Friday, May 8, 2020

USUL TUN TIDAK BERUNSUR PERIBADI MALAH PLATFORM TERBAIK PM UNTUK MENGESAHKAN KERAJAANYA BERWIBAWA

Speaker sahkan usul tidak percaya kepada PM diterima untuk dibahas: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof menerima usul yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tidak mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat. Dalam satu kenyataannya yang didedahkan oleh Bernama Radio melalui twitternya itu, Mohamad Ariff berkata, usul [...]

# Semasa najib dituduh terlibat dalam skandal 1mdb ia dicabar untuk membersihkan dirinya di mahkamah pada masa itu, tetapi tidak mengambil peluang sedemikian.
Hari ini dia sedang bergelut.

Muhyiddin wajar menunjukan keberanian untuk menghadapi usul tersebut bagi membersihkan dirinya sebagai pengkhianat dan kerajaannya sebagai tebuk atap.
Muhyiddin berada dalam kedudukan terbaik dan  disokong  kekal sebagai PM..

Jika berjaya..ancaman dari Mahathir, Anwar, PH dan umno dengan sendirinya cair..

32 comments:

  1. Dgn izin tuan blog.

    Per : Usul undi tidak percaya kepada TSMY oleh Tun M; pandangan JD
    ---------------

    Saya telah banyak kali berkata bahawa PPBM sedang bermain catur dan untuk kekal menang dan seterusnya menang mutlak di perlawanan akhir, tidak ada apa-apa buah catur yg tidak boleh dikorbankan kecuali; 1. Tun Mahathir sendiri; 2. Jawatan Perdana Menteri. Selain dua ini kesemua perkara lain boleh dikorbankan hatta kerusi MB Kedah sekalipun.

    Sekiranya PPBM kehilangan salah satu perkara di atas, maka ia akan tewas di dalam permainan dan tidak akan mampu mencheckmate kesemua pasukan lain pada perlawanan akhir.

    Apabila Tun selaku Pengerusi PPBM meletakkan jawatan TSMY telah melakukan perkara yg betul apabila membawa PPBM keluar daripada PH. Sekiranya ini tidak dilakukan maka Presiden PKR yang telah diakui sbg 'next in line' selepas Tun di dalam PH akan 'terpaksa' dipilih boleh YDPA sbg PM-8 kerana PH dengan PPBM memang memiliki majoriti yang cukup. Sekali sahaja kerusi PM terlepas daripada PPBM maka hilanglah penguasaan PPBM di dalam permainan catur ini.

    Semakin permainan ini menghampiri klimaksnya maka semakin besar pengorbanan yg perlu dibuat.

    Sekiranya DS Mukhriz perlu kehilangan kerusi MB Kedah, maka biarkan. Kerusi MB mana-mana negeri bukan penentu kemenangan di perlawanan akhir.

    Kerusi PM tidak boleh dikorbankan tetapi TSMY yang menjadi PM-8 boleh dikorbankan. Sbgmn DAP+PKR+PAN telah runtuh dengan runtuhnya PH, PN juga perlu runtuh untuk meruntuhkan pula UmNO dan PAS. Ia satu keperluan permainan.

    Tidak mengapa sekiranya TSMY jatuh, asalkan yang menggantikannya ialah Tun sendiri kerana Tun adalah 'the undisputed Godfather of PPBM'. Apabila Tun yang menduduki kerusi PM, seluruh ahli PPBM akan kembali bersatu.

    Yang menakutkan ahli-ahli PPBM adalah Presiden PKR menjadi PM dan kerana itulah majoriti ahli menyokong Langkah Sheraton kerana ia telah menggagalkan 'The Final Twist' Presiden PKR untuk menjadi PM-8.

    Saya tidak bersetuju dengan DS Mukhriz yang mahu membawa PPBM balik kepada PH tetapi saya menyokong penuh sekiranya Tun sendiri yang naik kembali selepas TSMY, dan bahkan saya telah beberapa kali mengatakannya.

