Sunday, October 25, 2020

TIADA DARURAT TIADA UNDI TIDAK PERCAYA OK KE SEMUA

Adakah benar perebutan kuasa menjejaskan pengawalan kovid19?

Semasa peralihan kuasa selepas Tun letak jawatan dan Muhyiddin tubuhkan kabinet, ada kekosongan lebih kurang dua minggu masalah covid19 terus ditangani Kementerian Kesihatan atas perancangan yang dibuat sebelum itu (era PH)

Adalah logik juga peralihan kuasa seperti undi tidak percaya, kerajaan baru jika Muhyiddin gagal jika diteruskan pun tidak akan mengganggu perancangan Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri, PDRM dan kementerian lain yang terlibat.

Aktiviti politik secara sopan mengikut perlembagaan dan persidangan parlimen sewajarnya tidak dihalang dan tidak dijadikan alasan yang keterlaluan.

Hak Anwar dan ahli politik lain dan juga sebahagian besar keinginan rakyat untuk mempunyai kerajaan baru juga harus dipertimbangkan.

Cubaan Muhyiddin mengujudkan darurat gambaran kerajaan yang lemah dan hilang akal.

Apalagi Annuar Musa yang minta nasihat perundangan dari rakyat biasa menggambarkan 73 ahli kabinet makan gaji buta dan sudah hilang daya fikir.

Mana nak letak AG dan Menteri Undang² seolah buntu dan kaku.



1 comment:

  1. KD,

    Semasa Langkah Sheraton dulu, geng-geng itu tak terpikir panjang apa akan terjadi?

    Lagi pun nasihat Atok pun tak nak dengar pasal perancangan geng itu agaknya lebih hebat dari Atok.

    Kalau boleh pikir kereta boleh terbang sudah tentu boleh pikir masalah Belanjawan.

    Kenapa pulak nak buat darurat pulak, itu yang pelik tuu.

    Memang bagus benar darurat tidak dibenarkan oleh Agong. Lagi pun tak ada huru-hara pun.



    ReplyDelete

POLITIK MANIS DI LUAR

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/05/24/khaled-nordin-says-johor-umno-never-rejected-onn-hafiz-as-mb/8589   Keadaan cuma terkawal...