Saturday, February 13, 2021

ISMAWEB NGO DAKWAH ATAU PUSAT FITNAH

Apa lontaran idea yang Mahathir kemukakan? 



Berbeza bersetuju atau tidak bukan masalah besar.. 

Mahathir yg bukan  lagi ada kuasa bukan satu halangan kepada umat islam untuk maju ke depan..

Ideanya perlu dikupas secara bijak untuk tangani dan atasi..

Perlu bertindak lebih baik dari apa yang dia lakukan sebelum ini..

Orang padai ugama perlu jawab bukan macam orang biasa, bukan macam orang politik bukan macam musuh tetapi wajar secara hemah berakhlak dan berdakwah,  bukan hentam.. 

Apakah kita umat yg teruk hari ini sedangkan kita melalui hasil pemerintahannya... 

Apakah dia ajar larangan Allah.. 

Apakah cadanganya satu dosa? 

Untuk melontar hukuman mahathir tidak suka islam memang akal paras longkang.. 

Janggut ikutt sunah,  tapi otak akal ikut jahiliyah.. 

Apakah sistem pendidikan sistem pondok sistem sekolah ugama NGO Islam kita berada dilandasan yg betul dan tidak perlu dibaiki dikaji dilihat semula

Hari ini kita juara buang anak, juara cerai,  juara dadah, juara rasuah? 

Orang yang menyamun meliwat semburit pun tidak boleh dihukum membenci dan menghalang Islam, perbuatan mereka satu isu lain... 

Apakah Mahathir lebih teruk dari itu.. .. 

8 comments:

  1. Salam Tuan KD,

    Setuju dgn pendapat tuan KD.. Sejujurnya saya belum membaca artikel tersebut tetapi saya mempunyai rasa yg Tun M memberi komen dan idea mengenai sistem pendidikan Islam yang ada skrg ni... Tidak seperti kebanyakkan politician yang memberi komen dengan MENYATAKAN MASALAH "highlight on Problem" tetapi tak pernah memberi atau membuat cadangan... kalau dia buat cadangan pun lepas dia dah tak dak kuasa dah.... masa tu byk betul cadangan dia kluar...

    Pada saya, asas pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah rendah terlalu menekankan soal fardu ain dan fiqah tanpa memberi penekanan keatas adab... Bukan saya kata perlu dibuang terus.. tetapi penekanan atas pendidikan ADAB ISLAM perlu ditekankan!!...

    Kalau dilihat hasil skrg melalui sistem pendidikan islam yg ada skrg ni... kita lihat byk sgt org muda2 yg beragama islam tetapi penuh dengan tipu muslihat.. amanah kelaut... semua diterjah sama.. dan mereka2 ini dari golongan elite... yg bukan dari golongan elite dia akan berlumba jd golongan elite... driven kearah harta duit dengan tak kira halal haram rasuah ker apa ka...

    4 ciri Rasullullah.. SIDDIQ (jujur), AMANAH, TABLIGH(menyampaikan), FATONAH (bijaksana)... ini asas yg sgt perlu ditekankan dalam lendidikan Islam utk hasilkan seorang Islam yg BERADAB... bukan mcm byk yg terjadi skrg ni.... pakai kopiah.. pergi solat pergi umrah tiap2 tahun hj dah naik berkali2.. tp bila sampai bab duit.. kelabu mata.. hilang segala pertimbangan... dan lebih teruk.. dicari pulak dalil utk halalkan tatacara mereka.... dah tak takut pada Allah??? sbb apa? sbb dah ada rasa diri suci lah kot...

    Yg nk memegang kuasa atau nk naik hierarki pangkat... tahu caranya dan MALU utk ambil ilmu org lain dan mengaku kata dia punya...

    Yg nk jd pemimpin perlu ambil keputusan yang terbaik utk negara dan BUKANNYA Keputusan nk jd Popular saja.... Kita tgk sejarah.. byk2 PM siapa yg buat byk keputusan tak popular tp dia dok menang jugak.. dan sentiasa relevan wpun ramai yg menetang dia.... siapa yg dok cari popular dgn bg keputusan nk cari popular dan akhirnya terbongkar semua penipuan???

    so..cerdik pandai dlm agama ni ramai skrg ni.. tetapi kenapa masyarakat terutamanya golongan muda semakin hilang kepercayaan kepada mereka??? mungkin bukan salah mereka tetapi salah golongan tu sendiri.. muhasabah diri adalah yg terbaik...

    wallahualam

    ~amana~

    ReplyDelete
  2. Banyak kejadian salahlaku sek, buli, kebakaran dll di sekolah agama termasuk pusat tahfiz nak sorok kat mana oiii lebai NGO??? Oksigen tak mengalir ke benak untuk dapat berfikir. Menyampaikan fitnah satu dakwah untuk berpolitik jauh dari menyampaikan kebenaran.. gasak kau lah labu...