    Sbg seorang ahli PPBM, saya pernah berkata Tun adalah ibarat ayah saya dan TSMY pula adalah ibarat abang sulung saya. Kedua-dua mereka adalah pemain utama di dalam permainan catur ini. Setakat hari ini langkah dua beranak ini memang sempurna.

    Apabila perlu memilih di antara ayah dan abang sulung sudah tentu saya akan memilih menyebelahi ayah. Ia hanya satu pilihan tanpa keperluan untuk membenci dan mencera si abang sulung yang telah menyelamatkan ayah daripada kebiadaban PH dulunya.

    Apatah lagi hakikat permainan ini ialah si abang sulung ini tiada kekuatan langsung untuk menghadapi Presiden PKR mahupun Presiden UmNO di dalam pertembungan one on one. Sebaliknya sekiranya ayahanda yang mengetuai, kedua-dua front ini boleh dihadapi serentak dan keluarga PPBM akan kekal menang di dalam kesemua pertempuran.

    Saya telah beberapa kali mengatakan TSMY tidak akan rugi apa-apa pun sekiranya dia jatuh daripada kerusi PM dan hanya sempat merasainya buat seketika kerana namanya telah pun tercatat sbg PM-8 sedangkan orang yang ditewaskannya itu telah mencuba selama puluhan tahun tetapi tetap gagal menjadi PM.

    Legasi TSMY akan dikenang berdasarkan apa yang ia lakukan semasa menjadi PM-8. Baik kelakunya sbg PM maka baiklah legasinya. Buruk kelakunya maka buruklah legasinya. Tempoh singkat menjadi PM langsung bukan ukuran.

    Kepada TSMY; TS sendiri telah mengakui TS perlu mengambil tindakan tersebut kerana faktor keadaan, maka tidak patut ada penyesalan apa2 sekiranya keadaan juga memerlukan TS jatuh kerana yang penting ialah PPBM mesti menang. Sekiranya PPBM tewas, maka sia-sialah orang-orang yang telah terkorban di dalam permainan ini setakat hari ini termasuklah MB dari negeri TS sendiri.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersatu yg sedang huru hara tak relevan lagi...ada yg kata MPT sokong kluar PH dan ada plak yg kata belum ada keputusan MPT...dua2 tak mau tunjuk minit mesyuarat..

      Parti 2 nakhoda dan 2 setiausaha Agong

      Yg gila letak jawatan kerana rasa tiada sokongan lagi masih gila nak jawatan pm semula walopun sudah tiada sokongan majoriti lagi...yg tebok atap takut panggil sidang parlimen...tak berani tukar speaker...

      Pru15 Bersatu akan di checkmate...parti huru hara...

      Delete
  2. (Sambungan)

    Ikhlas mahu satukan kembali PPBM? Selepas TS jatuh, maka cadangkanlah nama ayahanda Tun sbg PM dan biar DS Mukhriz menjadi penyokong kepada cadangan itu. Apabila ini berlaku maka seluruh ahli PPBM akan kembali BERSATU dan dengan jumlah ahli parlimen PPBM yang ada, PPBM boleh mempastikan permainan demokrasi berada di dalam keadaan stalemate kerana hanya di dalam keadaan stalemate sahajalah permainan catur ini boleh dibawa ke level berikutnya iaitulah level monarki mutlak.

    Apabila level permainan ialah monarki mutlak, maka PPBM yg paling kecil di parlimen adalah setaraf dgn semua pasukan lain yang lebih besar.

    PPBM tiada pilihan melainkan perlu menang mutlak ke atas semua jemaah bani Melayu yang lain. PPBM adalah benteng terakhir bangsa Melayu daripada malapetaka dan demi alif ba ta, PPBM tidak boleh tewas.

    Kpd kekanda TSMY; berlapang dadalah dengan ayahanda Tun kerana sekiranya tidak kerana gerakan2 yang ia lakukan, kekanda TSMY sendiri takkan dapat merasai menduduki kerusi PM walaupun sedetik.

