Thursday, May 7, 2020

PRU15 PENYELESAIAN KEPADA MELAYU YANG GILA BERPOLITIK..

Ia juga mungkin membantu mengujudkan parlimen yang lebih demokrasi, terbuka dan rasional.

Penyelesaian sesuatu isu bukan di tangan Speaker sebelum Ahli-Ahli Parlimen memberi pandangan, hujah dan undian.


38 comments:

  1. Tak bule bg pd org melayu pilih,org melayu nie bodoh mana reti beza baik buruk betul salah. Pkir guna emosi bukan akal. Mai umno guna naratif rasis melayu,xenophobia kt cina DAP amanah syiah abih jahanam la melayu. Melayu nie kene ikut leader,dan bukan semua pemimpin jatuh dlm kategori leader,bior tun lead org melayu. Kuasa demokrasi undi x guna bg kt org melayu depa pilih guna emosi.

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat sdr KD dan sahabat2.

    Keadaan semakin serabut, tetapi alternatif kepada keadaan ini juga adalah keserabutan yang sama atau bahkan lebih teruk lagi.

    Buat salah tak buat pun salah. Terima salah tak terima pun salah. Tolak salah tak tolak pun salah. Bercakap salah, senyap pun salah. Hakikatnya itulah keadaan kita pada hari ini.

    Di dalam keadaan sebegini, PRU sendiri pun bukan satu jalan keluar kepada keserabutan ini. Nak buat PRU pun salah, tak nak buat PRU pun salah. Buat PRU pun tidak menjamin kita keluar daripada keserabutan dan bahkan boleh jadi keserabutan itu bertambah-tambah lagi.

    Apapun, semoga Allah pelihara kita semua daripada malapetaka dan kebinasaan.

    Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab Atok ko tu gila talak!!!

      Delete
    2. Aku ingat Atok ko ni kalau dah kena jangkitan Covid -19 pada diri beliau baru dia insaf dan akan mengingatkan akan KEMATIAN....

      Sesungguhnya Dunia ini hanya sementara , mainan serta ujian Tuhan sahaja....hanya Akhiat kekal selamanya...

      Delete
  3. Speaker okays Dr M’s bid for no-confidence motion against Muhyiddin. Whether this motion sees light of the day is yet to be seen.9

    Come to think about it, where was the right decision glossed over?

    Why mahathir did this to muhyiddin?

    Is mahathir telling muhuiddin he made wrong decision viz allegedly saving bangsa dan agama?

    Where is the much-talked win in the battle royale?

    Allah knows best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. There is no such thing like berjuang untuk bangsa dan agama bila seseorang itu sangguo berkerjasama dgn perompak negara.

      Biarlah UNDI TAK PERCAYA ini once and for all menyelesaikan segala kemelot. Kalau Mahyiddin memang cukup sokongan, apa yg kamu semua gerunkan....?

      Undi tak percaya ini, jadi penentu tanpa banyak belanja sprti PRU.

      Delete
  4. Usul undi tidak percaya tidak akan dibentangkan - Takiyyudin

    Usaha pembangkang untuk membawa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei mungkin tidak akan terlaksana.

    Ia selepas penegasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan bahawa hanya urusan kerajaan akan diutamakan dalam sidang selama sehari itu.

    Takiyuddin berkata, urusan lain yang tertunggak seperti usul anggota Parlimen yang tidak sempat dibahas, akan dibawa ke sidang seterusnya pada 13 Julai.

    Dalam sidang media hari ini, Takiyuddin menjelaskan perjalanan sidang Dewan Rakyat tersebut, yang merupakan kali pertama sejak penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN), dan dipendekkan ekoran wabak Covid-19.

    “Yang di-Pertuan Agong akan merasmikan persidangan, kemudian dewan akan bersidang untuk menyelesaikan urusan-urusan kerajaan. Urusan kerajaan sahaja, kemudian ditangguhkan.

    “Urusan kerajaan akan didahulukan. Kerajaan ada beberapa urusan (seperti) usul dan RUU,” katanya apabila ditanya jika usul lain akan turut dibahaskan.

