Sunday, May 24, 2020

UMNO TAK PERLU RAGU RAGU MULAKAN GERAKAN TABAL SEMULA NAJIB PRESIDEN DAN PM SEBAB KESNYA MOTIF POLITIK DAN DIA BELUM DIPUTUSKAN BERSALAH?

APA MALU BOSSKUU...

27 comments:

  1. Sebelum apa² baik kau pegi mintak maaf kt najib sebab tuduh dia penyamun. Ada berani kd? Ooo...kau tak pernah sebut direct najib penyamun? Sekilas ikan di air kd. Faham apa yg kau maksudkan. Mesti kau frust jika akhirnya najib didapati tidak bersalah. Yelah, ratib bertahun najib penyamun tiba² terlepas. Bagaimanapun, hakim tak buat apa² keputusanpun. Hanya komentar maya. Jgn risau sgt. Doalah supaya hakim jatuhkan hukuman penjara kpd najib sebab bersalah. Baru puas hati kau kan kd. Nampak gaya makin meroyan siapa² yg benci najib. Hakim belum apa² korang dah melalak dan menyalak kata najib akan dilepaskan. Over terlebih. Maka mula la buat tulisan menghasut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib penyamun?
      Sekilas ikan di air?
      Bagaimana mungkin kau boleh bayangkan sampai ke tahap dan ke arah itu?

      Bagi aku penyamun tak perlu disebut nama.
      Tuduh orang berak tengah jalan, sampai bila pun takkan mengaku..
      Tapi dia sendiri tau dia penyamun..
      Itu dah cukup..

      Pelik pula bila penyokong pun dah sanggup sebut nama Najib??

      Delete
  2. Bukan apa malu bossku tapi malu apa bossku. Kalau kalutpun jangan la nampak sgt kd. Simpan geram tu dlm hati. Siapa kata najib akan terlepas? Hahahaha... Panasss je kan kalau najib terlepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi aku, Najib bebas atau tidak..
      Tidak banyak beza.

      Delete
    2. Anwar pun sudah diampunkan..
      Ada banyak beza?

      Delete
  3. 1. Daim dakwa sekarang undang-undang kini tak sama antara miskin, kaya.

    Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata keadaan sosiopolitik negara yang stabil, polisi yang jelas, kepimpinan yang teguh dan dihormati, serta kedaulatan undang-undang merupakan empat ciri asas yang perlu untuk menarik pelabur.

    Daim bagaimanapun memberi amaran para pelabur ini akan pergi ke tempat lain jika kerajaan kelam kabut, penuh dengan polisi U-Turn dan tidak terurus.

    Berapa banyak pula PH u turn dengan janji manifesto PRU14. Si budak Daim mudah lupa rupanya.

    Undang-undang juga nampak berbeza antara mereka yang miskin dan kaya.

    “Kalau curi sepaket Milo, kena masuk penjara. Tetapi jika curi berbilion ringgit, boleh lepas bebas ke mana saja.”

    2. Mari kita nilai semula undang undang oramg kaya dan miskin 22 tahun dolu dolu.

    Budak Daim ini kena ingat, kau buat flashback 22 tahun dolu. Kalau tak ingat sebab melayu mudah lupa kat bawah ini kita senarai hukum karma orang kaya dan miskin 22 tahun dolu.

    Mahathir juga melahirkan anak-anak syurga seperti Marina penaung LGBT, seorang anak angkat gay seorang lagi lesbian, cucu pun LGBT satu dari anugerah atas usaha beliau memasukkan Anwar Ibrahim sebagai pesalah liwat seks luar tabii.

    Mahathir tetap seorang maksum dengan tagline #bukansalahsaya. Dia terpelihara dari dosa. Semua "geng bunge" memujanya. Tak mungkin Mahathir salah.

    Percayalah Mahathir tidak pernah salah. Dia semua betul. Dia tak salah bila syarikat milik UMNO - UEM, Hatibudi,NST, TV3, Cold Storage, Commerce Merchant, BOC, AMI dan berpuluh syarikat Pernas - MMC, Hilton, Tradewinds dijadikan milik kroni Mahathir, Tun Daim dan Anwar Ibrahim. Ratusan bilion dibelanja untuk industri berat Hicom, Perwaja, Proton, Dayabumi, KLCC dan lain-lain lagi.