    Seperti yang telah saya katakan sejak dulu lagi :-

    1. Tun Mahathir adalah Pemuda Tamim @ Pembawa Panji Hitam iaitu si Ketua Pasukan Yang Tidak Pernah Tewas.

    2. PPBM adalah 'Kaum Yang Didatangkan' dan apabila tempoh permainan itu berakhir mereka inilah yang akan muncul 'Golongan Yang Menang' dan mengibarkan panji-panji kemenangan mereka yang berwarna hitam.

    3. 314 anggota Pasukan Panji Hitam dari kalangan Bani Ta-Mim ialah 314 anak-anak bani Melayu penyokong Tun yang sebahagian besarnya adalah ahli-ahli PPBM.

    3. Pertempuran Klimaks Pasukan Panji Hitam bakal berlaku di Putrajaya dan bukan di dalam parlimen. Demokrasi telah buntu dan hanya monarki mutlak sahaja jalan keluarnya.

    Yang ingin terus mencerca atau memperolok-olokkan, silakan. Asal sahaja anda bersaksi bahawa saya telah menceritakannya. Sehingga dibuktikan saya silap saya berhak menganggapnya sbg betul.

    Wallahu a'lam.


    ------------------

    Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi dua perkara.

    Pertama ialah kenyataan Dr Radzi Jidin, Ketua Penerangan PPBM kepada ayahanda Tun. Saya memandang kenyataannya sbg amat tidak sopan dan tidak tahu diuntung. Kalau tidak kerana usaha Tun, PPBM tidak akan berada di tempatnya pada hari ini, dan anda pun tidak akan merasai nikmat yang telah dirasai di bawah PH dan kini kekal dirasai di bawah PN. Dari sudut undang-undang juga, anda semua masih belum memiliki legitimasi yang sama dengan ayahanda Tun kerana dia telah menang jawatan Pengerusi tanpa dicabar sedang anda semua 'pending' endorsmen parti yang masih belum memilih.

    Yang kedua ialah kepada semua pendokong Tun dan PPBM terutama kepada sahabat2 saya yang saya kenali sbg Pro-Tun dan pro PPBM seperti sdr KD, sdr rahman jpc, sdr Fan Tun, sdri Cik Minah dan ramai lagi, yang mana mereka ini semua dikenali tidak menyorok di sebalik anonymous, tidak malu untuk mengaku diri mereka sbg Pro-Tun dan tidak pula mencerca TSMY selepas TSMY menjadi PM melalui persekutuan dengan UmNO dan PAS. Permintaan ikhlas saya, sekiranya anda adalah PPBM sejati, maka sila pastikan :-

    1. Jangan sesekali anda mencerca TSMY kerana dia telah menyelamatkan ayahanda Tun daripada kebiadaban PH, memutuskan rantai yang mengikat ayahanda Tun dengan DSAI untuk menjadi PM berikutnya selepas ayahanda Tun, dan mengekalkan PPBM berada di hadapan di dalam permainan. Tindakan-tindakan ini penting untuk jemaah PPBM yang kita kasihi menang mutlak di perlawanan akhir.

    2. Jangan sesekali anda mencerca ayahanda Tun kerana dia sedang melakukan apa yang terdaya untuk pastikan PPBM menang multak walaupun itu bermakna dia perlu mengorbankan anak sulungnya. Menang PPBM, menanglah Melayu, menanglah Malaysia, menanglah Muslimin dan in shaa Allah menanglah manusiawi. PN perlu runtuh untuk UmNO dan PAS ditewaskan sbgmn runtuhnya PH telah menewaskan PKR, DAP dan PAS. Sedarlah sbgmn PH, PN juga adalah jalan mati.

    Akhir kalam, terima kasih yang tidak terhingga buat tuan blog kerana telah memberikan saya peluang untuk berkongsi pandangan.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori nama tun tiada dlm senarai pm....tun bukan lagi pengerusi PH...

      Pru15 besar kemungkinan terpaksa diadakan jika muyidin tumbang dan tun tak mau sokong anwar...

      Pru15 tun madey muyidin dan Bersatu di checkmate..

