Saturday, November 21, 2020

ANNUAR BUAT PENCERAHAN OTAK..

Baca 


Salah satu syarat jadi menteri sekarang ni mesti kena tunjuk bodo..



12 comments:

  1. Replies
    1. Orang terang pun tak guna kalau bodoh piang...
      Kikikiki

      Delete
  2. Sunday, November 22, 2020
    'Bukan soal Anwar tolak, tetapi rakyat tolak Tun yang berbelit-belit'


    Tulisan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad di Facebook menjernihkan kritikan terhadap dirinya, konon beliau mangsa pengkhianatan kurang diterima oleh penyokong reformasi.

    Bagi Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Thiban Subbramaniam, isu utama yang tidak dijelaskan Tun Mahathir bukannya Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak beliau, sebaliknya Ahli Parlimen Langkawi itu yang berbelit-belit dan menolak Anwar sebagai calon PM tanpa alasan munasabah.

    Sedangkan realitinya, menurut Thiban, sejak Langkah Sheraton mengambilalih kerajaan, rakyat melihat Tun merupakan mastermind di belakang Azmin Ali dan Muhyiddin Yassin yang menggagalkan peralihan kuasa.

    "Ini kerana penyusunan langkah politik beliau (Tun) setelah menjadi Perdana Menteri (Pakatan Harapan) membelakangkan keputusan parti komponen PH. Azmin Ali dan konco-konconya menjadi orang penting dalam kerajaan dan sering berusaha untuk menggagalkan peralihan kuasa kepada Anwar. Ia direstui oleh Tun sendiri.

    "Tun Mahathir perlu sedar bahawa rakyat jelata hilang kepercayaan terhadap beliau kerana sikapnya yang berbelit - belit, tidak ikhlas dan gagal menunaikan janji.

    "Beberapa siri audio semasa mesyuarat PH dan Bersatu yang dibocorkan sebelum ini telah membuktikan apa agenda sebenar Tun. Ada sesiapa yang menafikan kesahihan audio? Rakyat tidak mudah lupa.

    "Dalam coretan yang dibuat oleh Tun, beliau sendiri mengesahkan bahawa dirinya hanya dapat sokongan 66 Ahli Parlimen (di hadapan Agong) manakala Anwar telah mendapat sokongan 92 Ahli Parlimen. Siapa yang harus mengalah dalam situasi sebegini? Jika Tun tidak dapat menyokong Anwar Ibrahim pada masa itu (Februari 2020) bagaimana dia boleh dapatkan sokongan untuk Anwar Ibrahim selepas enam bulan beliau jadi PM (kali ketiga)?

    "Sebaliknya coretan Tun menyerang Anwar kebelakangan ini lebih dilihat satu cubaan untuk melaga dan memecahbelahkan Pakatan Harapan serta cuba menyokong Muhyiddin-Azmin kekal berkuasa secara senyap," kata Thiban dalam satu kenyataan.

    Menurut beliau lagi, Tun terkenal sejak sekian lama berpolitik secara 'baling batu sembunyi tangan'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar dah PM belum?
      Sembang kari kalau dah lama..basi
      Akhirnya ke longkang.

      Delete
    2. Yang baling batu sembunyi tangan tu Anwar. Depan penyokong wiridnya lain. Belakang peyokong wirid lain.

      Delete
  3. https://youtu.be/xS44QzeSHug

    Terdedah Annuar musa ugut orang umno..

    ReplyDelete
  4. MANA SUARA ISLE..APA DIA ARAK DAN BEER

    Asalamualaikum...

    Saya cukup bangga pada asalnya kepada menteri wilayah yanghebat tu apabila buat keputusan kedai runcit dan seven eleven seangkatannya di kl tak boleh jual arak...bagus itu lah tuntutan islam. Walaupun saya ragui kenyataan itu kerana apakah itu kuasa menteri wilayah...tapi tak apa lah kira bagus dah tu ada tindakan dan niat begitu...kita sebagai orang islam wajib sokong jika ada pemimpin mahu laksanakan undang undang islam....jangan kita ragui itu...

    Tapi wilayah persekutuan ni kota raya kuala lumpur hotel disko,karoke semua segala tempat maksiat ada termasuk pusat pelacuran. Menjadi menteri wilayah bukan senang. Khalid samad 22 bulan pun tak ada buat apa...itu asal dari pas dan sekarang amanah....parti yang berteraskan islam. DBKL tetap keluarkan lesen pusat hiburan seperti biasa....

