Friday, October 16, 2020

UMNO TERGUGAT BILA MUHYIDDIN POPULAR

Sejak Muhyiddin muncul sebagai PM dengan pelbagai pakej bantuan rakyat di musim covid19 ia juga telah menyingkir jenama BOSSKU secara perlahan Lahan.

Bila Muhyiddin buat senyap dalam isu politik, rakyat jatuh hati.


Jangkaan semua calon BERSATU akan bungkus di pilihanraya nyata salah apabila calon BERSATU menunjukkan prestasi di PRN Sabah malah Ketua Menterinya pun dari BERSATU.

MUHYIDDIN kini jadi faktor penarik rakyat yang memperlihat ahli, penyokong, pengundi tegar UMNO mula meminati dan memberi sokongan kepada BERSATU dan ini pasti menggugat kerusi UMNO di pilihanraya akan datang.

Tidak mustahil ramai MP UMNO akan sertai BERSATU di saat akhir PRU15 untuk dicalonkan semula di parlimen tersebut atas calon kerusi BERSATU..

DAN jika semua geng mahkamah sangkut di sungai buluh (INILAH ISU UTAMA), parlimen tersebut tentu bertukar tangan kepada BERSATU dengan alasan calon UMNO akan tumpas..

Inilah antara gambaran yang memberi panik pada UMNO.

PAS JUGA SUDAH BERPALING KASIH.

Langkah Sheraton disokong UMNO secara borong atas keyakinan dapat menguasai kerajaan PN selepas itu kerana mempunyai kerusi terbanyak nyata meleset atas kecerdikan Muhyiddin Azmin Hamzah.

Kes mahkamah Zahid dan Najib sudah hampir ke peringkat akhir dan tanpa kelibat mereka, usaha BERSATU menjadi  dominan tercapai.

UMNO beberapa kali membelakangi nasihat ku li dan merasa ia bukan ancaman.

Kemaraan ku li hari ini menyebabkan sokongan 100% kepada Anwar tergugat dan sekaligus sokongan ku li kepada usul undi tidak percaya akan merobek majoriti Muhyiddin ..

Tiada yg majoriti, bukankah itu lebih mudah kepada Agong untuk membuat keputusan?

8 comments:

  1. KD,

    Saya cadangkan, kalau boleh buat langkah Sheriton kali ke dua.

    3 parti orang melayu berkumpul dengan semangat nostalgia macam bulan 2 dulu.

    Lupakan cerita ular lidi, ular sawa, atau ular air.

    Semuanya jenis ular juga.

    Zaman sekarang dalam youtube anjing dengan kucing pun boleh buat kawan.

    Kalau Anjing dan kucing boleh berbaik, kenapa ular lidi tak boleh berbaik dengan ular sawa.?

    Lupakan dulu kepentingan dan kejar jawatan, sebalik semangat pejuang untuk orang melayu didahulukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti politik Melayu bersatu bila ada DAP untuk jadi kambing hitam.

      Bila kambing hitam sudah tergolek..parti melayu jadi seumpama ketam dalam bakul..

      Boleh faham kot..

      Delete
  2. Tok mudin cakap di sabah menang PRN sabah akan buat pru....tak jadi kerana covid...

    Tak de covid pon Tok mudin tak brani ..

    ReplyDelete
  3. Orang sabah pilih calon.. Calon bebas pon boleh menang..

    orng semenanjung majoriti pilih parti...

    ReplyDelete
  4. Awalnya angkat ts midin. Kt hujung ts midin akan hilang majoriti. Fenin la ko punya penulisan ni kd. Mungkin petik dpd tulisan org lain kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Angkat?
      Bukankah itu realitinya..
      Kalau Muhyiddin bagus pada isu itu..baguslah dia

      Kalau dia mungkar pada sesuatu isu..
      Takkan nak jilat juga..

      Aku bukan macam cai bossku.

      Delete
  5. Muhyiddin dah jatuh,najib zahid dah hanto surat ke istana sokong anwar. Najib zahid nak sailang cepat takut kem ku li + atok. Tp pkr akan cabut bila najib zahid sokong anwar. Kut mana pun muhyiddin jatuh,anwar putih mata. Mggu depan je nie,tgk le.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlulah lagi Muhyiddin layan kehendak UMNO kerana Zahid dan Najib bercabang kepala

      Delete

BERAPA LAMA KERAJAAN ISMAIL SABRI BOLEH BERTAHAN

  Tempoh bertenang, wait and see bagi kerajaan sheraton Ismail Sabri sebagai PM mungkin telah tamat sepertimana yang dinikmati oleh Muhyiddi...