      Delete
    2. Tun mahathir tak pernah umum tak mau jawatan pm semula...usul oleh tun berbau peribadi...tapi bergantung kpd sokongan oleh anwar dan PH..

      Anwar dan PH akan sokong usul tun tapi tak akan sokong tun pm semula...tun sudah hilang pengaruh kerana too much politicking....

      Pru15 akan tentukan PM 9 jika muyidin tumbang....Bersatu akan berkecai...

      Satu new normal akan wujud...

      Delete
    3. Muhyiddin wajar menunjukan keberanian untuk menghadapi usul tersebut bagi membersihkan dirinya sebagai pengkhianat dan kerajaannya sebagai tebuk atap.
      Muhyiddin berada dalam kedudukan terbaik dan disokong kekal sebagai PM..

      -------------------------------------

      Bila muyidin umumkan penangguhan sidang parlimen selepas angkat sumpah PM telah jelas membuktikan muyiden ketakutan dan tidak punyai kekuatan kerana tun mahathir sendiri memusuhi muyidin abang sulong Jon Doo yg kuat berangan....

      Sehingga sekarang muyidin tak berani tukarkan speaker Dewan Rakyat...muyidin dlm malay dilemma..

      Sidang 18 mei pon hanye sehari....Kekuatan yg telah hilang selepas berjaya tebuk atap bersama penyamun peniaga agama berserban dan pengkhianat parti dlm PH...

      Delete
  3. Continue believing....no harm and no cost

    ReplyDelete
  4. Terbaik Tuan John Doe, saya sebagai ahli professional melayu yang berjaya dalam kerjaya saya selama 30 tahun+ bekerja dengan syarikat swasta dimiliki oleh bangsa asing; Amerika, Singapura, Switzerland dan Cina Malaysia (saya percaya terdapat ribuan melayu di luar sana, seperti saya) amat terhutang budi dengan jasa Ybhg Tun pada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kaum melayu. Selama 22 tahun (80-02) Ybhg Tun menjadi perdana menteri Ybhg Tun berjaya mengeluarkan kaum melayu yang daif dari kampong seperti saya untuk menerajui syarikat2 yang dimiliki oleh bangsa asing. Jutaan terima kasih untuk Tun yang saya kasihi. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pon boleh cerita....bukan orang tau pon.

      Ingat Ceo syarikat vincent tan..

      Delete
    2. Ko dgn John doe sama shja 2x5, dua2 mudah ditipu oleh kepalsuan dan sandiwara dunia. Kikiki

      Delete
  5. Don't angry with 'idiot'cracy power. Malaysia with idiot'crazy berpisah tiada - Najib

    Pagi semalam, ADUN DAP mengeluarkan kenyataan media yang tuduh tindakan Speaker Parlimen untuk tolak usul undi percaya pada PM7 dari Shafie Apdal adalah tidak masuk akal.

    ADUN DAP ini kena faham bahawa Speaker Parlimen yang kamu tuduh tak masuk akal ini adalah ahli parti PAN yang korang lantik sebagai speaker manakala anak dia kerja sebagai setiausaha media boss DAP kamu, Guan Eng.

    Korang suka lantik orang yang kononnya buat keputusan tak masuk akal untuk jadi speaker ke?

    “Aziz Bari: Mind-boggling reason to reject motion of confidence”

    Lagipun, usul Shafie Apdal yang ditolak Speaker adalah usul percaya pada PM7 – bukan usul tidak percaya pada PM8.

    Lagi pelik ialah orang yang bekap tindakan Speaker parlimen untuk tolak usul percaya pada PM7 pula ialah peguam bagi PM7.

    “Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berpendapat keputusan Mohamad Ariff betul kerana Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan usul undi percaya atau usul undi tidak percaya terhadap seorang perdana menteri sahaja.

    “Sebelum ada usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri diluluskan, tidak boleh ada usul undi percaya terhadap mana-mana ahli Parlimen lain,” katanya kepada The Malaysian Insight.”

