Thursday, October 29, 2020

RAKYAT TOLONG DOAKAN MP UMNO DAPAT JAWATAN



 

9 comments:

  1. Kau orang politik UMNO yang hina dan keji sudah ada jawatan sejak dari kemerdekaan. Apa yang kau dah buat sepanjang itu?

    Orang Melayu dengan masalah yang sama tetapi kali ini orang UMNO nak pastikan orang-orang Melayu semua jadi bodoh belaka supaya dapat kekalkan sokongan.

    Tak perlu jawatan besar untuk bantu orang kalau ada niat yang ikhlas.

    Bodoh punya politik UMNO.

    ReplyDelete
  2. Kita gencatan senjata lah sementara waktu. Tak yah tembak menembak. Yang mustahak wabak covid19 di bendung, belanjawan 2021 di luluskan. Biar rakyat rasa lega dulu.
    Lepas tu kita tarik balik gencatan senjata.
    Macamana boleh ke KD.

    ReplyDelete
  3. Anon 11:13...perlukan nak meroyan2 dan guna bahasa kesat. Bahasa yg di gunakan melambangkan sikap dan mencerminkan muka si penulis.
    Mungkin setakat kuat sembang politik kat kedai kopi je kut.
    Sabar je.

    ReplyDelete
  4. "Takde jawatan tak boleh bantu
    Susah nanti nak tebuk pintu
    Lepas dapat perangai hantu
    Bini pulak tambahlah satu..

    Takde kuasa mana nak selesa
    Pandang aje orang merasa
    Hendak juga rasa sentosa
    Masyuk sikit perkara biasa..

    Masa inilah saham naik
    Kita ugut kaw kaw baik
    Mintak tak kasi kita buat taik
    Sokongan nanti kita tarik..!

    Peduli apa orang nak balah
    Kita ramai panjang dah galah
    Walaupun PRU teruk kalah
    Takde kita Abah pun lelah..!

    Peduli apa rakyat nak hina
    Peluang baik kitalah guna
    Dulu kalah robek celana
    Dua tahun sasau tidak ke mana!

    Harap harap Abah setuju
    Jika tak tanggallah baju
    Ikut kehendak kita pun laju
    Bukan ke 'masyuk' yang kita tuju?"



    ReplyDelete
  5. Umno? What to expect. Hahahaha

    ReplyDelete
  6. Ya Allah ya Tuhan ku. Kau kurniakanlah jawatan-jawatan besar bagi pembesar-pembesar UMNO ini agar mereka dapat membantu rakyat yang miskin dan tidak cukup makan di kampung dan dibandar.

    Berilah mereka ini jawatan besar agar mereka dapat gunakan kedudukan mereka untuk mendapat gaji yang besar dan kehidupan yang selesa supaya dapatlah mereka menggunakan akal fikiran untuk merangka polisi dan dasar membantu ummah.

    Kurniakanlah mereka kereta-kereta besar supaya kedudukan mereka yang mulia dapat bergerak denga mudah kesana kemari untuk merancang usaha membantu rakyat.

    Berilah pembesar-pembesar UMNO ini seribu kemudahan di dunia dan nikmat hidup mewah agar kami yang gaji sedikit in dapat dibantu oleh pembesar UMNO yang mulia ini.

    Berilah pembesar UMNO ini jawatan CEO di GLC agar ekonomi ummah dapat diperbaiki.

    ReplyDelete
  7. Kakahkahkah!!!
    Tun Dr.Mahadir is the best!.
    His 'FREEDOM OF RXPRESSION' sudah jadi world news!!!!.
    Orang putih selalu bermegah dan memperjuangkan Freedom of expression untuk bashing ISLAM. Sekatang kenapa satu dunia bangun kutuk Tun Mahadir yg hanya menggunakan FREEDOM OF EXPRESSION yg sgt mereka banggakan to express his view on them.....???
    Kahkahkah.... Siapa kata Tun Mahadir dah tak releven...???

    ReplyDelete
  8. Mintak nyawa...! mintak nyawa....!

    ReplyDelete
  9. Salam Saudara KD,

    1. Amanah ialah satu dari sifat Nabi S.A.W. Amanah terhasil dari niat.. NIAT-->AMANAH--> HASIL. Sebagai contoh… berkhidmat dengan Niat untuk Agama, Bangsa dan Negara. Jika niat ini dipegang dengan kejujuran & keikhlasan akan terhasilah HASIL yang baik untuk Agama, Bangsa dan Negara.

    2. Tapi kenapa lain HASILnya? Kenapa menjadi susah untuk merencana? Kerana Niat pada awalnya yg mulia itu dah bertukar. Kerana apa Niat pada awalnya bertukar? Kerana Niat untuk Agama, Bangsa dan Negara tidak lagi menjadi Niat yang jujur dan Ikhlas. Niat pertengahan sudah menjadi untuk selamatkan diri, untuk jawatan dan sebagainya.. Niat pertengahan ini menjadi AMANAH baru.. sekarang keikhlasan dan kejujuran hanyalah untuk niat pertengahan ini.. masih ikhlas, masih jujur cuma bukan lagi untuk AGAMA, BANGSA dan NEGARA.

    3. Apa kesannya? Satu persatu masalah timbul sehingga Negara dipertaruhkan dan nyawa rakyat negara tercinta dipertaruhkan. Kerana apa? Kerana orang politik yang diberi AMANAH untuk menjaga kemakmuran negara menjadikan AMANAH ini sebagai sumber kekayaan dan kemewahan. Lihat sahaja HASIL didepan mata sekarang ini.

    4. AMANAH ini berat.. nama ALLAH disebut ketika kamu diberi tugas menggalas AMANAH ini. Jadi fikir-fikirkan lah… kemana kamu akan bawa AMANAH ini? Jika niat kamu benar untuk AGAMA, BANGSA dan NEGARA… maka akan terhasilah kemenangan melalui kejujuran dan keikhlasan NIAT ini. Tetapi jika niat kamu untuk menyelamatkan diri, untuk jawatan, untuk kesenangan dan kemewahan, maka porak peranda maka kekusutan ini akan berlarutan.

    5. Rakyat memerhati tapi lebih takut lagi kerana Maha suci ALLAH sentiasa memerhati

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

NAJIB KANTOI LAGI

  http://tukartiub.blogspot.com/2021/11/najib-dapat-tanah-percuma-madey-dapat.html