Tuesday, November 24, 2020

DEMOKRASI SUDAH MATI SEJAK CASH IS KING

Adalah tidak menghairankan jika selepas itu sesiapa pun yang bercakap dan menyanjung demokrasi hanyalah kerana dia tiada kuasa dan jawatan.

Tetapi bagi yang berjawatan dan berkuasa akan menggunakan alasan demokrasi untuk mempertahan dirinya dan dialah juga ignore dan langgar demokrasi untuk kepentingan diri.

Surat ku li, usul undi percaya tidak percaya, bajet lulus tidak lulus hanya ada sedikit demokrasi di situ, selainnya politik dan kepentingan masing² yang memperalatkan demokrasi.

Sudah tentu di pihak kerajaan mereka sudah bersedia dengan jawapan keputusan dan tindakan.

Speaker pegang buku peraturan mesyuarat atau buku perlembagaan dulu dan sekarang sejak cash is king?

Pernah dengar speaker parlimen sebelum mereka dipertikai hebat??

Satu contoh yang baik ialah mahkamah, walaupun kanun acara jenayah adalah buku utama dan ada 1001 peguam yang handal dan 1001 kes yang berbeza, perlembagaan negara sentiasa jadi pegangan utama bagi setiap hakim yang bijaksana tanpa tidak pula berlaku tidak adil kepada semua pihak malah ada beberapa proses semakan dan rayuan.

Demokrasi berparlimen sudah mati sejak cash is king, kita sudah saksikan banyak kali dan yang akan datang bukanlah sangat pelik berulang lagi..

Ada yang sarankan bajet disokong lulus sewenang senangnya atas nama rakyat? Apa dia fikir MP lain makan kayu, bukan untuk rakyat?


?

Annuar Musa saran sokong dulu bajet..penelitian dibuat kemudian? Setubuh dulu nikah kemudian???

Rakyat pun lupa demokrasi lupa diri bila disogok..

Apa sangat nilai demokrasi kalau yang lebih teruk dari itu, yang tiada etika, tiada akhlak, tidak amanah terus di sanjung.

Wayang semua pihak bermula.



24 comments:

  1. Masa zaman 22 tahun OT95 dulu demokrasi 100%?

    Kehakiman dikawal...ketua Hakim dan hakim senior di buang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kd sembang kari. Konon sejak cash is king. Lebih 25 tahun terdahulu sblm cash is king pegang jawatan PM adakah demokrasi diamalkan secara amali atau teori shj? Hakim² dicengkam 'telur', pendakwaan terpilih dan lain² tu menunjukkan bahawa OT95 skrg adalah pengamal demokrasi sebenar? Soalnya kenapa highlight 'sejak cash is king', bukan sejak PM4 naik jadi PM. Kenapa Kd, kenapa? Hehehe...jgn la panas kd, tanya elok² ni. Tak nak la kd jwb, "dah repot polis belum?". Dh biasa baca jawapan seakan mcm tu.

      Delete
  2. https://youtu.be/QVBtVXlzD_g

    Kenapa saya pilih Keadilan (Anwar Ibrahim)- Haans Isaac..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya akan jawab ditakuk akan datang..

      Jangan tak mai jenguk blog bacol ni

      Kikikiki

      Delete
  3. KD .... ko copy paste dari sumber mana tu cerita tu?

    Hanye persepsi penulis yg tak puashati..

    ReplyDelete
  4. Demokrasi dah lamapun mati. Politik Berkepentingan tu pasal Jho Low, Nik Faisal tak jumpa Justo pulak lari keluar negara. Selepas 66 hari sumpah laknat Najib Kerajaan akhirnya PH melingkup.

