Friday, May 15, 2020

PARLIMEN DIBUKA BEBERAPA JAM UNTUK PERASMIAN/TUTUP

Itu yang aku faham..

Apakah Ahli Parlimen Pembangkang akan hadir?

Ucapan Tuanku jadi perhiasan? Tiada perbahasan dan menjunjung kasih?


3 comments:

  1. Betul ke ni? Kalau ini berlaku bermakna YDP Agong pun diperbodohkan oleh PM dan Speaker Dewan Parlimen.

    Kalau datang hanya setakat nak bagi ucapan sahaja lebih baik YDP Agong buat di TV dan Radio je. Tak perlu buang banyak duit dan masa. Kalau nak mudah lagi supaya semua rakyat tahu buatkan video ucapan tersebut dalam utube atau hantar teks ucapan tersebut ke handphone semua rakyat sepertimana kerajaan buat untuk memaklumkan rakyat akan keputusan kerajaan mengurus covid 19.

    Kerajaan jangsn perbodohkan YDP Agong seperti dibuat kepada rakyat jelata. Memalukan.

    Tetapi kalau YDP Agong buat begitu bererti YDP Agong sengaja redha diri diperbudakkan oleh kerajaan. Jangan malukan rakyat yang sangat memandang tinggi institusi raja di Malaysia ini.

    ReplyDelete
  2. konflik ni patutnya selesai 2 mac yg lepas bila tdm cadangkan persidangan parlimen untuk pilih pm, bila tiada seorang pun yg dapat sokongan majoriti di depan agong. tapi para ahli parlimen takut kehilangan kuasa, dan speaker pun kata tak ada kuasa untuk panggil dewan bersidang. dah jadi macam ni. siapa yang berani letak jawatan bila berkuasa, anak tdm pun takut hilang kuasa. sememangnya tdm memang berani dan menakutkan musuhnya. kita tak dapat menafikannya.

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni adalah ujian pada rakyat jelata. Kewarasan rakyat diperlihat oleh Allah kepada masyarakat dunia. Tuhan perlihat siapa waras, siapa beriman, siapa blur, siapa jujur ,siapa dipimpin iblis dan siapa dibimbing oleh nabi Muhammad saw. Kalau mereka mengikut bimbingan nabi Muhammad dan larangan Allah Ta'ala sudah pasti mereka tentang siapa saja yang menipu, menyamun dan menyamun harta peribadi rakyat dan harta rakyat yang terkumpul di institusi kerajaan.

    2. Jika rakyat awam tak tentang segala kemungkaran yang sedang berlaku maka kita boleh faham kerana mereka tak ada kuasa. Bagaimana pula wakil-wakil yang dipilih rakyat adakah mereka menentang kebatilan yang sedang bermaharajalela berlaku menyusahkan rakyat?

    3. Jika tidak ada wakil rakyat yang menentang untuk mebela rakyat yang mereka wakili dari ditipu maka bererti wakil rakyat ini semua juga bersekonhkol menipu rakyat. Kalau wakil rakyat dah bersekongkol menipu maka pada siapa lagi rakyat hendak diharapkan. Ohh ya kita ada raja-raja payung negara yang menjaga agama islam dan tonggak pimpinan negara. Pada mereka semualah rakyat yang blur, miskin, hidup susah bergantung harap supaya segala kebatilan yang dilakukan oleh semua wakil rakyat ditentang.

    4.Setakat ini raja-raja juga tak tunjuk sebarang reaksi positif untuk menegur dan menghalang perbuatan pemimpin kerajaan yang melakukan segala macam perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang negara dan undang-undang Tuhan. Sebaliknya cerita raja-raja merampas tahta yang bukan haknya pula yang banyak terbongkar. Nampaknya rakyat tak dapat juga pembelaan yang sewajarnya dari raja-raja.

    5. Jadi kepada siapa lagi rakyat hendak mengadu? Mengadulah saja kepada Tuhan yang Maha Pangasih lagi Maha Penyayang. Oleh kerana rakyat sudah ingat semula pada Tuhan (selama ini dilupakan) maka Tuhan sambut permohanan hambaNya lalu menurunkan makhluk halus yang tak nampak dilihat dengan mata kasar. Kali ini barulah semua orang takut khususnya orang kaya, pemimpin kerajaan dan termasuk raja-raja bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia.

    6. Wahai mereka yang zalim, khianat,tamak merampas harta yang bukan hak mereka sedarlah bahawaTuhan sedang beri amaran pertama supaya balik ke pangkal jalan. Berimanlah pada Allah dan Rasul. Timggalkan semua perbuatan bathil. Bertaubat. Pulangkan balik yang dicuri dan diperolehi secara tipu daya kepada yang empunya segera. Kepada pengikut dan penyokong kebathilan ini pula berhenti terbabit dengan mereka yang melakukannya. Menyokong dan subahat dengan mereka yang laku kesalahan sama juga bersalah seperti yang melakukan.

    7. Lazimnya apabila Tuhan bertindak jangkaun kesan tindakanNya tidak spesifik kepada pelaku utama sahaja malah akan merangkumi kepads semua yang berada di persekitarannya. AWAS!!

    Allahuaklam.

    ReplyDelete