Thursday, October 22, 2020

MENGGELONSOR..

Melihat politik dan kerajaan hari ini dan masa akan datang..

Pattern dan trend tidak akan lebih baik kalau dilihat kepada kepimpinan semua parti politik..

Tidak ada seorang pun yang ikhlas berakhlak dan amanah pada diri mereka sendiri pun..apalagi pada rakyat dan negara..

Ada yang berketerampilan ikut sunnah..sekadar kulit

Jika aku terlepas pandang, nyatakan sosok tubuh itu..

Bagaimana dengan Penjawat Awam dan Pihak Penguatkuasa seperti SPRM, PDRM, AG, Mahkamah...

Jawapan sudah ada...

Apakah rakyat boleh membantu dan membetulkan keadaan..

Melihat kepada pemikiran dan sikap rakyat.. ia sekadar menambah mempercepat lagi rosaknya tamadun manusia..meruntuh negara.

Kemuncak negara sekadar 2003..menurun dan kini menggelongsor..

Sebutan akhir zaman..seperti tiada lagi harapan negara kembali bangkit dan sekarang pun tanda² kebangkitan semula itu tiada..

Di tangan tua atau tangan muda..hasilnya sama sahaja..



# AKU NI MENULIS DALAM KADAR ILMU YANG RENDAH, TAK PANDAI..

HARAP YANG KOMEN ITU LEBIH CERDIK BERKONGSI ILMU

Kalau lebih teruk dari aku, cukuplah baca sahaja.

Salam Jumaat.


14 comments:

  1. akhir zaman, dah tahu kurang ilmu tapi masih nak cakap banyak, akhirnya masyrakat jadi huru hara. orang yang berilmu pulak tak reti nak berbunyi. orang jahat jadi hero.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Malaysia ini senang cukup senang.. Kalau rakyat tak undi berkali kali si peliwat, penyamun, penjahat, penjual agama dan penyundal dan perbodoh otak melayu dan bukan melayu utk kuasa dan habuan.. Maka tak ada la masalah serius macam sekarang...

      Hal org nak bercakap bukan kuasa kau nak sekat.. Masalah nya macam mana masyarakat nak tapis... Ini penyamun menipu, yg di sah oleh makamah bersalah ramai yg percaya.. Masalah nya peliwat yg di sah oleh makamah melihat peliwat menipu ramai yg percaya... Si penjual agama menguna Islam utk dapat hasil dunia ramai yg telan hidup x2 tampa nilai... Ini la masalah yg berlaku dlm negara kita sekarang..

      Macam ini la lain kali kalau ada beruk x2 politik jual cerita berkait kaum dan agama ini la yg pertama kau kena elak tak terbukti sejak dulu akhirnya mereka ini dgn keluarga kaya raya dgn hasil politik dan sapu projek kerajaan dgn haram... Kau dgn melayu yg lain hidup tak ubah di tokok lama.. 20 /30 tahun dulu memang byk perubahan tapiiii skrg buang masa laaa minta mau buka bro jgn dlm biar bawah tempurong.

      Delete
  2. MAS akhirnya tawar VSS dan mungkin tutup firefly jadi syarikat kebangsaan semua bermula zaman Tun Daim dan Anwar melalui Tajuddin Ramli proksi Daim sekarang terasa bahana dari perbuatan mereka.

    Oleh kerana ramai yg menganggur buang kerja sebab Covit19 ekonomi merudum maka umur persaraan wajib kena kembalikan pada 55 tahun. Suka atau tidak sektor awam dan swasta kena terima.

    Bila ramai bersara umur 55 tahun maka graduan menganggur dan lepasan kolej spm stpm dll akan mengantikan pesara wajib ini.

    Bulan depan bentang bajet wajib turunkan umur bersara pada 55 tahun.

    Sekarang buisness online, grab, grab food dll sudah jadi trending maka tiada alasan umur bersara wajib 60 tahun

    Ini lah warisan bodoh yang ditinggalkan oleh Tun Daim Anwar melalui kroni Tajuddin yamg akhirnya anak cucu kaya raya dan yang rakyat , otai bodoh reformasi dan walaun walaun bodo dapat sekarang ini..!? Akhirnya rakyat buang kerja dan menganggur pasal politikus ini.

    Humban kan semua politikus lusui dan berkarat ini.

    Bersara 60 tahun yg dipraktik zaman Tun adalah idea orang bodoh dan lapuk otak karat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sara 60 era Tun?
      Jangan benci mendahului ilmu.

      Era Tajuddin sangat jauh kebelakang..
      Perlu dan sesuai pada masa itu..

      Takkan dalam tempoh 25 tahun ia masih terkesan sedangkan melalui era 3 PM dan 5 Menteri Kewangan yang sepatutnya baik pulih telah dibuat...

      Menyalahkan era 25 tahun sahaja tidak baik untuk hati yang sakit

      Delete
    2. Dalam keadaan sekarang juga, bukan sahaja MAS tetapi semua syarikat penerbangan..
      Apakah semua itu disebabkan Tajuddin, Daim dan Tun.

      Tolong makan ubat bro..

      Delete
    3. Kahkahkah....semua salah Tun Mahadir. COVID19 ni pun salah Tun Mahadirkah...?

      Delete
    4. Biasa la mental orang yang dijampi oleh BN,UMNO,PAS,PKR. Semuanya membuatkan penyokongnya taksub pada pemimpin masing-masing tanpa hiraukan benar dan salah.

      Orang macam ini, kucing dia berak cair pun salahkan Tun.

