Friday, November 27, 2020

BEBAN KERAJAAN MEMBANTU RAKYAT BERKURANGAN APABILA RAKYAT PILIH GUNA DUIT SENDIRI KWSP TERMAKAN CAKAP NAJIB



Kerajaan hanya tawarkan kelonggaran pengeluaran KWSP RM500 setiap bulan x 12 bulan.

Sudah tentu ini tidak mencukupi dan kerajaan perlu bantu lagi dalam pelbagai bentuk.

Tetapi keperluan bantu itu menjadi ringan, kurang perlu dan terbantut kerana Najib mencadangkan rakyat sendiri guna wang rakyat sendiri (KWSP) dengan membenarkan 10k sekaligus diluluskan???

Bagaimana mereka yang tiada KWSP? Bagaimana mereka warga emas yang sudah kehabisan wang KWSP?

Ertinya bukan kerajaan bantu, bukan wang peruntukan kerajaan sebaliknya wang rakyat sendiri..

Kerajaan boleh tuding kepada kelulusan KWSP 10k jika ada tuduhan kerajaan tidak bantu?

Di mana bijaknya?

......

Kelulusan 10k kwsp tidak perlu dimasukkan dalam belanjawan kerana ia bukan tambahan belanjawan.

Apa yang harus didesak ialah tambahan bantuan kerajaan dlm pelbagai bentuk lain, jangan biarkan kerajaan berbelanja dalam bidang yang bukan utama seperti JAKSA dan desak jumlah Menteri dikurangkan kepada 30.

Desak mereka yang lari cukai bayar segera untuk tambah hasil kerajaan.

Selepas belanjawan rakyat lengkap dan diluluskan barulah soal KWSP dan morotorium dibangkitkan..

Morotorium dan KWSP 10k tidak langsung ada kaitan dengan belanjawan, tidak ada satu sen pun yang perlu kerajaan tambah, ia hanya kelulusan. Kelulusan atau arahan kpd KWSP dan bank sahaja.

Kelulusan yang boleh dibuat sekarang, sebelum belanjawan, selepas belanjawan atau bila² masa sahaja.

......

Jika bantuan kerajaan mencakupi sudah tentu rakyat lebih berwaspada dan mengelak untuk keluarkan 10k kwsp kerana ia ada risiko tinggi.

Wang itu pula perlu diganti 100% masuk akaun 1 jika ada caruman selepas ini, dan bagi yang tidak mencarum.. tabung KWSP terus susut...

Apakah pengeluaran 10k kwsp menjamin selesainya kelangsungan hidup seseorang??? Seperti menabur garam ke laut..

Di masa akan datang usia dengan umur tua+penyakit dan malang jika melarat apakah Najib dan Anwar akan datang menjenguk dan menghulur...

Yang datang hanya ebit Lew juga.

Begitulah kesah ahli politik mencari nama atas situasi tengkuk yang tersepit.


Great13, betul ke?

Khabarnya Lid menyesal tak ikut perintah Lim Guan eng?

2 comments:

  1. puak amanah bukan kuat iman .. kejap boleh uturn .. tak pelik belaan dapig ni. seteruk "mahafiraun" .. dia masih kekal iman teguh pendirian.

    ReplyDelete
  2. Dua isu ni najip escobar memang jadikan talian hayat politik dia. Dgn umpan ni, berebut2 mp menumpang isu ni nak dapat kredit termasuk ketua pembangkang.

    Dgn 2 isu ni jugak lah, ketua pembangang PH tergolek. Tak lena tidur 7 hari..


    *




    ReplyDelete

BERAPA LAMA KERAJAAN ISMAIL SABRI BOLEH BERTAHAN

  Tempoh bertenang, wait and see bagi kerajaan sheraton Ismail Sabri sebagai PM mungkin telah tamat sepertimana yang dinikmati oleh Muhyiddi...