Wednesday, May 27, 2020

YANG BELUM

Yang mengharapkan Muhyiddin tewas di parlimen belum kesampaian..
Yang mengharapkan Najib dibebaskan..cerita digembur mendahului mahkamah..

Kedudukan Muhyiddin makin goyah jika Najib terbebas??



12 comments:

  1. Maaf KD....saya mahu OT.
    Nak tanya semua pengikut blog KD, kamu semua ada baca atau dengar KHUTBAH JUMAAT Dr.Mazee, Mufti Perlis..... ????
    Dr.Mazee terus terang kata, MELAYU PEMALAS terutama yg hidup susah, sentiasa mengharapkan bantuan. Diberi tanah dan rumah, rumah kotor dgn sampah sarap bertimbun keliling rumah. Tanah penuh lalang. Beranak setiap tahun. Lakinya terbaring dgn seribu satu alasan untuk minta bantuan. Inilah Melayu yg Umno mahu. Galakkan.mereka malas dan bodoh sementara pemimpinnya, penuhkan tembolok. Lihat apa jadi kat KEDAH. Baru seminggu berkuasa, dah nak tebang balak di hutan simpanan. Sedangkan hutan itu tempat tadahan air bagi oetani di Kedah dan Perlis. Tapi, ada Lobai kisah.... janji noleh beli Mercedes dan berbini empat.

    DrMAZA.com ANTARA MISKIN DAN MALAS Hari ini, saya kembali...

    https://www.facebook.com/279290772989/posts/10158543304777990/?sfnsn=mo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Minah....kalau tak tahu pasal kes nak tebang balak kat Kedah tu, elok diam...
      Takkan hari2 nak membodohkan org...padahal diri sendiri tu bodoh dan malas nak membaca...
      Hari2 asyik membaca berita dari laman2 fitnah pembangknag, sebab tu otak pun dah korup!!
      Cubalah bukak minda tu.....
      Melayu maju sekarang ni adalah hasil usaha serta izin dari Allah selama BN/UMNO memerintah Malaysia selama 62 thn....termasuk kau jugak yg mendapat nikmat pendidikan yg diberi semasa BN/Umno memerintah...
      Jgn jadi macam org yg tak tahu bersyukur.....sombong dan bongkak!!

      Delete
    2. Tak usahlah jadi batu api lagi la KD..
      Bosan la...hari2 cerita pasal politik tak matang dan politik dendam cm ni..

      Kau ingat PH akan menang semula ke???
      Poodahhhh.....Percayalah, PH akan tumbang di Negeri Sembilan dan Sabah...
      Akan tumbnag juga kalau diizinkan Allah di Selangor...Perang dalaman di Selangor sedang berlaku...

      MP PH jugak akan lebih ramai lagi akan keluar parti dan sokong PN sebab mereka nak jadi MP hingga tahun 2023 bukan sampai tahun 2020 ajer... faham tak???

      Delete
    3. Yang cakap ni bukan Melayu kot.......kalau ikut jenyataan di atas ni hanya PAS yang Melayu. Kalau bukan Melayu, tak payah sibuk hal Melayu lah!

      Delete
  2. Kerusi PN dan PH sama banyak 111.... Tak perlu undi tak percaya...

    Muyidin jadi pm tunggul kayu...tak ada RUU dan bajet boleh lulus...

    Muyidin sendiri akan bubar parlimen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM tiada kuasa untuk bubarkan parlimen. Itu kuasa YDPA.

      Walau di dalam kumpulan mana pun anda berada, tiada seorang pun yang dapat menafikan hakikat bahawa di dalam keadaan semasa, demokrasi benar-benar sedang berjalan ke arah kebuntuan.

      Demokrasi bukan jalan penyelesaian kepada semua masalah. Kadang-kadang demokrasi itulah yang menjadi punca masalah. Samalah juga halnya dengan monarki. Kadang-kadang sistem itu yang menjadi punca masalah dan kekadang sistem itu yang menjadi penyelesai masalah.

      Kelak apabila demokrasi mencapai kebuntuan, monarki akan menjadi jalan keluar tunggal yang boleh digunapakai.

      Di dalam kebuntuan demokrasi hanya seseorang ahli parlimen yang pernah menjadi ketua kepada semua ahli-ahli parlimen lain dan parti-parti politik yang ada wakil di dalam parlimen yang akan berpeluang untuk memenangi perebutan kerusi PM melalui jalan monarki mutlak dan orang itu tiada lain ialah Tun M sendiri.

      Apabila ia berlaku, semoga TSMY sedar bahawa untuk ia kekal berada di kalangan golongan yang menang, dia tiada pilihan lain selain untuk kembali berada di belakang Tun M.

      Pilihan John Doe adalah jelas. Dengan atau tanpa TSMY, John Doe kekal bersama Tun sehingga ke akhir, In shaa Allah.