    Skandal BMF, Petronas "Bail-out" Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan, Tabung Haji "Bail-Out" Maju Holdings, beri projek Cable Fiber Optic kepada Opcom Holdings Berhad milik Mukhriz, kerugian Forex BNM (nilai sekarang RM44b), MAS, PKFZ dll.

    Semua bukan salah Mahathir. Mahathir tidak salah. Dia MAKSUM! Amalan kroni dan nepotisme tu baginya ada di syurga nanti.

    Rakyat Malaysia tidak dapat lupakan tarikh disember 2015 apabila kerajaan terpaksa mengumumkan keputusan tidak popular apabila Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengumumkan kenaikan tambang sebanyak RM20 berkuatkuasa 1 Januari 2016.

    Rupanya ERL milik proksi Madey YTL ditandatangani pada tahun 1997 diluluskan oleh Mahathir. Ditandatangi oleh Pengerusi Tabung Haji (Ipar Mahathir) dan YTL. ERL dimiliki 50% YTL dan 40% Tabung Haji (bakinya lain-lain).

    Pada tahun 2017 ini sahaja Express Rail Link Sdn Bhd bakal memperolehi RM1.1947 BILLION hasil dari cukai airport. Anggap sahajalah ini cara Mahathir punya sumbangan pada rakyat dan negara untuk Kroni dan Proksi.

    Dengan RM1.1947 billion itu Mahathir kata masih kecil dan sikit shaaja. Begitu juga dengan konsesi Tol serta perjanjian IPP yang zaman Mahathir menguntungkan kroni. Ingat itu bukan salah Mahathir yer..!?

    Wahai diam diam Daim, kau ingat ini bukan soal curi sepeket tin milo hukuman dapat hukum betbeza. Ini mencuri dan memeras duit rakyat bila menang judi FOREX duit untung sapa rembat, bila rugi duit rakyat diguna untuk bailout dam rakyat diminta ikat perut anak cucu ikat dengan projek berbillion.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Anon 5.41am.... Nampaknya saudara maha mengetahui pasal jualan asset negara. Jadi di sini saya ingin mengambil kesempatan bertanya, harap saudara boleh memberi pencerahan ya kerana saya kutip cerita dpd berita di google news. Munngkin takda nilai seperti pengetahuan saudara dalam semua perkara berkaitan asset negara yg dijual zaman Tun M.

      Sekarang ni ada berita, Khazanah jual semua pegangan sahamnya di Telekom Malaysia dan Genomous Resource Centre. Kedua-dua asset ini paling bernilai. Jadi, kenspa dijual. Takda angin pokok tak bergoyang.

      Saudara Anon 5.41an, sila jelaskan, sedangkan kata Menteri Kewangan yg bijaksana, Tengku Zafrul, negara ada duit bertrillion, takda sebab kerajaan perlu berjimat cermat. Guan Eng dan Tun M yg kedekut tak tahu urus kewangan negara. Sila beri pencerahan kpd kami yg kurang pengetahuan ini. Mungkinkah berita ini, pelesu....????

      Delete
    2. Telekom masih GLC Kerajaan Malaysia, Khazanah masih lagi GLC Malaydia walau di jual pada Genomous Telekom masih menguasai saham nya. Bukan sot IHH dijual pada Singapore... Genomous ini sykt kerajaan Nepal atau kerajaan China ka...!?

      Delete
    3. Oi bangang, apa kau merapu ni.....?????

      SAHAM Telekom Malaysia dan SAHAM Syarikat Tunai Malaysian Genomics Resources bhd (MGRC), dua-dua sudah dijual oleh KHAZANAH. Bukan saham TM dijual kpd MGRC. Bangang betul.jawapan kamu.

      Siapa yg beli saham dua-dua syarikat ini belum disahkan lagi.

      Aku cuma nak uji pengetahuan kau. Rupa-rupanya, semua yg kau tepek kat atas ni, kau copy-paste entah dari mana. Mungkin dari blog Ibnu Hasyim... hehehe.

      Lain kali carilah sendiri maklumat. Baca bisnes Time dan The Edge.

