Saturday, February 13, 2021

MAKCIK PETAI

 Sy terkedu sgt2 bila org dtg interview, siap buruk2 kan ex boss dia. Ada seorang makcik petai ni...dia cakap dia dah kerja 5 tahun ngan 1 company ni. Bonus tak permah dapat. Tapi majikan sibuk melancong sana sini. Beli kerata baru bagai. 


Saya tanya 2 benda.

1. Gaji makcik dia ada xbayar tak? Jawapannya tak pernah tak bayar.


2. Gaji makcik ada terkurang ke dari masa kerja? Jawapannya Eh tak de.....awal masuk rm800. Berhenti kerja dah RM1,100


Tak yah fikir banyak2. Tak yah tanya kelayakan. Terus ku cakap...oklah...nnti kalau kami nak kami call

.

.

Di atas adalah typical scenario utk makcik2 yg jumud akalnya. Dia mengukur kebahagiannya dari kemampuan orang lain. Dan sampai bila2 dia tidak akan puas. 


مَنْ لَمْ يَشْكُرِ الْقَلِيلَ لَمْ يَشْكُرِ الْكَثِيرَ


“Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak.” (HR. Ahmad, 4/278.)

.

.

Orang berniaga tak boleh cerita susah je. Itu mcm law of attraction. Ko cerita masalah 24jam... Masalah akan dtg pd kau.


Sbb tu org berniaga ni cerita kena positif. Tutup hakikatnya brp kali kaki masuk lubang taik, kena clamp, sekejap sihat, sekejap tak kerana otak sgt terbeban. Belom lagi part kena tikam tak perlulah nak kira. 


Kuatnya jiwa orang bisnes, luka lama belum sembuh sudah sibuk dengan luka baru. Ujian itu sudah menjadi makanan harian.


Orang berniaga ni ada instict survival. Kalau dia berniaga laki bini... Dia nak survive utk anak2. Kalau dia ada pekerja.... Dia kena fikir mcm mana pekerja2 dia nak survive dlm kegawatan atau kerunduman ekonomi.


Jangan ingat org berniaga ni lepak kedai kopi, main golf, pergi bercuti sepanjang masa happy. 

Kdg2 ada yg tengah berak dan make love pun pun otaknya berpusing2 cari idea mcm mana nak kembangkan perniagaan.


Kembangkan perniagaan utk dia dan juga pekerja. Bila syarikat stabil... Pekerja dapat tempiasnya. Orang lain diberhentikan kerja sbb ekonomi gawat, pekerja dia terselamat pun dia dh cukup syukur. 

.

.

Lagi satu...

Jika owner syarikat sibuk tambah kereta, rumah dan bercuti, dan gaji korang tak terkurang 1 sen pun, bawak2 mengucap.


Dia layak sbb dia dh banyak habis masa fikirkan pasal syarikat. Dan dia perlukan sedikit imbuhan utk diri dia.


Dan korang kena ingat... Korang bukan shareholder syarikat!

.

.

Lagi satu....

Rezeki itu dari Allah ya.

Majikan hanya perantara.


Tak cukup rezeki?


Hubungan dgn ibu bapa/suami dah check?

Dhuha dah regular?

Sedekah dah buat arini?

AlQuran dah dilazimi?

Sunnah dah cuba ikut harian?


Nak banyak rezeki, dekatkan diri dengan Allah.

Bukam skodeng IG boss pas tu melatah sorang2.

.

.

Tak siuman sgt2 perangai tu.


Bawak2 tobat.

Dunia sementara yg kekal akhirat.

Kaya miskin dalam kubur kena jugak dijamah ulat. Belajar bersyukur Allah baru duga sikit amat.


Copypaste..




No comments:

Post a Comment