    (Lain erti ialah PM7 bukan lagi PM. Buat apa ko buat undi percaya pada dia dalam parlimen?)

    8 Mei 2020: Speaker betul tolak usul Shafie, wajar benarkan usul Dr M, kata peguam
    https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/243850

    Tak habis-habis kewayangan dan perebutan kuasa dari depa ni.

    Tunggulah krisis Covid berakhir. Tunggulah sehingga kes Covid jatuh ke sifar.


    Masa itu, tuntutlah parlimen untuk bubar jika korang berani dan kita turun ke padang untuk lawan.

    P Ramlee pernah kata "Dah tua pun bodoh"..!!


    Bossku

    ReplyDelete
  6. Don't angry with 'idiot'cracy power. Malaysia with idiot'crazy berpisah tiada - Najib

    Pagi semalam, ADUN DAP mengeluarkan kenyataan media yang tuduh tindakan Speaker Parlimen untuk tolak usul undi percaya pada PM7 dari Shafie Apdal adalah tidak masuk akal.

    ADUN DAP ini kena faham bahawa Speaker Parlimen yang kamu tuduh tak masuk akal ini adalah ahli parti PAN yang korang lantik sebagai speaker manakala anak dia kerja sebagai setiausaha media boss DAP kamu, Guan Eng.

    Korang suka lantik orang yang kononnya buat keputusan tak masuk akal untuk jadi speaker ke?

    “Aziz Bari: Mind-boggling reason to reject motion of confidence”

    Lagipun, usul Shafie Apdal yang ditolak Speaker adalah usul percaya pada PM7 – bukan usul tidak percaya pada PM8.

    Lagi pelik ialah orang yang bekap tindakan Speaker parlimen untuk tolak usul percaya pada PM7 pula ialah peguam bagi PM7.

    “Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berpendapat keputusan Mohamad Ariff betul kerana Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan usul undi percaya atau usul undi tidak percaya terhadap seorang perdana menteri sahaja.

    “Sebelum ada usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri diluluskan, tidak boleh ada usul undi percaya terhadap mana-mana ahli Parlimen lain,” katanya kepada The Malaysian Insight.”

    (Lain erti ialah PM7 bukan lagi PM. Buat apa ko buat undi percaya pada dia dalam parlimen?)

    8 Mei 2020: Speaker betul tolak usul Shafie, wajar benarkan usul Dr M, kata peguam
    https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/243850

    Tak habis-habis kewayangan dan perebutan kuasa dari depa ni.

    Tunggulah krisis Covid berakhir. Tunggulah sehingga kes Covid jatuh ke sifar.


    Masa itu, tuntutlah parlimen untuk bubar jika korang berani dan kita turun ke padang untuk lawan.

    P Ramlee pernah kata "Dah tua pun bodoh"..!!


    Bossku

    ReplyDelete
  7. Kerajaan Muyidin Berbiwabawa?...

    Kerajaan yg berwibawa kerajaan yg mendapat mandat dari rakyat dan berani berhadapan dlm parlimen...

    Muyiden tertekan dgn tuntutan umno yg tidak berpuashati dgn hasil rampasan tebuk atap...

    Usul undi tidak percaya untungkan umno yg boleh beri tekanan lebih berat sebagai tukaran sokongan kpd muyidin...umno dan pas sedia untuk pru15 manakala Bersatu akan di checkmate.....penyamun dan peniaga ugama akan bermaharajalela..

    Di beritakan Wak Jahid pornorogol dan lobai Hadi nak jumpa muyidin...perjumpaan yg penuh dgn tuntutan oleh umno dan Pas..

    ...

    ReplyDelete
  8. PN gabongan yg rapuh...tiada ikatan yg jelas dan tiada satu struktur organisasi tersusun...PN di bentuk secara spontan hanye untuk tebok atap demi kuasa melalui persetujuan lisan...

    Maka timbul lah rasa tak puas hati sesama sendiri...umno jelas tak puashati hingga pimpinan nye berani umumkan sokongan kpd muyidin hanye setakat pru15....Bersatu akan ditinggalkan sendirian...