    Peraturan 15(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menyatakan urusan kerajaan perlu diutamakan berbanding urusan-urusan lain.

    Puak walaun unta blog MSO ke main nak pisau pancung lagi dan Budin ber'yahoo'..'yahoo' mencipan...

    kikiki.. kita singggah ke Chini dolu baru boleh berr Yahoo..!!

    Walaun unta sedang meratib yahoo..!! yahoo..!! yahoo..!!

    kikikiki.. teruskan dan putarrr lagi Halim

    Mufakat Nasional mau Pilihan Raya ajer

    ReplyDelete
  5. Akhir nya KD guna Otak sebelum blogging. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. Ezam tolak kembalikan Tun M sebagai PM

    Ada khabar terdapat usaha kembalikan Tun Dr Mahathir berkuasa sebagai PM. Saya harap khabar itu tidak betul.
    Kalau betul, ianya malang bagi negara ini khususnya bagi perjuangan melakukan reformasi dalam negara ini.
    Ia akan sekali lagi merencatkan proses reformasi negara sepertimana reformasi terencat walaupun Tun Mahathir menjadi PM atas nama reformasi dalam PRU14 lalu.
    Sebabnya ialah kerana Mahathir mengejar kuasa bukan mengejar reformasi.Mahathir menjadikan reformasi sebagai alat untuk beliau berkuasa.Bukan menjadikan kuasa sebagai alat untuk mencapai reformasi bagi negara.
    Buktinya jelas, sejak hari pertama mendapat kuasa dan menjadi PM, percaturan Mahathir ialah untuk kekalkan kuasa, melengahkan dan mungkin menidakkan perjanjian 2 tahun peralihan.
    Pelbagai muslihat dilakukan bermula dengan pembentukan kabinet yang jelas cenderung untuk kekalkan kuasa Mahathir dan kuatkan musuh2 kepada pengganti Mahathir yang sudah termaktub dalam perjanjian.
    Malah apabila ada kes jenayah seks songsang yang jelas terhadap seorang anggota kabinet, video menjadi kabur, kes ditutup kerana menteri itu ‘berguna’ untuk kekalkan kuasa Mahathir sebagai PM.

    Sekian

    KOTAK KOSONG

    ReplyDelete
  7. Ezam tolak kembalikan Tun M sebagai PM

    Ada khabar terdapat usaha kembalikan Tun Dr Mahathir berkuasa sebagai PM. Saya harap khabar itu tidak betul.
    Kalau betul, ianya malang bagi negara ini khususnya bagi perjuangan melakukan reformasi dalam negara ini.
    Ia akan sekali lagi merencatkan proses reformasi negara sepertimana reformasi terencat walaupun Tun Mahathir menjadi PM atas nama reformasi dalam PRU14 lalu.
    Sebabnya ialah kerana Mahathir mengejar kuasa bukan mengejar reformasi.Mahathir menjadikan reformasi sebagai alat untuk beliau berkuasa.Bukan menjadikan kuasa sebagai alat untuk mencapai reformasi bagi negara.
    Buktinya jelas, sejak hari pertama mendapat kuasa dan menjadi PM, percaturan Mahathir ialah untuk kekalkan kuasa, melengahkan dan mungkin menidakkan perjanjian 2 tahun peralihan.
    Pelbagai muslihat dilakukan bermula dengan pembentukan kabinet yang jelas cenderung untuk kekalkan kuasa Mahathir dan kuatkan musuh2 kepada pengganti Mahathir yang sudah termaktub dalam perjanjian.
    Malah apabila ada kes jenayah seks songsang yang jelas terhadap seorang anggota kabinet, video menjadi kabur, kes ditutup kerana menteri itu ‘berguna’ untuk kekalkan kuasa Mahathir sebagai PM.

    Sekian

    KOTAK KOSONG

    ReplyDelete
  8. Pru untuk tentukan pihak mana yg di kehendaki oleh rakyat untuk tubuhkan kerajaan....mp tidak boleh tentukan kehendak pengundi....

