Sunday, February 28, 2021

LOMPAT MASUK PKR DAPAT APA?

PH bertandinglah cap APA pun di JOHOR PRU15, kirim Salam... 


KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN TEBRAU


Hari ini saya mengisytiharkan sokongan saya kepada YAM Perdana Menteri oleh sebab beliau faham dan setuju dengan keperluan saya untuk ada akses kepada dan berjumpa dengan semua menteri dan ketua agensi Kerajaan untuk membangkitkan dan cuba menyelesaikan isu-isu rakyat yang selama ini disampaikan kepada saya melalui pelbagai saluran. 


Isu banjir kawasan, Isu pembuangan sampah haram, Isu along yang bertambah teruk, Isu scam yang bertambah teruk, Isu PPR dan Rumah Pangsa Kos Rendah/Murah, Isu perlesenan berjenis-jenis di peringkat persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan yang menghalang kemasukan pelaburan asing, isu pencemaran sungai, Isu dan masalah perusaha kecil dan sederhana, isu pekerja asing dan tempatan semua harus ditangani dengan secepat mungkin.


Saya berharap dengan pengalaman saya sebagai akauntan, juruaudit luar dan dalaman, agen cukai dan perunding perniagaan selama 40 tahun, saya boleh bekerjasama dengan semua menteri dan agensi Kerajaan untuk mencari penyelesaian untuk isu-isu tersebut.


Saya sudi membantu mana-mana pihak Kerajaan khususnya di dalam bidang kepakaran saya. Sekiranya dipanggil, saya sudi bekerjasama dengan Kementerian Kewangan untuk mencari atau merancang atau merangka sistem percukaian supaya hasil kutipan cukai akan meningkat dan pada masa yang sama tidak membebankan kumuniti perniagaan dan rakyat.


Saya berharap juga menjadi orang tengah atau jambatan (bridge) di antara Kerajaan dan komuniti perniagaan supaya isu-isu rakyat dapat perhatian Kerajaan.


Steven Choong

Ahli Parlimen Tebrau

4 comments:

  1. Kami penyokong najib dan zahid tetap berpegang dgn pemimpin ini.
    Buat masa sekarang kami akan cuba tukar persepsi rakyat pasal kes rasuah gubahwangharam dgn soalan2 spt yg dsnajib mintak kami viralkan iaitu:
    #duit 1mdb tak hilang - dah dipulangkan atas penyelesaian luar mahkamah
    #1mdb - ada duit korang hilang ke dlm akaun?
    # 1mdb - duit derma dan dah pulangkan balik kat putera arab.
    # rasuah src - duit utk belanja anak yatim dn csr

    Kami akan berjaya!

    ReplyDelete
  2. Saya sokong muhyidin sbg pm sebab muhyidin pun nak carik sokongan jugak. Tak salah pun. Sama macam presiden pkr kami, diapun carik sokongan dari org umno wak jahid dan najib. Lagi teruk sebab dia carik penyamun siap sign surat lagi. Kahkahkah

    ReplyDelete
  3. https://www.sinarharian.com.my/article/126167/BERITA/Semasa/Pengarah-syarikat-tak-mengaku-pecah-amanah-lebih-RM700000

    Kami penyokong geng penyamun umno ajaran najib scammer percaya, tiada kesalahan dilakukan jika pengarah tersebut dapat pulangkan balik duit tu tak kira la mcm mana.. Melalui penyelesaian luar mahkamah ke, tuntutan balik ke.. Janji duit tu tak hilang. Kahkahkah

    ReplyDelete