Thursday, October 15, 2020

UMNO JANGAN TALAM DUA MUKA

Jika sokong Muhyiddin, sokong sepenuh hati, jika ada masalah dalaman, bincang sampai menang, cepat atau lambat.

Berlapang dada dan tunggu PRU15 untuk bentuk kerajaan jika yakin ada kekuatan.

Apabila UMNO secara terbuka juga akan sokong Anwar, inilah punca politik tidak stabil kerana Anwar hanya menjalankan tanggungjawab dan peranan orang mengantuk disurung bantal.

Hentikanlah politik ugut dan samseng untuk kepentingan segelintir pemimpin.

UMNO ada Presiden tetapi bertaraf tunggul.

Setiap pemimpin tiada kawalan tiada halangan memberi pandangan dan pendapat masing² yang kadang bertentangan dengan Presiden.

Bila bekas ahli, Lokman Adam kadam Najib kecam Presiden, tiada siapa bangun mempertahan?

Ini parti cap ayam ke?


4 comments:

  1. Ini bukan ugut budak2... Boleh ingkop tok mudin..

    Tok mudin nak kawal semua benda...
    Tok mudin ingat umno mcm Pas..

    ReplyDelete
  2. Takkan la baru kenal umno camner... Lebai kena aku tak heran la. Bak kata P.Ramli dlm 3 abdul. Ko tau dia tu penipu. Muka dia pun Muka penipu. Yg korang cerdik pandai bleh kena tipu tu ngape. Korang yg bodoh...

    ReplyDelete
  3. Ini la negara ku Malaysia, kunon negara Islam yg beriman dgn Kalam Allah dan sunnah rasul..
    Malang nya akhlak orang politik dan pengikut tegar mereka tidak langsung amal akhlak Islam.

    Di negara kafir yg maju menteri, perdana menteri mau pun presiden tampa berlengah lengah akan terus letak jawatan kalau terpalit (belum lagi di tuduh) dgn apa saja skandal atau isu yg di pertikaikan apa tah lagi melibatkan Amanah,yg paling di tuntut oleh Islam bagi seseorang pemimpin..

    Tapi di Malaysia yg konon Islam dan syumul yg semua org Islam melayu teruja pada label dan imej rupa Islam Islam (Tapi bodo tak boleh beza budaya Arab dan agama Islam).. Semua ahli politik baik yg guna lebel Islam dan label melayu, mau pun yg kunon lebel hak rakyat sama saja.. Bukan setakat terpalit dgn isu rasuah, penyeleweng, meliwat, jual agama serta takda integrity.. Mereka bukan saja tak malu utk terus terusan berpolitik dan menjawat jawatan...

    Malah dlm masa yg sama berebut rebut nak rampas kuasa dan mempertahan kuasa dan Jawatan kemudian dlm proses berebut rebut ini minda rakyat terutama orang melayu asyik di korup(di perbodoh) dgn pelbagai dakyah perkauman dan agama supaya mereka sentiasa kekal dlm arus politik di samping boleh berebut rebut dapat kuasa..

    Ini la cara Islam Malaysia mempraktik siasah politik mereka di sokong dgn membabi buta oleh melayu yg buta perut dan termasuk juga bukan melayu yg anti perlembagaan 153 yg juga di perbodoh oleh org politik liberal yg berkepentingan utk diri dan parti..

    Sepatutnya negara ini dah boleh pergi jauh dari segi pembangunan fizikal dan siasah insan.. Tapi terbantut oleh ahli x2 politik yg langsung tak ada guna yg kalau tak ada pun lagi bagus..

    Mereka ini majoriti bukan la golongan pemuda harapan bangsa tapi semua dah Hampir 70 thn tapi masih bergelut macam tak ingat nak mati..

    Lain la kalau kederat masih di perlukan terutama dari segi Pengalaman mengurus negara dan hubungan dgn dunia luar yg baik membantu melincinkan pembinaan kemajuan negara.. Ini tidak kebanyakan hanya menyemak hanya utk jawatan, kekayaan dan perempuan.. Lebih dari itu hanya mengharapkan pegawai x2 kerajaan mengurus jabatan.. Mereka hanya main politik... Sudah laaa hentikan semua pembaziran dan kemungkaran ini.. Wallah huak'lam.

    ReplyDelete
  4. Aku tak faham betul dengan pemimpin2 politik kat Malaysia ni. Asyik2 nak berebut kerusi, dah tua2 pun tapi perangai macam budak2. Sampai dua tiga kali di tegur oleh YDPA..masih memekak kan telinga.

    Tukar PM, tukar menteri2 berkali2 pun, apa yang rakyat dapat. Kehidupan rakyat masih sama je.

    Yang menjadi menteri ok lah. Gaji banyak, elaun2 banyak, kemudahan2 lain pun banyak. Dengan lain perkataan, banyak yang free lah.

    Tapi...rakyat apa dapat?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

KAYANGAN KECIL TAWARAN COMPOUND TENTULAH KAYANGAN BESAR JUGA AKAN ADA BIDUBICARA, TAK GITU

 https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/12/01/neelofa-and-hubby-given-dnaa-in-sop-violation-case-to-be-issued-compound-notices-instead ...