Saturday, March 6, 2021

ANWAR KUASAI UMNO (?) ANUAR BUAT ANWAR MELENTING...

Terjahan ANUAR mungkin tepat menusuk dada hingga yang menjawab sepatutnya Zahid, bukan Anwar.

http://akhbarrakyat.blogspot.com/2021/03/pegawai-korup-rahsia-umum-kata-anwar.html

Zahid terperangkap apabila saranannya bagi pihak BN yang senada Anwar merayu Agong berhubung Persidangan PARLIMEN disanggah MIC sebagai bukan pendirian dan persetujuan BN...

ANUAR berpandangan Zahid mengeluarkan saranan tersebut atas permintaan Anwar (?)

Kambing putih colour hitam...

Zahid yang patut jawab, bukan Anwar.

Bukankah Anwar untuk political mileage PH sepatutnya MERASA bangga jika dia dikatakan menguasai dan mempengaruhi umno?

Berhubung rasuah?

SPRM tidak pernah sunyi dituduh oleh Pembangkang siapapun jadi PM.

Menyiasat dan mendakwa (dengan bukti KUKUH boleh menang) bukanlah mudah seperti cakap air lior orang politik yang tidak bertulang..

3 ADUN AMANAH lompat ke PKR? ADAKAH tiada unsur rasuah? Tidak perlulah disiasat?

Anwar sendiri dipenjara..bagaimana MASIH boleh mewah? 

Isu rasuah di sekitar di sekeliling Anwar sendiri banyak untuk jika semua mahu disiasat.

Asasnya, kalau Tak buat salah, pokok takkan bergoyang...hari² sprm nak SIASAT pun no problem...

Setiap detik Tun di fitnah dari dulu, dia relax je pun..

Dikatakan ezam ada berkotak kotak kotak kotak kotak yang disimpan oleh Anwar, Mana????

Jika ditakdirkan Anwar PM, sangat bimbang ia lebih buruk dari sekarang (?)

Cukuplah Kita sudah ada mantan seorang cash is king, negara lingkup kalau ramai cash is king.

Sangat PENTING orang politik WARAS, berhemah dan rasional kepada SPRM PDRM... 

.....

𝐈𝐛𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐚𝐧𝐚𝐤,𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭


REMBAU – Seorang anggota polis berpangkat sarjan nekad untuk meredah api setelah melihat seorang ibu sanggup berkorban menyelamatkan anaknya dalam tragedi kebakaran di Kampung Seberang Batu Hampar, petang kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, Maimunah Mohd Shah, 81, masuk semula ke dalam rumah di bahagian pintu dapur bagi menarik keluar anaknya Zaidi Zainudin, 46, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) sehingga ke tangga dapur.


Menurut Sarjan Mat Shah Kasim, 57, tanpa memikirkan bahaya yang bakal dihadapinya berikutan keadaan api yang marak, bahang panas dan juga percikan api serta elektrik, dia nekad meredah bahagian dapur rumah yang sedang terbakar berkenaan.


“Saya lihat dari jauh seorang ibu sanggup berkorban menyelamatkan anak dan saya fikir, saya juga perlu nekad menyelamatkan dua beranak berkenaan lebih-lebih lagi memang menjadi keutamaan polis bagi membantu masyarakat.


“Alhamdulilah, walaupun keadaan pada masa itu agak bahaya, Allah masih melindungi saya semasa saya membawa mangsa yang melecur keluar sejauh lebih 10 meter dari rumah,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini, tadi.

Mat Shah yang merupakan anak kelahiran Masjid Tanah, Melaka itu berkata, ketika kejadian dia kebetulan melalui kawasan berkenaan selepas habis bertugas menghantar pegawainya ke Kedah atas satu urusan rasmi.


“Kedua beranak yang mengalami kecederaan melecur di beberapa bahagian anggota badan itu di hantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut,” katanya.


Menurutnya, dia tidak menyangkakan bakal berhadapan dengan situasi berkenaan sepanjang 39 tahun berkhidmat dalam pasukan polis bermula dengan Pasukan Polis Hutan Batalion 5 pada tahun 1982 dan kemudiannya bertukar ke Pasukan Gerakan Am.


“Pada tahun 2010 saya bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Rembau dan kini ditempatkan di Cawangan Logistik IPD Rembau,” katanya. – K! ONLINE.

3 comments:

  1. Teruk Dari sekarang.pernah ke Anwar jd PM.cerita dongeng mainan Kotor orang politik yg berfikiran sempit bersama2 dgn pengikut yg sokong disebabkan telah diperbodohkan oleh politikus yg kerja menjaja keburukan orang sampai lupa buruk sendiri.
    Sudah Tiba masanya Malaysia dipimpin oleh pemimpin yg berkualiti,muda,berkhidmat utk rakyat bekerja kerana Allah.bukan disebabkan kepentingan perut Dan poket sendiri.yg konon pejuang agama,tetapi pembangsat sgt teruk..yg suka menanamkan sikap suka membenci sesama kaum Dan berlainan kaum.yg suka kaitkan raja Dan agama.
    Semoga balaci2 pemusnah pepaduan ini dilemparkan jauh2 Dari Bumi Malaysia.

    ReplyDelete
  2. bila orang kata geng kita rasuah...
    otak sempit orang itu...

    bila orang kata musuh geng kita rasuah..
    pejuang kebenaran orang itu...

    kes bang non rasuah masa dalam umno dulu dulu..
    adalah kes rahsia umum...
    beli undi perwakilan sabah... lawan Tun GB..
    rahasia umum..
    mana dapat duit tuuu...
    kumpul tabung boluh yerrr..
    poooodaaah...

    syyppp...
    rahasia umum...

    ReplyDelete
  3. saya sayang polis...
    saya hormat polis....
    saya hargai polis...

    Tabik Sarjan Mat Shah.

    ReplyDelete