Monday, July 13, 2020

INGATAN KEPADA AGAMAWAN YG MENGHIAS DIRI

VIRAL DARI SEBELAH UNTUK DISHARE BESAMA DAN TOLONG KOMEN UTK KEBAIKAN BERSAMA

PESANAN ISTIMEWA KEPADA AJK DAN KARIAH MASJID SELEPAS MUSIM PKP SELESAI

Ada sahabat yg menyaran kan _bukalah pintu masjidmu 24 jam,_(menutup tetapi tidak mengunci), agar engkau tidak malu di hadapan Allah yang membukakan pintu rezeki dan ampunan-Nya untuk kita semua setiap waktu.’

Barangkali ada saudara kita yang ingin beri’tikaf malam atau bertahajjud.

_Pesan ke 2_, jangan pernah engkau tulis _‘Dilarang Tidur di Masjid‘_

Anda tidak tahu ada beberapa musafir yg sama sekali tidak punya wang untuk menginap di hotel. Akibatnya di lantai depan masjid-lah mereka mengistirahatkan kepenatannya. 

Setidaknya, sediakan karpet untuk kegunaan para musafir di masjid...

_Pesan ke 3_ jangan pernah engkau tulis _‘Selain jamaah masjid dilarang menggunakan toilet" atau "Toilet Bukan Untuk Mandi‘_

Mengapa begitu perhitungannya kita dgn musafir, hanya menumpang buang air kecil atau membersihkan diri pun dilarang? Padahal ceramah Khatib mengatakan “kebersihan sebagian dari iman”. Khatib beri nasihat, tetapi AJK masjid buat sebaliknya.

_Pesan ke 4_, jangan pernah engkau tulis _Jangan membawa anak kecil"_atau berkata “Huss... jangan bising!” 

Ketahuilah anak² kecil itulah yang akan menjadi penerus kita nanti sebagai pemakmur masjid, baik selagi kita masih hidup maupun setelah kita wafat. Biasakanlah anak-anak kita dengan masjid. Jadikanlah masjid itu mesra kanak2 dan anak2 supaya kanak2 dan anak2 ini jatuh cinta kepada masjid. 

_Pesan ke 5_, ‘Bangunlah masjidmu sebaik mungkin, karena masjid bukan hanya sekadar tempat bersujud‘ tetapi digunakan untuk bermusyawarah, mengurus masalah umat, menimba ilmu serta menenangkan hati dan merehatkan zahir dan batin kita.

_Pesan keenam_, ‘Jangan bangga dengan jumlah infak yg ratusan juta tetapi tidak digunakan untuk kemakmuran masjid’.

Ingatlah! Orang berinfak ke masjid itu berharap pahala jariyah. Bagaimana mereka akan mendapatkan pahala amal jariyah dan bagaimana pula Anda mahu mendapatkan pahala menjaga amanahnya, sedangkan wang infak tersebut tidak kamu gunakan sebaiknya untuk MANFAAT manusia lain? Sebaliknya Anda menyimpan wang infak masjid dan diuruskan dengan lemah. 

Apakah Anda tahu, boleh jadi di sekitar masjid ada manusia yang susah atau sakit yang memerlukan pembelaan dari wang infak masjid?

_Permudahlah setiap orang yang hadir ke masjid kerana ia rumah Allah!!!_

Barangkali kerana amal kecil itu bisa menjadi sebabmu ke syurgaNya. *_Bagaimana mungkin Anda menyebut masjid itu “Rumah Allah” sedangkan Anda atur buka dan tutupnya laksana kedai perniagaan atau harta peribadi._

Assalamualaikum.

Mesej ini ditujukan kepada sekelian komuniti taman perumahan dan kampung kampung, terutamanya kepada mereka mereka yang diberi tanggungjawab sebagai pegawai dan AJK mesjid atau surau.