    Jelas Bersatu akan di checkmate dlm pru15.... Takkan muyidin tak nampak ape yg akan berlaku...tapi muyidin tak dapat buat ape2.... Tiada kekuatan.....Masuk umno tak gerenti MT setuju serah jawatan presiden....tanding sendirian akan kojol...

    Muyudin dlm malay dilemma...

    ReplyDelete
  9. Saya harap, usul UNDI TAK PERCAYA, Tun M dapat dilaksanakan bila Parlimen bersidang. Saya percaya, Speaker Dewan Rakyat akan memastikan usul ini dilaksanakan, sebelum tamat tempoh perkhidmatannya di Dewan Rakyat.

    Hanya para PENGECUT dan TAKUT KALAH dan KEHILANGAN KUASA, yg menolak usul ini.

    Pada saya, usul ini akan menamatkan, once and for all segala kemelut politik sekarang. Saya juga ingin tahu, benarkah Mahyidin got the numbers...???

    Kenapa tiba-tiba Najib bersuara menolak usul ini dgn menakut-nakutkan PPBM, kononn nanti hilang segalanya?

    Kenapa tetiba dia tidak mahu PPBM hilang segalanya....????

    Such hipocracy sedangkan terang-terang dia berkata, tak mahu bekerjasama dgn PPBM dan takkan terims PPBM.

    Tetiba menolak usul ini dgn alasan nanti PPBM kalah. Kan bagus kalau PPBM kalah. Dapatlah umno/pas terus berkuasa, menipu rakyat dan awak dibebaskan dpd segala tuduhan mahkamah.

    Saya memang harap Tun menang tetapi....berbanding dgn John Doe, saya mahu Tun M bersara terus dari politik.

    Saya tidak sanggup negarawan ulong ini dicaci dan dimaki. Cukup setakat dia membentuk sebuah cabinet non-partician sprti yg diingininya. Lantiklah orang lain jadi PM, asalkan bukan Anwar Ibrahim atau salah seorang geng penyamun.

    Sprti juga pengundi MELAYU lain, saya sudah bosan dgn politik mementingkan wang ringgit dan hawa napsu untuk berkuasa konon demi Melayu dan Islam. Sedangkan, ini cuma tetorik kosong.

    Realitynya, masing-masing nakkan kuasa politik untuk isi tembolok sendiri dan kroni-kroninya.

    Sepanjang dua bulan berkuasa ini, hari-hari merungut, menuntut harta perang. Tiada seorang pun dpd mereka yg bercakap pasal masa depan Melayu atau agama. BMF dan perjuangan untuk ADIB pun sudah lenyap. Yang ada, hari-hari merungut tak puas hati berebutkan harta perang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah tu....kalau Muhyidin Tewas...PRU ke 15 harap dapat diadakan secepat mungkin ...Insyaallah Mufakat Nasional akan memenangi PRU ke 15...

      Delete
    2. Minah ooi....kalo muyidin tumbang dlm parlimen umno hilanglah jawatan....

      Umno sudah bersedia untuk pru15 bersama Pas...Bersatu bersedia berpecah 2...

      Berape ramai orang gaknye nak undi Bersatu?...boleh join PH semula tapi tun madey atau muyidin bukan pm lagi...azmin and the geng melopong lee....

      Delete
    3. Kau pun tin kosong juga.

      Delete
  10. Muyidin berada dlm keadaan yg sangat sukar kerana tebuk atap tanpa restu tun madey...pilihan untuk kekal selepas pru15 amat tipis...muyidin boleh selamat di parlimen tapi kena berkorban dgn tuntutan umno dan pas...

    Tun letak jawatan ada tujuannye dan tun yakin akan mendapat semula jawatannye dgn sokongan lebih padu...

    Muyidin sudah potong stim maka berdendamlah tun kpd muyidin....

    Pimpinan kanan umno tiada jawatan...tujuan umno gabong tebuk atap hanye untuk kukuhkan kembali umno dlm pru15...

