Friday, February 26, 2021

SETIAP PARTI SEPATUTNYA SUDAH KELUARKAN KETETAPAN PAMPASAN BESAR JIKA LOMPAT PARTI


Tidak perlu tunggu kerajaan buat undang² lompat parti kerana mana² kerajaan pun Tak AKAN buat.

Mereka cakap nak buat Masa jadi Pembangkang, tetapi tidak bila jadi kerajaan.

Parti perlu buat KETETAPAN peraturan, mana² ahli yang menjadi wakil rakyat atas tiket parti tidak boleh meletak jawatan, keluar parti, menyokong parti lain, engkar arahan parti kecuali dengan pampasan lumayan, 1Billion.

Sekurang kurangnya parti jadi kaya setiap kali wakil rakyat nya lompat parti.

Pengundi kawasan berkaitan JUGA boleh saman gantirugi, pampasan dan saguhati tauladan dll jika wakil rakyat mereka keluar parti.


Berpegang Teguh Pada Perjuangan, Walau Didesak, Diugut atau Ditawar Habuan


KEADILAN mengambil maklum bahawa wujud langkah-langkah terancang yang sedang diusaha pihak-pihak tertentu untuk melemahkan kekuatan wakil rakyat terutama Ahli-Ahli Parlimen pembangkang termasuk dari kalangan KEADILAN. 


Ini sedang dilakukan dengan pendekatan ugutan dan umpan habuan samada berkait isu cukai pendapatan, siasatan polis dan sprm atau melalui tawaran projek dan jawatan dalam GLC.


Hal ini berlaku tatkala Kerajaan sedia ada sudah hilang sokongan majoriti di Parlimen, dan dalam keadaan sidang Parlimen boleh diadakan sewaktu Darurat berkuatkuasa. 


Pada masa yang sama, jelas di mata ramai bahawa Kerajaan kini sudah tidak mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat, sama ada berkait pendidikan, pekerjaan, mahupun kesihatan awam.


Maka KEADILAN mengecam langkah terdesak untuk membuatkan Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN keluar parti menjadi bebas atau menyertai parti Kerajaan, sama ada melalui ugutan mahupun habuan.


Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN harus berpegang teguh kepada prinsip perjuangan dan semangat Reformasi, serta sentiasa beringat bahawa rakyat menilai setiap tindakan kita dan siap membalasnya pada Pilihanraya Umum ke-15 kelak.


Saifuddin Nasution Ismail

Setiausaha Agung KEADILAN


https://www.thesundaily.my/home/positive-shift-MH6933680



2 comments:

  1. itu betul
    tapi bagaimana kalau kepala sudah rosak. apakah mp yang tidak bersetuju terpaksa juga berada dalam parti dan menyokong. macam muhyidin dan mukhriz lawan najib.
    dalam keadaan ini kepala ada kuasa penoh selagi dia ada mp yg boleh dirasuah dengan wang dan jawatan. manakala yang jujur terpaksa juga sertai parti itu walaupun tidak bersetuju kerana terikat dengan parti..
    menyedihkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyatakan kebenaran dalam parti, lawan.
      Dipecat, ITU bukan langgar KETETAPAN.

      Delete