Tuesday, February 23, 2021

ALHAMDULILLAH SEJAK DUA MENJAK PEMIMPIN UMNO KALAU BERHUJAH MENGALAHKAN PEMIMPIN PAS SEBELUM JADI KERAJAAN.

PAS berjaya tarbiah UMNO melalui Muafakat Nasional sepertimana PAS berjaya tarbiah DAP melalui Pakatan Rakyat.

Dulu Guan Eng MACAM khalifah omar sekarang dah jadi Abu jahal.

Ketika pemimpin umno berhujah dengan selitan peringatan ugama sejak dua MENJAK ini, pemimpin pas pula laju bab DUNIA....dah terbalik.

"Ahmad Zahid Hamidi minta rakyat Malaysia yang tidak suka dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) berpindah ke negara lain" 


Siapa masih ingat kepada propaganda politik yang disebarkan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 2013 ini? 


Fitnah yang direka berdasarkan kenyataan saya yang telah dimanipulasikan daripada satu penulisan di sebuah akhbar. 


Tujuannya tidak lain tidak bukan khusus untuk 'menyerang' peribadi saya, imej parti UMNO serta kerajaan BN secara amnya.


Tetapi apakan daya propaganda politik kebencian ke atas pemimpin UMNO/BN sangat kuat mempengaruhi sebilangan rakyat ketika itu. 


Saya dimaklumkan walaupun selepas kira-kira 8 tahun berlalu, fitnah itu masih terus dipersepsikan dan diadu domba. 

 

Kepada semua yang terpedaya, saya mohon maaf kerana kenyataan saya yang telah diputar belit mengelirukan saudara saudari sejak sekian lama. 


Bismillahirrahmanirrahim.


Hari ini saya ingin memperjelaskan semula kepada saudara saudari tentang kebenarannya. 


Jika anda semua masih ingat selepas BN menang PRU13, pemimpin pembangkang mengadakan protes besar-besaran. 


Mereka menggunakan alasan pembangkang telah memperolehi undi popular sebanyak 50.9% berbanding BN 47.4%. 


Jumlah undi 5,623,984 yang diperolehi pembangkang mengatasi undi yang diperolehi daripada BN yang berjumlah 5,237,699. 


Mereka menghasut rakyat kononnya atas sebab itu mereka yang sepatutnya menjadi kerajaan sehingga menimbulkan persepsi dalam kalangan rakyat BN menipu keputusan PRU13. 


Sedangkan mereka sendiri tahu Malaysia mengamalkan sistem 'First-Past-The-Post' (FPTP) seperti kebanyakan negara Komanwel dalam pembentukan kerajaan. 


Sistem itu adalah berdasarkan majoriti mudah dan perwakilan kawasan yang telah digunakan sejak pilihan raya pertama pada tahun 1959. 


Saya secara peribadi ketika itu sangat kesal dengan tingkah laku pembangkang yang melampau dan keterlaluan dalam berpolitik. 


Sanggup mempertikai sistem pembentukan kerajaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Walhal sebahagian pemimpin pembangkang pernah berada dalam pimpinan kerajaan kerana sistem FPTP yang mereka sendiri protes.


Tetapi demi kuasa, sanggup mengelirukan penyokong mereka dengan list system atau single transferable vote seperti digunakan di negara-negara republik. 


Justeru, dalam penulisan saya ketika itu saya telah menegur dan menyindir pemimpin pembangkang. 


Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka. 


Malaysia bukan negara untuk menterjemahkan kepercayaan politik mereka, malah jika mereka benar-benar rakyat yang setia kepada negara ini, mereka hendaklah menerima sistem politik dan sistem membentuk kerajaan sedia ada seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan


Tetapi kenyataan saya itu telah diputar belit sewenang-wenangnya. Kononnya saya telah meminta rakyat Malaysia yang tidak suka dengan kerajaan BN supaya berpindah ke negara lain. 


Sudah hampir dua bulan kita memasuki tahun 2021. Nasihat saya cukup-cukup sudah. Tidak puas lagikah membuat dosa selama lapan tahun?


Saya telah lama memaafkan mereka yang membuat dan menyebarkan fitnah itu, tetapi persoalannya adakah mereka sanggup memaafkan diri sendiri?


Wallahualam. Allah S.W.T sahaja Maha Mengetahui hati-hati manusia.


DOSA FITNAH LEBIH BESAR DARI MEMBUNUH

SURAH ALBAQARAH AYAT 191


#akhirzaman #hindarifitnah


# lalat HIJAU kena hadam Bab fitnah.

2 comments:

  1. Bukan ke kau@Zahid dulu yang panggil Tun , Mahathir bin Mamak Kutty?

    Lepas tu bukan ke kau songlap duit yang patut bagi kat orang susah?

    Sekarang nak berlindung di belakang ayat suci Quran?

    Hebat kau Presiden UMNO!

    ReplyDelete
  2. Tiba tiba pulak abang zahid ni. Kerja nak mendoktrin kepala otak penyokong menjadi pentaksub

    ReplyDelete