    Tiba tiba semalam menteri wilayah sekarang keluarkan kenyataan U turn dia....kedai runcit dan kedai serbanika boleh jual Bir Atau Beer kerana itu tidak memabukkan dan ikut kenyataan itu bir atau beer itu bukan arak...mengejutkan juga...barangkali menteri ini maksudkan root beer yang di keluarkan oleh A&W itu masyaAllah ana suka sheikh....cukup sedap....

    Lebih bagus lagi timbalan menteri kepada menteri agama terus sambut....kerajaan akan mempertimbangkan akan laksanakan tidak membenarkan kedai runcit dan serbanika di seluruh negara tidak menjual arak....arak yang di maksudkan kerajaan PN ni mengelirukan .....apa yang di maksudkan dengan arak....apakah bir...beer...sandy...dan samsu...entah apa nama yang lainnya carlberl ejaan pun salah...bintang tiga seangkatan dengannya itu bukan arak...dan arak tu macam mana pula ropenya

    Atau pun lebih kurang sebut dadah itu haram....kecuali ganja sebab dia daun....mana boleh nak haram kan ganja....sebab dia adalah ujud asli ciptaan Allah....tak ada campuran maka dia halal....sama juga ketum....tahi lembu...tapi kokain...candu...aisss...semua tu manusia buat baru haram....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku dh cakap dah ni semua wayang je. Ada pelbagai akta dan kuasa selaras dgn perlembagaan. Bangunan perniagaan. Lesen. Import eksport dll.Bukannya nak perlekeh..tapi kalau betul nak haramkan jual arak, pinda undang2 haramkan arak alkohol mcm dadah.mandatori.
      Ada setengah orang buat keje separuh2 nak tipu tuhan. Dengan menganggap semasa aku jadi pemimpin aku dah buat tapi tak boleh. Aku dah terlepas.
      Mcm jugak ruu355. Janji dah usul. Wlpun cacamerba. B8la kena tanya kat akhirat dorg dah prepare jwpn ni.

      Delete
  5. Sunday, November 22, 2020
    Selepas Kartel PKR kini wujud Kartel UMNO?

    http://wrlr.blogspot.com/2020/11/selepas-kartel-pkr-kini-wujud-kartel.html?m=1

    NORMAN RADZUAN

    MAHATHIR KACAU PH AZMIN KACAU UMNO...

    UMNO kini diambang perpecahan kali kedua sama apa yg berlaku kpd PH. Modus operandi kerajaan PN terhadap UMNO sama digunakan terhadap PKR. Mari kita lihat bagaimana ia berlaku.

    1. Seperti dibicarakan Husam niat buruk Mahathir ini telah dikesan seawal hari pertama lagi PH memenangi PRU14. Bagi saya seawal dia memohon bertemu Anwar di mahkamah lagi. Mahathir seperti kita ketahui modus operandi tetap sama ketika menjadi PM4 dahulu iaitu pecah dan perintah. Kedua meletakkan 'file' di atas meja.

    ReplyDelete
  6. Masa Anwar mengaku ada nombor.
    Otai dan yg lain bukan main hebat sokong terlebih laju hingga Agong pun dicurigai?

    Akhirnya apabila mereka tahu Anwar pembohong, sakitnya hati dan marah.

    Ada lagi ke yg akan percaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kd, blh jadi anwar mmg ada nombor. Xkan dia msk istana semata2 nk prank agong.
      Beza skrg, dia x tnjuk nombor dia kat umum. Mungkin dia ada tnjuk kat agong. Kalo dia tnjuk nombor dia kat umum, mesti ada counter offer / ugutan dtg kat MP yg nk sokong dia tu.
      Aku bg pendapat je. Jgn marah ha..

      Delete
  7. Anuar musa ko bawak la usul pecat monyet perasuah dlm umno. Monyet pengkhianat parti. Pengkhianat suit rakyat.Mereka ni secara senyap menyokong pbangkang tanpa mt umno dan akar umbi tahu.baru boleh sembang penyatuan melayu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

SEDIKIT KELEGAAN: LGE AKUI KEBERKESANAN PAS DALAM KERAJAAN

PERANAN PAS SANGAT DIHARGAI.... PAS PERLU TINGKATKAN PENGUASAAN KERUSI UNTUK MENANG DAN DOMINAN