      Delete
  4. Di riwayatkan oleh Ka'ab bin Arjah dari sirah Rasulullah saw.. Baginda bersabda, akan tiba selepas ku para Umara (Pemimpin) Yang suka berdusta dan Zalim (menyeleweng dan kianat), dan sekiranya kamu iaitu rakyat yang membenarkan(menyokong) kedustaan pemimpin dusta dan zalim ini maka bukan lah ia (rakyat yg sokong) dari umat ku dan aku bukan dari kalangan mereka.. Dan mereka terhalang dari datang kepada telaga ku di akhirat kelak (di laknat)..

    Hadis di riwayat dan sanad Imam Al Nasa'i dan Imam At Tarmizi.

    ReplyDelete
  5. Yes!!!!

    UmNO boleh cuba tabalkan semula Najib melalui Muafakat Nasional. Saya sokong!!!

    PKR boleh terus mencuba untuk menabalkan Anwar melalui PH. Saya sokong!!!

    Walaupun Presiden PPBM yang menjadi PM-8 hari ni sangat lemah dan pernah menjadi pengikut kedua-duanya semasa di dalam UMNO (masih ingat Team Wawasan?), dan pernah ditewaskan oleh Najib semasa di dalam UmNO, tetapi PPBM ada Tun sebagai Pengerusi dan dia pernah menewaskan kedua-dua Najib dan Anwar apabila mereka bertembung dengannya.

    Dengan TSMY, Anwar boleh menang mudah, dan malahan Najib pun boleh menang mudah, tetapi dengan Tun? Hehehe.. Sejarah tidak pernah berbohong.

    Sekiranya Najib dan Anwar mahu bersekutu sesama sendiri pun demi untuk mengalahkan Tun, silakanlah, nanti kedua-duanya akan melihat watak-watak seperti Azmin dan Zuraida di dalam kem masing-masing. Mereka tetap takkan mampu menang.

    Rasa sebenar sesuatu kekacang hanya boleh diketahui selepas memakannya. Kalau dah pernah tercekik bila cuba memakan kacang itu, dan masih mahu mencuba memakannya buat sekalian kalinya, maka jangan disalahkan sesiapa kalau tercekik yang akhir itu sehingga membawa kepada KO.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  6. Azmin, 9 bekas MP PKR belum serah borang sertai Bersatu - Marzuki
    23 May 2020, 1:49 pm
    Dikemaskini 2 hari lepas

    Bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan sembilan lagi ahli parlimen yang meninggalkan parti itu belum menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Bersatu, kata Marzuki Yahya.

    Marzuki, yang merupakan setiausaha agung Bersatu yang dilantik Dr Mahathir Mohamad namun dipecat oleh Muhyiddin Yassin, berkata demikian selepas Muhyiddin mengesahkan bahawa kumpulan Azmin telah menyertai Bersatu secara rasmi.

    "Saya sendiri menanyakan kepada Azmin mana borang (keahlian), dan tidak ada respons sehingga ke hari ini, yang saya difahamkan tidak ada sebarang permohonan untuk menjadi ahli.

    "Cuma yang ada pengumuman daripada presiden sendiri mengatakan mereka ini dah masuk ahli.

    ReplyDelete
  7. Pelbagai tuduhan terhadap Mahathir
    Oleh Mak Anon tidak bernama
    Karangan panjang isinya lendir
    Dari dulu tuduhannya sama!

    Puting beliung angin dan ribut
    'gorengan' panas berempah ratus
    Lgbt, lesbian turut di sebut
    Mercun basah..nyala tak letus!

    Ini pasti politiknya 'hebat'
    Sekurang2nya 'taraf dunia'
    Sayang sekali sakit tak ubat
    Mati di tanya..kenapa aniaya?

    Ada ke bukti, kertas siasatan?
    Berpuluh tahun pernah ke report?
    Atau hanya bisikan syaitan
    Sakit hati pada 'Tok Krepot'?

    Sudah bertahun Mahathir bersara
    Takde kuasa, takde pengaruh
    Dulu peluang..tidak bersuara
    Kini Pipit nak keluar paruh?

    Zaman 'boss kurr' Mahathir kritik
    'boss' terdiam kerap sendawa
    Konon RCI..akhirnya titik
    Ada bukti kenapa tak dakwa?

