Saturday, May 23, 2020

UMNO SEKARANG PERLU MEMIMPIN DAN AMBIL ALIH KERAJAAN DARI MUHYIDDIN...

ALANG ALANG BIARLAH NAIIB PM SEKALI LAGI..



𝐍𝐀𝐉𝐈𝐁 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒 𝐀𝐊𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐓𝐈 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐀𝐍- 𝗚𝗼𝗽𝗮𝗹 𝗥𝗮𝗷 𝗞𝘂𝗺𝗮𝗿

Pendakwan terhadap DSN dijangka akan digugurkan tidak lama lagi. 

Antaranya adalah disebabkan oleh tindakan kerajaan Amerika, kekurangan bahan bukti amat ketara pihak pendakwaan yang boleh digunakan untuk mensabitkan kesalahan. Juga kerana pihak pendakwaan manjadikan hampir keseluruhan asas kes mereka berdasarkan bukti-bukti tidak diterima mahkamah, cakap dengar, sangkaan, dan dakwaan tidak berasas pengubahan wang haram, kecurian dan penyalahgunaan dana kerajaan. 

Peguam Negara juga telah memulakan proses menggulung hujah pendakwaan dan saki bakinya jika ada yang akan pada akhirnya membebaskan DSN secara terhormat. 

Pentadbiran Trump juga sedang meneliti tingkah laku Loretta Lynch yang sedang disiasat dengan sangat dahsyat atas aktiviti-aktiviti dan peranannya di dalam beberapa skandal sebagai Peguam Negara Amerika era Obama. 

Dan antara dari banyak salah laku sebagai Peguam Negara US yang telah ditemui Amerika adalah bukti subahat Loretta untuk mengenakan DSN dan beberapa individu lagi bagi pihak NGO-NGO yang dibiayai oleh NED, Open Society milik Soros dan Clinton Global Foundation. 

Kesemua ini adalah kesalahan-kesalahan serius yang membawa hukuman mandatori penjara untuk tempoh yang lama di Amerika. 

Terdapat cakap-cakap bahawa Loretta telah bersetuju untuk beri kerjasama kepada pihak penyiasat sehingga ke tahap Amerika dan Malaysia tidak lagi dapat mempertahankan dakwaan terhadap DSN dan ahli keluarganya.  (kerana terbukti bohong dan ada konspirasi)

Kami sentiasa konsisten mengatakan bahawa DSN tidak bersalah dan telah diperangkap; bertentangan dengan pandangan puak-puak yang beriman bahawa Najib bersalah. 
Kami kekal dengan pendirian tegas kami. 

Diterjemah dari penulisan asal berbahasa Inggeris oleh Uncle Gopal Raj Kumar. 

Link asal: https://www.facebook.com/100002331003663/posts/3134997183254618/?d=n






10 comments:

  1. Mana wan saiful dgn wan faysal,hero melayu terakhir???patut depa la dulu smpai lokp tmpt cina hilux tu kene simpan,g la bwk hero2 melayu pukul. Geng pengkhianat guna bangsa agama hasut org melayu sokong depa utk khianat balik org melayu.org melayu senang kene kencing,bodoh pecaya je bila guna alasan bngsa agama,tok lebai sruh mkn taik pun org melayu makan,bngsa melayu nie dah sesat tok lebai udah jadi maksum ada hak atasi nabi hukum syarak,kalu x ckup buat hukum sndri.sempoi la yiddin. Saa standard je depa nie dgm najib.

    ReplyDelete
  2. Rasanya UMNO tak lah kemaruk sangat nak ambil alih daripada TSMY. Lagi pun agenda utama adalah menghalau keluar DAP dari kerajaan pusat dan agenda tersebut sudah berjaya dilakukan.

    Biar lah TSMY menjadi nahkoda nya sehingga PRU15. Lepas PRU15 lain cerita.

    Mengenai Najib pula, kau je yang mengandai2kan nya yg dia nak jadi PM kali ke2. Bukan macam Tun M idola kau tu... jadi PM kali ke 4 pun entah2 dia nak sebab bolehlah bawa masuk DAP sekali lagi kan. Boleh lah college drop out jadi menteri pertahanan kali ke dua.

    Selamat Berpuasa pada hari terakhir ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri ye KD.

    ReplyDelete
  3. Dari sirah nabi, pada suatu hari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda:" di akhir zaman nanti akan datang zaman dimana Pemimpin dusta, kianat dan zalim di angkat sebagai pemimpin, tetapi orang yg jujur demi kebenaran di jatuhkan".

    Zaman itu manusia hidup dalam kekeliruan dengan penuh kedustaan. Maka akan ujud golongan Ruwaibidhah, lalu sahabat bertanya siapa mereka golongan Ruwaibidhah itu, Rasulullah menjawab,"Mereka ada lah orang yang bodoh tidak tahu apa apa tapi di lantik mengurus urusan rakyat".

    Hadis riwayat Ibnu Madjah.

    ReplyDelete
  4. Najib buktikan dulu 2.6 billion dlm akaun datang dari raja arab...

    Kesilapan pendakwa kerana gagal dakwa jho lo rakan jemaah najib.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa bosku yg perlu buktikan Tomi tomas dan pendakwaraya yg perlu kemukakan bukti... bodohhh nyaaa kau ni

      komen bodoh mcm ni ko siar kan jugakkk

      kikiki

      alahai

      Delete
    2. Selamat hari raya aidil fitri. Mohon selepas ini tidak terus bodoh dimana yang tertuduh kena beri bukti, bukan pihak pendakwaan. Kertas siasatsn siapa yang sediakan. Pendakwa ke pembelaan? Maaf la sebab komen ni terlalu bodoh untuk dibiarkan tanpa teguran. Semoga sinar aidil fitri boleh mencuci otak awak untuk berlaku logik dan praktikal.

      Delete
  5. KD...adakah engko setuju dgn tulisan Gopal Raj Kumar?...sila jawab...

    ReplyDelete
  6. 'PN utamakan isi jawatan GLC, tapi tiada akta berkait Covid-19 sampai Sept'
    Diterbitkan 11 minit lepas
    Dikemaskini 11 minit lepas

    -
    MP Bandar Kuching, Kelvin Yii mengkritik rancangan pemerintah PN untuk membentangkan rang undang-undang (RUU) menangani kesan ekonomi akibat wabak Covid-19 hanya pada persidangan Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada Julai depan.

    Lebih jauh lagi, beliau berkata RUU yang diluluskan oleh Dewan Rakyat kemudiannya perlu mendapat pengesahan oleh Dewan Negara yang tidak akan bersidang sehingga September.

    Ini bererti tidak ada akta parlimen berkaitan dengan langkah bantuan akibat Covid-19 yang dapat menjadi undang-undang sehingga akhir September atau paling awal pada permulaan Oktober

    ReplyDelete
  7. GRK is a downunder prolific mercenery-writer which probably one level up compared to RPK in the UK. Not surprising as that guy can put it as convincing as it gets.

    Just don't bite into it too much KD and the rest or do your own digging and you shall find.

    Unsolicited advice good take it bad simply discard, that simple.

    MLN

    ReplyDelete
  8. Kalau begini Msia akan menjadi lubuk money laundering terhebat didunia. Kita boleh menjadikan account bank kita menerima dan transit duit haram dan hanya perlu memberitahu jika tertangkap yang kita tiada tahu menahu tentang duit itu. Hebat Msia.

    ReplyDelete