Friday, July 24, 2020

Serah kerusi kepada Bersatu, ahli Umno akan berontak, kata Ku Li

Serah kerusi kepada Bersatu, ahli Umno akan berontak, kata Ku Li: Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah memberi amaran, ahli Umno akan menolak parti itu jika peminpin mereka dengan mudah tunduk memberikan laluan kerusi kepada parti serpihan mereka, Bersatu. Memetik Utusan Malaysia, Pengerusi Jemaah Penasihat Umno itu berkata, tentangan akar umbi perlu diambil kira sebelum melakukan sebarang rundingan pembahagian kerusi dengan Bersatu. Ini kerana katanya, kemarahan dan [...]

# Ku Li tidak berpijak di bumi nyata..
Begitu juga dengan isu Muhyiddin dipelawa sertai umno..

Apatah lagi tentang isu kerusi?
Setakat mana ahli memberontak hakikat pemimpin mereka pun kena "beli"
Pemimpin yg dibeli tidak akan menghasut akar umbi untuk memberontak..

Sebelum ini pun, semasa pemimpin mereka dikecam sebagai penyamun?
Apakah mereka bangun memberontak?
Semasa UMNO terlungkup dihalau dari Puterajaya atas faktor pemimpin mereka, adakah mereka memberontak?

Budaya ahli dan perwakilan terlibat dalam penggunaan wang di peringkat pemilihan cawangan, bahagian dan pusat mengesahkan lagi tidak akan berlaku pemberontakan..

Ahli PAS sendiri yg fanatik ditanam semangat bencikan UMNO kini menjilat sendiri ludah mereka secara selamba..
Why?

Sebab pemimpin mereka sudah berjawatan..

Itulah politik Melayu.


14 comments:

  1. Pandangan peribadi saya, pandailah pemimpin berunding menyelesaikan soal kerusi. Contohnya, suatu ketika Tun amat memusuhi Kit Siang dan Anwar boleh berunding hingga berjaya membentuk PH. Tak pelik jika perebutan kerusi dalam PN yang sangat menyeronokkan musuh² PN akhirnya nanti berjaya diselesaikan dengan baik. Maka yang anti PN, bersedialah untuk menerima berita kurang baik dan menyakitkan hati isu kerusi berjaya diselesaikan dengan berhemah dan teratur oleh pimpinan PN.

    ReplyDelete
  2. biasanya politik penting parti sendiri. bila pru nanti, semua pakat bertanding, ikut parti. bila menang baru kira sapa yang jadi kerajaan. sekarang kerajaan nak kekal, ikut cakap parti yang bergabung untuk kekal berkuasa. ada mereka fikir rakyat, sampingan jer. bila politik cakap semuanya untuk kumpulan mereka, sapa jadi pengerusi glc, jadi exco, jadi menteri, jadi mb, jadi pm. semua itu kuasa yang mampu bikin wang dan kerja untuk penyokong. so sebagai rakyat pengundi yang jauh daripada pemimpin, apakah yang kita akan dapat daripada undian sokongan kepada parti politik yang bertanding. apakah yang pemimpin akan beri kepada rakyat dan buat rakyat gembira dan selesa dengan keadaan negara?

    rasuah? semua pemimpin ada pasukan penerima rasuah. aku pun tak jangka orang kuat ex pertahanan dah sapu puluh juta dalam tempoh 22 bulan. itu belum lagi 60 tahun perintah. so, apa yang pengundi dapat jika parti menang? kita dapat berita syok parti kita undi menang dan tak syok kalau kalah. yang lain serupa macam biasa kecuali kepada orang kanan pemimpin parti. mereka akan dapat jawatan besar seperti pegawai khas, pengerusi, menteri, exco, duta, peluang bikin wang, ap kereta, projek besar-besar. sebagai pengundi, kita dapat cerita, dan ap kereta tak dapat pun dan kena bayar cukai berlambak. jadi untuk dapat keuntungan, terusla memberi sokongan membuta tuli kerana wang besar menanti anda jika pemimpin kesayangan anda berkuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik la... Siapa yg masih tk terasa comment ni memang prinsip dan moral ke laut. Tak pun Otak sekadar hiasan yg tk digunakan.

      Delete
  3. "Sementara itu, ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, masih ada antara akar umbi mereka menolak untuk bersalam dengan bekas pemimpin Umno yang kini dalam Bersatu, terutama ketika solat Jumaat sekaligus menunjukkan kemarahan mereka masih belum reda."

    Ini menunjukkan manusia bila berpolitik, saranan agama semua masuk bakul sampah. Sama sahaja PAS, UMNO atau parti-parti politik lain. Kita berpolitik sahsiah bukan taksub pada nama parti, tetapi isi perjuangannya. Susah untuk orang memahami dan kenal sempadan antara politik dan amalan agama. Sebab itu lah masyarakan nampak berpecah kerana terikut2 dengan slogan-slogan ahli politik. Perjuangan dan landasan parti UMNO sudah masuk ke longkang wahai umat melayu. Bersihkan lah hati dan cari wadah perjuangan yang lebih baik untuk agama dan bangsa. Jangan taksub pada parti politik.

    ReplyDelete
  4. Muhyiddin....it is coming....slowly and steady BUT SURELY.

    KARMA......

    ReplyDelete
  5. Musuh jgn dicari. Jawatan dan duit jgn ditolak.. Rezeki jgk tu. Kikiki

    ReplyDelete
  6. Come July 28, 2020 people needed to brace themselves for a shocker if it does happen, it could well be but surely lets hoped the Malaysia Justice System will hold. Because SRC case is pretty much OPEN and SHUT case and GUILTY as hell! Not being pre-emptive except all the evidences were laid bare for all to see/read in court!

