AIH dan didokong oleh 74 buah negara yang terlibat telah mematrai persetujuan sepaya kes ini diselesaikan segera. Persetujuan ini tidak boleh ditukar ganti.

    4. Kabarnya semua negara yang terlibat sangat bergantung kepada pinjaman dari harta tersebut untuk memulihkan ekonomi negara masing-masing. Oleh kerana syarat yang diberi oleh AIH ialah selagi tuntutan pulang semula semua pinjaman , semua curian beserta faedah tidak dilakukan maka perjanjian baru tidak akan dibuat. Negara seperti China, U.S.A., UK dan lainnya sedang tersepit dengan beban hutang yang teruk sangat. Mereka terdesak dan mendesak Malaysia supaya bersama menyelesaikan semua tuntutan AIH tersebut.

    5. Sekarang fasa penyerahan sedang diaturdan berlaku. Hanya covid 19 sahaja jadi penyebab kelambatsn. Namun kemajuan persedian yang ditanggungjawab oleh ICJ dan Malaysia sedang diatur.

    6. Inilah MASALAH YANG SANGAT BESAR YANG AKAN DIHADAPI OLEH PM8 NANTI. TUN, JIKA BENAR AKAN DISINGKIR DARI BERSATU AKAN BRBAS DARI MEMIKUL BEBAN PERMASALAHAN KESAN DARI KLIMAKS SALAHGUNA KUASA OLEH DS NAJIB DULU.

    7.Mohon berdoa moga Allah masih menyayangi kita satu Malaysia dan menjauhkan kita dari sebarsng bala yang akan menimpa. Semoga semua pemimpin (termasuk rakyat yang menyokong) yang melakukan kesalahan menghancurkann Malaydia bertaubat kepada Allah. Moga mereka semua diampuni.

    Allahuaklam.
    Selamat Hari Raya Aidikfitri.

    ReplyDelete