      Delete
  3. KD,

    Apabila kita gelonggsor, akhirnya kalau ikut hukum alam dan sains, akan jatuh sampai bawah.

    Atok dah buat kerja supaya kita tak sampai ke bawah. Dia dah buat kerja dia walaupun umurnya begitu lanjut.

    Kalau kita gelongsor lagi akhirnya, sampailah ke bawah.

    Bila dah sampai ke bawah, barulah hendak tak hendak rakyat akan sedar.

    Kita dah tengok rakyat Thailand, Filipina, Indonesia.

    Macamana pun kalau gelonggsor sampai ke bawah rakyat akan sedar.

    Akhirnya, kalau kita terus ke muka surat terakhir, Amanah, tidak rasuah, tidak mencuri duit rakyat, tidak salahguna kuasa, undang-undang yang berkesan, pimpinan yang baik, itulah yang paling penting.

    Tak payahlah kita tengok jauh-jauh, tengoklah saja negara jiran, dah cukup dah.

    Ahli politik sentiasa main drama, kita sebagai rakyat mesti tahu drama apa yang dimainkan. Drama hantu untuk takut orang, drama kambing hitam, atau drama apa.

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dengan anon 7:37. Sebenar nya dari dulu lagi umur persaraan patut di kekalkan pada 55 tahun. Ini lah masaalah nya bila terlalu mengikut cakap persatuan pekerja demi meraih undi. Bila umur persaraan di naikkan ke 60 tahun, maka perkara2 berikut berlaku.
    1. Meningkatnya kadar pengangguran ( para pencari pekerjaan kena tambah tempoh menunggu lagi 5 tahun).
    2. Kakitangan sektor awam mengambil kesempatan melambatkan membuat perancangan untuk bersara..attitude "tak pe ada 5 tahun lagi".
    3. Kerajaan melambatkan umur persaraan untuk memberi kesempatan mereka membuat perancangan kerana mungkin ada anak2 yg belum lepas pengajian atau masih kecil tapi berapa ramai yg mengambil manfaat ini. Pada umur 50 di keluarkan wang simpanan persaraan atau epf. Pada umur 55 di keluarkan lagi. Akhirnya berharap kepada gaji bulanan bekerja dari umur 56 hingga 60.
    4. Yang tinggal di quarters kerajaan lagi la tidak buat persediaan termasuk perumahan sendiri. Sudah selesa dg kemudahan yg di sediakan.
    5. Melebihi umur 55, kadar produktiviti pula menurun. Sekadar memanaskan kerusi sahaja. Tambahan pula bila jumlah cuti tahunan begitu banyak terkumpul. Asyik2 ambil cuti je la.

    Sebenarnya lebih banyak kesan2 negatif daripada positif berkait dg umur persaraan 60 tahun atau pun lebih dari itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramai setuju (kecuali majoriti pmajawat awam) dengan umur persaraan 60 itu patut dikekalkan pada 55 sahaja malah di pendekkan pada sektor tertentu.
      Cuma fakta 7:37 tidak tepat, tulis dengan benci, hilang akhlak ilmu.

      Tetapi kena diingat yg melobi sedemikian adalah penjawat awam atasan seperti kSN, KSU KS Kementerian, Ketua Pengarah yang mahu menikmati gaji buta besar lumayan dan lumayan serta pelbagai elaun.
      Kononnya yang berusia 55-60 tahun banyak pengetahuan dan pengalaman.

      Ada betulnya tetapi bukan semua dan secara am.

      Perkhidmatan pro dan teknikal mungkin sesuai dilanjutkan umur persaraan tetapi mesti dihadkan dan dikekalkan jika tiada pengganti muda yang berkebolehan.

      Delete
  5. Bangsa Melayu yg ada kuasa dari segi undi. Malangnya sebahagian besar sudah mengalir lapar habuan didalam DNA mereka. Ini error di dalam DNA susah di pulih.

    ReplyDelete
  6. MAS Airline Scandal : Authorities Have Been Urged To Conduct An Investigation Against Mahathir & Tun Daim

    The authorities have been urged to conduct an investigation following business tycoon Tan Sri Tajudin Ramli’s exposé that he was forced to buy Malaysian Airline System Bhd (MAS) shares at higher than market value by Tun Dr Mahathir Mohamad.

    A seven-minute video which has since gone viral on social media, showed Tajudin saying that then-Finance Minister Tun Daim Zainuddin had told him that he was not allowed to say “no” to the prime minister (Dr Mahathir) with regards with the purchase of the shares.

    Jaringan Melayu Malaysia (JMM) president Datuk Azwanddin Hamzah said the revelation by Tajudin proves that Dr Mahathir was someone who did not no for an answer.

    Azwanddin said Tajuddin’s exposé should be taken into serious consideration and serve as the basis for an investigation against both Dr Mahathir and Daim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita 25 tahun dulu, semua orang tahu. Dah basi. Lepas Tajuddin, ada macam-macam management lain, semua gagal bangunkan MAS. Patut investigate semuanya, cari di mana salah silapnya.

      Najib pun siap pakai Consultan Mat Saleh, letak Mat Saleh jafi CEO MAS tetap gagal juga.

      Bisnes yg gagal ni, jual sudah. Tak perlu di simpan, menghabiskan boreh je.

      Delete

ADAKAH KJ ITU KHAIRY JAMALUDIN, TAMPIL LAH TUNJUK B DAN T

Tidak kah Zahid mahu menjelaskan atau Najib serba tahu bersuara....