Friday, October 30, 2020

PILIHANRAYA TUKARLAH KEPADA 3 TAHUN SEKALI

Negara ketandusan pemimpin dan jika tersalah pilih PM dan parti, masa untuk menggantikan dengan lebih baik agak lama, 5 tahun.

Dengan tempoh tiga tahun, PM dan parti yang terpilih juga mempunyai tempoh yang singkat perlu bersaing menunjukkan prestasi.

Parlimen perlu diberi kuasa penuh dan bebas.

Jika 5 tahun dikekalkan, pilihan lain yang boleh dibuat ialah kedudukan PM perlu dibuat secara undian sulit mandatory di parlimen setiap dua tahun.

Rampasan kuasa, pintu belakang, tebuk atap perlu dibuat secara sah undian sulit di Parlimen dan bukannya melalui SD dan Sidang Media.

Malangnya Muhyiddin - baru 7-8 bulan sudah dipertikai.

4 comments:

  1. Politik Malaysia memang mcm tu. Sapa2 sahaja yg menjadi PM akan di pertikaikan.
    Kita minta yg asyik2 mempertikaikan tu di calunkan sebagai PM.

    ReplyDelete
  2. KD,

    Beza kita dengan negara lain adalah pemimpin negara lain cuma boleh 2 penggal sahaja atau paling lama sepuluh tahun, tak boleh lebih. Kita tak ada had.

    Itu yang paling penting kita kena tukar. Macamlah dalam negara ini tak ada orang melayu yang boleh memimpin.

    Keduanya, orang politik sibuk dengan parti politik dan kepentingan diri. Apa yang jadi berbulan lama bukan kerana kepentingan rakyat tapi kepentingan tembolok sendiri.

    Oleh itu, bagi saya kita kena ada sistem 2 parti.

    Orang politik pun boleh lompat-lompat ikut kepentingan sendiri.

    Habis tu rakyat nak kena setia satu parti sahaja.?

    Sekarang ini, apa-apa pun, parti Pejuang kena daftar.

    Parti UMNO pun boleh buat ugutan dengan PN, kalo tak bagi kepentingan, parti boleh keluar PN.

    Apa pasal rakyat tak boleh macam gitu. Undilah BN, tapi kalo tak buat kerja, undi yang lain.

    Itulah tanda rakyat berkuasa.

    Tak payahlah cakap Parti keramat. Dalam Mazhab Syafie, tak boleh percaya pada keramat.

    ReplyDelete
  3. Tak payah macam² idea la KD. Tempoh yg ada ni dh mencukupi tak kurang tak lebih. Hanya kerana kerajaan Tun tumbang dan penggantinya sentiasa dipertikai, terus bagi idea merepek. Tun sendiri tak la kalut bagi idea suka² kedai kopi begini. Tau ni blog kau, tapi dh jadi bacaan umum, biarlah dengan sesuatu yg membina. Bukan budak² rasanya kau ni KD.

    ReplyDelete
  4. Negara ketandusan pemimpin..
    Itu ayat aku dan itu sebab idea ini keluar..
    Bukan pasal Tun, langsung tiada kaitan..
    Yang meroyan pasal tun tu pehal..

    Tolong ulas..
    Negara ketandusan pemimpin..

    Kau bagitau aku siapa next PM yg agak²kau akan ganti Muhyiddin..atau Muhyiddin lima tahun lagi?

    Setakat yg ada ini..tidak ada seorang pun yang memberangsangkan lebih² lagi kalau kerajaan akan datang sekadar kerajaan campuran parti..

    ReplyDelete

SRI RAM YANG SANGAT DITAKUTI

  Muhyiddin dedahkan....