    Yg ke mahkamah Anon pertahan
    Menuduh Mahathir niat nak tibai
    Yg di 'sucikan' berpuluh tuduhan
    Satu terlepas yg lain melambai!

    Duhai Mak Anon pergi laporkan
    Ada bukti lesbian,lgbt?
    Takut akhirat tak habis makan
    'Pakar Hukum'..takkan tak reti?




    ReplyDelete
  8. Pelik juga bila saranan aku gerakan menabalkan semula Najib tidak mendapat sambutan cai..
    Apakah sebenarnya juga mereka sudah kurang selera, kurang minat menjadikan semula Najib sebagai boss?
    Sudah tentu pemimpin umno sekarang yang sudah ke depan tidak akan undur ke belakang untuk memberi laluan kepada Najib?

    Atau mereka juga percaya atas apa yang didedahkan dalam mahkamah?

    Lebih penting semua kena akur rakyat sangat suka Muhyiddin??

    ReplyDelete
  9. Bekas Timbalan Pengerusi PAC Dr Tan Seng Giaw dari parti DAP dah kata pun 1MDB tidak ada kehilangan wang.Tapi puak2 yang meratib najib penyamun yang di ketuai oleh atok yang bijaksana tak pernah berputus asa untuk melihat najib diSungai Buluhkan.Akhir nya tuhan memberikan peluang dengan kuasa selama 22 bulan kepada mereka untuk memenjarakan najib iaitu satu tempoh yang memadai untuk membuktikan najib bersalah.

    Tapi apa yang kita rakyat dapat dari peluang yang mereka ada itu..... tak lain dan tak bukan hanya drama dan propaganda yang memualkan.Mungkin itu sebab tuhan meragut kuasa yang ada pada mereka.

    Hari ini mereka meroyang dan meratib pula najib akan dilepaskan setelah apa setelah kuasa ditangan sudah tidak ada.

    Species ini memang tidak pernah untuk mengakui mereka bersalah.Mereka berbangga untuk menuduh,menfitnah dan meratib gelaran jijik kpada orang yang tidak disukai seolah-olah itu adalah sajian yang sangat lazat.Walhal semua orang tahu siapa mereka dan dosa-dosa yang puak mereka laku kan tapi mereka tidak memandang itu semua kerana anggapan orang lain semua nya bodoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah mahkamah sudah membebeaskan Najib?

      Delete
    2. Anon 5.45,
      Kau nak jilat Najib sampai meleleh air jilat la.. Tak yah nak marah x2 tudoh kita org segala bagai.. Kau guna fakta pun jenis individu mencurigakan dari DAP yg sekarang dah retire atas sebab sebab dah tak boleh di percayai dan Amanah dia pun byk problems dgn pihak x2 kepimpinan.. Tak apa dia punya pasal..

      Okey kita payah cakap byk.. Kau ada ikut perjalanan kes SRC.. yg dah Hampir selesai.. Sehingga dari hari mula perbicaraan dan sehingga penamat aku tak nampak satu bukti kukuh yg pihak pembela Najib kemukakan bukti Najib tak knowledge, custody dan control keatas akaun beliau di AMBANK yg telah menyeleweng Wang SRC yg di sapu dari Kumpulan Wang Simpanan pekerja awam.. Jadi jgn sembang byk dan jgn melalak salah org.. Kes ini straight forward orang yg tak mahir undang x2 pun faham kalau Najib lepas dari tuduhan kes ini maka terbukti kerajaan PN ada tangan utk bebas kan Najib..

      Jadi tak yah nak melalak hal 1MDB.. ini kes fakta Penyelewengan dari pemimpin zalim yg Rasulullah saw akui umat kalau kita menyokong pemimpin spceis ini dan di haram menghampiri telaga kautsar..

      Tak payah cakap byk tanya Najib kenapa dari tahun 2016 bila WSJ bocor kes ini beliau janji nak saman WSJ dan Sarawak Report sehingga hari ini dia bacul nak saman.. Kenapa bacul pecat AG Ghani Patail yg semua tahu sudah sedia kertas pertuduhan..