Maaf cakap, didapati ada sebilangan pengerusi dan AJK mesjid yang menyangka bahawa amanah yang Allah berikan kepada mereka ialah menjaga bangunan dan halaman mesjid, mesti selalu cantik dan bersih, tidak boleh itu dan ini.
Tidak berkerut sedikitpun dahi mereka melihat saf saf kosong. Hanya berkerut bila dah dekat mesyuarat agung mesjid, dan berkerut tentang kewangan mesjid. Mesjid menerima dan menyimpan sedekah dan hadiah2 berharga, lalu mesjid dijadikan gudang menyimpan khazanah, perlu dikunci 24 jam kecuali waktu solat.

Para Ulamak diseru agar segera memberi Kursus Intensif kepada Para Pegawai dan AJK Mesjid perihal pentingnya menunaikan amanah menjalankan fungsi2 utama mesjid yang antaranya ialah fungsi IBADAH (terutamanya solat berjemaah), DAKWAH AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR, TAALIM WANTAALUM, PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT.

Bebaskan Para Pegawai dan AJK Mesjid dari belenggu mentaliti Tok Siak dan Tukang Kebun.
Janganlah ada mana2 Jabatan Agama yang membuat pertandingan Mesjid Surau Tercantik, kerana ini akan merendahkan mentaliti pegawai dan ajk ke level Janitor dan Tukang Kebun. Kalau nak, buatlah pertandingan Mesjid yang paling makmur, atau yang paling ramai makmum solat Subuh, yang paling cakna ahli kariah, yang paling kuat dakwah, yang paling hidup majlis ilmu, dsbnya.

Tidak dapat dinafikan betapa besarnya kemuliaan dan fadhilat orang yang ikhlas menjaga kebersihan mesjid dengan niat untuk memakmurkan mesjid.
Dan besar jugalah dosa golongan yang menghalang ummat memakmurkan mesjid dengan alasan keselamatan dan kebersihan mesjid.

Apakah alasan yang bakal kamu berikan kepada Allah bila tindak tanduk mu menghalang orang nak singgah solat pada pukul 3am, atau menghalang orang untuk iktikaf.

Mesjid bukan muzium. Mesjid bukan stor penyimpan barang berharga atau peti derma.
Dalam mesjid ada stor. Kunci stor sahaja, JANGAN KUNCI MESJID.

Afwan, wallahualam.

3 comments:

  1. Ketidakmampuan agamawan to differentiate/separate between the true call and teaching of religion viz religious superficiality and hypocrisy is very appalling.

    The obvious failure to script out the slogan demi bangsa dan agama is too glaring to dismiss.

    Immorality is no longer an issue, misrepresenting religious principles has gone haywire.

    Racial and religious rhetorics and polemics have gone insane.

    ReplyDelete
  2. Menghias diri dgn kereta Merc, rumah besar, jubah dan serban, kedudukan dan pangkat serta bini muda yg seksi dan harta benda dan kuasa yg tak tetnilai.

    Suka saya nak cerita kisah AJK sebuah mesjid di Melaka. Mesjid ini dibaikpulih sepenuhnya. Kejadian, sebelum PKP Covid. Seorang kontrakter letrik oku dpt tender memasang wayar. Harga keseluruhan pemasangan dalam rm30 ribu. Berminggu dia dan pekerjanya membuat wayaring utk seluruh mesjid. Bila dah siap, AJK enggan membayar harga pemasangn wayaring itu. Kesian kontrakter kecil Melayu ini. Bukan dia sahaja teranaya, dia tak dapat membayar pekerjanya. Kerana terlalu menumpu kpd mesjid itu, dia menolak semua kerja kecil. Akhirnya, dia hilang semua. Rumahnya pun hampir tergadai kerana tidak msmpu bayar ansoran. Dan dia seorang OKU. Dia seorang yg baik, tidak berkira. Semoga dia sentiasa dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  3. Nape smp skrg masjid, surau hanya dibuka waktu solat fardhu shj, pas tu tutup. Mall cinema etc dh buka. X fhm sungguh aku.
    Sampai pernah aku trlps waktu solat bila pergi ke masjid pintu kunci.

    ReplyDelete

NILAI RAFIZI ADALAH DIRINYA SENDIRI

Rafizi sudah meletak dirinya selaras Azmin dan kini mula meningkat ke selaras Anwar Dan akhirnya selaras Mahathir.  Rafizi boleh keluar PKR ...