    ReplyDelete
  3. KD, cuba baca, teliti, kupas dan analisis apa yg diperkatakan oleh Tun dlm FMT. Dipermudahkan ikut pemahaman saya. Tun kata, ramai bukan islam tidak mahu masukkan anak² mereka dalam aliran kebangsaan sebab aliran kebangsaan dah seperti sekolah Islam. Cuba check balik jika saya salah. Andai itulah apa yang saya faham melalui FMT, pasti ramai yang terpengaruh dan mengiakan kata-kata Tun. Tun sekarang bukan sesiapa tapi KD sendiri tahu pengaruh Tun dikala dikatakan tiada pengaruh itu. Jadi, apa akan berlaku jika begitu ramai yang termakan kata-kata Tun? Belajar Islam itu memundurkan negara? Ishh! Saya memang tak faham bagaimana itu boleh berlaku. KD ada penjelasan untuk membetulkan apa yg saya dapat di FMT?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak perlu bersetuju dengan Tun tetapi buatlah kajian dan bentang yang lebih baik dari ITU.

      Ulasan Tun ada logiknya sebab semua sistem PENDIDIKAN Kita sekarang gagal, Kita jadi JUARA semua yg huduh. ITU sisi gelapnya.

      Tun JUGA antara perancang sistem ITU yg gagal sekarang dan ulasan terbarunya menunjukan dia JUGA terima hakikat tersebut. Ada JUGA sisi pitihnya.

      ITU sebab dia CADANG sesuatu yg Kita perlu fikir Dan kaji semula.

      Golongan muda dan anak cucu AKAN meneruskan kegagalan jika sesuatu tidak dilakukan sekarang.

      Delete
    2. Bukan sahaja orang bukan Islam enggan menghantar anak-anak mereka kesekolah kebangsaan malah semakin ramai orang-orang Melayu yang menghantar anak-anak mereka kesekolah aliran Cina.

      Delete
    3. Inilah perkara yang isunya bukan setuju Tak setuju..
      Tetapi buat kajian kenapa?

      Tidak perlu pun setuju dengan Tun tetapi buatlah sekolah kebangsaan ITU selalu menjadi terbaik, Tertinggi, terhebat dari sekolah jeni's kebangsaan menyebabkan mereka berpusu untuk masuk.

      Islam ITU sendiri perlu jadi modal sebagai faktor kejayaan sekolah jeni's kebangsaan.

      Dengan sendiri nya cadangan Tun tidak tepat.
      Cadangan Tun jadikan sebagai pemangkin untuk bersungguh membuat kajian, perubahan dan perlaksanaan.

      Menolak cadangan nya tanpa membuat perubahan dan berpuashati atas APA yang ada sekarang tidak menyelesaikan isu sebenar.

      Delete
    4. Pembetulan..
      Islam ITU....kejayaan sekolah kebangsaan.

      Delete
  4. ISMA ni dah penuh dengan otak-otak jumud. Kemungkinan besar banyak penyokong totok PAS yang tunggang agama sahaja. Bukan ada idea nak bantu ummah pun. Lebih kepada politikal daripada NGO. Cara operasi pun sama macam parti politik. Takutkan orang Islam dengan CINA DAP.

    Siapa yang tidak selari dengan perjuangan, kena serang. Ini bukan cara Islam. Ini cara syaitan ikut nafsu.

    Kalau ikut cara Islam, barangkali cara Ebiet Liew. Tolong siapa yang memerlukan disamping berdakwah.

    Berapa banyak ISMA dah dakwahkan orang bukan Islam masuk Islam?
    Berapa banyak cadangan dan idea ISMA bagi pada kerajaan untuk bentuk polisi yang boleh majukan umat?

    Kalau tiada, maksudnya ISMA ini cuma ada cita-cita politik. Bukan NGO pun.

    ReplyDelete