      Kemudian lapuran ketua Audit negara tahun 2016 /17 TS Baharin Buang berkait lapuran audit 1MDB terlalu jelas berlaku Penyelewengan dan dah di maklumkan di makamah dlm perbicaraan kes ini yg sedang berjalan sekarang.. Jadi jadi la umat Islam yg berani kepada kebenaran bukan sokong membabi buta hanya DEDAK DEDAK yg tak seberapa...

      Kau sedar dak dlm lapuran audit kementerian kewangan 2018 dan 2019 negara terpaksa tanggung hutang membayar sebanyak RM 2 billion setahun selama 20 tahun untuk langsai hutang 1MDB yg di seleweng oleh Najib dan kuncu kuncu beliau.. Yg akhirnya rakyat terpaksa tanggung perkara ini langsung tidak sanggah oleh umno dlm sidang dewan tersebut.. Malu la sikit jadi la umat yg bermarwah.

      Delete
  10. Mari kita sokong pemimpin yang hobinya menyamun agar kita dapat habuan untuk kelangsungan hidup kita seperti sebelumnya. Kalau yang berdarah mulia boleh menerima habuan dari harta negara kenapa tidak rakyat yang miskin. Itu lah maruah hidup kita. Hidup MeLAYU!

    ReplyDelete
  11. ? ini apa?
    Tanda soal

    Kalau ayat aku ada ?
    tandanya aku soal

    Bukan kenyataan bukan sokongan

    Boleh faham?

    Yang tak faham tupasal komen tak siar.

    ReplyDelete
  12. Lupakan’ sahaja PRK Chini, Umno beritahu PH.

    Kami mahu majority 20K spt di Tg Piai. Sekiranya tidak capai majority 15K, PN dikira 'kalah' dalam pencapaian yang disasarkan.

    PRK DUN Chini, Pahang bakal diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu 2 minggu lepas.

    Seorang ahli Majlis Tertinggi Umno menggesa Pakatan Harapan (PH) supaya tidak bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Chini di Pahang bulan depan berikutan pencapaiannya yang lemah di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada pilihan raya umum 2018.
    Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, kerusi itu dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 4,622 undi dalam pertandingan 3 penjuru melibatkan PAS dan PH, yang berjaya memperolehi hanya lebih 1,000 undi atau 6% daripada jumlah undi.
    Beliau berkata, dalam keadaan BN kini bekerjasama dengan PAS, keputusan PRK itu kelak “sudah hampir pasti”.

    ReplyDelete
  13. Terkini Bossku tunggu masa untuk dibebaskan dari pertuduhan 1 MDB

    Tunggu masa untuk dibebaskan dari pertuduhan fitnah jijik.. di USA ada VVIP Malaysia sudah membayar sejumlah wang pada Peguam Lorreta Lynch dlm kes DOJ dan Yayasn Soros untuk memulakan fitnah dari USA, kemudian di sambut oleh News Straits Times Singapore utk spinn lagi dan baru di sambut pula oleh media walaun unta dng terkinja kinja riuh rendah sahut menyahut oleh DAP PKR dan sang fitnah jijik lidah bercabang.

    Begitu lah kitaran pusat fitnah kerajaan Malaysia yg berpusat di Singapork

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boss kau dah dibebeaskan belum?
      Kalau belum, cerita tu masih taraf fitnah..

      Delete
    2. Aku tanya sekali lagi, sudah dibebaskan belum?
      Kalau belum..cerita luar mahkamah sekadar sampah longkang.

      Delete
  14. Ialah, betul cakap KD, kalau dah yakin Najib tak bersalah, kenapa tak nak tabalkan dia semula sebagai Presiden UMNO.......???

    Apa takut......?????
    Takut umno terus KO PRU15 ke?

    ReplyDelete
  15. Sy sgt berharap najib dibebaskan..dia byk tolong bani melayu..bagi brim subsidi bagai..lps tu tlg laksanakan gst..kali ni biar 50%. Dia pemimpin islam yg sesuci embun pagi..1mdb tu bisnes untung..tgk la bape byk aset dia..kapal layar la..lukisan mahal..duit berlori2..yahudi sm dap je fitnah dia..bani melayu susah xpe..ustaz ebit blh tlg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jutaan peluang pekerjaan..jangan mudah lupa jasa tu.

      Delete