    Otherwise why all these talking from Ku Li up north to Nur Jazlan down south hammering Bersatu and either way Muhyiddin Yasin will be pawned! TSMY has really made a mess out of this opportunistic situation without after-thoughts of repercussions that should be coming and, the people/country lose.

    More clues coming especially after Riza Aziz, Musa Aman then most recently followed by Isa Samad's relief from CBT charge however 9 graft cases continues...but the most telling would be from the Ministry of Finance Malaysia's Statements (July 24) regarding the GS settlements of US$3.9 Billion to Malaysia.

    And, what is that people should be worried upon? There was a paragraph somewhere in the middle that SPECIFICALLY mention of misconducts by 2 (TWO) employees of 1MDB....perse the 1MDB scandals....

    Be very worried that Ministry of Finance really had to heavily imply these 2 are the main culprits or fall guys? Where does Najib and Jho Low's connection NOT come into the picture?

    Bersedia lah untuk di-terperanjat Najib berkemungkinan lepas (if you read his body language and confidence with his facebook activities and statements on each and everything from Tun M to SRC to LHDN etc etc)...

    Berubah lah melayu-muslims supaya agama dan bangsa kita kembali di hormati sebagaimana kegemilangan Tun Mahathir menerajui negara dan nusantara. Kamu akan hanya dapat melihat nya dengan jelas andai kamu bermastautin berpuluh tahun di merata benua dan negara...dan lagu Ellah Standing in the Eyes of the World would not be so hollow now, it seems.

    ReplyDelete
  7. Sedihlah baca semua ni.
    Apa nak jadi dgn BANGSA Melayu. Taksub kat party dan bangsa sampai tak nampak jalan lurus atau bengkok-bengkok.

    Ramai berkata, malas dah nak mengundi. Kita hanya alat untuk beri kuasa kpd perompak, penyamun dan pencuri. Biarlah apa nak jadi. Memang takda siapa membela nasib kita, rakyat. Pemimpin Melayu kalau menang undi, cima fikir nak isi kantong sendiri. Jadi, kita jangan biar diri kita jadi alat kos mereka.

    Apa nak jadi, jadilah. I don't give a damn, anymore.







    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama...dah fade up
      kita yg naikkan diorang pastu dior ang jadi ksya raya kita makin miskin...esok PRU kau pangkahlah gambar parti kau sendiri

      Delete
  8. Kita ni jadi alat mainan politikus sahaja. Tengok blogger umno/pas dan pencacinya. Mereka mempermainkan emosi kita utk kepentingan mereka. Pencaci yg masuk sini adalah agen mereka. Dibayar utk mainkan emosi kita. Entah-entah blogger yg dapat habuan puluhan ribu atau ketua-ketua bahagian dan cabangan yg sdg menunggu durian runtuh.

    APA KITA DAPAT....?

    Simpan duit banyak-banyaknpun kat BSN dan Tabung Haji, hasilnya ciput. Yang untung politikus yg mainkan emosi kita, konon kerajaan PH sudah bankrapkan TH dan mintak buat RCI. Padahal mereka nak jadi pengerusi atau buruk-buruk, board of directors or ceo, coo yg baham duit simpanan kita ratusan juta masuk poket mereka. Dia beri kita sikit dividen, terus bangga memuji-muja. Sedangkan, itu duit kita. Kalau bankrap, kita yg rugi. Mereka ada juta-juta atau billion, 10 keturunan pun, makan tak habis.

    Jadi, tak payahlah mengundi. Kita hanya alat beri mereka kuasa untuk menipu kita. Biarlah apa nak jadi. Kita relaks. Not our problem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku kena jugak mengundi. Harap melayu yg tak mengundi tu kau sorang. Kalau kau fikir tak mengundi tu betul, biar kau sorang je yg rasa begitu. Melayu yg lain, kena jugak mengundi. Jangan biarkan orang cina dan india sahaja yg menentukan pemerintah masa depan sedangkan melayu juga ada hak. Nak undi siapa dan parti manapun, terpulang. Cuma kita yang patut tentukan, bukan kaum lain yang hanya minoriti.

      Delete
  9. Betul cik minah. Bg semua negeri UMNO yg perintah. Biaq rakyat tau nnt senang atau x. Cakap pon x guna. Nnt kata fitnah. Org Penang kata - mampoih pi la kt hangpa. Yg penting Penang tetap pembangkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisah, siapa yg jadi kerajaan. Dap, umno, bersatu, ke Pas. Sama je, semua pentingkan poket sendiri.

      Siapa pun jadi kerajaan, kita rakyat tetap kena bayar cukai. Kena kerja untuk makan. Nothing is free. Toksahlah bretorik konon, umno jaga kepentingan Melayu. Retorik nak pancing undi je. Bila berkuasa, masing-masing berebut harta perang.

      Pas pulak konon jaga Islam. Jaga Islam semasa jadi pembangkang je. Bila dah jadi kerajaan, TAK PERLU jaga lagi, kata Tuan Ibrahim. Tak perlu Ruu355. Yg penting, dapat jadi menteri atau Pengerusi Tabung Haji atau PNB. Boleh kompol harta.

      Delete

BM VS ENGLISH

  Adalah lebih baik berucap dalam bahasa kemahiran.. jangan terulang english Zahid.