    Umno tidak mau parti lain sebagai ketua dlm pru15...umno yakin pru15 akan kembali berkuasa dgn sokongan pas..tiada lagi 3 penjuru...

    Muyidin tiada sokongan ape2 pon untuk pru15...penyokong2 Bersatu sila pikir dgn otak yg waras....kembali kpd PH pon tak ada jawatan pm lagi andai ph menang...

    Tun madey bersama dgn PH tapi sudah dimaklumkan bukan pm lagi...

    Panji hitam pemoda tamim dan perang klimaks hanye hayalan orang yg kuat berangan berasaskan hadis dhoif yg langsung tiada kaitan dgn politik malaysia...





    ReplyDelete
  11. Setuju benar dengan Cikminah
    Berebut harta hilang Melayunya
    Puak ini sesal tak pernah
    Dapat kuasa tak ingat dunia!

    60 tahun bangsa, agama
    Digegar dilaung konon berjuang
    PRU 14 rakyat tak terima
    jatuh tersungkur dah kena buang!

    Cakap berdegar juara Melayu
    Penghina Islam letak sebaris
    Demi bangsa sudah pun layu
    Mana upacara nak junjung keris?

    Apa lagi yg tak kena
    Jawatan penting semua Melayu
    Slogan bangsa hilang ke mana
    Burung pipit dah jadi jentayu!

    Jangan lupa peranan siapa
    Singkirkan Roket bukannya kamu
    Jika bukan kerana Bapa
    Jadi pembangkang sehingga jemu!

    Kini dah jadi sebahagian kerajaan
    Perangai lama jangan dibuat
    Rasuah, kroni jika pertahan
    Macamana kerajaan nak kuat?



    ReplyDelete
  12. https://inforakyat.net/pas-umno-mula-hilang-sokongan-pengundi-melayu/

    PAS UMNO mula hilang sokongan pengundi Melayu...Beralih kpd PH..

    ReplyDelete
  13. Aku sokong move tun,pandai le puok2 penyamun,masa depa curik kerajaan dulu,kita tgh ngadap pandemic. Masa tu hangpa xde plak ingat curik kerajaan yg tgh ngadap mslh negara,bila kena batang idung depa pandai plak ckp psl pandemic.butoh hng la yiddin,butoh hang la wan saiful.

    ReplyDelete
  14. Dua tokoh besar politik negara, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai kata sepakat menolak perbezaan, sengketa dan kemelut demi rakyat.
    “Masanya telah tiba untuk kita bangkit semula dan berusaha mengembalikan mandat rakyat ke pihak yang sepatutnya,” kata Ahli Parlimen Langkawi dan Port Dickson itu dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena ulangtahun kedua kemenangan Pakatan Harapan.
    Mahathir dan Anwar turut mengimbau ketika 22 bulan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara dengan mendakwa telah melakukan reformasi dan institusi.
    Mereka berdua turut mendakwa ketika pemerintahannya, PH memastikan demokrasi itu subur dan salah satunya ialah kebebasan bersuara yang tidak pernah rakyat miliki sebelum ini. Ucapan sempena olang tahun PH ke 2 hari ini.

    Masih tak serik Brother kena game dua kali..

    Saya ulanggg..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas 9 Mei 2020, andaikata PH masih kerajaan maka akan berlakulah pertembungan besar di antara penyokong2 Brother dan penyokong2 Tun tentang siapa yang layak menjadi PM kerajaan PH. Brother memang kelihatan akan all out untuk turunkan Tun dan naik jadi PM. Tidak ada cara yang takkan digunakan Brother untuk cuba turunkan Tun.

      Apabila PH dah tumbang sebelum 2 tahun, Brother jugalah yang mencari Tun untuk isu join statement sempena ulangtahun 2 tahun kemenangan PH.

      Mengapa Brother tak serik2? Jawapannya kerana Brother masih melihat Tun sbg pintu terakhir untuk dia menjadi PM.

      Brother takkan berhenti mencuba. Serik tiada dalam kamus percubaannya.

