Sunday, March 14, 2021

APA PUNCA KENA PECAT?

https://quantumnrich.com

Dah tau AKAN dipecat kenapa MASIH dibiarkan berunding dengan Muhyiddin..

Saya benar-benar terperanjat membaca berita mengenai Raja Salman, Raja Negara Arab Saudi, memecat Menteri Haji dan Umrahnya yang telah memberikan kouta tambahan sebanyak 10 ribu kepada Malaysia.


Apa sudah jadi ?


Saya ingatkan kouta itu adalah hadiah buat umat Islam di Malaysia sempena lawatan PM Malaysia ke Arab Saudi.


Kenapa boleh jadi sampai macam itu ? Apa yang sebenar sudah berlaku ? Apakah ada skandal rasuah yang berlaku di sebalik penambahan kouta tersebut ?


Kalau bukan kerana satu kesalahan yang berat, mana mungkin sampai di pecat ?


Kalau pemecatan ini kerana kesalahan rasuah dan melibatkan kerajaan Malaysia, *nauzubillahi min zalik !* Ini benar-benar memalukan seluruh rakyat Malaysia.


Sesuatu yang cukup menjijikkan dan sangat memualkan !


Secara logiknya penambahan kouta Haji itu memang tidak masuk akal. Ini kerana pandemik Covid 19 masih belum reda lagi. Lebih masuk akal kalau kouta tersebut di kurangkan.


Namun sebagai umat Islam kita patut rasa bersyukur kalau berita penambahan kouta itu benar. Kita tetap bersangka baik. Mungkin ini hasil kehebatan TSMY dalam bidang diplomasi antarabangsa. Tetapi bila meletus berita seperti ini, sudah pasti sangkaan tersebut menjadi sebaliknya.


Jangan salahkan rakyat kalau rakyat beranggapan serong kepada TSMY. Ini kerana wujudnya *kluster katak lompat* dalam arena politik Malaysia mewajarkan anggapan tersebut.


TSMY perlu bertanggung-jawab sepenuhnya dalam isu ini. Sudahlah keadaan dalam negara menjadi huru-hara sejak beliau menjadi PM, takkanlah reputasi negara di peringkat dunia juga mahu di hancurkan dengan kerenahnya ?


Apa yang berlaku tidak harus berlaku. Ini perkara yang cukup besar. Ini melibatkan soal ibadah umat Islam. Perkara yang berkaitan dengan Rukun Islam yang kelima.


Di dalam negara panas dengan isu Kalimah Allah. Di luar negara panas dengan isu Kouta Haji.


Apa nak jadi ?


Bagi saya secara peribadi, *this is way too much !*


Hanya ada dua pilihan buat TSMY. Sama ada meletak jawatan sebagai PM Malaysia atau beliau harus di pecat oleh YDPA atau Majlis Raja-Raja Melayu.


Itu sahaja !


Kalau dua perkara ini tidak juga berlaku maka parlimen perlu bersidang khusus untuk memecat TSMY sebagai PM Malaysia.


Kalau ini juga tidak berlaku, saya pun dah tak tahu lagi apa nak cakap. *Kita memang tak layak bernegara !*


Duduklah di rumah masing-masing selama 40 hari. Bermuhasabah diri ! Semua ini sudah tidak masuk akal...


Peristiwa memalukan ini akan terus terpahat dalam sejarah hitam hubungan antarabangsa kita.


Pagi ini saya tak ada *mood* nak memujuk, merayu, mengoda, menginspirasi dan memotivasi anda semua. Saya sendiri kehilangan motivasi dengan berita ini.


Apa pun terima kasih kerana masih setia dan sudi membaca nota pendek saya ini.


Dari sahabatmu yang pagi ini terpaksa merangkak ke gerbang perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negaranya.


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

14 March 2021.


https://quantumnrich.com

16 comments:

  1. Ketulahan semacam PASTI TIBA.


    Bukan berita sebarang berita
    Berita memalukan bagi Malaysia
    Bila khianat bermaharajalela
    Orang tua tersenyum relax saja

    ReplyDelete
  2. Bestnya jadi Munafiq yg suka memfitnah. Ada bukti??

