Friday, July 3, 2020

NAK JADI ORANG BAIK YG DIAM DENGAN KEMUNGKARAN DI DEPAN MATA ATAU MUNGKAR BERSAMA MEREKA

Pilihan rakyat Malaysia makin jelas.

Untuk punya penyokong yang ramai, tidak dikecam..elok sokong kemungkaran.

Undi dan menang PRU/PRK boleh bawa masuk kubur untuk dipertaruhkan.

Dah sampai ke tahap tu.

3 comments:

  1. Mcm dh jangka BN menang besar di Chini je KD ni. Itulah, kenapa PH tak letak calon lawan BN. Ni hantar calon menyamar calon bebas di situ. Jadi lauk ajelah. Ke takut hilang deposit sebab sejarah pru14, calon pkr (ph) hilang deposit. Untuk elak malu, baik tak bertanding walaupun alasan hanya menggambarkan ketakutan hilang sokongan.

    ReplyDelete
  2. Bukan fantasi namun realiti semasa
    Bukan fiksyen atau auta namun fakta
    Bukan palsu ternyata benar belaka
    KEMUNGKARAN sememangnya berleluasa

    Buat kita rakyat semua didepan mata ada pilihan
    Berdiam diri atau bersama mereka berkemungkaran
    Yang menjadi pelik jelik buat kita berhairanan
    Dimana kamu wahai para mufti ustaz dan agamawan?

    Kalau si Tua dipanggil dengan bermacam gelaran
    Dihina dinista nyanyuk lupa akhirat dan Tuhan
    Para Agamawan berbunyi tumpang sekaki mencaci
    Sehingga lupa semua kita akan berjumpa Ilahi

    Kemungkaran sebenarnya tak pilih warna dan bulu
    Bersuperficialiti dan berhipokrisi setiap waktu
    Berkokok berbunyilah penyokong termasuk agamawan
    Asalkan ada imbuhan pangkat dan habuan ditawarkan

    Hanya memanjangkan apa sdra KD perkatakan
    Berkenaan dengan Undi dan menang PILIHANRAYA
    Boleh bawa masuk kubur untuk dipertaruhkan
    Dah sampai ke tahap itu NAK TANGIS ATAU KETAWA?

    Memang jelas memang suasana ini menakutkan
    Keadaan semasa OVERWHELM oleh kemungkaran
    Rasa bersalah takut menggigil seluruh badan
    Mengingati keadaan kita bila berdepan Tuhan

    Jika pengkhinatan dan penyamunan diterima dihalalkan
    Pelarian semburit dan penunggang agama juga tak salah
    Jika slogan Demi bangsa dan agama terus disalahgunakan
    Hidup kita dalam KEMUNGKARAN, ampunkan kami Ya ALLAH

    Wallahuaklam

    ReplyDelete

NILAI RAFIZI ADALAH DIRINYA SENDIRI

Rafizi sudah meletak dirinya selaras Azmin dan kini mula meningkat ke selaras Anwar Dan akhirnya selaras Mahathir.  Rafizi boleh keluar PKR ...