      Delete
  3. Tun M - tak mahukan UmNO en block di dalam kerajaan pusat.

    PH - mahukan DSAI segera menjadi PM.

    UmNO - mahukan PRU semula dan mahukan kembali kerusi PM.

    PAS - mahukan ghanimah yang lebih banyak daripada yang sedia ada.

    Kesemua pihak-pihak yang mempunyai matlamat berbeza ini berkongsi jalan pertama yang sama untuk mencapai matlamat masing-masing iaitulah kejatuhan TSMY sbg PM-8.

    John Doe - mahukan TSMY jatuh supaya dia tidak hanyut lama bersama UmNO dan PAS. Memadailah beberapa bulan selepas PKR, DAP dan PAN ditumbangkan, kini ia giliran UmNO dan PAS pula perlu merasakan perkara yang sama. PPBM perlu menang mutlak ketika Tun M masih bernafas dan masih sihat untuk meneruskan dan menyelesaikan Perjuangan Yang Ditakdirkan ke atasnya.

    Kita tunggu pusingan seterusnya apabila parlimen tiada lagi alasan untuk bersidang penuh, dan apabila belanjawan 2021 perlu dibentangkan.

    Semoga TSMY memilih jalan yang betul apabila dia benar-benar perlu membuat pilihan terpenting sepanjang jalan politiknya. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ppbm dh pecat mahathir. Jangan buat lawak meneka mcm² la john doe.

      Delete
  4. Sudah baca apa Tok Kadir Jasin tulis dalam blognya.....???

    Saya sudah tulis komen di situ, jadi saya malas nak ulang balik di sini. Masuklah ke blog Tok kadir untuk dapat pencerahan yg jelas.

    ReplyDelete
  5. BYE BYE MUHYIDDIN…..BYE UMNO N PAS
    May 2020Politik Semasa1

    Ada dua perkara penting yang menyebabkan peralihan kerajaan kepada PH tidak dapat dielakkan daripada berlaku tidak lama lagi.

    Pertama, PH ketika ini sudah mempunyai cukup bilangan Ahli Parlimen yang menyokongnya dan kedua, siapa calon Perdana Menteri juga sudah dipersetujui.

    Tetapi, perubahan kerajaan ini bukanlah mencuri mandat rakyat sebagaimana yang dilakukan oleh PN sebelum ini, sebaliknya bertujuan mengembalikan semula mandat rakyat kepada PH sebagai pihak yang berhak dan dipilih rakyat dalam PRU14 lalu.

    Dari segi bilangan Ahli Parlimen atau nombor yang ada, berapa jumlahnya sama ada 113, 115, 120 atau 129 bukanlah perkara mustahak kerana yang penting ia lebih daripada jumlah minimum 112.

    Proses mengambil alih kerajaan ini dipercayai akan dilakukan melalui usul undi tidak percaya di Parlimen pada Julai akan datang.

    Ia tidak dilakukan dengan cara mengumpul Akuan Bersumpah atau SD yang kemudian dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong sebagai bukti sudah ada cukup majoriti.

    Difahamkan ini berikutan Ahli-Ahli Parlimen PN yang mahu menyokong PH atau dikenali sebagai “penyokong tersembunyi” masih tidak sedia secara terbuka menunjukkan sokongan mereka.

    Sebaliknya, mereka hanya sedia menunjukkan sokongan kepada PH melalui undi sulit di dalam Parlimen.

    Maka itu, demi keharmonian dan menjaga kepentingan semua pihak, walaupun nombor sudah mencukupi dan mungkin jumlahnya terus meningkat lagi, ia tidak akan dilakukan melalui pengumpulan SD, tetapi melalui sokongan terhadap usul undi tidak percaya di Parlimen yang akan dibawa oleh Tun Mahathir Mohamad.

    Berkenaan calon Perdana Menteri pula, sebagaimana yang telah disahkan oleh Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, ia telah pun dipersetujui semua pihak dalam PH.

    “Kami hanya ada satu calon dan ia telah dipersetujui semua pihak.

    “Dahulu (sebelum PRU14) kita tak pasti menang, maka perbincangan tidak dilakukan secara terperinci.

    “Kini kita yakin akan kembali berkuasa, jadi kita lebih bersedia dengan perbincangan yang lebih terperinci,” kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

    Seterusnya Khalid menambah, “PH sekarang lebih mantap kerana golongan pengkhianat sudah keluar. Mereka yang memberi tafsiran berbeza mengenai kepimpinan dan peralihan kuasa sudah tiada lagi.

    Malah tegasnya, persetujuan yang dicapai sekarang ini lebih tepat dan mempunyai sokongan daripada semua pihak.

    Hakikatnya, baik mengenai cukup nombor atau calon Perdana Menteri yang telah dipersetujui – tidak kira siapa calonnya – ia adalah suatu fakta yang benar, sahih dan tidak boleh dinafikan lagi.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete