Wednesday, February 17, 2021

PERKETATKAN SOP BENAR RENTAS PENYELESAIAN

Kenapa perlu halangan rentas DAERAH dan Negeri dalam Masa yang sama kelonggaran pada yang ada Surat.

Berapa ramai yang tipu dapatkan surat dan salahguna.

Kerajaan didik rakyat menipu?

SOP mask dan jarak adalah tunggak utama perlaksanaan pencegahan dan pengawalan.

Kekalkan 1 meja dua orang dan 1 kereta dua orang.

Benarkan rentas DAERAH, Negeri dan sempadan.

Kuatkuasa SOP sepertimana kuatkuasa topi kledar, talipinggang, speed trap dan lain² kesalahan lain.

Malah beri ganjaran kepada orang awam yang membuat ADUAN ke atas orang awam lain yg tidak mematuhi SOP.

Di hypermarket, beri kuasa kepada security tangkap mereka yang tidak patuhi SOP seperti kuasa menangkap mereka yg mencuri di pasaraya.

Denda 5 kali ganda kepada premise yang membiarkan pelanggan nya tidak patuhi SOP.

Satu kereta hanya dua orang diteruskan dengan semua sekatan jalanraya diteruskan.

Satu kereta dua orang mengelakan satu keluarga balik Kampong atau makan angin..

SOP diperketatka tanpa PKP dan darurat AKAN mengembalikan ekonomi bergerak dan kerajaan terus dihormati.

No comments:

Post a Comment