Monday, February 15, 2021

SIAPA NAK PRU15 SEGERA? APA KEPERLUAN?

Muhyiddin maklumkan PRU15 AKAN diadakan selepas darurat DITARIK balik?

Tiada parti lain samada melalui suara Presiden atau suara parti mahukan PRU15 disegerakan.

Semua beralasan covid-19, ekonomi dan fokus selamat dan bina negara.

PH mahu kerajaan baru dengan Anwar sebagai PM melalui numbers samada melalui ISTANA atau Parlimen.

Lokman adam mahu melalui pihanraya atau PM interim. 

Siapa Lokman adam?

PRU atau belum PRU atau tiada PRU tidak AKAN banyak beza sebab pemainnya (politikus) adalah yang sama.

Rakyat perlu lepas tangan di PRU AKAN datang jika tidak ada satu pun kewajiban untuk keluar mengundi di kawasan nya.

APA jaminan Demokrasi berpalimen raja Berperlembagaan AKAN diptuhi selepas PRU?

APA jaminan tiada lagi langkah sheraton dan kerajaan tebuk atap tidak berulang dan/hatta cash is king pun MASIH hidup?

Jika tiga penjuru, satu calon dari gang pengkhianat, satu calon dari gang penyamun, satu lagi dari kaum kapir, APA PERLU memberi UNDI?



2 comments:

  1. Antara pencuri,penyamun dan Kapir,aku undi Kapir,dgn syarat dia sorg yg adil. Kekafiran dia hanya tak memudaratkan dia sorg,tp keadilan dia berguna utk semua org.keislaman sorg penyamun berguna utk dia sahaja tp kezaliman dia menyamun mudarat pd semua org.bukan aku kata tp saidina Ali yg cakap.

    ReplyDelete
  2. "PRU atau belum PRU atau tiada PRU tidak AKAN banyak beza sebab pemainnya (politikus) adalah yang sama"

    Ini pernyataan yang WIN sekali.
    Apa faedah keluar mengundi kalau bila dah menang, undi kita dah tak pakai. Semua janji (yang tak mengarut la) dicapati. Apa pilihan kita ? Satu pihak Penyamun yang belum mahu sedar lagi. Satu pihak lagi liberal la sangat pulak sampai membelakangkan adat budaya. Satu pihak lain belum nampak kebolehan selalu kena serang. Lagi satu pihak konon nya la prinsip nak bawak sampai masuk kubur (kok iya la tu).

    Jadi ada pilihan ke ?

    Yang baik nya kumpulkan yang berintegriti tinggi daripada kesemua pihak yang bertelagah ni dan bentuk la kerajaan campuran (macam cadangan pihak yang nak bawak prinsip masuk kubur ni). Biar tak payah bertelagah lagi dan kesemua pihak ada wakil nya dalam kerajaan. Dan tak payah ramai-ramai kabinet nya. Hari ni 70% menteri dan timbalan tak ada kesungguhan. Dah gemuk..hasil lumayan. Malaysia ni perlu dibina semula bukan terus menerus berebutkan kuasa. Malaysia sebetul nya dah hilang satu generasi punya pembangunan disebabkan politik longkang yang diamalkan ahli-ahli politik otak di perut. Kita dulu ingat Tun Dol ada upaya buat reform. Tapi hampas dan jadi nya dan semakin hampas sejak 2009.

    Kita tak payah la nak taruh harapan tinggi pada ahli-ahli politik yang ada sekarang ni. Lebih ramai yang tak berkhidmat. Wakil rakyat ni dulu-dulu mulia martabat nya. Rakyat pandang tinggi pasal memang berkhidmat. Yang ada sekarang perkataan perkhidmatan tak masuk dalam kamus dia orang ni. Macam Allah dah pekakkan telinga masing-masing.

    ReplyDelete