    ReplyDelete
  3. Saya berprasangka, dan kalau boleh biarlah prasangka yg buruk dari saya ni salah.
    - Muhyiddin ke Arab Saudi
    - Hasilnya kuota haji Malaysia bertambah 10k
    - Yg meluluskan tambahan kuota adalah menteri haji Arab Saudi
    - Menteri haji Arab Saudi dipecat
    - Menteri airportpun dengarnya dipecat sama.
    - Seolah Raja Salman marah benar dgn menterinya yang memberi layanan istimewa kepada Muhyiddin, PM kita.
    - Anak raja Arab dikaitkan dengan derma 2.6 bilion kepada Najib.
    - Siasatan pihak berkepentingan menyatakan duit 2.6 bilion tu bukan derma tapi Najib rembat dari 1mdb.
    - Siasatan pihak berkepentingan Malaysia mungkin sudah melukakan hati pihak yang menderma 2.6 bilion tersebut.
    - Kebetulan, Muhyiddin adalah antara sosok yang menuduh duit 2.6 bilion bukan derma dari arab tapi Najib rembat dari 1mdb.
    - Walaupun kerajaan PH yang menuduh Najib rembat duit tu dah runtuh tapi sosok penuduh masih ada dalam kerajaan PN, malah jadi PM pulak.
    - Jadi untuk melampiaskan rasa marah, raja Arab Saudi memecat siapa sahaja menterinya yang melayan baik kedatangan Muhyiddin ke Arab Saudi. Contohnya menteri haji menyediakan pasukan pengawal dan pengiring khas kepada Muhyiddin ketika melakukan ibadah umrah.

    Sangkaan buruk ini timbul sejak tahu menteri haji Arab Saudi dipecat oleh Raja Salman. Harap-harap atas sebab lain. Biasalah, manusia ni selalunya penuh dengan prasangka buruk je.

    ReplyDelete
  4. Raja Salman mme nak reshuffle jgn kecoh kepoh ssgt lerrr...

    ReplyDelete
  5. Saya pun tertanya-tanya juga peristiwa yang banyak kebetulan ini. Lepas dapat tambahan kuota, Menteri Haji dipecat.

    Tetapi tidaklah sampai kecoh macam negara nak meletup. Dr Ramlan ni siapa? Macam gelabah semacam sahaja. Seolah ada agenda sendiri. Siap ada @Demi Melayu lagi. Ini sudah red flag bagi saya.

    UMNO pun demi melayu. PAS demi Islam. Tetapi yang benarnya semua demi kuasa dan hawa nafsu. Jual agama dan bangsa sahaja.

    Berbalik kepada isu ini. Kenapa Dr Ramalan ni sensitif semacam dengan isu ini. Ini juga menimbulkan persoalan.

    ReplyDelete
  6. Pernah dengar Hadi melawat dan jumpa mana² pemimpin Timor Tengah.

    APA senarai kejayaan hasil lawatan Muhyiddin yang dikatakan dijemput? Ini JUGA kegagalan Hishamuddin.

    Tidak sama jika Mahathir atau Najib yang buat lawatan.

    ReplyDelete
  7. Hadi ok jer lawat negara arab skg.. kau jer KD katak bawah tempurung tu la pasal suka ssgt jaja fitnah jijik Tun Mahathir.... kikiki

    ReplyDelete
  8. Releks ler.itu pun mau gaduh..depa dpt duit beribu riban..kome APA ado..udah2 ler..PN kerajaan melayu Islam bro..yg penting melayu Dan Islam walaupun tak boleh pakai..hidup abah din,Abe Min sembu..n the gang😘🥰

    ReplyDelete
  9. Saya bukan gagal jadi Perdana Menteri (PM), cuma belum lagi…” Itu kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perihal kegagalan beliau berulang kali menjadi PM.

    Sebaliknya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu cukup yakin harapan untuk menjadi pemimpin nombor satu negara masih ada.

    Malah Presiden PKR itu menegaskan beliau masih calon PM bagi Pakatan Harapan (PH).

    Bagaimanapun, kata Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson, terdapat segelintir pihak kurang senang dengan usaha beliau, terutama golongan elit kaya yang digelarnya sebagai ‘tokoh yang berbilion-bilion’.

    Katakan saja golongan elit tokoh billion billion kepala perompak negara itu Tun Mahathir Tun Daim dan konco konco nya..


    kan senang citerr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikikiki

      Keluar penjara dia pergi cium tangan pakcik di ceruk tokkun ke???

      Dia ke ISTANA Naik basikal ke?

      Delete
    2. Tokoh berbillion tu dimaksudkan najip dn bik mama la. Tu pun tak tau ke.kahkahkah

      Delete
    3. Nak jadi pm apanya kalau dah pernah masuk jel 6 tahun salah guna kuasa.campor kes liwat lagi 5 tahun. Takkan la rakkyat malasyia nk pm bekas penjenayah. Otak tu kasi pikior sikit.

      Delete
  10. Istana Segambut tu dengar cerita bernilai 10 juta, cukup lengap dgn semua gaget teknolologi modern. Dari mana Anwar dapat 10 juta sedangkan kita tahu, sebelum join kerajaan umno, dia cuma pakai selipar jepang & beg sandang, ke hulu-kehilir. Tapi, 10 tahun jadi menteri dalam umno, terus jadi kaya raya.

    Orang yg duduk dalam rumah kaca, jangan membaling batu keluar. Nanti orang baling balik kat awak, habis berderai semuanya.

    ReplyDelete
  11. Ketika Anwar jadi menteri dulu panglima dia ialah Wak Zahid.
    Berapa juta saham yang Zahid dapat?

    ReplyDelete