    Kehendak rakyat mesti dihormati....jika mandat rakyat diketepikan oleh mp rakyat mungkin tak mau kluar mengundi lagi...

    ReplyDelete
  9. Berlaku jujur itu terbaik
    Walau apa juga alasan
    Bangsa,agama hendakkan naik
    Ikut nasihat,segala pesan..

    Walau sewarna, satu agama
    Niat jahat jika dikesan
    Dari awal usah terima
    Agama, bangsa hanya alasan..

    Yang tak ikut jangan di hina
    Tuduh pula pengkhianat bangsa
    Bangsa di himpun tidak ke mana
    Mertabat bangsa di mana sisa?

    Sudah mula sesama bercakar
    Harta rampasan beriri hati
    Patut penyatuan kukuh berakar
    Rebut peluang tak henti-henti!

    Sudah di pesan sudah nasihat
    Sosok tersohor tertibnya jelas
    Tidak terima cara yg jahat
    Walau diri cerca di balas!

    Selama ini nak satu bangsa
    Konon agama jadi dokongan
    Jawatan buat diri selesa
    Tak tersingkir rasuah di lengan!

    Sosok tersohor tiada pilihan
    Sayangi bangsa lebih segala
    Demokrasi tulin mahu pertahan
    Perang saraf sudah bermula!

    Sosok tersohor jangan persalah
    Jangan dituduh 'pengkhianat bangsa'
    Kini berkuasa pun sepet mencelah
    Penghina Islam diberi kuasa!

    Tiada lagi tangan digenggam
    Laungan padu kini perlahan
    Agama bangsa hanyalah ragam
    Harta rampasan hati tak tahan!

    Tinggal sosok yg tidak bergoyang
    Sayangkan bangsa sudah terbukti
    berbakti hingga jiwa melayang
    Yang menghina memang tak reti!







    ReplyDelete
  10. Selagi saka tua tu ada dlm parlimen, selagi tu negara tak aman tenteram. Halau masa PRU, barulah muktamad.

    ReplyDelete
  11. Atok makin gila.

    Gila atok tak pernah dibuat orang.

    Hatta Anwar sendiri pun tak segila Atok.

    Tak pernah berlaku dalam mana-mana negara, seorang yang bergelar NEGARAWAN gila macam atok.

    Dulu dia letak jawatan, lari dari membantu rakyat berhadapan dengan COVID19.

    Kini serangan COVID19 makin mereda, dia nak balik jawatan tu.

    Gila sungguh orang macam ni.

    Adakah rakyat nak terima dia kembali?

    Adakah rakyat sanggup menerima orang yang lari dari tanggung jawab?

    Kini ekonomi sedikit pulih.

    Pasaran saham pun dah pulih.

    Atok nak jadi perdana menteri balik.

    Masa ekonomi merudum, Atok lari, letak jawatan.

    Masa saham jatuh tergolek, Atok umum letak jawatan.

    Siapa suruh Atok letak jawatan? kita pun tak tahu.

    Suka hati Atok je nak buat apa pun.

    Ingat... kalau Atok jadi PM balik, bantuan rakyat akan dihentikan.

    Atok pernah kata, "Tiada lagi wang percuma kepada rakyat"

    Atok pernah bilang " Usah asyik harap bantuan kerjaan"

    Atok bagi RM30 e-wallet

    Ingat... kalau Atok jadi PM balik, negara akan susah semula.

    ReplyDelete
  12. Time for honouring yourself (Madey) will soon come to an end. Like it or not, only kain kafan putih yang akan mengiringimu ke tanah perkuburan. Di tanah mana pun anda disemadikan...makam diraja makam pahlawan atau tanah perkuburan rakyat marhaen, soalan malaikat tetap sama...siapa tuhanmu dsb. Malaikat tak kan tanya: berapa orang PM yang telah anda singkirkan berapa orang jutawan Melayu yang telah anda wujudkan??? Jawapannya tak boleh di memorise kerana yang menjawab bukan kita tapi amal ibadat kita. So, sebelum nyawa berada dikhalkum, bertaubatlah dengan taubat nasoha. Insyallah akan diterimaNya taubat anda.

