Friday, May 22, 2020

SIAPA MELAYU² DAN MELAYU² BERSATU YG IKUT MUHYIDDIN..

Kita setuju mereka cuba menyelamatkan Melayu dari kerakusan DAP tetapi bukan dengan menjadi Melayu murahan, Melayu yang mungkir janji. Melayu yang bersekongkol dengan korup etika dan korup harta.

Jika benar mereka mahu Melayu hidup bermaruah adalah dengan meninggalkan pemimpin mereka yang korup dan menyatukan diri dengan BERSATU yang sedang dipimpin negarawan.

Malangnya Muhyiddin Azmin hanya mahu mencuri peluang untuk menempatkan diri dan memberi  dan membeli peluang untuk menghidupkan semula Melayu korup.

Apa yang nak dibangakan dengan Melayu BERSATU Muhyiddin walau majoriti, walau berkuasa, walau berpangkat tapi nilai²nya diketawakan DAP.

Kalau pemimpin kau jenis pelahap, apa yang kau nak tunjukkan dan gayakan kepada DAP?

Menangkah itu?

11 comments:

  1. Sapa kata Melayu x hebat. Bayaq duit loyar ja kt London smpi juta2. Ni semua pasai Dap la depa kena pi setel kt Londong. LONDONG? I leb u la lobai. Hahahhah

    ReplyDelete
  2. KD...kau marah bila orang lain membebel bebel. Dalam bulan yang baik ini kau pulak dok membebel dan meroyan. Tak de sapa peduli pun Melayu BERSATU Tun M ke, Melayu BERSATU Mahyuddin ke.
    Majorati Melayu di luar sana yg mereka peduli adalah kelangsungan hidup, ada rezeki untuk anak bini dan keluarga.
    Apa yang mereka peduli adalah kerajaan yang menjaga kelangsungan hidup mereka.
    Apa yang mereka peduli adalah TIDAK ada lagi DAP dalam kerajaan yang membuli Melayu.
    Hal2 politik bercakaran mereka tak peduli.
    Kau sorang je KD yang dok kalut dgn politik Tun M.
    Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tupasal pemimpin penyamun pun mereka sanjung asal huluq..

      Delete
    2. Islam hanya kosmetik. Kalaupon ada niat baik tapi dengan jalan yang salah tetap salah. Terpulanglah jika mahu menyanjung penyamun untuk kelangsungan hidup. Jika begini rapuh pendirian hidup, harga diri dan agama boleh dilacurkan, maka akan maju jaya lah bangsa MeLayu...pasti.

      Delete
  3. Saya sokong apa yang Tun kata dua bulan yang lepas...Muhyiddin Melayu pengkhianat yang sebenar...Asmin pula tak payah kesah lah entah macam mana diangkat oleh Tun begitu tinggi tetapi rupa2nya anjing makan tuan..Percayalah kedua duanya akan terkubur tanpa nesan selepas ini.

    ReplyDelete
  4. Salam tuan KD,

    1) Sgt bersetuju... Pandangan saya... masa zaman PH dulu... kita dpt tgk kebiadapan puak-puak DAP ni.. boleh kata tiap2 hari ada saja depa ni try cucuk kesabaran orang Melayu... apa yang si ramasamy tu cabar.. kula dgn ckp melayu pendatang, menteri hindraf tu dan sebagainya... semua ni membuatkan orang melayu marah... tambahan pula semacam tiada tindakan... semacam DIBIARKAN.. ini semua salah... Apa yang puak2 DAP ni buat mmg salah pun... takda siapa kata betul dan suka dengan apa yang depa buat...

    2) Umno, Pas dan yg sewaktu dgnnya... ambik peluang mainkan sentimen ini... pada masa yang sama.. puak2 ni pun ada yang makan rasuah (terang2 dan sembunyi2), sapa huloq.. jadi ok... yg ni pun salah.. lagi besar kesalahan dia sbb apa??? sbbb depa ni MELAYU, ISLAM...

    3) analogi mudahnya.... SETAN or IBLIS dia buat jahat... mmg dia jahat pun dan mmg kerja dia TAPI yang mengaku Islam... Melayu unggul... buat kerja jahat.... yang ni lagi jahat...

    4) kalau nak bagi org luar nampak Islam dan Melayu tu baik.... jgn la dok sokong puak2 makan rasuah ni... bukan suruh sokong puak2 DAP ni... tp jgn sokong orang yang terang2 tak AMANAH... cakap bohong... bermuka-muka... yg ni hat tu jugak yg depa sokong.... ish... lg skali... bukan suruh sokong DAP.. tp prinsip Islam dan Melayu tu lg tinggi... malu dgn pemimpin yg rasuah sana sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, bnyk yg cuba2 mengambil tempat dan kerja Iblis dan Setan yg akhirnya akan menghancurkan dan menyesatkan diri mereka sendiri.

      Delete
  5. Jika Melayu hanya tembolok
    Buruk baik tidak peduli
    Agama Islam sendiri perolok
    Sama seperti dijual beli!

    Roket sudah tentu dibenci
    Kita Melayu tidak selesa
    rasuah juga perlu dicaci
    Walau dilakukan sesama bangsa!

    Jika Melayu semua bersatu
    Roket itu teramat kecil
    Sedang penjajah kita dah lutu
    Kenapa kita takutkan kancil?

    Jangan 'demi penyatuan bangsa'
    Yang korup disanjung sama
    Anak cucu menjadi mangsa
    Kerana kuasa langkau agama!

    Bila ada yg tidak setuju
    Terus dinista 'pengkhianat bangsa'
    Rasuah jika di saku baju
    Tidak guna tunjuk perkasa!

    Pengkhianat bangsa yg sebenar
    Buang batu sembunyi tangan
    Rebut kuasa berbuat onar
    Guna agama tarik sokongan!

    Bukan semua boleh dibeli
    Nilai manusia manakan sama
    Jika sejenis 'boleh bergeli'
    Jadi pemimpin rosak agama!

    Jika benar sayangkan bangsa
    Tolak mereka terpalit rasuah
    Yang jawatan untuk selesa
    Politik hanya nak tumpang tuah!

    Setiap parti ada permata
    Jika gilap pasti bersinar
    Khidmat bukan kerana harta
    Amanah,bersih, bercakap benar!

    Melayu begini patut disokong
    Jika memimpin negara berkat
    Yang biawak jangan didokong
    Di leher nanti giginya lekat!








    ReplyDelete
  6. Memanglah bngsa mim x sukakan dap krana rata2 pmimimpin mrika x hormati bngsa melayu. Tapi ianya bukan tiket untk sanjung melayu yg korup, salah guna kuasa n khianat. Aneh sunguh bngsa mim ini. Yg paling jijik n memalukan d sanjung dan d puji.

    ReplyDelete

  7. یا أَیها الَّذِینَ آمَنُوا أَطیعُوا اللّهَ وَأَطیعُوا الرَّسُول وَأُولی الأمرِ مِنْکُمْ فَإِنْ تَنازَعْتُمْ فی شَیء فَرُدُّوهُ إِلی اللّهِ وَالرَّسُول إِنْ کُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْیومِ الآخر ذلِکَ خَیرٌ وَأَحْسَنُ تَأْویلاً
    "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasul-(Nya) dan ulil amri (para washi Rasulullah) di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Alquran) dan rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (QS. An-Nisa [4]:59)

    Khianat dlm islam dosa besor,bwh skit je drp murtad. Melayu islam konon, depa nie munafik tambah2 lebai hadi.

    ReplyDelete