Tuesday, March 30, 2021

BOLEH FAHAM KE IDAK..

Pagi ni lewat masuk kebun, 8.30 baru nak pergi. Sampai kebun baru mula kerja matahari dah meninggi, panas dah berdesing...

Atok mana boleh kerja dalam panas, menyenggau otak atok dibuatnya...apa pun sempatlah mesin rumput setengah jam kemudian sembur racun satu tong...

Lepas tu atok angkat tangan, balik rumah....


Pesal atok lambat masuk kebun arini....


Tulah...asik menjawab soalan uwan masa kt meja makan. Uwan tanya nak bincang apa masa jumpa group yang nak buat drama tu nanti...


Atok kata, kena pilih betul2 pihak yang nak buat drama tu. Samada mereka ada kemampuan buat drama yang jitu dan berkualiti...

ceritanya mengenai penyiasatan sulit dan sofistikated SB melawan dan mengalahkan Komunis, bukan kisah penyiasatan sembarangan....

bukan macam cerita Bukit Kepong dan Lt Adnan...pihak penerbit mesti tahu selok belok kerja dalam SB baru mereka boleh buat cerita yang berkesan...

kejayaan filem juga banyak bergantung kepada kebolehan pengarah dan pendokong2 watak, peralatan mereka, bajet mereka....bla3...


Apa pun kita tunggu mereka datang...atok pun dah panggil Kenny untuk ikut sama dalam perbincangan.


Atok bukan pentingkan aspek keuntungan kewangan...

tapi atok nak tengok filem tu berjaya menonjolkan betapa Cawangan Khas dan F Team telah menempa sejarah mengalahkan perjuangan bersenjata PKM menggunakan taktik, strategi,  dan rangkaian perisikan yang berkesan, juga kemenangan kita paling kurang menggunakan senjatapi...kadang2 sebutir peluru pun tak meletup tetapi kita dapat menawan hidup2 puluhan  musuh bersenjata di dalam hutan...bukan senang kerjanya itu...

Zahriman Alias



No comments:

Post a Comment