    Justo selesai bertemu Petugas Khas 1MDB
    Mei 24, 2018 @ 1:50pm cnews@nstp.com.my

    Bekas pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo meninggalkan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas selesai bertemu Pasukan Petugas Khas 1MDB konon nak membantu sesangat siasatan berkaitan kes 1MDB. Ini masa atok jadi PM

    Tun sebagai Perdana Menteri PH telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas 1MDB disertai bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed; bekas Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, lantikan Tun "IGP Datuk Abdul Hamid Bador."

    Bila PH tertebuk muka atok sendiri Justo lari ke luar negara. Ini soalan klise si samdol tu buat apa..!?

    PH menang PRU14 pada 9 Mei 2018. Pada 20 Mei 2018 Justo pergi rumah PM ketika itu, Mahathir. Power tak power Justo dijemput boleh mai rumah PM kunun nak bantu kes 1MDB. (link kat bawah ni siap gambar Justo kat umah atok lagi bak hang..!!)

    https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/428083/justo-jumpa-tun-m

    Bila PH melingkup saja tiba tiba media melaporkan Justo telah pun melarikan diri keluar dari negara Malaysia.

    https://www.malaysiakini.com/news/513440

    Pelik, kenapa Justo gelabah tetek semacam?
    Justo dipenjara di Thailand pada 2015 kerana memeras ugut bekas majikannya, Petrosaudi bagi mendedahkan data sensitif. Justo membocorkan data itu kepada Sarawak Report dan Edge Media Group, mendorong siasatan oleh pelbagai negara berhubung berbilion dana kekayaan berdaulat, 1MDB.

    https://m.facebook.com/258225534929961/posts/1mdb-ph-tumbang-justo-larijusto-melarikan-diri-dari-malaysiasebaik-saja-ph-tumba/709859709766539/

    Dalam masa 66 hari lepas 20 Disember 2019 Najib angkat sumpah laknat, kerajaan PH jatuh, kata Najib. Sumpah laknat bagi menafikan dakwaan Azilah Hadri berhubung pembabitannya dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibu.

    “Ada rakyat yang buat perkiraan. Dia kata, selepas 66 hari saya melafazkan sumpah laknat itu, PH jatuh. (Tetapi) saya tidak boleh buat kesimpulan itu. “Cumanya ayat terakhir dalam sumpah laknat itu memang berat dan memang saya fikir banyak kali hendak sebutkan,” kata Bossku (link kat bawah ni haah)

    https://m.malaysiakini.com/news/525381

    Lagi link sumpah laknat bossku selepas 66 hari sumpah laknat PH melingkup masuk longkang

    https://m.facebook.com/jinggo.fotopage/photos/a.1760013514225579/2976861539207431/?type=3

    Semua harga sudah naik cuma harga 'maruah' diri rakyat Malaysia makin turun sudah hampir 22 tahun 22 bulan lama nya..!!!

    Rakyat tak lagi mudah diperdaya seperti sblom PRU 14. Kisah Jho Lo dah jadi bahan lawak rakyat. Lebih parah lagi kes ini memalu dan merendahkan 'maruah' dan harga diri PDRM. Kalau Jho Lo dah ubah wajah macam beruang, Justo jadi apa pulak yer..!! Lu fikir lah sindri

    Mungkinkan Aljazeera boleh bantu negara mengesan dimana Justo berada sekarang ini.?

    Memang demokrasi dah lama mati 22 tahun dolu.. kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rosma bila nak buat sumpah laknat pulak? Kalau dia ada telur, suruh la suami najip ni sumpah laknat sekali.hehe

      Delete
  5. Pg2 dah sarapan kayu. Hahahaha

    ReplyDelete
  6. Sumpah pi la apa pon. Janji dok dalam 12 tahun. Yeyyyyyyyy. Kikikk

    ReplyDelete
  7. Pemuda PKR: Mahathir umpama telefon lama.

    Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad diumpamakan sebagai telefon dail pusing yang lama, justeru tidak lagi relevan pada zaman telefon pintar.
    Talipon antik diperbuat dari kayu...bawak masuk muzium ada jugak masyuk nnti.. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis sapa yg relevan? Cuba tanya pemuda pkr tu. Statement dia tak lengkap. Cer jawab.hehe

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Masuk muzium sebagai Perdana Menteri DUA KALI, PM ke4 dan ke7, ok apa dpd diingati orang sebagai seorang yg gila nak jadi PM dan sampai mati meratib, I got the numbers. Kikikiki....😁

      Delete
    4. Yes penting layak masuk muzium..dilabel ikut yang disejarahkan..

      Negarawan@penyamun@pengkhianat@peliwat@dll

      Itulah yang diingati, terpahat.

      Belum masuk muzium pun sudah sukar untuk dikikis. Masa yang berbaki sepatutnya guna untuk memperbaiki label.

      Delete
  8. Replies
    1. Aku suka komen yg pendek MCM ni..idea sendiri
      Daripada yg panjang copy paste..itu tentu jenis makan kayu api..

      Delete
    2. KD,

      Saya sangat tak setuju dengan KD menghina orang kopi pes.

      Ada sesetengah manusia, walaupun dia dah perah otak dia macamana kuat pun tak boleh keluar idea. Walaupun dah minum air kopi jantan atau kopi betina.

      Bukan semua orang mempunyai tahap IQ sama macam KD.

      Ada yang terpaksa kopi pes merapu-rapu dan merepek-merepek pasal otak tak boleh keluar idea. Bukan salah dia tapi otak dia sekian saja.

      Harap KD janganlah merendah orang keupayaan tak ada komen sendiri itu. Simpatilah mereka.

      Delete
    3. Gantikan kopi paste dengan link..
      Buat sedikit ulasan ayat sendiri

      Tidak menghina, nasihat brutal

      Delete
  9. KD,

    Sebelum kata Demokrasi dah mati, mula-mula kita kena stop dulu.

    Nak tanya sikit, orang tahu ke apa itu Demokrasi?

    Apa dia menatang Demokrasi itu?

    Berapa ramai yang betul-betul paham apa itu demokrasi?

    Dah kalau tak paham, memanglah tak jalan dengan betul.

    Kalau orang kampong tak paham, memanglah kena tipu sana dan sini.

    Yang paling penting adalah ilmu pengetahuan.

    Selagi ramai yang tak tahu, tak paham, selagi itulah ramai rakyat kena tipu.

    Donald Trump dijatuhkan melalui sistem Demokrasi.

    Tak pulak ahli parti Republican lompat sana dan sini pasal ramai rakyat Amerika paham betul-betul apa itu demokrasi.

    Walaupun Donald Trump itu orangnya dikritik ramai, tetapi rakyat negara paling berkuasa di dunia terima kerana menghormati sistem demokrasi.

    Selepas 4 tahun, tak buat kerja, rakyat memberikan mandat yang lain. Sistem Demokrasi berjalan. Masalah selesai.

    Ada tak ahli politik Amerika dan negara maju lain lompat melompat?

    ReplyDelete
  10. Ayat pendek pendek banyak tergantung.. fakta dan maksud bergoyang ke sana ke sini mcm telo labuh kuda tua tgh berlari kat pusat judi trek lumba kuda tu..

    kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pendek juga tapi merapu, makan kayu.

      Delete
    2. Rupanya kd juga kaki copy paste. Mula tu ada la anon gunakan ayat 'makan kayu' ketika memberi respon. Kini kd pulak selaku owner blog gunakan ayat yang sama untuk respon posting anon. Seronok 'makan kayu sarapan kayu' ke kd? 'Paku dulang paku serpih.....'

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

SEDIKIT KELEGAAN: LGE AKUI KEBERKESANAN PAS DALAM KERAJAAN

PERANAN PAS SANGAT DIHARGAI.... PAS PERLU TINGKATKAN PENGUASAAN KERUSI UNTUK MENANG DAN DOMINAN