    Tak tersentuhkah hati anda dengan lirik "SELIMUT PUTIH"...������

    Janganlah mau disanjung-sanjung
    Engkau digelar manusia agung
    Sadarlah diri tahu diuntung
    Sebelum masa keranda diusung

    ReplyDelete
  13. Madey memang tak peduli tu semua. Cara dia main langgar je dan ikut nasib akan terkena sasaran tapi kalau tak mengena maka akan adalah orang lain yang akan kena jadi mangsa. Hoi Melayu! Masih bodoh lagi ke dah banyak minum air kencing.

    ReplyDelete
  14. Di petik dari Blog Mahakutty....


    Log in to Reply Sri SenseMay 8,2020 8:58 AM
    Good Morning Tun M

    I setuju dengan DS NAJIB. Undi percaya PM atau undi tak percaya PM, tidak akan untungkan PH.

    Unless Tun campaign against PH la.

    As rakyat biasa I rasa PN jauh lebih bagus dari PH. TSMY juga bagus sebagai PM. Tak kisah la jika I tak dapat BSH, BPN or kerja under him. PM ini dapat bawakan team yang boleh buat kerja. Sekelip mata Malaysia naik nama dengan bijaksana tangani COVID19. Dengan tekun insyaallah Singapore akan tunduk dengan kita satu hari nanti. Malaysia akan jadi negara yang di hormati semula dipersada dunia.

    Time Tun jadi PM dah over bila Tun letakkan jawatan. Sebagai boss, hak yang diPetuan Agong untuk decide what to do with it. Tak perlulah bergaduh dalam Bersatu. Yang jelas masa PH, Bersatu naik jadi PM, semasa PN, Bersatu naik jadi PM. Yang berhenti PM dari Bersatu, yang Agong gantikan PM dari Bersatu.

    Dimana tak adilnya Tun?

    Syabas Sri Sence...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yg tangani covid?...Noor Hisham daa..

      Delete
  15. Apa?
    Nak jadi pm lagi?
    Apa kejadah atok nak jadi pm lagi.
    X cukup lagi ke?
    Pada pandangan umum,lantik je
    terus lim kit siang atau lim guan eng,atau gobind singh deo jadi pm.x perlu lagi main sorok2.
    X perlu lagi jadi terompah utk dap.
    Mereka2 ni boleh jaga kepentingan
    Melayu.mereka akan memastikan
    Islam didaulatkan.

    ReplyDelete
  16. Konflik politik ni akan berakhir dgn pembubaran parliment atau hilang nya Tun M dari bumi M'sia...

    ReplyDelete
  17. cukup²lah atok...ada lebih baiknya jika ikut ustaz ebit lew buat amal jariah...#TAKNAKATOKLAGI

    ReplyDelete
  18. Habislah negara makin teruk keadaannya jika madey mendapat kuasa semula. Lucu betul lah ahli-ahli politik ni. Pentingkan diri!!! Kalau macam ni punya orang maka hilanglah hormat pada dia...

    ReplyDelete
  19. udah2le tun.cukup le 22 bulan jdi PM 7 .ni jdi.PM 9 pulak.dah kaya raya.anak2 tun.berilah kat pemimpin baru.skrg rakyat.dah tau.pembohongan.PH.termasauk tun sendiri.hutang rm1 tarlion

    ReplyDelete
  20. Kahkahkah jgn buat lawak lah...suka2 jadi PM.. suka2 letak jawatan..suka2 nak jadi PM lagi...semacam politik budak2 tadika...����������������������

    ReplyDelete
  21. Makin lama makin menyampah plak tgk tun.m
    Sblm ni aku sgt hormati dia sebagai tokoh negara....akhir² ini semakin nyanyuk plak aku tgk perangai dia...