      Delete
  15. Ucapan Tun ulang tahon ke 2 Kemenangan PH - Najib juga yang salah

    “Kita harus ingat, kita tubuh Bersatu bukan sebagai parti campuran, seperti parti-parti lain. Kita tubuh Bersatu untuk orang Melayu dan Bumiputra. Sebabnya, Umno tidak lagi mengutamakan Melayu dan Bumiputra. Itu sebab kita tubuh Bersatu.

    “Bila kita hancurkan Bersatu, kerana tindakan Umno, maka hilanglah parti Melayu uang berhasrat berjuang untuk bangsa, negara dan agama kerana Umno bukan lagi macam itu. Umno sekarang ini hanya berjuang untuk Datuk Seri Najib tetapi kita terjebak kerana tidak diberitahu,” kata Mahathir dalam ucapan itu.

    Sehubungan dengan itu, Dr Mahatahir berharap sempena ulang tahun kedua kemenangan Pakatan Harapan ini ahli-ahli Bersatu berfikir dengan mendalam sebab apa mereka menyertai Bersatu.

    Parti Bersatu terkontang kanteng Najib juga yang salah.

    Elok Tun dibawa jadi saksi kes 1MDB 18.5.200 nanti.

    Bring it On Q serra serra..

    ReplyDelete
  16. Tahu tak MASZLEE kasut hitam dah tolak jawatan Pengerusi Mara...?

    Dia kata, jawatan itu buka kemahuan pengundinya. Pengundi mahu dia menolak penyamun. Jadi, dia ikut kehendak pengundinya di Sempang Rengam.

    Siapa kata semua pengundi Melayu Johor nak umno/pasbkembali berkuasa dan Bersatu akan kaput.....????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minah bodoh bila pula mazlee kasut hitam do offer jadi Pengerusi Mara?..bangang betul lah kau ni

      Delete
    2. Pengundi simpang Renggam mahu tol dihapuskan seperti janji Maszlee seblm pru14...

      Tak ada orang kata semua melayu Johor mahu umno....tapi pimpinan Bersatu johor yg haru biru sejak kena serah kuasa kpd umno yg lebih ramai..

      Delete
    3. Yang kaput adalah kau. Dah lah kaput bodoh bangang pulak tu.

      Delete
  17. Dah tengok video temuramah bersama Tun tentang usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin? Tiba-tiba Tun hilang keyakinan bahawa usulnya akan berjaya dengan mendakwa orang-orang yang sokong beliau telah berpaling tadah kerana diberi jawatan oleh Muhyiddin. Tun tak kaji dulu ke sebelum hantar usul kepada speaker? Dah hantar, speaker dah terima, tiba-tiba komen mungkin sokongannya tidak sampai separuh ahli dewan. Apa cerita ni Tun? Ni mesti muslihat. Yelah, Tun tak akan cakap sesuatu jika tiada muslihat. Nak elak tanggungjawab beri jawatan PM kepada Anwar dengan meletakkan jawatan. Dengan harapan akan ada yang pujuk beliau terus berkhidmat sebagai PM seperti ketika menjadi PM ke 4 dulu, menangis sedu-sedu lalu dipujuk oleh Rafidah Aziz. Rupanya jalan cerita tak sama dengan skrip. Itu punca hati tak selesa. Lain dirancang lain yang jadi. Entah la Tun. Ramai penyokong Tun harap Tun kena mula fikir bersara dari politik. Bimbang reputasi makin hancur. Amat malang jika di akhir hayat nanti, reputasi politik makin hancur dan jenama Tun Mahathir menjadi kucalana sebelum dilupakan oleh generasi mendatang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun mahadey patut tahu sokongan kpd beliau telah jauh berkurangan...zaman tun sudah berakhir...tun syok sendiri...

      Delete
  18. Tak kisahlah. Yg penting, usul undi tak percaya dijalankan. Baru kita tahu, siapa yg pentingkan tembolok, sispa yg pentingkan mandat rakyat pru14 supaya kita tahu, nak pangkah siapa PRU15 nanti.

    ReplyDelete