    ReplyDelete
  22. Orang tengah sibuk nak settlekan Hal Covid 19.... Yg dok semak otak usul percaya bagai ni ape Hal..... Jaga kawasan masing2 bg settle Covid lagi bagus ... Masa Ada kuasa sblm ni pun bukan nak settlekan masalah Covid sibuk lompat Sana sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko pun sibuk tebuk atap masa covid. Nak nasihat konon

      Delete
  23. Nyanyuk sudah ni.... mati baru dia stop politik

    ReplyDelete
  24. Tun M tak mampu bantu rakyat, bantuan pun 30 hengget seorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur 30 hengget. Itu lebih baik dr air suam.

      Delete
  25. Knp ph bungkus dlm masa 22 bulan? Sebab ph kerajaan gagal. Digagalkan oleh olah dalaman ph sendiri. Rakyat juga yg jadi mangsa. Kini pn dah menggantikan ph. Maka sosok terbuang dari ph tapi tidak bersama pn buat kacau lagi. Baru rakyat bersyukur Allah selamatkan negara dari olah tangan² gila politik, tiba² tangan tersebut kembali aktif dengan segala macam taktik agar rasa selesa rakyat kembali digugat. Eh, kalau tak kacau kerajaan baru 2 bulan ni tak boleh ke? Nak jadi pengacau sampai dijemput Ilahi ke? Terimalah bahawa kerajaan lama adalah gagal. Try dulu yg baru run. Belum apa² dah dikacau. Sejak dari Tunku Abdul Rahman lagi sosok inilah yg setia dgn kerjanya sebagai pengacau. Masya Allah!

    ReplyDelete
  26. aku release semua komen untuk mendedahkan betapa salah faham berlaku berhubung usul nundi tidak ke atas PM oleh Tun.

    Satu usul yang lebih utama untuk menunjuakan demokrasi

    Dan terpulang kepada rasional Ahli Parlimen untuk membuat keputusan termasuk memilih atau menyokong semula Muhyiddin..

    Anwar juga berpeluang.

    Inilah sumbanagan terbesar Tun kerana tindakannya berpengaruh.

    Jika Najib yang usul atau anwar yg usul ia kurang berpengaruh dan mudah dijangka akan gagal.

    Aku juga tidak menyokong Tun kembali sebagai PM atas faktor usia tetapi usulnya sangat baik untuk satu catatan sejarah, precedent.

    ReplyDelete

  27. Jika anwar sokong usul tun dan muyidin tumbang tapi tak sokong Tun jadi pm dan Tun tak sokong anwar pru15 akan diadakan....

    Ini pendirian yg patut diambil oleh PH..

    ReplyDelete
  28. Usul oleh Tun untungkan umno dan Pas...umno dan pas akan lebihkan tekanan kpd muyidin sebagai tukaran sokong muyidin...

    Pru15 berkemungkinan besar akan diadakan yg kan untungkan umno dan pas...Bersatu boleh tido awal..

    ReplyDelete
  29. Hanya mereka yg PENGECUT, takut, gerun dan tak yakin Mahyidin boleh menang, mengelabah di sini.

    Mereka yg waras akan menerima usul undi tak percaya ini sebagai penentu dalam pembentukan kerajaan.

    Mereka yg menghina dan memburuk-burukkan Tun Mahadir adalah pengecut. Kalau betul berjuang untuk demokrasi, bangsa, agama dan tanahair, akan menerima usul ini sebagai peluang membuktikan diri.

    Speaker Dewan Rakyat is a rasional man. He was A lecturer in Constitution Law di UM. Dia tak menyebelah mana-mana pihak. Dia benarkan usul ini, untuk menyelesaikan segala serabut perlembagaan.

    Sesiapa pun yg berjaya mendapat the right numbers melalui usul ini, tak boleh diganggu-gugat lagi.

    Tak puas hati, tunggu PRU15. Tak puas juga hati dgn keputusan PRU15, tubuh kerajaan kominis macam KOREA UTARA.

    Semalam saya tonton satu program di Channel BBC on North Korea. Negaranya membangyn, cantik dan bersih. Rakyatnya sgt berdisiplin dan patuh kpd kerajaan dan pemimpin.

    ReplyDelete